Thursday, December 29, 2011

layak ka anda dipanggil pemandu.

hai hai semua.


seyes. ari ni saya lambat datang opis. yay! tak jadi pekerja cemerlang la ni kali

bukan sengaja okeh? ni KERETA punya pasal la. nama ja baru. alkisahnya kereta saya macam mengalami kerosakan masalah. kemarin time sampai opis masa nak reverse masuk parking tetiba ja mati. aih. mati okeh? ala macam bawa manual tu kalu terlepas clutch bila masuk gear 1. peliknya ini AUTO. orang cakap xakan mati. mau bilang nda masuk gear dia reverse pula tu. ohh, apa y saya ingat dia mati time saya tekan brek. peliknya aircond dia masi hidup. engine meh problem? masa tu saya okeh lagi. #yerokehlagiwalaupunsayarasacourious.

lepas tu kejadian hampir sama berulang. time balik waktu jem d tengah tengah kiki. tapi time ni bukan masa mau reverse masa time brek bila lampu merah. kereta bergegar seketika dan hampir mau mati. naseb la saya lepas brek tapi temperature dia bukan main tinggi macam saya mau berlumba pula. bunyi punya kuat gila! orang sebelah pun tengok sebab bunyi kereta saya mengalahkan ferarri. #iskbikinmalu.macammulamulabawakeretatimeimbangclutchpula. T__T

pendek cerita saya bawa pergi EON SERVICE di inanam la pagi tadi. tunggu kawan bapa yang keja sana urus sebab saya mau balik opis. banyak kerja okeh? lepas saja kawan bapa datang, saya tunggu abang ambil. jadi saya tunggu la di luar pejabat. masa tu lorong masuk ke dalam eon service suda sempit giler. ada pula satu keta sebelah kanan tu dia park nda lurus. (alahai menyesal nda gambar!) bontot belakangnya keluar. dan sebelah kiri pun ada kereta park.kalu tengok macam kereta lain tak akan muat punya tuk lalu jalan tu!

tak lama kemudian, masuk la c hilux ni (tau la kelebaran hilux kan?) mula mula tengok dia pun nda sure bule muat ka tidak. takut tergaris kereta sebelah kanan tu. mungkin dia pemandu lama jadi dengan berhati-hati dia bule pass juga la lorong sempit tu. bravo uncle! sempat senyum sama saya.eleh, bukan saya yang park macam tu pakcik. kemudian datang lagi saga flx, myvi, gen 2, exora dan sebagainya. semua pun pass walau ada yang terpaksa buka tingkap tengok luar kena ka tidak. semua pass! saya yang berdiri di sana macam tukang bagi markah pula. T__T

tak lama lepas tu datang la satu INSPIRA merah ni. kereta baru yoh! H ba hujung pangkalnya. masuk ja dia terus berhenti di lorong sempit tu. lama dia sana. kebetulan ada banyak pacik pacik d luar tengah bercerita. tiba tiba dia hon hon. punya kuat! uina, mati lah. bila pacik pacik termasuk saya buat derk ja...yala keta lagi besar dari dia bule lalu apa mau kisah. terus dia reverse dan masuk tepi kiri yang kebetulan ada ruang yang sangat kecil.dia paking pun condong dan kompom kereta lain tak bule lalu da. keluar la pacik guard suruh dia paking betul betul.masa tu pemandu dia baru keluar. BERSPEK MATA HITAM PENUH GAYA. muda lagi. baya saya rasanya. bila pacik guard tu tegur terus dia naik marah. yay! jiwa muda gila.

dia masuk la balik keretanya cuba betulkan paking. ntah kenapa saya masa tu tergelak gelak suda. HAHA. tulah bertripp bangat. pada saya dia terlalu OVER ba tu. tengok gaya pun bule tau. alahai. bikin malu.lepas tu ada 20- 25 minit dia cuba masukkan paking. orang tolong nda mau. bodoh sombong ba! HAHA. sampai jem dari jalan raya yo. =.= seyes nda tahan saya gelak. nda payah begitu sombong ba. kereta ko tu walau baru suda ba tu di test oleh orang yang kerja d eon. then suddenly baru saya nampak P. ooh, baru ambil lesen ba kali ni orang. HAHA. boleh pula gelak kat orang .tak boleh blah punya ayat.=) saya sendiri ada 3 bulan lagi P.saya lucu sebab dia BERTRIPP ba. yay!

apa yang saya mau cakap is..tak payahla sombong bangat gitu. baru inspira belum camry bos. jangan buat orang meluat dengan awak. jangan OVER okeh? hidup kita tak lama.rugi la buat macam tu. cuba kalu bagi ja sama uncle tadi tu kompom keta ko lepas sebab pacik tu bawa PRADO. jadilah anda pemandu berhemah. walau mula mula masa HILUX tu lalu lorong sempit saya rasa marah dengan kereta sebelah kanan tu .
c merah inspira yang sedang berusaha masuk paking. baru perasan P.

pemanduan anda bagaimana?jadi la yang terbaik.

pst:
seyes. kalau anda ada di tempat saya anda akan gelak. peduli apa kalau dia nampak. nda juga dia dapat aim saya sebab masa tu kereta saya da masuk dalam.HAHA.baru ja mau gambar dia punya flat sebagai kenangan, abg telefon sudah sampai. cess!

Wednesday, December 28, 2011

getting married.



ohh.


sometimes it sound scary.



but sometimes it sound wonderful. ya meh? well it's depend actually.


ok. i'm getting married soon. still early to say bye bye bujang life? haha. not kidding. married is not simple right? married is just a new beginning.start a new life with someone you love. start to take care each others. ah married sound terrible for me. seriously. =.=

yes of course i'm scared. nope. nervous is better. less than 70 days for my big day. ohh, banyaknya mau plan itu ini. urus itu ini. kepala saya penuh dengan banyak benda. kerja, belajar, kahwin. 3 in 1 aa. sekarang pun parents suda bising tanya itu ini. ah, sebulan dua ini perlu banyak tangguhkan kerja dan belajar la agaknya. if not, everything will turn up side down ler.


kena pikir tema apa, baju warna apa, mau cincin apa,bilik warna apa, langsir apa, tempah mana, hantaran apa, bule kurus ka lagi tidak T__T, pastu pikir mana tinggal (lucky i found an apartment suitable for us, yay!), barang dapur apa ops..sampai ke sana saya pikir. HAHA. serious. macam stress pula.

apapun, doakan semuanya berjalan lancar. doakan kami. semoga jadi yang terbaik.


pst:
tema english garden cantek la.HAHA


pstt:
male: mari kahwin.
female: ada duit ka?
male: ada untuk kahwin. HIHI.
female: lepas kahwin..?
male: makan batu la kita. HAHA.
female: keep your promise.
male: i swear. ^^, (makan batu lepas kahwin?matila...)

Wednesday, December 21, 2011

jiwa muda.

Oh jiwa muda
Mudah bercinta
Mudah putus juga

Hidup di dunia sementara
Pencarian di hati janganlah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta

itu lirik lagu nidji: jiwa muda.



ahh, cakap pasal jiwa muda ni payah sangat. terutamanya KAU KAU KITA KITA yang masi berjiwa muda.heh! well, muda tu indah ba. sweet gitew kan? sapa teda darah muda maksud dia terlampau tua suda la tu . mind my words. #gelengkepala.
jiwa muda ni banyk kita bole ketegorikan. banyak okeh. tapi apa yang saya cakap sini based on my experience. hey, saya pun ada berjiwa muda tau.

1) jiwa muda di jalan raya.
part paling saya suka. ah, tipu. dulu saya pernah jadi pembuli jalan raya. eceh, tak bangga okeh? tak rasa keta laju kalu tak bawa sampai 120km/j. kalau potong keta apa mau potong 1 keta. mesti juga mau sampai 2 3 keta sekali.ala,bukan cincai pemanduan saya. salahkan apek tempat saya belajar sebab dia ajar banyak skill.hoho. pastu jumpa je keta yang lebih kurang ajar biadap dari saya, mula la p kejar dia, highlight dia double sampai last dia yang hampir kemalangan dekat selekoh. pastu puas hati. lagi puas hati bila dia tengok perempuan ba yang bawa suka drift time di trafik light. MasyaAllah, jiwa muda sangat. TAPI ITU TIME SAYA BAWA MANUAL.senang nak adjust dan senang nak kawal bila kecemasan. nasib la bapak suh beli AUTO, jiwa muda saya semakin lama semakin kurang. eh, kenapa.sebab saya insaf.tak baik bahayakan nya.hehe..hakikatnya ITU KERETA BARU, SAYANG ENJIN KALAU ROSAK. aha!

2) jiwa muda bila bercakap.
asal saja kena marah tak kiralah siapa yang marah, mula la cakap teriak teriak, fuck you! bitch! bla..bla.. kalautak berani depan sebab takut kena buang mula la taip post dalam facebook, tweet sana sini.tak puas hati jaja cerita murah sana sini. itu kalau marah. kalau happy dapat itu ini, nak juga share. sampaikan part TUTTTT untuk orang berkahwin pun dia share sama.mak aihh, jiwa muda. nak semua orang tau kita ini wujud. nak cakap orang muda sekarang tau guna demokrasi konon.

3) jiwa muda bila beli barang.
mau itu mau ini. kira duit tak cukup. sanggup lak berhutang duit. asal dapat. dah dapat, berkurun tersimpan tak guna pun. kalau makanan da jadi basi da. jiwa muda ni kuat membazir. oh, bukan saya. tapi kawan kepada kawan saya punya kawan. :P

4) jiwa muda bila berkapel.
semua manis. semua halal. itu ini boleh. ini itu boleh. tak ada haram. ada yang sampai terlanjur. nauzubillah! jiwa muda sangat kan! belakang hari menangis menyesal.
#sayapunberkapel.berjiwamudamemang.tapisayatakjualdiriuntukcinta.ingat itu wahai jiwa jiwa muda!

5)jiwa muda bila kerja.
bos: ros, buat ini. lepas itu tulis ini 5 memo.hantar hari ini juga. jangan lambat ok.
me: ala, bos. bisuk nda bule ka. mau kasi siap ini dulu. ini pun urgent.
bos: aik, itu bukan kemarin punya ka?
me: iya bos.nilah ni mau kasi siap dulu
bos: bukan kemarin meh antar?apa ko buat kemarin sampai ini ko belum antar lagi?
me:main fB bos. kemarin gaduh sama BF. mau hilang stress ba duluan bos.
bos: haiya...ini macam..mati berdiri la saya..gila ni olang..bla..bla..bla..ur quit!

dua dua jiwa muda.haha


ah, banyak mau taip kalau pasal jiwa muda ni. tapi cukup sampai sini da. banyak keja sebenarnya. nanti kedapatan pula. hah! contoh pekerja jiwa muda. #gelengkepala.

pst:
tak salah jiwa muda. janji anda tau kawal. jangan hari hari jiwa muda. esok lusa kita nak mati. kena juga sedia. teringat cakap sir tadi "itu macam bule mati lor.." haha. ceritanya?rahsia! hehe

Monday, December 19, 2011

not alone.


hi monday!


what a wonderful day. sigh!

ps:
baru saya sedar hanya saya seorang saja cewek perempuan yang tinggal di opis pagi ini.ah, mula berperangai seperti lelaki. lepak lepak minum kupi.

anda? jangan stress dengan kerja. heh!

Thursday, December 15, 2011

brown rice?

ok. tak semua orang bule makan ni. ada orang tak tau pun beras perang tu apa. macam tunang saya. seyes. since saya sakit baru baru ni dan saya hanya di galakkan makan nasi perang, bubur, ayam, buah dan sayur. naseb baek la saya ni bukan pemilih makanan. jadi saya start la dengan DIET baru.cehh!!


walaupun banyak orang cakap kebaikan beras perang termasuklah doktor pakar tempohari yang bagi ubat yang sangatlah memualkan , tapi saya still google. juga. da memang saya suka membaca. jadi saya suka search banyak benda.and maybe, ini saya boleh kongsikan bersama.

Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.


nak tau lebih lanjut baca artikel ni dari world healthiest food.
http://www.whfoods.com

pst:
walaupun rasanya macam oat, tapi masi sedap kalu tambah daun pandan. tambah wangi saya rasa! dan saya gembira saya dapat makan juga nasi perang walaupun mulanya tak bule masuk mulut.

pstt:
ohh, baru tau beras perang sesuai untuk orang diet. ba ngam la tu. setelah nda berjaya elak makan nasi mungkin ini inisiatif baru saya.

Tuesday, December 6, 2011

bukan semua salah saya.

hi peeps!



semoga hari hari anda sentiasa ceria selalu dan tidak menjurus kepada pikiran yang terlalu negative. recently saya asyik jumpa sama benda benda yang berunsurkan negative.ohh, jauh jauhkan la saya dari pikiran dan perangai yang negative ini~~ syuhhh jauh jauh!

dalam hati ni ada rasa bersalah. honestly. bukan apa, biasalah kita ni tidak perfect. dan saya tidak la terus tuding jari salah pihak lain pula. semua pun ada betul dan silap. banyak benda akhir akhir ni yang saya tidak dapat tunaikan. sorry! jadual saya tersangat pack. T__T

rasa kesian sama c dayah (blog dia besh), cordinator d opis lama yang bertungkus lumus buatkan jadual TTT word level 2. huh! hanya saya yang bermasalah dengan jadual. asyik minta tukar itu ini. so sorry dear. jadual saya penuh dengan kelas lain dan aktiviti lain yang sudah dibooked awal before november lagi. T__T bukan tak mau lagi, ohh saya suka mengajar walaupun saya ni macam cincai.jadual saya "full".

rasa bersalah sama famili dan kawan kawan yang asyik bawa keluar makan or whatever or mana mana yang saya berjanji for that for this tapi saya tidak laksanakan lagi. babe, sorry. saya sangat sibuk walaupun mungkin kau rasa alasan saya ini sangat lapuk dan sangat la tak berguna . ohh, ini bukan alasan sayang. don't blame me. plis, :'( bukan saya sangat sombong dan bangga dengan kerja yang saya ada tapi saya perlu survive. saya cuma kuli yang makan gaji.


rasa malu pada kakak ipar dan rina yang rajin masak makanan malam tuk kami. tapi saya paling jarang makan sebab lewat balik. balik pun terus tidur sebab suda makan d luar dan PENAT. ohh, sorry bukan la tidak mau makan dirumah tapi kerana kepenatan di luar membuatkan selera saya tiada lagi. T__T kepenatan yang di alami membuatkan saya hilang selera makan walaupun hakikatnya saya tidak pun turun berat badan. huk!huk!huk! demi menjaga hati pagi pagi tu saya makan juga..kesian sama mereka yang penat memasak. mereka juga bekerja.


rasa ingin teriak dan kata SORRY seems to be the hardest word..eceh, over!




bukan la saya ini workaholic.



bukan juga saya ini mata duitan.



bukan.bukan.


tapi......ah, tiada jawapan yang lebih bagus untuk saya bagitau kenapa perlu begitu sibuk. saya punya masa depan, punya kehidupan dan punya jalan cerita sama seperti anda semua walaupun jalan kita tidak sama. cuma saya ingin minta maaf kerana saya bukan c naruto yang bule kasi double2 diri dia. saya bukan supersonic yang laju saja tanpa rasa penat. saya bukan c harry potter yang bule buat magic sesuka hati. cuma seorang budak kampung yang ingin membina masa depan yang lebih cemerlang. yay!

sebenarnya, saya ingin katakan beri la saya masa untuk berehat. walau SEDETIK cuma. sebab itu saya menolak mana mana kerja yang dibagi last minit dan mana mana kerja yang di arrange lambat untuk saya. tulang 4 kerat saya perlukan rehat yang cukup.

ps:
tapi bukan semua salah saya. kita tidak mampu puaskan hati siapa saja. kita manusia biasa. percayalah, saya sudah buat yang terbaik untuk semua pihak. maaflah, kurang itu dari khilaf saya sendiri. saya terima andai anda salahkan saya untuk beberapa perkara. saya sedar. harap anda boleh seperti saya yang boleh terima semuanya. ayuh jadi positif.

Tuesday, November 29, 2011

bila bercakap tentang respect.

please respect each other.



respect.respect.respect.



paling senang cakap. tapi paling susah buat.



orang cakap la. betul?


well, barangkali ada betul. ada masa kita macam SUSAH mau hormat orang. eh, salah tu. kita kadang-kadang LUPA mau hormat orang. biasa la tu. kadang kita bukan sengaja pun. dan kadang itu kita sengaja. haha..kidding. tepuk dada, tanya hati dulu. betul kan?

MENGHORMATI DI TEMPAT KERJA.
namanya tempat kerja kan. mesti respect satu sama lain. paling utama sama boss, big boss dan sekutunya. eceh. itu semua orang sedia maklum. sepa tidak hormat boss kompom kena tendang. apa lagi kalu keja company. jadi semua pun pandai pandai pakai kipas. tapi bagaimana dengan kawan seangkatan kita? sama sama kuli, bila di bagi kerja suruh c A saja buat semua, lepas tu boss puji c B pula sebab dia pakai kipas jenis Panasonic. tak baiknya. jangan tindas kawan. nanti rezki kita makan tak halal.

MENGHORMATI DI JALAN RAYA.
umpama jalan raya itu ada cop bapanya punya. yang si kecil selalu saja la potong masuk sesuka hati tanpa signal. gayanya persis membawa seekor Ferrari. yang si besar lagi laa..mentang mentang ketanya mahal dan paling gah maka sesukati hati berjalan tanpa melihat itu jalan dia ka bukan. pergh. orang kaya katakan. nak cucuk keta dia pun haram nda berani. eh eh, itu jalan raya HAK bersama. bertoleransi la. kena hormat pemandu lain.

MENGHORMATI ISI RUMAH.
walaupun dia adik kita, usah dibuli. nanti dewasa dia jadi pembuli. ok lagi tu. kalu jadi setan? haha. kita lagi pusing karang. haha. makanya jadi ma bapa yang baik. anak anak pun soleh. hihi.

MENGHORMATI HAK ORANG LAIN.
ohh, bila pinjam duit atau minta tolong itu ini mulut manis mengalah gula. tapi bila turn kita minta tolong mulut panjang macam muncung hanger. lebih lagi. suka ambil kesempatan atas kesesakan orang lain. pelik jew la perangai awak. tapi itu ok lagi. ada pula yang time kita minta dia buat buat nda tau. hai, hak saya da jadi hak awak ye? itu baru satu part. belum cerita hal hak lain. kompom esok pun tak habih cerita.

MENGHORMATI BLOG ORANG.
orang kata, berhati hati bila berkata dan menulis. maka hormatilah orang lain. haha


pst:
ada masa kita ni pandai juga langgar rules. baru ada risiko. baru rasa bilang hidup. nda gitu? paling bagus sentiasa ini ingat kita siapa.hehe.



k la. jom balik keja. jangan ambil hati. terima begitulah kita manusia. mari baiki diri sama sama. lovee u all. muahhxx!

Tuesday, November 22, 2011

jeles.


ok.




lebih tepat lagi orang melayu sebut sebagai "jealous"



hahaha.



mari cerita pasal jeles. ohh, banyak benda mau diambil peduli bila kita cakap pasal jeles. banyak kita kena jaga. tapi tangan saya gatal pula mau terus taip. sorry, blame my fingers aah..

saya percaya semua orang pernah jeles. nda normal kalu ko bilang ko nda jeles yo! tapi tahap kejelesan kita tu yang berbeza. ada orang nda bule kontrol. ada orang bule. itulah yang membezakan kita. opss! jan ko terasa beb dan usah la ko menidakkan nya okeh?..hihi..(ayat firestone banget)

kita jeles biarlah berpada cik. tidak payah la kita simpan dihati sampai jadi sampah. tu penyakit bahaya. BETUL. makin disimpan rasa dihati makin la SAKIT rasanya. kita perlu belajar TERIMA. memang la pahit tapi lama lama kita rasa TENANG. make ur life extra ++ ok?

apa masalahnya bila "seusia saya" mampu beli keta (bukan besar pun), mampu beli barangan branded (setahun sekali), mampu pakai yang mahal mahal ( ingat dibeli hari hari ka?..), mampu beli rumah (ohh, nda kau tau rumah tu di loan dan dikongsi bersama), mampu melancong setiap bulan di luar negara. mampu itu dan ini. aihh, heran saya. nda ka kamu tau itu REZKI masing masing? daripada kamu mengutuk dan mengata yang bukan bukan baik lagi kamu minta rezki kamu ditambahkan.


jauhkan saya dari orang orang sebegini..sakitttt mata!

as a human being, memang la kita tidak lari dari semua rasa tu. kita dibagi hati dan rasa nafsu. tapi kita pun kan di bagi akal. makanya akal kenalah kontrol hati dan nafsu. bukan hati dan nafsu yang kawal akal. T__T

rezki orang biarlah. kita jaga rezki kita. belajar redha. bukan mau lawan lawan. bila tengok kawan beli keropok RM1.80 kita pun mau juga sama padahal waktu tu kita bawa RM0.20. nda mau kalah kita sanggup berhutang along sebab mau juga macam si kawan. kalu bule kasi kalah lagi si kawan. beli keropok la yang RM 3.00 tengok niat kita. punya busuk kan hati gitu? tapi realitinya gitulah..ya ampun, jauh jauh la kita kan dari macam ini.

the truth is somenone "memfitnah" saya dengan mengatakan saya dapat duit haram. mak aihh, cepat la bertaubat cik puan. jeles sampai memfitnah? aihh..malas la layan dia. sumbang je pahala banyak banyak kat i ok? selagi saya percaya REZKI saya ini dari ALLAH, tak ada siapa pun bule nafikan. usahlah busuk hati banget, saya tak buat salah. kalu rasa sakit mata tengok saya naa cepatan dong pindah. saya pun sakit mata tengok awak. :P


pesanan saya. KAWAL la rasa jeles anda.

pst:
saya jeles bila kawan keja opis. saya keja mengajar. sekarang saya keja opis suda. ceh! nyesal pun ada sebab saya tak pandai buat keja opis pon. haha...sia sia saya jeles.






Thursday, November 17, 2011

T____T

ohhh




hai semua.



wait for the next update okeh?




pst:

saya tak bizi. tapi sentiasa buat buat bz dan akhirnya saya bz sendiri dengan assignment. mana lagi nak siapkan buku tempat keja lama. (bule pula saya lupa update). dan keja keja opis yang sangat BARU buat saya...akakaka..~






k la.





bye.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalammualaikum semua!

Sekali ja kita jumpa 11.11.11 ni.jadi tangan pun gatal mau menulis entry.haha! Lamanya saya tak tulis entry di sini.sejak keja d tempat baru saya macam xda masa pula nak tulis.ceh, sebenarnya saya takda komp. Tu yang malas tulis tu. :-P
Banyak benda yang berlaku.ohhh, saya sedia list downkan d bawa ni..hehe..

1. Yeahh! Noni kawan saya selamat melahirkan baby girl. Comell gile. Congrates to noni n husband. Saya, ela dan ida ada melawat..dan kerana 1st time naik d hospital likas tu..kami menyangkut di tengah jalan gara-gara nda dapat keluar. Jalan sempit gila.kami kelam kabut sampaikan ida terpaksa menjadi trafik sementara. Bravo ida!...masi terngiang d kepala jeritan saya sama ida.."ida! Jauh lagi? Kena ka?"

2. Minggu yang sangat mengorentasikan buat saya di tempat keja baru. Sangat mencabar..(sangat laa..) bila kena jadi urusetia pendaftaran kursus, memgurus hal hal peserta, melihat kestresssan orang menghempas meja,menangis,teriak..huh! Baru semuanya pada saya.tapi sangat berterima kasih kepada opis lama kerana menjadikan saya seorang yang kebal dan multitasking.hoho!

3. kereta belum servis! T___T da over km...

4. Banyak kawan dan sedara yang kawen 11.11.11 tapi MAAF kengkawan. SAYA PEKERJA CEMERLANG!!

5. Ohh, menjengkelkan bila sedar assignment tidak siap, bila buku belum habis review dan keja semakin bertimbun.ohh, awat saya malas gila sekarang ni??

6. Saya mau kursus kawen.dussss!

7. Okeh, habis da. Tata!

Pst:
Opis baru di kampus utama rupanya blok fb! Tapi saya dengan jahatnya mengajar mereka bagaimana menggunakancara yang illegal! Bravo ros! Hoho..ketawa setan.

Monday, October 31, 2011

till then..bye!

assalammualaikum..

cepatnya masa berlalu. tidur tidur suda mau hujung tahun pula. ya, dan tidur tidur lagi rupanya ini last day saya kerja sini. ohh, susahnya mau percaya. macam baru kemarin rasa saya masuk keja d AMC ni..

terlalu cepatnya masa berlalu. tak sedar rupanya saya suda 8 bulan di sini. dan nda smpai setahun akhirnya saya pergi. aceh! ayat buget poyo.

pastinya saya rindu pada 3 sekawan yang sangat baik. c mama to be nonny, c makcik ela dan c baby ida. seronok ikut mereka time makan dan lepak bersama. dengar omelan pasal semua benda. rindu pada c jack yang sentiasa tengok benda benda sadis dari internet dan sentiasa membuatkan saya tak boleh buat kerja. rindu pada chang dan steven yang sentiasa beri saya peluang "curi tulang main fesbok" dalam lab. rindu sama cerita c gareth pasal kerja. rindu sama c fandi dan noor yang selalu tolong bila ada masalah di lab. ahh, sama dorang c mat, nita dan vena juga! sebab saya selalu duduk depan kaunter. kamu kamu juga : miss G, mr P yang sentiasa hadir dengan teorinya dan membuatkan otak saya perpikir dua kali!, za, kak syah, c ah loong yang sentiasa membuatkan orang terkejut, cikgu edmund yang macam bapa, voon, daniel, bea, grace, kak zimah yang baek, mas, man, kok, wedy, kak maria dan c az.

ohh, saya pasti rindu sama doc C juga! sebab sayalah staff yang dia pernah ternampak tidur di lab..haha.. T__T

THANKS A LOT EVERYONE! I LEARN SOMETHING THERE

tidak lupa dengan kawan kawan trainer yang super duper best c eddie, c aza, jacob dan deb. kira c azwan juga la walau suda lama pindah.. (ahh, kamu kamu nda bule bilang bye2 lagi..malar mengajak lepak sama..) and the rest juga. jumpa bila ada kelass!!

apapun, thanks to all. saya pasti akan merindui kamu semua. ^^,


pst:
astaga..bila lagi punya draft ni. saya suda seminggu kerja d tempat baru..haha..





Tuesday, October 25, 2011

kelu..

baca ini...







luruh airmata saya.


