Monday, September 24, 2012

*signal*

assalammualaikum.
selamat hari isnin kawan.


hari ni baru berkesempatan update blog setelah berapa lama asyik tertangguh saja. *sigh. alhamdulillah, kuliah pun sudah masuk minggu ke-3. result sem lepas pun sangat ok. alhamdulillah. tasangka sungguh buleh score A dalam banyak subject. padahal kan muka saya antara orang yang bila masuk library khorr khorr, isi nota yang tapernah sistematik, masuk kuliah mengumpat. ahaks! tapi rezki la ba tu kan. syukur.

eh, tapi kan bukan soal itu ba saya mahu cakap cerita ni. saya mahu cerita pasal kenderaan di jalanraya. khas untuk si kawan yang punya kereta atau motor. kalau inda ada pun, paling-paling untuk si kawan yang ada memegang lesen kenderaan. sekarang ni kan, saya perhati kenderaan di jalanraya jarang mahu guna signal bila diperlukan. main hentam saja ikut citarasa masing-masing. specially kereta berspefisikasi kereta "besar-besar". serius.

mahu bilang si kawan pemegang lesen ini tidak berpelajaran tidak la juga kan. mampu juga lulus ujian memandu. pandai la juga tu. mungkin mereka ni ketegori pandai tapi "tutt". bak kata lecturer saya, makin kaya makin bodoh dan buruk perangai. maysaAllah, jauh jauh kita dari golongan macam tu ah bila kita kaya. terus-terang, saya pun pernah tidak guna signal. betul. tapi HANYA bila tiada kereta, orang, binatang di jalanraya. kalau di depan ada kereta, di belakang ada kiri kanan ada tapi bila kita mahu masuk simpang tak pasang signal kan ka sudah menyusahkan kereta-kereta sekeliling. menyusahkan nda apalah. tapi pada masa yang sama kita kena sumpah oleh orang-orang dalam kereta sekeliling kita tu. betul kan? saya pun pemandu dan saya rasa apa bila orang berkurang ajar di jalanraya. seorang menyumpah mungkin kita tak kisah, tapi kalau 44 orang sumpah?naa nda aman la hidup kita tu kan. nau'zubillah. jangan sumpah orang, kita doa si kawan tu insaf cukup la ah.

singal tu penting ba kan. kalau inda, kenapa mesti ada pada setiap kenderaan bermotor? kita ni manusia diberi akal bukan untuk disimpan nda dipakai. sebab tulah kita kena selalu berfikir. ada kawan saya cakap orang yang pasang signal ni skema. eh eh kawan, itu bukan skema ba. itu nyawa sebenarnya. lebih baik kan mencegah dari mengubati. nasib si kawan sudah insaf. syukur la.jadi geng-geng semua, sayangilah diri kita ya dan lunturkan keegoan.anda mampu mengubahnya! insyaAllah.

jom sama-sama ingat-mengingati!

ps: baru saja berlaku tadi time mahu balik kuliah. ceritanya begini, masa saya keluar dari trafik light ums tu menuju ke 1B,  ada sebuah persona hitam mahu keluar dari simpang 1B ke jalan besar. time tu kereta nda la banyak juga tapi semua laju-laju termasuk saya. tiba-tiba tanpa signal tanpa apa kan si persona masuk. wah wahh wahh. sudah la masuk terus ke kanan. mujur la brek kereta saya makan dan saya  ni seorang yang begitu teliti sempat juga brek mengejut dan membuat kawan di belakang terkejut. dari mana si pesona tu mengambil lesen ya? saya begitu sangsi kamu tahu. sebelum si tanduk merah dua sempat mendorong saya untuk menyumpah, serta merta saya nampak P di kereta dia. jadi saya cakap macam ni pula "aa, orang baru dapat lesen kali kan. masih nda pandai memandu tu". tapi saya sempat juga highlight dia dan bunyikan hon panjang tanda amaran. heee.

Thursday, September 6, 2012

raya 2012.

assalammualaikum.


hai.

oleh sebab kita masih dibulan syawal, jadi sempat lagi saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. orang lain sudah habis post pasal raya saya pula baru mau update. kehkehkeh.

raya tahun ini alhamdulillah meriah.*tersangat meriah ah*. sebab berbanding tahun lepas (yang kami semua beraya di hospital) jadi tahun ni rasa lebih baik. macam yang saya bagitau, raya pertama dan kedua tempat saya dan seterusnya tempat hubby. 1st time rasa raya berdua bersama siok juga. 1st time ba pula..hehe..saya mana pernah raya rumah dia dan dia mana pernah raya rumah saya. kan kami dari dua kawasan yang berbeza. aceceh!

biasa hari raya, kami banyak di rumah. adat biasa mesti pergi kubur bila orang lelaki balik dari solat sunat hari raya, kemudian pergi rumah makcik (kakak sulung bapa) dan pakcik (adik no tiga bapa) dan maksu (adik bongsu bapa) 3 tempat ni kena berkunjung sebabnya dorang ada rumah di kg. pakcik2 lain semua dari tinggal bandar dan biasanya tinggal di rumah maksu tiap kali raya. biasanya rumah bapa yang akan jadi tumpuan bila hari raya. actually saudara bapa agak ramai ok. *tersangat ramai sebenarnya*.

saudara bapa yang datang raya pertama semuanya dari sebelah nenek perempuan. kemudian hari raya kedua pula, kami akan berkumpul di rumah makcik munah untuk keluarga sebelah nenek lelaki. bayangkan kawan, saya punya sangat ramai pakcik makcik, sepupu, pupu, anak buah etc. kehkehkeh. saya sendiri taboleh ingat mereka.belum masuk sebelah mama. keluarga sebelah mama biasanya datang hari raya tiga (dan tahun ni saya langsung tasempat jumpa mereka) sebelah mama mejoriti berbangsa lain dan bukan beragama islam tapi yang paling saya bangga bila ikatan mereka tidakpernah putus tapi semakin akrab. seronok kan? sudah boleh bilang famili saya 1 Malaysia bah! kehkehkeh.

masa raya di sandakan tempat hubby pun kami banyak luang masa di rumah. ada sekali dua pergi rumah makcik hubby dan rumah kawan saya. (yang membuatkan kami hampir-hampir sesat). kawan hubby ada ramai yang jemput datang rumah, tapi maafah ya. kami nda tahu jalan dan kami tiada transpot ba. sapa suruh naik flight kan. pergi tawau pun kami tasempat ikut. =(  tapi apapun, saya boleh kata raya tahun ini lebih owesome. semoga tahun seterusnya juga begitu. amiin

familia saya. nampaknya sudah bertambah. tahun depan tambah lagi. hehe

sebahagian dari kami. eh, kenapakah setiap tahun mesti kurang korum ah.

ps:
1. masa di kb, hubby excited gila mahu beraya rumah kawan dia walaupun hubby taberapa sihat ketika itu.  kami "excited" sampai kami sesat masuk hutan salah jalan. haha.

2. tahun ni kazen kazen yang belajar di korea, india, mesir, uk dan sebagainya balik beraya tapi yang study di seberang laut nda pula pulang beraya. ahaha. eh, tapi seingat saya la kamu semua ni asal raya asal cuti balik Malaysia ba pula. eh eh. seronok jumpa mereka dan cerita menarik mereka. heh!

3. ok, tahun ini rumah saya ada serunding. hoyay! teringat teori adik lelaki saya, saudara berkumpul di rumah kami kerana hanya rumah kami yang ada juadah nasi minyak. rumah orang semua ketupat dan lemang ja ada. apakah..