Wednesday, June 26, 2013

Pasaria

Assalammualaikum. Hi!

Alhamdulillah, area tempat saya tiba-tiba hujan walau ndaseberapa. Sekarang kan musim jerebu, ada hujan ni macam rahmat. Eh, hujan memang rahmat Allah tau. Syukurlah.

Ceritanya bukan pasal jerebu walaupun ada kaitan tapi saya mau cerita pasal pasaria smkp sabtu lepas. Pasaria ni bukan ja untuk berpasar dan bersuka ria tapi sambil juga buat amal kebajikan tuk sekolah. Sebab tu pasaria ni guna kupon, nda boleh guna duit. Orang luar datang pun memang kena guna kupon. Kalu guna duit kena panalti ah.penat memang la, dari pagi sampai petang tu.tapi....pengalaman pertama, best ok!

Saya, mel dan chia ditugaskan di kaunter penjualan kupon. Berjerebu berpanas la kamiorang sebab jaga kaunter, orang nak tukar duit g kupon tempat kitaorang, isi cabutan bertuah tempat kitaorang, tambah kupon tempat kitaorang, cop kupon kami lagi..teda kami nda hidup tu pasaria tau.eceh!

Ala, ingat nak share gambar, baru sedar gambar semua dalam hp.=.=!

Sebenarnya yang ingin di kongsi ni sebenarnya..err..err..ndapa, saya cerita ja ah. Hari tu masa petang-petang suda, adalah seorang lelaki ni mau tukar duit ke kupon, c chia pun layan la.orang luar kan mesti kau kena bagus-bagus layan tuk mengharumkan nama sekolah tau. Nda tau macam mana time-time dia hulur duit sama c chia, tiba-tiba c chia tengok saya nda tengok-tengok pun lelaki tu. saya pun ingat c chia memang mau berbual dengan saya. Oh ohh ohhh, bila lelaki tu dapat kuponnya dan blah, barulah chia bagitau hal sebenarnya.

Rupanya masa dia hulurkan duit dengan chia, lelaki tu londehkan seluar dia sampai nampak tuttttttt! Eh, eewww!! Gila. Terus panggil PK1, PK kokum dan ustaz yang kebetulan ada di sana. Beritahu hal sebenar dan cikgu-cikgu ni pun mengekorilah lelaki tadi sebab takut dia buat dengan budak pula. Memang c lelaki aim yang ada budak-budak perempuan ja ah. Kami di kaunter kan semua perempuan.eeewwwwwww!!

Syukurlah,saya nda nampak ah. Daripada cerita yang kami dengar dari cikgu dan beberapa pelajar memang di area sekolah ni sampai sekolah cina di depan tu ada satu lelaki suka duduk di kereta dan tunggu budak-budak pulang sekolah.mana-mana yang jalan kaki dia akan ikut dan tunjukkan kemaluan dia. Ehh, gila kan. Terus saya takut ah.rupanya lagi memang ada suda beberapa budak smkp pernah kena. Sudah lapor polis tapi lelaki ni nda dapat di tangkap sebab selalu kunun tukar keretanya.


Carefull ladies. Takut orang ini merbahaya kan. Minta-minta la orang ini cepat ditangkap kan. Ewwww, seram doh. Mujur dia datang pasaria, saya ingat mukanya sampai sekarang.

Jadi kamuorang, sentiasalah berhati-hati k. Minta dilindungi Allah. Jan lupa bawa spray lada ah untuk keslamatan kita.

Ps: cikgu-cikgu di sekolah rata-rata pegang rm100 kupon. Saya sampai ke petang terpaksa ke gerai-gerai dan beli banyakkk makanan sebab mau habiskan kupon.=.=!

Tuesday, June 18, 2013

Kerana nila setitik...

Assalammualaikum,

Hi uolls.


Sejak jadi guru pelatih ni, hari-hari rasa penat. Seyes jo, lebih penat dari kerja- kerja dulu. (Baca: sangat mengada-ngada). Siapa yang pernah jadi guru pelatih mesti tahukan kesibukan itu. Kena pergi sekolah awal, buat rph berjela-jela, buat bbm cantek-cantek dan banyak ikut bab (sampaikan nak bawa masuk kelas tacukup tangan- budak selalu tak nampak saya sebab barang saya angkat mengalahkan orang mau pindah rumah), tulis refleksi panjang sampai 4 mukasurat (eh, tak lah!) pastu mana boleh pakai komputer ya..kena tulis tangan tau. Mana lagi ikut program sekolah, aktiviti guru-meeting meeting dan meeting, semak kerja budak, jadi terr rela ajk-ajk program sekolah,relief class, kena ikut unit persatuan dan oh tatertaip di sini.

Tak payah explain panjang-panjang dan berjela-jela, jom tengok gambar yang saya sempat rakamkan. Sebenarnya penat, tapi oh seronok.heh!

Ini program seminar lulus sejarah (something like that la..saya sangat suka dengan penceramah sebab bahasa dia gunakan sangat sangat uhm,best- saya ndapandai explain ba)

Tempat yang sama waktu dan perkara berbeza. Ini semasa perkampungan sejarah form 5. Ahh, rindu zaman sekolah.*tibatiba

Budak 4berlian yang saya jadikan ujikaji untuk kajian tindakan.sweet kan mereka, berpura-pura menjawab.
Rasa macam saya ajar kimia pula.=.=!

Part menyakitkan kepala bila semak esei sejarah budak. Sukahatidia jawab ba.tengok satu ayat saya sudah pengsan. Eh!

Meja saya.

Time hari guru lepas main running man ah. Running man.

Ok. Kerja saya di sekolah makan dan makan dan makan. Cikgu sehari pergi kantin, saya mau 5 kali kali. Tension, p kantin. Lapar p kantin. Mau mengumpat kantin. Semua kantin la.Dalam seminggu naik mau naik 10kg. Balik rumah pengsan.ops! Kamu jan tegur saya bila jumpa pasal kenaikan ini, seriously ini menunjukkan kehappy-an keterlampauan saya.=.=!


Ada banyak gambar. Ada masa lain nanti saya share ah. Entry saya tiada kaitan dengan tajuk kan.ntahlah kenapa saya buat tajuk itu. Ehehe.

Ps: saya betul-betul jatuh cinta dengan subjek sejarah yang saya amat benci masa study dulu. Saya ingat lagi saya pernah disuruh angkat meja gara-gara xbuat nota. Hahaha..ada masa nanti saya cerita, tajanji ok. Bye.