Tuesday, August 27, 2013

Rezeki.

Assalammualaikum. Hi


Semua rahsia Allah.
Terpulang kamu mahu percaya atau tidak.


Ada 50 dalam dompet yang memang saya setkan untuk belanja minggu ini.
Dan ada sekeping rm20, rm5 dan beberapa keping rm1.
Semalam lepas sekolah turun pekan buat itu ini.
Maka habislah duit duit kecil kecuali rm1.

Petangnya ikut kakak jumpa anak-anaknya di asrama.
Belikan air dan makanan ringan.
Dan bagi lagi anak buah duit belanja walau mamak na (read: kakak) sudah bagi duit.
Eh, pahala ba tu. sedekah.

Jadi, hari ini.
Duit saya di dompet sepatutnya hanya ada rm10,rm5 dan beberapa rm1.
Baru sebenar tadi kakak suzi jual tudung dengan saya ( ah, pantang nampak tudung cantik cantik)
Rm35 saja.

Dan saya lupa duit saya cuma sekangkang kera. Eh.
Tapi, bila saya buka dompet ada rm50.

Eh. Duit siapa ni? *dalam hati

Hulur duit dengan kak suzi dan tudung pun bertukar tangan.

Tapi saya masih curious. rm10 tiada tapi rm50 ada.
Puas putar belit otak, puas cari mana datangnya duit.

Cek duit simpanan.( dompet saya memang ada duit emergency)
Keping 50 masih dua. Keping 100 masih 1. Ada dan tidak diguna.

Eh,misterinya.

Bila Allah bilang ada rezekimu maka adalah rezekimu walau di mana pun kau berada.
Allah, terima kasih. Betul-betul rezeki. Saya percaya sebab saya ni jenis mengingat jumlah duit dalam dompet.

Kamu pernah rasa? Susah mahu percaya bukan.Bukan mahu riak, tapi rasanya ini kedua kali sudah kejadian dompet saya menghasilkan duit. HAHA.

Benarnya cerita suami yang letak ular tedung dalam almari dan bila isterinya buka dengan bacaan bismillah, ular menjadi emas. Subahanallah!

Percayalah pada Allah. InshaAllah.

Monday, August 26, 2013

Raya tawau dan sandakan

Assalammualaikum. Hi.


SEBELUM:

Raya sebelah suami. Berbeda ya tapi seronok amat. Sebab saya beraya tiga tempat : sandakan- tawau- kota belud.

Plan membawa kereta sendiri merentasi segala banjaran (konon) berjaya. Maka sampai sandakan saja ya. Yuhuu! 1st time jalan jauh (ya jauh amat) sangat mengujakan hati. Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi perjalanan kami. Sebelum bertolak pi sandakan, kami sempat lagi pulang kb sekejap, berbuka di sana.

So kami gerak hari isnin awal sebelum subuh. Bersahur di kereta makan colonel burger. Dari kk sampai telupid saya drive kemudian abe sambung sampai sandakan. Drive slow-slow menikmati pemandangan kan. Puas hati jo. Part paling best time singgah solat subuh di kundasang yang surau atas bukit tu. ya ampun! Air sejuk gila. Angin pula subahanallah taterkata! Hebatnya penciptaan Allah kan.


lepas tu, masa sampai area sandakan, kami sempat singgah sepilok tapi malang waktu berkenalan dengan segala orang utan baru ja habis dan kena tunggu pukul 3 lagi baru ada. Uhu! Sedih. Tapi hati terubat dapat seveniuor. :3

Sehari setengah kami di sandakan baru gerak pi tawau. Kereta tinggal, kami ikut adik abe. So berpeluang la naik kereta besar ( apakah). Sempat berbuka di kunak dan sampai tawau terus tidur. Haha.

SEMASA:

Raya tahun ini tema pink dan cream.

1st time raya dalam sejarah hidup pergi solat sunat hari raya.
1st time makan buras kuah kari hari raya pertama.
1st time raya tiada kuih siput.

Terima kasih Allah berikan peluang ini. Jujurnya, saya super duper excited.
Berbeda tempat dan suasana, tapi rasa raya tetap sama. Kami sempat ziarah kubur dan sempat juga berhari raya di rumah kawan baik mak sebelum petang tu balik sandakan.
Dapat lagi durian free. Seronok!