Ya Allah.
Lindungilah kami, selamatkan kami.


pst:
kadang kadang saya tertanya tanya di mana silapnya? apa kita manusia suda hilang moral dan akal fikiran? terlalu muda untuk berlaku kejam. terlalu muda untuk menjadi seekor syaitan. mudahan saja mereke ini mati dan tidak sempat membesar. dan mudahan saja ibubapa mereka merana hingga ke akhirnya kerana mungkin tidak mampu menjaga anak sepenuhnya.


Thursday, October 20, 2011

aktiviti malam.


assalammualaikum semua!

sebelum mula keja ada bagusnya kita buat entry baru. hahaha..baru la semangat kan. hari ni mood saya terlebih ok pula. rasa hati macam berbunga bunga.

aih, nda kan bilang jatuh cinta lagi. dushhh!

apa aktiviti malam korang? eh, betul ka ayat saya ni.. bunyi semacam "jahat" saja. orang selalu salah anggap dengan penggunaan kata kata saya. haha...jan dulu buat penilaian sendiri k. saya sebenarnya tanya apa rutin aktiviti malam kamu sebelum tidur. mesti ada kan?? well, saya pun ada aktiviti tiap tiap malam. Macam habit!

Tidur dengan buku.


Seyes. haha. gelak la. mana mana saya tidur saya dipenuhi dengan buku. bukan 1 malah 2 3 4. nah, mesti kamu ingat saya seorang pelajar yang hebat. chopp!. memang la penuh buku. masalahnya dengan buku cerita. duhh! saya tak bule tidur tanpa buku cerita. sebab setiap malam mesti baca satu bab. satu malam lain buku. dan saya bule ulang ulang baca buku kesukaan saya. macam PS I Love U dan Harry Potter series. ohh, nda heran hidup saya sangat complicated.


saya baca buku buku ni ada kali 100 kali!



apa aktiviti kamu malam?

(^____^)






Saturday, October 15, 2011

ini gila.

saya rasa ingin saja hentak kepala orang dengan itu monitor. serius. banyak banyak benda gila. ini yang paling gila. bikin gila!


saya jarang marah. kalau kau hidup dengan saya pun 100 tahun barangkali kau akan pernah nampak saya marah sekali. atau mungkin tidak. eh, saya hidup belum sampai 100 tahun pula. haha!

memang. saya jarang marah. jarang mau sembur sembur orang sama air liur. tapi ni kali memang saya betul betul marah. jadi mau bilang saya profesional sebelum ini? tidak. jauh sekali mau bilang saya bertalam dua muka. apa lagi mau berkontrol kontrol suara. wekk! bukan saya begitu.

kesabaran saya hilang juga kalau orang suda mencabar saya ke tahap sepatutnya. saya bukan kali pertama kerja hari ini. bukan juga kali pertama saya bersemuka dengan orang. eeiiiii, saya geram dan saya marah sampai tak boleh taip!


sabar ros.


hari ini saya mengajar subjek 3d. cuma sketchup. memang pada saya senang tapi mungkin tidak pada orang lain. ok, fine saya paham. saya ajar 30 orang. mulanya saya ajar macam biasa. mulanya kelas saya berjalan ok. ya, sebab sebelum ini kelas saya cuma 15 orang. tapi bila masuk lagi yang 15 orang kesabaran saya mula terhakis pula.

saya tau la ini benda free. kamu belajar free. tapi tak bermaksud bule buat ikut sukahati. kelas bising? itu biasa. student balik balik keluar kelas alasan sejuk? itu pun biasa. student buka web bukan bukan? itu lagi biasa. tapi kalau suda mau angkat monitor pukul kawan itu biasa????

&*^%!!

hilang sabar saya sehingga saya teriak "kalau bapa kau mampu bayar balik itu buang la sama kawan ko. bapa ko kaya betul kali sudah. kau tidak suka ini kelas kau balik!" huh!, saya tak tahu apa saya cakap. suda saya nda peduli sama perasaan orang lain. sampai akhirnya student itu keluar. jam 2.45 saya dah suh student balik. peduli!

saya marah sampai kepala saya demam.

begitulah kita. sentiasa mau menyusahkan orang lain. kalaupun kita ini dipaksa belajar tolonglah hormatilah orang lain. tidak mau belajar tidak apa. saya tidak rugi. tidak semestinya kalu kita ini setan sedia, maka mana tempat pun mau jadi setan. nda payah malukan diri sendiri.

ohhh, tolonglah. belajar la kamu jadi manusia.

pst:
nasib la ada kawan kawan y best best tempat meluahkan masalah. thanks all! muahhxx

Friday, October 14, 2011

sekadar kawan


assalammualaikum peeps!

macam lama pula tidak tulis entry baru. sibuk. haha! tripp saja. ehm, banyak kisah kisah yang berlaku dalam beberapa masa ini. banyak yang mengejutkan diri saya semestinya. ohh!!

pena ka kamu disalah anggap oleh orang lain? semua pun akan bilang YA PERNAH! kan kan? banyak perkara yang situasinya boleh diketegorikan sebagai salah anggap. mau contoh lagi?haha..malar dengan contoh kan setiap kali tulis entry. ok, teda contoh. kamu pikir sendiri.:P

tapi salah anggap yang saya ingin cakap is about friend. yes dear, friend. atau kalau diSabah dikenal sebagai "geng", "mate"..dan banyak nama lagi la. saya sendiri pernah salah anggap sama orang lain. tak tipu. jadi bila orang salah anggap dengan saya, baru saya rasa itu feeling.

faham?

saya ada kawan. nama terpaksa di sensor kan atas kebaikan bersama. (sebab saya tau kamu baca!) saya baik dengan dia. memang la. sebab saya tak makan kawan. aceh. ohh, lupakan ayat itu. kami memang bersahabat baik dan akrab juga. saya dan dia boleh kata da kenal lama. sebelum yang satu. SIAPA?? another friend. saya juga ada kawan baru. yang saya baik dengan dia. so pendek cerita kami 3 are kawan.

pendek lagi cerita, dalam diam kawan baru simpan perasaan sama kawan lama. alaaa kamu tau apa itu kan. perasaan saya? of course hapi la wei. saya tak suka bertalam muka kecuali terpaksa. (tak tak..saya tipu. saya baek). tapi tanpa saya sedari, kawan baru cemburukan saya.

WH........??


ohh, sedihnya rasa. macam macam rasa dihati ini. saya tak pernah halang dia kalu dia mau kawan lama saya. memang saya rapat sama kawan lama tapi tolong janganlah disalah erti. tidak ada maknanya. saya sudah "mengikat janji" dengan pilihan hati saya dan demi Allah (insyaAllah) saya tak akan berpatah arang. jadi mau apa cemburu? T____T

pliss la ok? saya sayang kawan. gara gara sikapnya yang "angin tiba tiba" membuatkan saya terus kekok. gara gara dia saya seakan akan takut untuk terus berkawan. argh! bikin stress saja begini. pilihan saya? akhirnya saya memilih berpura pura. saya tak sanggup tikam kawan. jadi untuk kebaikan bersama masa saya akan kurangkan dengan mereka.

lebih baik mengalah dari kita terus disalah anggap.

*untuk kamu, we're just friend. not more than that.

pst:
kawan yang baik adalah yang bersama ketika susah dan senang. ketika kita perlukan dan tidak perlukan. dan untuk mus, terima kasih kerana sentiasa menjadi teman yang sentiasa ada.=)

Monday, October 10, 2011

atas permintaan.

salam buat semua,

da lama saya nak letak ni. tapi selalu ada halangan. sori pada mama to be nonny dan kawan kawan serta kazen terchenta yang di negara orang tu sebab saya lambat upload. pertanyaan "mana gambar?" sudah terjawap. hehe...perkaranya mau sebulan suda ( 16 ni nanti..InsyaAllah) tapi sebab asyik sibuk sama buku, mengajar, dating, korean movie..eh ada pula.membuatkan saya rasa tersangat malas ingin mengupdate. tengok mood ok?

so inilah kisah 16 september hari tu....





















pst:
Ya Allah, mudahkan setiap urusan kami. Panjang jodoh kami sehingga ke syurga dan berkattilah kami. doakan kami dan pastinya kami juga mendoakan setiap kebahagiaan yang anda lalui. :)

eh, saya baru sedar saya kecilkan gambar menjadikan "saiznya rosak" dan pixelnya lari. ohh, saya seorang cikgu grafik yang teruk. maaf gambar ini tak tersiarkan dalam FB saya atas sebab tertentu..ececeh..(sebenarnya saya MALAS!)

till then nite2 anyone. love u all. may Allah bless us. muahhxxx!








dilemma.

saya dalam dilemma.


tolong.


adoi. payahnya membuat keputusan.

