Hari kedua di singapore. Rutinnya macam semalam juga kami ikut bas. Apa yang berbeza dalam rombongan kedua ini ialah orang lain sakai kami nda. Di imegresen buat macam sudah balik-balik ulang alik singapore. Kahkahkah. Tripp kan? Lebih bertrip sebab semua di bas 1st time masuk sana. Thethethe.
Untuk hari ini, kami ke sea aquarium dan adventure cove waterpark. Dua tempat yang berlainan sebenarnya ya tapi dekat saja. Jadi kena perlukan dua tiket berbeda tau. Masa sampai, kami plan ke sea aquarium marine life park dulu. Kawasannya cukup luas dan besar ya walau nampak kecil di luar.
Macam kecil kan? Sakit juga kaki berjalan dalamnya. T___T
Mula-mula masuk kami ingat kami sesat. Sebab tiada aquarium pun, hanya ada bahan pameran berkaitan barang masa lampau yang ada kaitan dengan maritime silk route. Ada banyak bahagian, nda ingat berapa tapi setiap satu ada interactive activities ah. kemudian kami ke bahagian historic ship harbour dan typhoon theatre. Ok, sini sangat lawak. Saya baru perasaan peta guide me yang saya ambil adalah bahasa cina dan ada lebih 50 orang di dalam kapal tapi hanya kami yang ganjil sebab semua pelancong dari China, Korea dan Jepun. Orang semua tengok kami. Sampai saya cakap sama abe, "kita salah masuk barangkali ni kenapa juga kita pi sini orang lain turun eskulator tadi" tambah lagi perasaan bila tengok wayang yang ditayangkan adalah wayang cina. Tapi jangan bimbang. Macam dalam uss, typhoon theatre bukan sekadar theatre ah, penuh kejutan dan wayang 4D dia ada subtitles bi. Pengalaman menarik masa kapal yang kami naik tu kononnya tengelam. Mula tu saya nda perasan sangat sampai abe cakap "tu na pintu kita masuk tadi". ( kapal tu betul tengelam dalam dasar laut ah)
Masa keluar dari kapal, baru kami sampai di bahagian aquarium besar-besar. Actually, boleh ja guna eskulator turun bawah tapi nda la rasa macam yang kami rasa! Saya pernah pergi aquarium klcc tu, tapi yang ini memang besar ah. Hidupan dia pun sangat banyak dan besar. Sampai saya dan abe betul-betul penat berjalan tapi excited ah.
Dalam sea aquarium ni ada banyak bahagian juga. Sangat banyak. Jika pencinta hidupan macam kami (?) paling bagus pergi sini. Ada banyak yang kita nda tahu apa yang ada di dasar laut. Sini ada, jadi boleh belajar. Sesuai untuk kanak-kanak juga boleh belajar sesuatu. Jadi kami dalam 'aquarium' in lama juga. Sampai dekat tengahari, kami keluar pun sebab rasa lapar sangat ( maka dalam tu time jalan-jalan makan bun juga) dalam ini ada satu restoren tapi nda tau halal ka tidak ya. Lagipun nampak macam mahal betul.
Masa keluar dari sea aquarium, kami mahu cari makan. Dekat malaysian food street tu, ada tiga stall ada tanda halal, tapi saya sama abe ragu-ragu betul makan. Tapi halal ya jangan bimbang, cuma persekitarannya buat saya ragu-ragu. Kami ada bun, tapi ya ampun perut sudah makan bun pun lapar nasi. Nasib sebelum in saya sudah google tempat ni, dan tau dalam waterpark ada gerai halal.
Ok, masuk waterpark ada strict sikit ya. Makanan luar adalah haram dibawa ni. Security akan cek setiap beg yang masuk. Dalam beg kami, ada 2 bun lagi belum dimakan sebenarnya. Saya hampir bagitau security tiada makanan tapi abe baik hati pula kasitau.adede..tapi kali tengok muka comel kami dua dia cakap, it's ok. Keep it. Wallah! Thanks uncle. Orang lain semua ada bawa terpaksa tinggalkan diluar!
Waterpark ni tempat mandi sebenarnya. Ada banyak bahagian juga. Jadi kalau mahu masuk sini bawa la baju lebih. Mula-mula sampai kami cari gerai yang ada lambang halal. Ikut naluri hati saja jumpa juga ni. Yeah, makan juga walau mahal ya. salahkan si perut!
Lepas makan, kami cari locker simpan barang. Tidak macam dalam uss, kebanyakan locker dia bayar ikut jam tapi di sini tidaklah. Cuma berbeza bayaran locker kecil dan besar. Kami ambil locker kecil dan sumbat semua baik-baik sebab takut nda muat. Sini tiada ambil gambar sebab semua barang dalam locker. Saya hanya ikut aktiviti watercove adventure (super best) dan abe ada ikut lain-lain. Bukan apa, gayat pula tengok terjun-terjun. Kami di sana sampai petang. Ada satu bahagian dalam ni yang rasa rugi betul nda dapat join, berenang bersama ikan. Bukan apa, barisan panjang sangat dan kami tidak kecukupan masa. Nda pa, next time. Maybe. Oh ya tentang pakaian, nda la strict sangat. Boleh ja pakai tudung dan baju tshirt. Jangan bimbang.
So far, dua- dua tempat memang puas hati. Dan berbaloi.
Masa mau pulang, sempat juga bergambar disini. Ok, masa pulang ni paling sengsara sebab kaki terseliuh dan terpaksa la dibalut. Tapi amat menghairankan kaki macam nda sakit bila tiba di imegresen ya.
Singapore (specially sentosa) tempat menarik untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Jika ada rezeki, inshaAllah datanglah di sini. Lihat tempat orang, jauh berjalan luas pandangan kan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete