Assalammualaikum. Hi semua!
Aku ni boleh tahan juga sensitif orangnya. Sangat kali sebab kadang-kadang hal yang tiada kaitan secara langsung (?) pun aku boleh sensitif.
Ehem.
Sekolah aku ni ada kelas untuk mereka-mereka yang istimewa.erti kata lain budak-budak pendidikan khas. Pembelajaran diorang bukan macam pelajar biasa tapi lebih banyak kepada pengurusan hidup harian dan apa-apa la yang membolehkan diorang survive dalam hidup. InshaaAllah.
Biasanya diorang buat mesti dengan bimbingan guru dan pembantu murid, jadi rata-rata Kerja diorang bersih dan cantik.
Lepas tu, setiap aktiviti yang diorang buat biasanya dijual untuk guru-guru. Di sini lah, sekolah lain nda tau pula ya. Kira macam mereka diajar bagaimana untuk belajar berdikari la ni. Seronok kan?
Tapi aku nda suka la ada segelintir orang di sini ( ohh, maaf mungkin bukan kamu) atau mungkin juga orang lain di luar sana ada perasaan "geli" sama hasil tangan budak-budak istimewa ni specially makanan. Ok, it's ok kita nda mau beli.
TAPI PLEASE, jangan begitu!
Mengata budak-budak ini di hadapan mereka bukan perbuatan yang wajar kita buat. Eh, diorang kan orang juga. Aku nda suka orang cakap-cakap macam;
A: ko beli ka? Eeeii ntah bersih ka nda tu. ko tinguk la ba rupa-rupa diorang ni.
B: nda selera aku makan ini..( buat muka mau muntah)
C: takut kita terjangkit ah..eeii palis-palis!
Eh, hello! Kamu makan-makan diluar tu Kamu rasa bersih? Ah, kecewa aku. Maaf dikatakan, kita warga pendidik perlu ka mengungkapkan kata begitu? kita ajar anak-anak hormat orang tapi sikap kita sendiri? Hanya sebab diorang istimewa kita sukahati pandang serong.
Tiada siapa mahu jadi begitu.
Tiada siapa pun minta.
Please la faham.
Jujurnya aku simpati dengan anak-anak syurga ni. Jika kamu ada nilai manusia (walau sikit pun kali) jangan hina apa pun yang mereka cuba lakukan sebab mereka juga manusia. Macam kita. Aku mungkin sensitif sebab aku berpengalaman setahun dengan mendidik anak-anak pendidikan khas dan aku sangat sangat memahami keadaan mereka.
Tidak dapat membantu cukuplah kita doakan mereka ya.
Ps:
manusia ni kalau dia nda kena, sukahati mulut dia cakap kan? Sekali kena baru mau menginsafi. Alahai.
No comments:
Post a Comment