Hi.
Awal oktober hari tu saya bercuti lagi. Kali ini di JB dan selama 6 hari. Dan kali pertama juga. So far, suasana di JB macam juga di kk (bagi saya la ya), cuma agak lebih luas. 6 hari di sana, aktiviti saya (dan abe semestinya) agak padat juga. Jadi ini catatannya,
Oct. 01
Sampai JB ngam-ngam tengahari. Direct flight dari kk-jb ya. Sakai juga masa mula-mula sampai.haha. Kemudian terus ke hotel. Kami menginap di kozi hotel, area danga bay. Hotel budget tapi sangat selesa dan agak bersih. Petangnya, jalan-jalan sekitar kawasan sebelum kawan baik saya iqa bawa jalan dan makan di angsana. Angsana ni shopping kompleks, tapi menariknya di sini sangat ramai orang melayu. Iqa cakap, angsana tempat orang melayu suka pergi. Kami di sana sampai malam juga. Pastu iqa bawa round sekitar JB sebelum balik hotel.
Hotel tempat kami menginap.
Oct. 02
Awal pagi jam 7 sudah ke agensi untuk bersiap ke singapore. Dekat sangat dengan hotel.Hari ini ke universal studio. Rugi ya kalau ke JB tapi nda singgah di kota singa.thethethe. Kami guna agensi erwin travel and tours. Ok, memang boleh ja naik tren atau bas ke singapore, tapi oleh kerana saya dan abe agak busy sebelum cuti dan tiada masa mau cari hotel bagai segala jadi kami guna khidmat agensi ja. Ini pun iqa yang urus, pakejnya sekali dengan hotel. Dan harga pada saya sangat ok. Maksud nda lebih budget pun. Sebelum bertolak agensi ada beri beberapa peringatan dan peraturan. Isi borang putih lagi.
Kalau ikut agensi ini, dia bagi terus tiket masuk universal studio, tiket ke sea aquarium, voucher makan dan seveniour dan hotel dan ada voucher lain ( boleh guna di johor ja kahkahkah) ok, rupa borang putih macam dalam passport tu.
Taboleh lupa pengalaman di imegresen johor dan singapore. Sakai bah di sana, ikut ikut orang apa mau dibuat. Kebetulan dalam bas hanya kami, satu famili dan 2 orang kawan baik yang melayu, lain-lain semua foreigner. Saya dan abe sangat takut sesat (eh?), mujur ada satu korean guy sama bas dengan kami yang boleh sentiasa dilihat dan diikut. Saya cam dia sebab hanya dia yang pakai seluar warna hijau dan sangat terang! Kalau ikut bas yang memang ke universal studio dia akan tunggu sampai korang selesai di imegresen. Jadi tapayah risau mau berlari-lari ya kecuali kalau kamu naik bas biasa dan ingin cepat.
Walaupun agak jem, tapi kami sampai awal di uss. Masa tu belum buka. Sempat lah juga tengok opening gate dia si kungfu panda menari lompat-lompat dan kena berbaris panjang. Masa ni kami masih lagi dengan famili melayu tu. Diorang agak friendly juga. *anak tiga orang comel-comel macam orang jepun ah.* Bila masuk dalam ambil peta dan kami start haluan masing-masing.
Ok, dalam uss ada 7 bahagian-Hollywood,Madagascar, far far away, sci-fi city, ancient egypt, the lost world dan New York City. Dalam ini, sebenarnya kita boleh pilih mana-mana tempat yang kita mau pigi.ada peta nda sesat la. Percaya atau tidak, saya habis round semua dan cuba semua aktiviti di dalamnya.
Kami start dari Madagascar dan kembali berakhir di Hollywood. Sangat puas hati dan ke sana tidak sia-sia. Semua adventure activity bagi setiap section sangat menarik bagi saya, kecuali di ancient Egypt ah. Nda kuat semangat macam saya, batalkan niat masuk. Scary ah, hampir menangis saya ikut hi speed roller coster dia yang dikejar mumia. Tapi paling lucu bila kami masuk dalam sesame street spaghetti space chase sebab hanya kami dua orang besar di sana. (Macam sesuai tuk budak budak bah).High recommended kalau mau pigi sini untuk masa yang singkat singgah di sci-fi city transformer the ride, the lost world Jurassic adventure, dan New York action movie. Kalau masa seharian singgah semua. BEST.
Masa kami di sana, singapore hujan. Jadi kami terbeli la baju hujan plastik yang akan sangat-sangat berguna kalau kamu masuk the lost world. Hehe. Oleh sebab seharian di sana, tempat makan yang paling kami bimbangkan. Tapi alhamdulillah, cuma perlu cari yang ada logo halal singapore ya. Kami makan di section the lost world. Dalam ni, setiap section ada tempat makan. Jadi pilih saja, kalau orang Islam cari la di bahagian yang ada logo halal. ( setakat yang saya jumpa- di encient Egypt, the lost world dan hollywood) kalau nda yakin, bawa la makanan seperti bun bun ah. Soal solat, saya dan abe jamak dan terpaksa qada sebab kami tak jumpa surau dan mau cari melayu pun payah untuk tanya.
Habis round semua hampir petang jam 5-6 gitu.pastu beli beli cenderahati. Jumpa beberapa character dan walla tiba tiba nda mau bergambar sebab tengok barisan ya ampun panjang. Soal duit, macam yang kamu tahu, singapore dollar mahal dari duit Malaysia. Jadi kena jimat berbelanja ah. Bas datang jam 7.15 dan gerak 7.30. Kami jam 6.30 suda di tempat bas sebab kami takut tertinggal dan ya masa tu suda sangat penat. Bas agensi nda tunggu ya kalau lewat.tepat 7.30 dia gerak terus. Pastu lalu balik imegresen. Kalau masa datang imegresen ya ampun rasa jauh betul naik eskulator jalan jauh turun eskulator jalan lagi tapi masa balik dekat ja. Cuma itulah berbaris panjang juga.
Sampai hotel lebih kurang jam 9.30 malam gitu. Solat mandi dan terus tidur sebab mahu kumpul tenaga untuk aktivti esok pula.
Nice oo Ros.. P Singapore lg tu dorang jln2... heheheh.. Sa pn teringin mo p sana USS oo.. bah, mana tu "catatan seterusnya"..?? :p
ReplyDeleteTq pres. Satu hari nnti ko pigi juga tu inshaAllah :) ok, Ada suda catatan seterusnya ya.hihi
ReplyDelete