Wednesday, August 8, 2012

nastolgia lama.

assalammualaikum.

hai semua.

semalam saya balik kampung kejap. masa mahu balik kk petangnya, mama kasi bekal saya balik kuah mi kari, buah tarap dan ikan basah beserta ramuan untuk buat sup ikan. wahh, terharunya saya.


dan malu. HEHE.


sebabnya, saya sudah jadi isteri orang. perempuan dewasa orang bilang tapi sayangnya perangai saya sumpah nda ubah macam budak hingusan lagi. macam anak dara ba. sepatutnya saya la yang masakkan mama kan. ini terbalik pula. =.=' cerita pasal mengasi makanan ni, saya teringat zaman saya belajar dulu. saya bukan juga anak manja. no no ya. cumanya saya sangat pandai memujuk. sangatts pandai. heh!

dulu-dulu, masa saya belajar di sekolah kalau ada jamuan ka parti kelas ka atau apa-apa la saya mesti ada bawa makanan. biasanya saya akan minta mama yang masakkan. sampai cikgu- cikgu sekolah semua kenal saya --c budak comel pembawa makanan. saya pandai pujuk mama untuk masak apa saja yang saya suka. dan apa saya bawa pigi sekolah tu semua yang saya suka. teruk kan? T__T

kemudian masa masuk pengajian tinggi, tiap kali puasa atau lepas raya atau time-time mau balik asrama balik ada saja makanan yang saya minta mama kasi sedia.wallawei,macam bos-bos kan. hehe. mama saya pula tidak pernah bilang tidak, maka suka ambil kesempatan. =.=! banyak-banyak anak mama, hanya saya seorang yang ada apa-apa mesti minta mama masakkan sesuatu. sampai kakak saya cakap, lain juga fiil c adik bah! eeii pelik betul. baru kan makanan yang saya minta kuantiti mesti banyak sebab share-share dengan kawan-kawan.

kalau saya ingat memang mengugat hati saya (?). tiba-tiba terkenang-kenang nastolgia lama. apakah..

sebenarnya bukan semalam saja ibu bekalkan saya makanan, tapi setiap kali balik kampung.kamu percaya? saya nda minta pun dikasi bekal juga. mungkin mama sudah terbiasa kan. aih, betul-betul berterima kasih sama mama. kamu ada nastolgia begini?



ps:
hargai kasih sayang ibubapa kita ya. tanpa mereka siapa kita di sini. dan jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka. anak soleh harapan mereka tau.=)

psst:
sebenarnya time saya pulang kemarin, mama tanya saya begini " adik mahu makan apa sama c mus buka nanti" saya selamba jawab " nda tau ma. makan mi kari kan sedap". sekali petangnya mama sediakan kuah mi kari untuk saya.  bila saya cakap "ala kenapa ma susah susah.adik boleh beli di ip nanti" terus mama cakap " tadi adik bilang mi kari, sedap juga tu. ma pun mau. nda payah beli naa jimat". hemm, pandai kan saya memujuk? haha. teruknya saya. =.='

No comments:

Post a Comment