Thursday, October 6, 2011

bila berkata.

assalammualaikum..
hi semua.
apa kabar?
moga anda semua sihat dan baik baik


erk..skema pula kan?
tapi sweet bunyinya...

saya ada soalan. tapi akan saya jawap juga sendiri. alaa..blog saya jadi saya punya andaian sendiri la kan. haha!

pena tak kita semua ni terpikir balik apa yang kita luah atau cakap? pena ka anda? mungkin kita pernah kan tapi lepas tu ignore macam tu saja. atau mungkin kita pikir balik apa kita cakap lepas orang tempat kita bercakap tu berubah muka atau tak tegur kita lagi.



naa..pena la kan kamurang lalui kisah gini..




saya pun pernah lah!


erm, kadang -kadang kita nda tau pun apa yang kita cakap boleh membuatkan orang berkecil hati. ops! bukan kita sengaja. kadang -kadang bila terlebih bermain pun boleh terkeluar ayat yang membuatkan orang terasa. ohh, contohnya:

orang itu: cantik la baju ko. beli mana?
orang ini: yaka?tq. beli sini ja di vunfa.
orang itu; cantik kan baju dia orang sana? sweet ja sama dia.match lagi color dengan baju dia.
orang sana: ha'ah cantik. murah ja ba tu kan. saya mau beli tu ari tapi laki saya bilang nda cantik. lagipun murah. kalu saya yang pakai mau match color lain ba tu baru ok..
orang itu: eh, iya kan. ala..orang ini. mau ko pakai gitu baru sweet lagi kali.hehe
orang ini: hehe yala...next time. (dalam hati. oh, sedihnya..)

eh, contoh tu terang terang macam bios pula. next!

si A: lubang hidung ko besar pula.
si B: memang dari dulu tu. dari kecil.hehe..
si A: tapi bagus juga senang mau korek kan. saya punya ni kecil ja hidung saya.
si B: haha. banyak la tahi hidung ko kan..

sebenarnya si A dan si B masing masing terasa. jadi masing- masing la kenakan. begitu kan kita sebenarnya? kadang kadang kita tak sedar pun kita cakap tu apa. tapi bila orang kenakan kita balik baru kita sedar. saya baru melalui satu peristiwa sebenarnya. walaupun bukan saya watak utama. tapi saya macam tersedar. kata kata kita ni boleh menyebabkan kita putus ikatan silatulrahim. tau itu?

patutlah orang tua cakap, berhati hati buka mulut.

jadi ambil advise saya. bila bercakap maka berhati hati. kita jaga kelakuan kita. penulisan kita dan kata kata kita. walaupun mungkin kita kadang kadang atau sengaja lupa, maka lebih elok kita memohon maaf. dan gunakan ayat yang sepatutnya. sama sama kita hormat sesama kita.

pst:
mus: ko makin comell pula.
saya: maksud ko saya bertambah berat?
mus: iya. esok ikut saya beli kasut sukan. wajar berjogging suda.
saya: siapa belanja? hehe.
mus: kita bagi dua la macam? jan beli brand brand. sayang.
saya: ok..=)

naa, ayat sweet kan?hoho!





Thursday, September 29, 2011

customer always right.

saya adalah customer.

anda juga adalah customer.

nda gitu?

well, normally kita selalu terbiasa dengar orang cakap customer always right kan? hurmm,
kalau pikir betul juga tu kan. tanpa customer tidak la kita wujud. tiada customer tiada lah business. tiada duit..lebih kurang mcm tulah kan..

tapi

nda semua customer betul. nda semua juga company betul. depends dengan situations macamana. dan ahh, paling malas la kalu customer or company mau manang saja. kalau boleh, plissssssss la. accept la ba kesalahan sendiri. selalu ba kan itu berlaku. cuba kamu baca contoh di bawah.

Situasi A.

Ahmad buka kedai kek. Pendek cerita, dia ada senarai jenis jenis kek yang mampu dia buat. Siap pampang lagi di depan kedai dia tu saja kek dia mampu buat beserta harga. Setiap kali ada update, dia update juga la senarai tu. Satu hari, ada nenek tua datang kedai dia. Masa tu dia ramai pelanggan mau buat tempahan.

nenek tua: sini ada buat kek ba kan..

Ahmad: ada puan. mau tempah satu? (bersopan santun...)

nenek tua: aku nda mau kek. aku mau yang dalam cawan kecil kecil.

Ahmad: cawan..?oohh, cupcakes ka puan? ada di sana..(sambil menunjukkan tempat cupcakes yang sedia ada)

nenek tua: aku nda mau itu. besa saja tu. aku mau yang di kasi corak corak. untuk besday aku.(sambil menjeling sama c Ahmad)

Ahmad: (dengan kesabaran..) ohh, boleh ba puan. mau berapa biji puan? saiz mana? kami ada saiz kecil, sederhana, dan besar..( c Ahmad kasi tunjuk lagi tu sample..)

nenek tua: aku mau yang saiz kecil. SATU biji ja. pastu aku mau ada deco deco gini..(sambil tunjuk deco kek)..tulis nama aku sana.

Ahmad: puan, kalu cupcakes inda pula bule gitu. dan kami nda terima cupcakes 1 biji saiz kecil. ada tulis sini (..ambil tu template, dan tunjuk)..kalu kecil kami ambil sekurang kurangnya 4 biji. tidak dapat tulis tu puan. Yang deco deco cuma untuk kek. sudah kami nyatakan di sini kan.

nenek tua: Argh, apa kedai kau ini. Bilang bule buat deco deco. Apa pula nda bule beli 1 biji kecil. Aku sambut 1 orang saja ba. Bukan ramai. Bukan aku mau jemput orang kampung..bla..bla..blaa.

nenek tua terus membebel

last last Ahmad cakap:

"Maaflah puan. kami nda jual gitu. Kalu mau yang kecil bule ambil sana yang siap sedia. Kalu inda juga mau, puan merantau la 1 dunia ni cari kedai kek yang bule buat cupcakes kecil untuk puan."


Ulasan:
hmm, pena kan jumpa orang macam ni?eii, kalu saya lah c Ahmad suda saya tampar c nenek tua tu.opss! customer always right pula. deiii, mati la juga. Kalau gini, terang terang situation dia customer itu stupid. betul kan? pada saya ini customer yang salah.

mari tengok cerita kedua.

Situasi B.

Di kaunter pertanyaan.

Ahmad: Hello, saya mau tanya ba. Baju saya beli semalam d sini macam ada rosak. Tidak sedar pula saya. Boleh ganti ka tu?

nenek tua: Macamana kau tidak bule tau?kau kasi rosak la tu kan. Mau ganti-ganti..(menjeling..)

Ahmad: Eh, tidak la. Memang saya tidak perasaan, kain ni kemarin saya nampak ok. sampai rumah nda pula ok..ada koyak d tepi..(c Ahmad lemah lembut ba..)

nenek tua: itu kau punya masalah. sini sudah beli mana bule ganti. rugi la kompani oleh kau saja.

ringg.ringg...rigggg!

nenek tua: ha hello, syarikat mau mati cakap. apa mau? (tidak peduli suda sama c Ahmad)

Ahmad: Ba, gitu saya mengadu la sama hak pengguna. Bukan salah saya kain ni koyak. Syarikat makcik ni jual barang nda elok...

nenek tua: Mengadu la. apa kami takut. syarikat kami besar. bos YB punya...customer bodoh. beli barang nda tengok tengok. lepas tu repot sana sini..suda tau salah beli lagi...bla..bla...bla..

Keluar c bos, ada tag nama "MANAGER". c Ahmad pigi la tempat dia.

Ahmad: Incik, saya mau tukar ganti. semalam saya beli barang sini tapi barang nda elok...

Manager: Boleh. berurusan sana kaunter ok.

Ahmad: tu kaunter bilang nda boleh..c Ahmad pun komplen la sama c manager..

Manager: EH!...NENEK TUA!! (berteriak..) hey siapa bilang sini tidak boleh tukar. kalu rosak kita yang responsible maa. haiya, tua tua pun mau macam ini. you must know aah, customer always right ahh.

ulasan:
naa, kalu gini ini customer yang betul. bukan company. pengurusan tidak betul. tidak sefahaman. jadi la gini. kenapa mau salahkan customer? sindili mau ingat lor..


habis suda.


eh, kenapa saya anti betul sama nenek tua aa?..haha *winkk*

ps:
Ahmad dan nenek tua beserta manager hanya simbolik. sebenarnya kita antara mereka bertiga kan.



gambar ehsan google.

Friday, September 23, 2011

rindu pada hobi lama.

Assalammualaikum.

2 minggu mengajar di penjara juvana menjadikan saya agak kekok mengajar di tempat asal. serious. rasa agak janggal betul. macam kena kejutan budaya pun ada. yala 2 minggu saya belajar "berformal" dan "beradab", ikut masa segala. sini rasa agak free gitew!

eh, apa kaitan dengan tajuk entry di atas aa..saya pun tidak tau. otak saya masi dibawah tahap sedar. haish..

ba.

lupakan hal hal di atas. akan ada entry khas untuk itu..InsyaAllah.

sebenarnya saya rindu sama hobi lama. rindu ingin membuat kek. hahaha...ok. gelak la. saya sangat suka main masak masak kek. masak lain lain takmau. kek dan semua yang manis manis saja saya suka. padahal tak makan pon. yalah, da namanya hobi kan. heh! dari tadi saya jelajah semua blog yang bercerita mengenai masak masak. uii, teruja dan terharu saya tau!

bukan saya tak mau sambung hobi itu. kesibukan saya bekerja (walaupun ada selalu masa free di opis), kelas malam saya dan aktiviti saya hujung minggu membataskan hobi saya. tambah lagi barang keperluan semua di kampung. di sini, sangat terhad. yalah, saya dok rumah abang n kak dayah. segan la weii nak buat. haha..tapi..

mau juga!

tiba- tiba timbul niat di hati ingin berkongsi rasa sama orang lain-lain. bagus kan? InsyaAllah, lepas ni saya ada satu lagi blog khas tuk masakan saja. doakan ya. suka pula saya. honestly, saya bukan pakar. saya tak la pandai deco deco. tak pandai buat yang hebat hebat tapi tak salah kan share apa yang kita ada. sekurang kurangnya kita berkongsi apa yang kita tahu. yay! saya ada semangat baru pula. ohh...

dahlah tu ros, berhenti berangan. sambung keja.

k la. babai.

ketika saya menunjukkan cara menyediakan puding.hoho~ percayalah..

pst:
yati pasti suka kalu saya buat ini. oven kak dayah secara tak rasmi akan menjadi hak saya kalu hal ini terjadi. hoho...ohh, dan pastikan saya kena berusaha.:P



Wednesday, September 21, 2011

masa untuk tutti frutti

glupp.
.
.
.
sslurppp!

mula mula


tengah-tengah


finally....!


akhirnya cup yang besar dan penuh habis di makan oleh saya sendiri padahal kami sebenarnya berkongsi dua. bila da lupa dunia katakan..


hahahahaha......







Tuesday, September 20, 2011

hari Isnin.

hari isnin yang malang.

*SATU
kereta tiada minyak. OK. pagi ahad tu balik kk memang da sedar pun kereta minyak tinggal bar 1. ingatkan mau isi petangnya. tapi sebab tengok wayang JONNY ENGLISH lewat petang ngan mus, jadi nda la di isi. hurm, bagus. pagi isnin pegi kerja dengan minyak di bawah AMARAN. nasib la tidak jam..

*DUA
Memang tidak jam. tapi SAYA LAMBAT BANGUN. huaggggghhh! memang saya bangun 430 pagi, tapi saya tidur balik sebab saya tau saya kerja luar dan masuk jam 9. bule pula 8.45 baru gerak. mujur juga menggatal tu tidak la jauh sangat dari tempat tinggal saya. belok sana sini dengan kelajuan yang agak maksimum. minyak tiada, lambat bangun. kombisani cantek!

*TIGA
ROADBLOCK.

apa???

Time minyak teda, lambat p kerja, tiba tiba ada roadblock. damn. dorang ni kan. suda tu saya salah jalan pula. T__T patutnya jalan kanan sebab kanan mereka check lesen saja. saya di jalan kiri. rupanya jalan kiri tuk bas bas , lori lori. jadi bayangkan depan saya ada lori treler yang besar. belakang saya lori angkat batu.. mau reverse mana bule da. saya kecik ja di tengah- tengah. sampai ja tempat pemeriksaan

"cik, ini jalan tuk lori dan bas saja. cik ni bawa proton saja.."..punya la..

T__T
minyak tiada. lambat bangun. roadblock.

*EMPAT
nasib tidak terhenti di situ, lepas ja habis mengajar terus bergegas ke opis. Ingatkan mau singgah stesen minyan dulu. ok, saya terlepas stesen minyak gara gara potong pakcik toyota. mau patah balik ohhh, perut memulas mulas. macam da nda sanggup. last last nda jadi pusing balik stesen terus balik opis. huhu

pasti pakcik tu gelak gelak kan kalu dia tau.

tiada minyak. lambat bangun. roadblock. tambah sakit perut.

*LIMA
tiada nasi tuk makan tengahari. sekian

tapi. saya dapat 2 3 suap nasi dari ela, teman opis. haha..muka taktau malu katakan. gila lapar nasi.

minyak tiada.lambat bangun.roadblock. sakit perut. tiada nasi. TIADA T__T

*ENAM
waktu kelas malam, saya ajar satu group student dari Giatmara. semuanya nampak sungguh perfect. bule tarik nafas lega. time mau key in data, oh nama student kena masuk dalam database, dan data kena la telly. sampai data yang ke 8...

dua kali saya kelip mata.

siapa wendy?

saya miss.

ic kamu..

930167...

iya.

apa??IC kamu 930167...

baca la ic tu...mau mau pengsan saya oleh student ini. T__T

akhirnya saya biarkan data macam tu. moga moga fendi tolong betulkan.

*TUJUH
dengan segala kepenatan yang ada saya balik. sangkakan habis la sudah nasib malang itu.
sampai ja rumah dekat jam 11 malam, kak dayah sama abang suda tidur. sebab mengantuk saya pun landing atas katil. on on kipas nda pun bergerak. aishhh...

rosak kali.

last last saya bawa bantal selimut dan tedi tidur luar sampai siang.

--------------------------------------------------

Mujur la hari ini semua dalam keadaan yang kembali normal. KECUALI si en.kipas. huh, dia suh saya tukar baru la tu..

the END.

pst:
jarang ada hari saya malang. selalu lucky. memang pun lucky selalu. sekali kena bad luck, rasa macam penattt sangat.

Friday, September 16, 2011

60 hari tanpa nasi.




ohh..

sound scary. serious. for me specially.

ok jangan la buat muka perli gitu. anda mampu ka?huh,..

sila la beri saya semangat untuk berdiet.hahaha..korang bole la gelak ramai-ramai. saya tak kesah pon. sebab saya nak cabar diri saya.

sebab utama? saya nak jaga kesihatan. nak kurangkan kadar paras gula walaupun saya stabil..bla..bla.bla..segala macam alasan la yang amat meyakinkan semua...

tapi..

alaaa...sebenarnya orang da kata saya gemuk. jadi mau tak mau kena juga kan? kena jaga penampilan diri.aisehh..

jadi mulai esok saya akan cuba makan tanpa nasi. mau belajar makan sayur dan buah banyak banyak. fuhh,saya cuba bersikap positif. jadi, anda yang baca blog ini sentiasalah la sapot saya ek..

jadi, selamat berdiet untuk saya dan anda juga. amalkan hidup sihat ok?

ba, babai semua.

pst:
nasi kegemaran saya. =)

Sunday, September 11, 2011

hometown.

assalammualaikum

amat jarang hujung minggu ni tidak kerja. jadi bila saja kelas kansel sebab tidak cukup orang..(oh, bukan saya minta..) biasanya saya akan terus cari HP dan kol si mus, teman setia bawa ronda ronda. but this time rasa nak balik hometown pula.


ok tipuu.

tiada kawan mau dating sama saya. jadi balik kampung lagi best. feels like heaven bila d rumah sendiri. suasananya?..macam di bawah.


the backyard.

paddy field.




Friday, September 9, 2011

dia juga bernyawa.

jatuh airmata saya.

apa perasaan kau bila dilanggar? sakitkah? terseksa ka?

dan apa pula rasa kau bila melanggar? rasa bersalahkah?

barangkali kalau manusia yang kamu langgar ada juga la rasa bersalah. sebab kau tanggung dia kan? kecuali kalau kau memang pemandu stupid yang selalu hit and run. itu definitely setan.

tapi apa kau rasa bila langgar seekor binatang? ada kau kesah? barangkali kau ketawa lagi. mungkin kau bule kata itu binatang bodoh. lintas jalan sukati. siapa suruh lepak lepak tepi jalan. ya, mungkin ko bule kata binatang itu macam macam. kau bule kata tidak sengaja. sebab tu binatang nda payah ko bayar dia. nda payah kau tolong urus itu ini dia. OK. FINE.

tapi kau lupa satu. DIA JUGA BERNYAWA. macam kita manusia. kau lupa itu. cuba kalau kau ada anak kecil dan diletakkan tepi jalan. suruh orang langgar. apa kau rasa? best? sungguh tidak berhati perut kau.

saya sangat kecewa dengan pemandu begini. oh, please la. kau bawa kereta macam mau gila. macam saja tempat kerja kau itu pandai lari lari. kau bawa kereta macam kau saja yang ada kereta. macam kau satu orang ada urusan. oh, saya sangat benci dengan orang begini.

pagi tadi, bukan jam pun. kau tidak nampak ka kucing tu tepi jalan? saya tau la kereta kau besar. HILUX kan? baru bawa HILUX. apa barang bawa HILUX. dan kau berspek2 mata hitam time time hujan renyai renyai. bertrip sungguh manusia itu. oh, please la. mau muntah saya tengok kau perempuan.

semua kereta lalu sana semua nampak itu kucing. semua elak. bukan dia di tengah tengah jalan. di tepi garis putih saja. duduk kau tau. sebab spek ko hitam kau tidak nampak tu kucing?ops, itu kucing bukan hitam pun. kau memang buta. buta hati.

