happiness can be found, even in the darkest of times, if one only remembers to turn on the light.
Wednesday, September 11, 2013
Cerita c kazen
Tadi dalam perjalanan pulang lepas makan malam bersama ( hanya aku, bapa, ma dan kakak ya) ngam-ngam di tengah jalan kb baru ke kudat dekat area kg sembirai yang ada signboard dekat rumah cantik si tukang bot ( oh dan hanya orang kerap lalu di sini saja tahu di mana ya) bapa cerita,
"Naasini la si faijul orang jumpa tu tengah malam.."
"Hahaha"
"Dekat jam dua pagi suda tu kan ling.."
"Bla..bla..bla..."
Mula aku taambil kisah pun sebab mood masih kekenyangan tapi bila dengar ceritanya makin menarik hati gatal betul mahu tahu apa sebenarnya cerita c kazen ni.
Andaian aku sebelum tahu cerita sebenar ah c kazen mesti kereta dia rosak, atau mungkin dihalau cewek atau mungkin jelmaan saja. Satu pun tabetul ah.
Ceritanya begini, masa ni c kazen masih sekolah. Dan sekolah di smka tun said (atas bukit dan terletak di jalan mahu menuju kk, sekolah asrama). Alkisahnya itu mahu cuti sekolah, jadi petang tu dia kol mamakna ( read: macik aku) suruh datang ambil. Jadi mamakna ni pun datang la petang tu ambil. Tunggu punya tunggu tiada pula c kazen ni keluar.
Last-last macik ingat kazen tajadi balik, so macik pun pulanglah. Rupanya c kazen ni tertidur time tunggu emaknya datang. Bila dia bangun, sekolah da sunyi tiada orang. Aku pun tasure bila dia bangun sebab bapa pun tapasti bila dia bangun tapi dari cerita rasanya dia bangun dah malam kot. Jadi si kazen ni pon tekad mahu jalan kaki ja pulang. Ah, kg si kazen pula di kg labuan jalan menghala pi kudat.
Antara sekolah dengan rumah si kazen kalau naik kereta ada dalam 15-20 minit sampailah.tapi jalan kaki? Nda taulah berapa jam. Sebab kena lalu petronas lentigi, kg kuala abai, taman desa, taman nikmat, taman jadi, rumah orang cina-cina- roy, simpang pekan, sungai gurung kg sembirai, simpang timbang dayang, kg kota peladok baru sampai kg labuan. Tulah orang jumpa dia bawa beg tengah malam di kg sembirai dekat jam 2 pagi. Mujur la yang jumpa dia tu pun orang kg. dia jadi dapatlah ditumpangkan.Alahai.
Aku taterkaget sangat dengan cerita c kazen ni. Tapi aku tersentap betul bila bapa cakap,
" tapi hebat betul si faijul, tidak marah pun...sikit pun, bagusnya sabar"
Kena kasi tinggal, jalan kaki tengah malam..DAN tidak marah. Ohh sweet. Terus aku terdiam.
Kalau aku yang kena, kompom satu dunia aku mengamuk kali.
Ah kazen, ko memang hebat. Bagaimana kalau itu kamu?:)
Pst:
Teringat masa kecil bertekad mahu ke kuburan time waktu raya beramai-ramai bersama kazen sama adik beradik. Bila hari agak gelap dan suasana kubur mulai lenggang, maka bertekad la kami beramai-ramai mahu ikut jalan shortcut. Ah masa kecil dengar bunyi pelik sikit mula la cakap itu ini nampak itu ini, kononnya kain putih ( maka orang-orang di sawah saja) terus lari lintang pukang. Sudahlah berbaju kurung. Habis koyak kain sebab menyangkut di dawai pagar rumah orang. Sampai rumah nenek kapus kapus ketawa tebahak-bahak. Bapa bapa kami pun ingatkan kami kena apa. Hahaha, rindu waktu itu.
Rindu kazen semua.:)
Posted via DraftCraft app
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment