Monday, October 1, 2012

rutin hari isnin.

ISNIN

0430-0700
bangun dan siapkan keperluan harian (sarapan, mandi, solat, susun buku, baca nota etc).
0700-7.30
singgah kawan, rina di ua1. kemudian stuck di jalanraya. jem. tapi bukan lama.
0730-0800
sampai dewan kuliah. 30 minutes before lecture is gold. so masa untuk main internet dan download game etc. eh?
0800-1000
lecture bermula. 2 jam mesti rasa macam 4 jam. eh, padahal pagi lagi tu. 30 minit dari 2 jam tu saya betul-betul ambil perhatian. masa panjang selebihnya saya start gatal-gatal tangan buka hp, lukis-lukis, komen-komen fb dan kacau kawan. eh, post graduate tapi perangai macam budak-budak ah. well, memang itu saya. bila lecturer start tanya soalan, automatiknya saya ambil perhatian. magik ah. T__T
1000-1300
masa percuma. pergi library, lepak-lepak plus komplen itu ini pastu pi makan. ya ampun. junior-junior jan buat begini ah. eh eh, bukan saya saja ah begitu. kawan kepada kawan kepada kawan saya pun perangai sama. haha! bertrip kan banyak masa free.eceh.
1300-1400
tutorial. ok, time ini memang saya betul-betul jadi skema. sebab saya duduk paling depan. dan, ini subjek wajib dan menjadi ketakutan saya. nda kau takut kalu dikasi fail?eh, nauzubillah kan. dan satu kebaikan bila saya takut, automatik saya suka menjawab soalan lecturer. serius. sebab saya lagi takut bila lecturer sebut nama untuk menjawab soalan. haha.apakah? =.=
1400-1600
hoyay! pulang time. tapi biasanya mesti singgah di mana-mana tempat menarik. macam 1B. oh, patutlah duit tapernah cukup. eh, salahkan c kawan sebab mau singgah sana. hihi!
1600-2200
balik rumah. buat aktiviti suri rumah (masak, cuci kain, kemas rumah etc). siap semua, tunggu husb pulang.part ini saya.hoho! then, makan malam. biasa lepas makan malam (lepas solat maghrib), baru saya serius buat kerja. ah, buat assignment ba. dan buat review apa saya belajar. tapi kan, selalunya saya tertidur bersama buku atau sebelum sempat buka bukupun. adeh.


 see kawan, begitulah saya spend hari isnin saya. macam enjoy kan? memang enjoy kalau kita rasa kehidupan kita enjoy. jangan banyak stress. anggap saja rutin kita ini seronok ah. ba bagaimana rutin hari isnin kamu? whatever is it, enjoy ur day ya.

No comments:

Post a Comment