Assalammualaikum. Hi
Semua rahsia Allah.
Terpulang kamu mahu percaya atau tidak.
Ada 50 dalam dompet yang memang saya setkan untuk belanja minggu ini.
Dan ada sekeping rm20, rm5 dan beberapa keping rm1.
Semalam lepas sekolah turun pekan buat itu ini.
Maka habislah duit duit kecil kecuali rm1.
Petangnya ikut kakak jumpa anak-anaknya di asrama.
Belikan air dan makanan ringan.
Dan bagi lagi anak buah duit belanja walau mamak na (read: kakak) sudah bagi duit.
Eh, pahala ba tu. sedekah.
Jadi, hari ini.
Duit saya di dompet sepatutnya hanya ada rm10,rm5 dan beberapa rm1.
Baru sebenar tadi kakak suzi jual tudung dengan saya ( ah, pantang nampak tudung cantik cantik)
Rm35 saja.
Dan saya lupa duit saya cuma sekangkang kera. Eh.
Tapi, bila saya buka dompet ada rm50.
Eh. Duit siapa ni? *dalam hati
Hulur duit dengan kak suzi dan tudung pun bertukar tangan.
Tapi saya masih curious. rm10 tiada tapi rm50 ada.
Puas putar belit otak, puas cari mana datangnya duit.
Cek duit simpanan.( dompet saya memang ada duit emergency)
Keping 50 masih dua. Keping 100 masih 1. Ada dan tidak diguna.
Eh,misterinya.
Bila Allah bilang ada rezekimu maka adalah rezekimu walau di mana pun kau berada.
Allah, terima kasih. Betul-betul rezeki. Saya percaya sebab saya ni jenis mengingat jumlah duit dalam dompet.
Kamu pernah rasa? Susah mahu percaya bukan.Bukan mahu riak, tapi rasanya ini kedua kali sudah kejadian dompet saya menghasilkan duit. HAHA.
Benarnya cerita suami yang letak ular tedung dalam almari dan bila isterinya buka dengan bacaan bismillah, ular menjadi emas. Subahanallah!
Percayalah pada Allah. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment