Tuesday, August 14, 2012

persiapan raya kami.

Assalammualaikum.

hi uols.


bestya baca entri c dayah, kawan masa di amc dulu mengenai pengurusan budget berhari raya. sangat good info untuk kita yang kebaru-baruan di alam orang kahwin ni ah. ada tips menarik  lagi ah. =)  ba jadi, macamana persiapan hari raya kamuorang? hopefully kita jan lebih-lebih la kan. berjimat lebih baik ah.

tahun ini tahun pertama saya beraya sama husb. kekok juga ba sikit-sikit. kamu tahu sebelum puasa (saya ingat sebelum kami kahwin lagi laa) sudah dikasi tentu mahu raya mana duluan. HAHA. lucu kan? tapi serius. penting untuk tahu di mana mahu beraya duluan. berkat toleransi dan kerjasama kami (atau sebab kehebatan saya yang pandai memujuk?) tahun ini raya rumah saya dulu. tips kami begini, jika raya pertama dan kedua di tempat saya maka raya selebihnya (sepanjang tempoh cuti) akan disambung di sandakan. dan raya haji akan disambut di sandakan juga. tapi kalau raya pertama dan kedua tempat husb, maka raya selebihnya dan raya haji nanti akan di tempat saya. kami sudah muafakat buat begitu. bagus kan? HEHE.

cerita pasal persiapan raya tahun ini, saya rasa saya dan husb macam besederhana betul. memandangkan familia saya sangat suka bertema-tema warna baju hari raya, maka husb terpaksa akur.aceceh. husb hanya beli baju selangor ikut warna tema. lain-lain macam songkok samping husband tabeli sebab masih elok. saya pula, since saya ada banyak baju kurung yang belum pakai maka saya hanya perlu pilih skirt plain ikut tema dan juga tudung. budget kami lebih tertumpu pada tiket kapalterbang sebenarnya. mulanya kami plan bawa kereta saja pigi sandakan nantinya, tapi sebab saya masih tidak boleh terlalu lama duduk kami tukar plan naik kapalterbang saja. naseb kami baik, dapat tiket murah. selain itu, kami juga da budget duit-duit raya untuk budak-budak. hehe.

dari segi hiasan rumah dan juadah pula, oleh sebab kami beraya di kampung biasa fimilia saya dari dulu sampai sekarang kami adik beradik biasanya saup-saup (kongsi-kongsi). rata-rata pun sudah kerja dan ada rezeki masing-masing so time perayaan begini kami akan bagi-bagi tugasan. aceh, macam buat assignment di dewan kuliah. contoh, kakak sulung ambil bahagian sponsor biskut, abang nombor dua akan sponsor minuman. begitu. so tahun ini, saya dan husb dapat bahagian sponsor kek (saya rasa jimat sebab hanya beli bahan dan buat sendiri), beras dan juga 2 jenis biskut.
jadi, jadi saya dan husb sudah menganggarkan berapa budget yang perlu digunakan. dan ah, alhamdulillah saya dan husb memang pandai membudget duit. ceh.

bersyukur saya rasa sebab husb jenis orang yang suka besederhana. sedikit-sedikit saya terpengaruh dengan cara beliau. saya rasa beza persiapan raya kali ini ialah saya shopping dengan lelaki bukan perempuan. tasangka bila shopping sama lelaki semua yang saya tunjuk "ok, cantik tu sayang" wkwkwkwkw. sebenarnya, persiapan raya kami sangat simple. apa ada kami guna, tidak la mahu tukar semua. dan kami ingin mengekalkannya begitu. insyaAllah.

selamat membuat persiapan raya. berhemah ya.

pst:

husb: yang, apa istimewanya juadah di kampung ayg kalau hari raya? tempat abg ada buras.
wife: ada ketupat, rendang, ayam merah..bla..bla..
husb: itu semua makanan melayu. tiada ka yang unik?hehe
wife: tiada. tapi mak masak sedap ba. abg kan kuat makan kalau di rumah kampung.hehe
husb:..(lama dia diam)...alaaa tiada buras. wuwuwu..(siap terguling-guling dilantai)
wife: andu ba...tahun depan kita makan buras ah banyak-banyak. tahun depan kan tempat abg. time tu,kompon ayg yang guling-guling macam abg sekarang.

hahahaha.tasangka betul.=)


2 comments:

  1. Haah ros, nda perlu la semua beli baru tukar baru. apa ada kita pakai.sederhana kan lebih baij. datang bah rumah nanti raya ah :) selamat berhari raya ros. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. as salam dayah.=) selamat hari raya.maaf zahir dan batin juga. hehe. bru ba buka ni. ba d mana rumahmu ah?insyaAllah datang. lama juga kita raya kan.hehe

    ReplyDelete