Wednesday, September 25, 2013

Seperti dia.

Assalammualaikum. Hi.


Ada satu cikgu ni, ajar saya kimia masa form 4 dan form 5. Cikgu biasa saja. Nda vogue vogue. Setelah 11 tahun tinggalkan sekolah, saya kembali di sini sebagai guru ganti matematik. Kemudian terjumpa balik guru-guru saya termasuklah guru kimia saya ni. Lucunya, dia tidak ingat nama tapi dia ingat saya melalui eksperimen yang saya failed buat dulu.


Cikgu ni masih macam dulu. Tetap nda vogue vogue. Masih humble macam dulu. Masih aktif macam dulu. Masih di minati macam dulu. Tidak sombong pun.  11 tahun yang tidak berubah- paling paling pun dulu rambut dia hitam sekarang beruban.

Begitu banyak cikgu yang saya jumpa dan ajar saya, ndatau kenapa saya admire betul cikgu ni. Dari segi perwatakan, intelektualnya, bahasanya, penampilan dan ah semualah yang ada sama cikgu ni membuatkan saya mahu jadi macam dia!

Bagi saya dia hebat.walau dia hanya cikgu kimia. dulu ya sebelum jadi cikgu dia seorang researcher sains di usm, kalau nda salah dia punya phd, bekas atlit pulau pinang tapi pilih untuk jadi cikgu kimia sebab dia minat. Tapi dia nda pernah bangga dengan pencapaian hebatnya. Sangat-sangat rendah diri. Saya tahu dia mampu beli kereta mahal mahal, guna iphone beli ipad segala tapi dia memilih hanya membawa saga aerobik dulu-dulu dan hanpon semurah rm80-100 saja. Tanya saya, mana ada cikgu begitu sekarang, itu cikgu 11 tahun yang dulu. Dan saya perasan, baju dia seperti baju dia pakai 11 tahun yang dulu. Atau mungkin dia beli yang sama.hehe. Tapi the best part of him, ilmu sains dia melebihi gunung. Ilmu dia memang vogue.


This is the real teacher. Bagi saya. Jika 356 hari bekerja dia tidak pernah apply cuti kecuali sakit. Tidak pernah skip kelas. Slogan dia ur the teacher and that ur responsibility.

I wish someday i become like him. Semoga masih ada cikgu cikgu begini diluar sana.

Dedicate to sir martin p. We love u and tq so much for the knowledge and best experienced. (Chemistry 01-02)

Dan cikgu fatimah (physics 01-02). Tq ajarkan saya "jangan kalah sekarang, tapi kalah bila betul-betul sudah tidak ada Allah di hati)




No comments:

Post a Comment