hai.
alhamdulillah, sudah 8 bulan saya bergelar isteri orang. sedar nda sedar, saya sudah mula "berjaya" menjalani kehidupan berumahtangga sikit-sikit. baru belajar merangkak orang cakap. dan oh, baru tahu dugaannya bule tahan ya.=)
macam yang kamu tahu, saya belum dikurniakan rezeki mengandung. eh? betul la. dan saya ambil positif semua yang berlaku kerana saya percaya Allah ada perancangan di sebalik semua ini. kalau ada orang 10 tahun berkahwin dan masih bersabar maka saya mesti macam itu. saya setahun pun tidak sampai kan. sudah kalut neh.. hehe.biasalah naluri wanita yang da kahwin, semua mau rasa benda-benda macam tu kan.
tapi kan, kadang-kadang
kalau orang sekadar bertanya "sudah ada isi ka ros" atau "bila aku bule dapat anak buah ni ros" atau apa-apa ayat yang sedap di dengar saya jawab dengan baik ataupun bergurau. itu saya takisah. orang tanya kita jawab la kan. ndakan buat-buat ndatau pula.tapi kalau orang cakap macam ni "ros, ko dulu lagi kawen dari si tutt, duluan lagi dia pregnant ba. ko bila lagi ni" atau "subur ka inda ko ni ah. orang menunggu baby keluar suda, ko tiada ka tanda-tanda lagi" atau "saya dulu subur la. bunting pelamin. kawan saya lepas 4 bulan bunting suda. ko ni ada ka tiada ni" adeh. saya serius ndasuka orang tanya macam tu. walau mungkin mengusik tapi ayat diguna bagi saya tersangat kasar. lagi-lagi orang yang suka membanding-banding. rasa down la macam ni.
kita tidak akan tahu rezeki kita. tiada siapa yang akan tahu. bohonglah ba kalau saya bilang saya nda cemburu bila dengar kawan disahkan mengandung begitu cepat. tapi kan ini soal rezeki dari Allah. kalau kita percaya, maka mesti ada. cuma sabar kita sedang diuji. bagi saya, bukan soal subur ka tidak, bukan soal pandai ka tidak. semua itu urusan Allah, kita hanya berusaha. saya ada kenal seorang kawan mama yang dari bujangnya tidak punya haid yang tetap. tetapi lepas dua tahun kahwin anak dia berderet 11 orang. itu kita mahu bilang apa? sebab tu tabaik tuduh orang tasubur. rezeki kawan, rahsia Allah semata.
jadi apa yang saya belajar dari pengalaman ini, sebagai kawan atau sesiapa sajapun, kita tidak wajar membuat orang lain tersinggung. patutnya kita sapot kan, bukan bikin down. rezeki kita masing-masing. nda kamu tahu rahsia disebalik semua ini ada rahsia kasih sayang yang sangat erat =) erm, ba siapa tahu lepas ini rezeki saya kan? amiin.
jangan merendah-rendahkan orang lain.
ps: bila jumpa pakar puan hari tu, tasangka betul doc tu gelakkan kami. selamba dia bilang "dulu saya kahwin, lepas 2 tahun baru dapat anak. kamu baru berapa bulan kahwin ni. sabar ba. rezeki belum sampai" haha. adeh. *malu tutup muka tamau jumpa doc tu lagi.kehkehkeh.
ps: ah, lega dapat luah tanpa maki-maki orang yang buat kita sakit. hati pun da tenang.suka.suka.suka.=)
Amin. Faham sangat sangat Ros. Kau 8 bulan je, aku ni limpas dua tahun sudah, steady jak lah. Ini ujian tuhan pada kita, kan. Dikurniakan rezeki awal pun ujian juga tu, mau tengok bersyukur kah tidak sama rezeki. Kehkehkeh Di sebalik semua ni, ada kemanisannya nanti ;) Chill k.
ReplyDeletebetul betul betul tu dayah. tapi ko kuat ba dari aku.kehkehkeh.tapi aku sokong yang ko pasti ada hikmah disebalik semuanya.=)
ReplyDelete