for the first time in my life, nampak binatang dilanggar. selama ni saya hanya jumpa bangkai binatang di langgar. tapi ni kali, sangat terasa. kau tak akan langgar dia kalau kau slow. kau tidak akan langgar dia kalau kau bawa 80-90. kau tidak akan langgar dia kalu kau tidak terlalu site pigi kiri. tapi kau? ah, barangkali semua binatang mati di jalanan tu kau yang langgar kan?

saya sangat emosi pagi ni. kalu kau la, nampak binatang dilanggar. nampak macamana dia berguling guling dan nampak mata bundarnya membesar, nampak macamana dia..nyawanya tercabut. kau akan terasa. itu baru binatang. kalau manusia? saya rasa kalau kau tiada perasaan kau lebih rendah dari binatang.

saya juga pemandu. tipu kalu saya kata saya tidak menandu laju. tipu kalu saya kata saya tidak pernah hampir hampir melanggar. Allah bersama saya. minta dijauhkan dari melanggar, dilanggar. biarpun binatang. DIA BERNYAWA. BERNYAWA. saya tidak sanggup. saya bukan tidak berhati perut macam kau. maaflah..kita tidak sama.

kau boleh elak itu sebenarnya. takdir kita bole diubah. kecuali mati. cuba kalu tadi kau tidak memandu gitu. cuba kalau kau hati-hati. tidak akan berlaku. kalaupun kau langgar tidak sengaja, please la...tolong la berhenti kasi tepi tu binatang. sedangkan bangkai pun orang tidak langgar.

menangis saya melihat kucing tadi. astagfirullah al-adzim, dia bernyawa. dan kau hit dia dua kali perempuan. kau sungguh tidak brek pun. kau laju saja. seolah olah kau hentam dia sebab kau suka. kereta d belakang pun berhenti kau tau. BERNYAWA ba itu. :(

kepada kita yang memandu. elakkan la ini. kita mampu kalu mau. binatang bernyawa. dia juga kepunyaan Allah. macam kita. biar dia tidak berakal. kau lupa itu. kau lupa kau pun kepunyaan DIA. setiap apa kau buat ada balasan. jadi, tunggu la. mungkin anak kau lepas ni..siapa tahu. binatang doanya di dengar.

untuk SAA 4290P, HILUX putih. kau cuma manusia. tak bahagia la hidupmu. moganya nanti kau sedar.

pst:
saya bukan la pencinta binatang sangat, tapi saya tidak boleh melihat binatang terseksa. dia BERNYAWA. walau kita alah atau apa, tapi jangan membenci binatang ini. ada sebab kenapa Allah mewujudkan mereka pada kita.

Wednesday, September 7, 2011

cerita cerita raya


||satu||
masi belum terlambat untuk ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. kalau saya ada salah sila la maafkan. saya masi muda. kurang pengalaman hidup. jadi usah marah, ajarlah saya mana yang baek.

||dua||
raya pertama kami di hospital. eh, kenapakan?..makcik accident. orang ^#$#@% langgar keta makcik dan menyebabkan makcik terlantar di hospital. makcik nuh, satu satunya adik bongsu bapa yang belum kahwin dan tinggal sebelah rumah kami. kerna dia tiada di waktu raya..rasa agak kurang sedikit meriah. yala tiap2 tahun mesti kumpul d rumah dia. kazen2 pun tak balik kg..jadi kami beraya di SMC. bukan kami sahaja, bahkan kazen2, pakcik2, makcik2 suma disana..biar d hospital. baru rasa Raya.
parts of us. the kazenxz!

saya hampir hampir ingin beraya di rumah orang yang melanggar makcik. bukan apa, cuma nak cakap kat orang tu "terima kasih melanggar makcik saya dan membuatkan dia menderita di hospital. terima kasih sebab menyusahkan kami semua. tiada maaf bagimu". pas cakap lempang muka dia dan blah..huh, nasib la len2 menghalang saya dari teruskan niat jahat itu. (oi, orang itu lagi jahat da..)

||tiga||
tiada serunding. tiada kuih siput. tiada cheese cake. kek lapis hangus sebab saya tertidur. biskut raya kakak tak sedap. dan dan.. TIADA KETUPAT. okeh, fuhh. actually benda ni mesti ada tiap2 tahun kami beraya. MESTI dan sangat wajib. tapi tahun ni la suma tiada. sebab sibuk jaga makcik dan urus itu ini, mak tiada masa buat serunding..T__T, (bole saya salahkan orang yang melanggar makcik tu?sebab dia...)

||empat||
DURIAN. serius, adik-adik mencari durian time raya raya. okeh, sangat di akui. adik beradik saya including mama sangat suka..eh, bole kata obses sama durian. jadi turun la kk p sana dekat Mcd-Shell jalan ums. pergh..tau brapa kami habiskan duit tuk durian yang sekerat saja?mostly RM300++...gila eh. sebab bukan musim durian. satu tapau berharga RM60 something..can't remember. sudalah kami gila gila durian. orang singgah beli setapau suda la..kami? melahap lagi.. T__T

hantu durian. kecuali baju hitam yang comel. heh!

||lima||
seminggu beraya dan mula bekerja. ohh ya..kerja. yayy! kerja, belajar, enjoy kembali. azam baru suda. ehem..saya mau bekerja dengan baik. so jangan spoilkan ia atau saya akan spoilkan hidup anda. bah, jahat juga. *geleng kepala. sebab lepas ni bebanan akan bertambah lagi. mari cari income lebih pula..


pst: raya sangat bermakna buat semua. untuk saya dan kazen kazen yang muda muda belaka, raya di hospital la juga kenangan. mama bawa kan makanan tuk orang sakit kita juga yang makan. buat kazen yang kini berada nun jauh d Pahang, Korea, KL dan mana- mana pun anda, Raya kita tatap best! :)


Tuesday, September 6, 2011

tunggu cerita versi raya.

hee~

lama tak update. almaklum la sibuk sepanjang raya.. jadi tunguu update dari saya..

love u all. muahxxx!

Wednesday, August 24, 2011

masa untuk berubah.

assalammualaikum.

"always start something with the name of Allah"...still....mom always remind me to be a good girl. always.

don't know what happen to me. it just happened. then suddenly, i realize that i'v changed a lot. bukan menjadi lebih baik. tapi... urghh, why must i perlu berperasaan begini? saya jarang emotional. amat jarang. tapi, sekarang saya rasa sesuatu. and it's not like me. NOT LIKE ME. dan that feeling very annoying.

"adik besar nanti mau jadi yang paling baik di dunia"

like a spell that cursed me. seumpamanya memang itulah diri saya. bukan dilahirkan sebagai yang tidak berhati perut. tapi kenapa semakin meningkat dewasa, spell itu seakan akan pergi jauh.

kenapa pengalaman kemarin masih menghantui saya?not because of cerita nampak hantu. NO!!
it's...semalam saya pulang kerja dengan aza, one of the trainer and friend of mine. we walk together to car park. story2 macam biasa. di tepi tepi jalan tempat paking keta tu ada banyak tali "no parking". while we crossing the road, ada satu uncle tu (i guess he a contractor/ technician because he bring a lot items..)..pun mau melintas jalan. then.. kaki dia tersangkut pada tali "no parking"..duppp! terlentang di jalanan depan kami..

apa?but i didn't do anything to help him. even tuk ambil dia punya brg2 kemas balik pun tidak. or mayb untuk bantu dia bangun. NO, saya tak tolong. walhal dia jatuh depan kami. we just stood there and watch. then biarkan dia.

ohh..

damn. damn. DAMN ko ros!!

hati saya: adik, tolong dia..
badan saya: (masih melihat saja..)..
aza: kesian. nasib tiada kereta. (tapi kami masih di sana SEKADAR TENGOK)..
hati saya: adik..
badan saya: (akhirnya berlalu pergi..)...????!

he's bleeding. ya Allah, kenapa saya macam itu?! bukan diri saya. TIDAK. BUKAN. saya bukan manusia yang seperti itu. kenapa saya....?saya sempat toleh belakang dan tengok darah dia yang banyak mengalir di dahi....

pada kamu pasti itu hanya sesuatu yang remeh. nda perlu pikir banyak. bukan penting pun kan. bukan urusan. jadi buat apa pikir sampai gila..

astagfirullah al-azim...la ila ha illallah..Allah, aku memohon kemapunan padaMu. ya Allah, jauhkan sifat riak dalam diriku. ya Allah, jangan Engkau tutup hatiku dengan kebaikan. ya Allah, aku mohon padaMu, biarlah aku menjadi manusia yang ada murni di hatiNya..

hye. hye.hye.

sudah tiba masa untuk berubah kembali. suda tiba masa untuk berhijrah. ketepikan soal ego dan sikap kejam. bukan diri saya begitu. sudahnya, saya menyesal tidak sudah. T__T betul kali ini ramadhan membawa makna...syukur. Allah, Engkau membuka hatiku tatkala aku melupakanMu..

cuma teringat sesuatu..

m: saya suka ko yang dulu. bersifat baik, tidak kasar, bukan seperti perempuan lain.
s: bila kita sudah berubah, susa kita mau jadi y macam dulu..(melawan)
m: boleh kalau ko mau..hati kita ni, kita yang pujuk sendiri. bukan dengar hasutan saja..
s: arghh..pandai la. sendiri...

sekarang...T___T

maafkan saya. tolong bimbing saya jadi yang lebih baik.

ps:
mama selalu pesan " hati biar putih, jangan hitamkan". mus selalu pesan " perempuan yang baik yang mengawal sabarnya, yang menjaga dirinya menjadi yang baik.." jadi pesan saya untuk anda " marilah kita berubah jadi yang terbaik, jaga mulut anda. jaga tulisan anda"




Tuesday, August 23, 2011

nampak hantukah?

cuba ulang baca title di atas. nampak hantukah? anda?..mesti anda ingat saya ingin bercerita tentang hantu. aha'..anda salah! tulah kamu. belum habis da pikir bukan2. positif sikit..macam saya..- pergh, sambil tersenyum riak-

actually, ayat di atas membuatkan saya ketawa sendiri. sungguh lucu sebenarnya. sebab saya yang rasa jadi rasanya sungguh lucu tau. ^^, (itu lucu boleh rasa meh?..)

perkaranya berlaku sebentar tadi. masih fresh la katakan. bukan la saya kata tadi saya nampak hantu. no-no-no! tipu la bulan puasa ada hantu kan.. tapi sebelum saya cerita ada benda kamu perlu tau tentang diri saya. ewahh, ayat budget macam promosi pulak..har har har..saya sebenarnya..jeng..jeng..jeng..seorang yang sangat penakut. SERIOUS. penakut. dan sangat mudah terkejut. imaginasi kepala saya tiada siapa buleh lawan. try la. imaginasi saya hampir semua yang keterlaluan. bule dikategorikan sebagai 18 suda..T__T

mau dijadikan ceritanya, tadi saya keluar g washroom. bersendirian ok. alah, siang hari walaupun saya selalu imagine akan ada kepala keluar dari syiling berlubang di hujung itu tidaklah saya takut. sebab kepala saya set hari masi siang. bila da selesai..eh selesai apa?korang ni kan..isk..saya g washroom cuci muka saja la.. saya pun bersedia nak buka pintu...

satu lembaga berdiri di depan pintu. membelakang pula dengan rambut panjang. punya terkejut saya sambil mengurut dada. rupanya Doc Cannye. director company. ceh, tapi sebab muka saya yang terkejut itu..(reaksi saya yang hampir menjerit dan mau melompat terkejut, mata pun menjadi bulat besaw sebab terkejut)..Doc ketawa melihat saya.. erk.. T__T

Doc: hai rose, kamu terkejut..
Me: iya Doc..ehehehe..(sambil cover itu terkejut)...
Doc: kamu nampak macam hantu ka? (merujuk kepada diri beliau)..
Me: nda kan saya cakap iya kan..alamat karang dia potong la gaji..jadi saya jawap " tidak la doc, saya terkejut ada orang saja"..padahal..saya nampak rambut dia dulu jadi saya ingat cik ponti mau masuk....har har har...

ok la. mau balik. ok bai.

ps: berhati hati dengan hantu...

Thursday, August 18, 2011

semuanya ilusi semata





assalammualaikum

hey hey..da buat persediaan berbuka?hik hik..ka kamu main beli tunjuk ja d bazaar. apa tu, saya da buat persediaan?eh, mana ada lagi. ni ha masi duduk di opis. malam ni saya masi ada kelas..last tuk bulan ni. hoho..tak sabarnya..:P

tadi kelas saya illustrator..puas hati sebab semua student boleh buat dan dapat manfaat. alhamdulillah. besar hati saya..ahaks! *blushh*.. sempat jga la saya save keja keja yang saya buat. tak la best sangat tapi sedap apa mata memandang..haha..naa, ni semua tuk tatapan korang. kali ni gambar beserta tajuk pelik..(pelik la sangat..)

apapun selamat menjalani puasa dengan sabar..


Pemandangan di kampung pak ucop..hoho~

ikan terframe di sini

bunga bunga cinta..ahaks

pelangiku ditumbuhi kulat

Wednesday, August 17, 2011

cerita saya di bulan puasa



Assalammualaikum

salam ramadhan ke -17 buat semua umat Islam walau d mana pun anda berada..eceh, skema gila ayat saye kan kan?..itu baru nampak comel kan. ^^,

mesti besh kan posa korang. saya pun besh juga la. malas nak taip taip jadi tengok gamba dengan sedikit expression jew..eh, sedikit description. uhmm, sorii to be honest hari ini saya sangat mengantuk dehh. T__T


Ini puasa ke berapa erk..ke 3 rasanya. sebab ada kelas malam dan c mus a.k.a tukang beli makanan berbuka ada event berbuka bersama TYT, jadi makanya saya cuma berbuka dengan kurma ela yang saya ambil di peti sejuk dan juga segelas air kosong. best kan? T__T sodeh aih..actually time ni ada pesan dengan kawan. tapi bole plak dia tertidur dan lupa..tapp!

Uhh..5 minit lagi buka, mana makanan kita ne? wuwuwu..gitulah c mus hampir mau nangis sebab makanan yang kami order tidak sampai. cuma berbuka d pizza hut. kami sebenarnya try y ramadhan set.ehe..lupa apa la nama set dia. pastu tambah spaghetti. ohh yeahh! kami dua sangat suka makan spageti.

horeyy! ada juga akhirnya. nilah kami makan. erm..jan la cakap pizza hut tidak sedap. kami mampu ini ja..ahaks! sebenarnya meja kami ni kecil banget. alaa meja tuk 2 org tu. penuh meja kami. bila time buka jew, kitaorang cuma makan spageti je. piza langsung xsentuh pon. T_T
eh eleh..jan dlu cakap kami membazir..tapau balik la..hik!

Okeh. ini teda kaitan dengan makanan. cuma time ni d bulan puasa. aiseh. saya ke chung wha kk macam biasa hari sabtu. ajar flash tuk budak budak comel dan super talkative. urgh..manja lagi. masa depa suma g breakfast saya duduk dalam lab saja. xkanlah mau join makan kan? inilah keja saya. haha. sebenarnya nak mantion yang software di sana masi guna micromedia...opss! ros jahatnya kamu.

saya teringin betul nak naik ultraman tuu. tapi malu sebab tu hanya tuk budak jew..euww..tak adilnya. saya nak jugak! T__T

Ini paling latest. kemarin baru saja berlalu. tapi masi di ingati sehingga kini.ececeh..ini time d chicken rice 1borneo. kami order yang ada rendang ayam tu. boleh la..tapi yang tak boleh tahannya pedass dowh. huhu..dah tu kami berebut sebab nak bahagian besar. haha. bestnya d chicken rice kami mesti add on chicken fritters. erk..
kelihatannya c mus tidak kesabaran mau makan. padahal ada 10 minit lagii mau buka.

itu cerita saya. ada banyak lagi cuma tak tershare. anda bagaimana? jadikan ramadhan ini mengikat persabahatan antara kita.

daa..


Saturday, August 13, 2011

lagu kegilaan saya masa kini.


mari kita bermood jiwang dulu...wakakaka..sukati sayer la kan mau jiwang ka inda. janji happy!

tadi pagi masa drive keta g keja..eh, tak kan jga drive kuda kan..duhh! abaikan ayat tak betul saya ituu. macam besa saya tak bole drive kalu xda lagu. saya kan hantu music. so, music please..hee

okeh, rose jan merapu. sambung citer tu pliss.
jadi ada la satu lagu tu..mcm jiwang juga laaa..music dia siokk pula di dengar. part paling saya ingat "walau di landa badai, biarlah aku lemas.." perghh..ni kali laa..sebab rasa lgu tu besh giler, pemanduan saya yang berada d lorong kanan terus bertukar ke lorong kiri. sesuatu yang pelik bagi saya..tett! sampai opis jer asyik ingat ayat tuu..

memandangkan kelas abis awal..bukan sengaja habiskan awal ok? sebab mereka nak balik awal dan kebetulan mereka adalah group/community. normal di sini kalu yang datang belajar tu group mesti balik awal. jadi apalagi, peluang paling baekk da datang, saya carilah lirik lagu tu..

and sangat berterima kasih kepada GOOGLE, sebab dengan hanya menaip lirik yang saya hafal tuu akhirnya saya berjaya juga mencari..
muahahahaha..~ tanpa mempedulikan bebelan kak maria yang bercerita mengenai kucing (jan mare ya kak..hehee)..saya menyanyi lagu tu dengan sumbang. seriously, saya lupa mcmana tone lagu tu..:P rupanya lagu tu nyanyian kumpulan Forteen..saya ni nama jak dengar lagu tapi xtau nama kumpulan pun..hoho,

nah, bagus kamu cari dan dengar..bestt!!

lirik lagu: Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu


ps: tuk yang berkenan, saya tau anda membaca blog saya..jadi nyanyi la tuk saya..:P