Sampai sandakan sudah lewat malam ya. Esoknya raya dua lepas subuh kami teruskan perjalanan balik kb sebab kazen mau bertunang raya tiga.
Yay, boleh disimpulkan beraya di jalanan ba kami kan? Haha.

Pengalaman yang menarik.
semoga tahun akan datang, bila giliran raya abe kami boleh lama-lama di tawau sandakan. Sebab geng-geng keras semua di sana. Maaflah tahun ini tiada rezeki berjumpa ya.


Pst:
Masa di rumah kawan mak, makcik juriah sempat bersembang dengan saya.Begini:
Makcik ju: apa kabarmu nak?ada sudahkah isimu? ( usapusap perut saya)
Saya: nda da lagi rezeki makcik...
Makcik ju: jangan putus asa ya nak. Doa banyak- banyak dalam solatmu. Bangun malam ya nak..( peluk saya erat-erat)

Aduyai.

Saya:peluk makcik ju erat-erat tacakap apa-apa.

Boleh tumpah airmata aku. Terima kasih makcik ju. Saya tidak akan putus harapan.
Terima kasih Allah temukan aku dengan orang orang yang begitu.

Pstt:
Hajat hati tercapat juga sebab dapat bergambar di sini. Eh, tiap kali pergi sandakan hati teringin betul mau bergambar di sini. HAHA.


Posted via DraftCraft app

Wednesday, August 21, 2013

cinta hati saya.

 
Dia guru yang paling hebat pernah ajar kami.
Dia idola saya.
Dia sahabat paling baik saya dunia akhirat.
Dia kawan membawa kebenaran.
Juga teman dikala suka dan duka.
Dia harta tidak ternilai buat saya.
 
 
Terima kasih Allah kirimkan 'malaikat' buat kami.
Terima kasih mak atas tunjuk ajar dan teguran.
Selamat hari lahir.

 
Semoga kami berjaya menjadi anak-anak yang solehah.
Semoga kami berjaya di dunia dan di akhirat.


Pst:
pic 1- gambar time beli kfc sebab mahu sambut harijadi mak. tapi kenapa muka adik kesayangan lebih besar daripada mak pula? LOL

pic 2- gambar terkini kami. ya ampun semua macam belon suda. haha. sejak kakak mula bertudung, saya taberani post gambar kami sekeluarga time dia nda bertudung. jadi tejumpa gambar ini. malangnya muka abang pula tiada. hanya perut boroinya sebagai wakil. :3

Saturday, August 17, 2013

Rindu

Assalammualaikum. Hai.

Nda semua orang suka kucing. Tapi ada juga yang terlampau suka.

Macam saya. Heh!

Dulu abe pun bukan suka betul sama kucing. Banyak sebab - bulu-bulu berterbangan, nanti kasi cakar sofa, kotor - ah, banyak la alasan munasabah.

Tapi, sejak kami tinggal berdua ni dan belum dikurniakan anak, maka kami ambil keputusan pelihara satu ekor anak kucing. Eh eh, macam la nda pandai membesarkan kan.haha.

Ada juga hikmahnya tau kami pelihara kucing walaupun habis sudah sofa digaru bikin asah kukunya, lapis meja habis koyak rabak dikerjakan, masuk beg sana sini tapi tapi tapi kucing inilah yang mengeratkan kami dan membuatkan kami ketawa dan marah pada masa yang sama.(?)

Dan tanggungjawab pun bertambah. Kena jaga kebersihan dia, makan minum dia, tempat tidur dia, ubat-ubatan dia dan segala-galanyalah kami urus. Seronok tapi memang penat. Paling payah bila dikasi mandi ah, dia mau air suam bukan air sejuk. Adeh, tuan dia pun nda begitu ah. =.='

Sekarang dia tiada. Bila abe pergi kerja dan saya sendiri di rumah, rasa sunyi. Rindu.


Cepat balik anak kucing, cukuplah berhari raya di kampung tu. minggu depan kami angkat kau ok.


Hi. Nama saya fluffy. Selamat berkenalan!

Ps: selamat hari raya. Cerita raya nanti diupdate ok!

Friday, August 2, 2013

Puasa, raya, guru ganti

Assalammualaikum. Hai.

Salam ramadhan semua. Tinggal sedikit hari lagi kita mau hari raya. Alhamdulillah, puasa saya tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Tahun kedua saya berpuasa bersama suami. Menariknya tahun ini saya langsung nda pi bazar ramadhan. Makan diluar pun bole bilang 123 saja. Bukan apa, nda tahan lama-lama di panas dan bersesak-sesak. Lagipun, sepanjang puasa ni selera saya sangat berbeza dan pelik- pelik sampaikan mama dan mak mentua ingat saya mengandung. Heh!

