Monday, September 24, 2012

*signal*

assalammualaikum.
selamat hari isnin kawan.


hari ni baru berkesempatan update blog setelah berapa lama asyik tertangguh saja. *sigh. alhamdulillah, kuliah pun sudah masuk minggu ke-3. result sem lepas pun sangat ok. alhamdulillah. tasangka sungguh buleh score A dalam banyak subject. padahal kan muka saya antara orang yang bila masuk library khorr khorr, isi nota yang tapernah sistematik, masuk kuliah mengumpat. ahaks! tapi rezki la ba tu kan. syukur.

eh, tapi kan bukan soal itu ba saya mahu cakap cerita ni. saya mahu cerita pasal kenderaan di jalanraya. khas untuk si kawan yang punya kereta atau motor. kalau inda ada pun, paling-paling untuk si kawan yang ada memegang lesen kenderaan. sekarang ni kan, saya perhati kenderaan di jalanraya jarang mahu guna signal bila diperlukan. main hentam saja ikut citarasa masing-masing. specially kereta berspefisikasi kereta "besar-besar". serius.

mahu bilang si kawan pemegang lesen ini tidak berpelajaran tidak la juga kan. mampu juga lulus ujian memandu. pandai la juga tu. mungkin mereka ni ketegori pandai tapi "tutt". bak kata lecturer saya, makin kaya makin bodoh dan buruk perangai. maysaAllah, jauh jauh kita dari golongan macam tu ah bila kita kaya. terus-terang, saya pun pernah tidak guna signal. betul. tapi HANYA bila tiada kereta, orang, binatang di jalanraya. kalau di depan ada kereta, di belakang ada kiri kanan ada tapi bila kita mahu masuk simpang tak pasang signal kan ka sudah menyusahkan kereta-kereta sekeliling. menyusahkan nda apalah. tapi pada masa yang sama kita kena sumpah oleh orang-orang dalam kereta sekeliling kita tu. betul kan? saya pun pemandu dan saya rasa apa bila orang berkurang ajar di jalanraya. seorang menyumpah mungkin kita tak kisah, tapi kalau 44 orang sumpah?naa nda aman la hidup kita tu kan. nau'zubillah. jangan sumpah orang, kita doa si kawan tu insaf cukup la ah.

singal tu penting ba kan. kalau inda, kenapa mesti ada pada setiap kenderaan bermotor? kita ni manusia diberi akal bukan untuk disimpan nda dipakai. sebab tulah kita kena selalu berfikir. ada kawan saya cakap orang yang pasang signal ni skema. eh eh kawan, itu bukan skema ba. itu nyawa sebenarnya. lebih baik kan mencegah dari mengubati. nasib si kawan sudah insaf. syukur la.jadi geng-geng semua, sayangilah diri kita ya dan lunturkan keegoan.anda mampu mengubahnya! insyaAllah.

jom sama-sama ingat-mengingati!

ps: baru saja berlaku tadi time mahu balik kuliah. ceritanya begini, masa saya keluar dari trafik light ums tu menuju ke 1B,  ada sebuah persona hitam mahu keluar dari simpang 1B ke jalan besar. time tu kereta nda la banyak juga tapi semua laju-laju termasuk saya. tiba-tiba tanpa signal tanpa apa kan si persona masuk. wah wahh wahh. sudah la masuk terus ke kanan. mujur la brek kereta saya makan dan saya  ni seorang yang begitu teliti sempat juga brek mengejut dan membuat kawan di belakang terkejut. dari mana si pesona tu mengambil lesen ya? saya begitu sangsi kamu tahu. sebelum si tanduk merah dua sempat mendorong saya untuk menyumpah, serta merta saya nampak P di kereta dia. jadi saya cakap macam ni pula "aa, orang baru dapat lesen kali kan. masih nda pandai memandu tu". tapi saya sempat juga highlight dia dan bunyikan hon panjang tanda amaran. heee.

No comments:

Post a Comment