hai.
oleh sebab kita masih dibulan syawal, jadi sempat lagi saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. orang lain sudah habis post pasal raya saya pula baru mau update. kehkehkeh.
raya tahun ini alhamdulillah meriah.*tersangat meriah ah*. sebab berbanding tahun lepas (yang kami semua beraya di hospital) jadi tahun ni rasa lebih baik. macam yang saya bagitau, raya pertama dan kedua tempat saya dan seterusnya tempat hubby. 1st time rasa raya berdua bersama siok juga. 1st time ba pula..hehe..saya mana pernah raya rumah dia dan dia mana pernah raya rumah saya. kan kami dari dua kawasan yang berbeza. aceceh!
biasa hari raya, kami banyak di rumah. adat biasa mesti pergi kubur bila orang lelaki balik dari solat sunat hari raya, kemudian pergi rumah makcik (kakak sulung bapa) dan pakcik (adik no tiga bapa) dan maksu (adik bongsu bapa) 3 tempat ni kena berkunjung sebabnya dorang ada rumah di kg. pakcik2 lain semua dari tinggal bandar dan biasanya tinggal di rumah maksu tiap kali raya. biasanya rumah bapa yang akan jadi tumpuan bila hari raya. actually saudara bapa agak ramai ok. *tersangat ramai sebenarnya*.
saudara bapa yang datang raya pertama semuanya dari sebelah nenek perempuan. kemudian hari raya kedua pula, kami akan berkumpul di rumah makcik munah untuk keluarga sebelah nenek lelaki. bayangkan kawan, saya punya sangat ramai pakcik makcik, sepupu, pupu, anak buah etc. kehkehkeh. saya sendiri taboleh ingat mereka.belum masuk sebelah mama. keluarga sebelah mama biasanya datang hari raya tiga (dan tahun ni saya langsung tasempat jumpa mereka) sebelah mama mejoriti berbangsa lain dan bukan beragama islam tapi yang paling saya bangga bila ikatan mereka tidakpernah putus tapi semakin akrab. seronok kan? sudah boleh bilang famili saya 1 Malaysia bah! kehkehkeh.
masa raya di sandakan tempat hubby pun kami banyak luang masa di rumah. ada sekali dua pergi rumah makcik hubby dan rumah kawan saya. (yang membuatkan kami hampir-hampir sesat). kawan hubby ada ramai yang jemput datang rumah, tapi maafah ya. kami nda tahu jalan dan kami tiada transpot ba. sapa suruh naik flight kan. pergi tawau pun kami tasempat ikut. =( tapi apapun, saya boleh kata raya tahun ini lebih owesome. semoga tahun seterusnya juga begitu. amiin
familia saya. nampaknya sudah bertambah. tahun depan tambah lagi. hehe |
sebahagian dari kami. eh, kenapakah setiap tahun mesti kurang korum ah. |
ps:
1. masa di kb, hubby excited gila mahu beraya rumah kawan dia walaupun hubby taberapa sihat ketika itu. kami "excited" sampai kami sesat masuk hutan salah jalan. haha.
2. tahun ni kazen kazen yang belajar di korea, india, mesir, uk dan sebagainya balik beraya tapi yang study di seberang laut nda pula pulang beraya. ahaha. eh, tapi seingat saya la kamu semua ni asal raya asal cuti balik Malaysia ba pula. eh eh. seronok jumpa mereka dan cerita menarik mereka. heh!
3. ok, tahun ini rumah saya ada serunding. hoyay! teringat teori adik lelaki saya, saudara berkumpul di rumah kami kerana hanya rumah kami yang ada juadah nasi minyak. rumah orang semua ketupat dan lemang ja ada. apakah..
apaka? kenapa gambar aku sana hitam legam? overEdit juga. T__________T
ReplyDelete