Belum rezeki lagi mak.

Tahun ini raya di sebelah abe. Haih, bergaduh juga kami tau. Tapi bukan bergaduh raya di mana tapi mau naik apa pigi sandakan/tawau. haha, orang bergaduh mau raya mana duluan kami bergaduh mau naik apa.=.=!

Pilihan boleh naik bas, flight, ikut kawan, bawa kereta sendiri. Mak aih, susah betul kalau banyak pilihan begini. Semua kami senarai dalam kertas baik dan buruk. Banyak-banyak pilihan memang kami plan mau test bawa kereta sendiri. Tujuan utama, nda mau menyusahkan orang konon. Tapi..tapi..isi tersirat saya tu, lain ah. Boleh singgah-singgah .Haipp!!

Doakan perjalanan kami pergi dan balik.inshaAllah.

Persiapan raya pun cukup sederhana. Belum lagi buat kek segala, baju baru masih dalam beg (beli d kl masa minggu pertama puasa, sampai sekarang nda buka ah), tiada tas tangan baru, tiada shawl baru, tiada kasut baru, duit raya belum bertukar.

Semua pun belum sedia. Orang macam saya, last minute baru mau kelam kabut.

Rezeki bulan puasa, seminggu sebelum puasa hari tu, saya dipanggil untuk jadi guru ganti. Di sekolah lama saya pula tu. subjek matematik untuk form 4 and 5. Alhamdulillah, sementara tunggu result sem last ni ada juga aktiviti lain selain tonton korea dan tidur. Hehe. Oleh sebab saya tinggal di ip, sekolah pula di kotabelud, maka saya decided untuk ulang alik. Ala, terus rasa macam zaman bujang- bujang, suka drive jauh jauh. Maka penat ah.

Mula-mula datang arshad, saya mahu menutup identiti diri dengan pengetua bagitau ini kali pertama saya sampai di sekolah ni. Segan eh mau kasitau dulu saya pelajar di sini. Takut kedapatan begini- ohh ko la dulu tu yang selalu di denda angkat meja kan :p

haha.

Baru saja saya mau menipu, masa tunggu PK1 untuk pembahagian jadual tugas, masuk la satu cikgu ni dalam opis. Punya lama dia tengok- eh, c rosfarina ba ni kan? Eh besar da ya. Buat apa ni? Kuangkuangkuang kedapatan kan. Terus niat mau menipu dibatalkan. Adeh,
Aih, malunya.=.=!

Tasangka sudah lebih 11 tahun saya tinggalkan arshad, cikgu-cikgu lama yang pernah ajar saya masih setia di sini rupanya. Dari mau menipu terus mau teruja ah. Cikgu fatimah- cikgu fizik yang mula kenal saya- dialah tu yang tegur di opis tu. haha. Pastu satu-satu cikgu lama-lama tegur saya. Sir martin yang paling manang ingat saya - dia lupa nama saya tapi dia ingat sayalah pelajar yang kasih tumpah cecair masa ujian individu eks kimia dulu. Eh eh, sir hakikat sebenarnya saya neves ba time tu itulah penutup sukatan tidak bertutup dan tumpah di kasut putih saya. Keluar lab, kasut putih jadi ungu. Dan saya ingat sir bilang nasib itu bukan asid, nanti kau keluar lab dengan kaki berlubang. No wonder sir ingat muka saya tapi bukan nama saya.

Tapi sekolah jauh berbeza sudah. Lebih menarik lebih cantik. Terus rindu zaman sekolah saya dulu.:)


Lusa-lusa raya sudah kan. Selamat berhari raya dari saya.jika ada tersilap terkasar bahasa mohon dimaafkan. Semoga kita diberkati Allah selalu.


Love u all.

Ps: 1st time masuk kelas ajar math form4, saya kira-kira terus dapat jawapan. Tapi budak tengok saya dengan tergangga.

Saya: kenapa kamuorang ini? Salah jawapan cikgu?
Pelajar: cikgu, kasitau kami macamana cikgu dapat begitu.


Eh eh eh. Susah ajar math rupanya. Sebab saya faham sendiri dan payahnya mau explain sama budak budak.