Friday, August 2, 2013

Puasa, raya, guru ganti

Assalammualaikum. Hai.

Salam ramadhan semua. Tinggal sedikit hari lagi kita mau hari raya. Alhamdulillah, puasa saya tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Tahun kedua saya berpuasa bersama suami. Menariknya tahun ini saya langsung nda pi bazar ramadhan. Makan diluar pun bole bilang 123 saja. Bukan apa, nda tahan lama-lama di panas dan bersesak-sesak. Lagipun, sepanjang puasa ni selera saya sangat berbeza dan pelik- pelik sampaikan mama dan mak mentua ingat saya mengandung. Heh!

Belum rezeki lagi mak.

Tahun ini raya di sebelah abe. Haih, bergaduh juga kami tau. Tapi bukan bergaduh raya di mana tapi mau naik apa pigi sandakan/tawau. haha, orang bergaduh mau raya mana duluan kami bergaduh mau naik apa.=.=!

Pilihan boleh naik bas, flight, ikut kawan, bawa kereta sendiri. Mak aih, susah betul kalau banyak pilihan begini. Semua kami senarai dalam kertas baik dan buruk. Banyak-banyak pilihan memang kami plan mau test bawa kereta sendiri. Tujuan utama, nda mau menyusahkan orang konon. Tapi..tapi..isi tersirat saya tu, lain ah. Boleh singgah-singgah .Haipp!!

Doakan perjalanan kami pergi dan balik.inshaAllah.

Persiapan raya pun cukup sederhana. Belum lagi buat kek segala, baju baru masih dalam beg (beli d kl masa minggu pertama puasa, sampai sekarang nda buka ah), tiada tas tangan baru, tiada shawl baru, tiada kasut baru, duit raya belum bertukar.

Semua pun belum sedia. Orang macam saya, last minute baru mau kelam kabut.

Rezeki bulan puasa, seminggu sebelum puasa hari tu, saya dipanggil untuk jadi guru ganti. Di sekolah lama saya pula tu. subjek matematik untuk form 4 and 5. Alhamdulillah, sementara tunggu result sem last ni ada juga aktiviti lain selain tonton korea dan tidur. Hehe. Oleh sebab saya tinggal di ip, sekolah pula di kotabelud, maka saya decided untuk ulang alik. Ala, terus rasa macam zaman bujang- bujang, suka drive jauh jauh. Maka penat ah.

Mula-mula datang arshad, saya mahu menutup identiti diri dengan pengetua bagitau ini kali pertama saya sampai di sekolah ni. Segan eh mau kasitau dulu saya pelajar di sini. Takut kedapatan begini- ohh ko la dulu tu yang selalu di denda angkat meja kan :p

haha.

Baru saja saya mau menipu, masa tunggu PK1 untuk pembahagian jadual tugas, masuk la satu cikgu ni dalam opis. Punya lama dia tengok- eh, c rosfarina ba ni kan? Eh besar da ya. Buat apa ni? Kuangkuangkuang kedapatan kan. Terus niat mau menipu dibatalkan. Adeh,
Aih, malunya.=.=!

Tasangka sudah lebih 11 tahun saya tinggalkan arshad, cikgu-cikgu lama yang pernah ajar saya masih setia di sini rupanya. Dari mau menipu terus mau teruja ah. Cikgu fatimah- cikgu fizik yang mula kenal saya- dialah tu yang tegur di opis tu. haha. Pastu satu-satu cikgu lama-lama tegur saya. Sir martin yang paling manang ingat saya - dia lupa nama saya tapi dia ingat sayalah pelajar yang kasih tumpah cecair masa ujian individu eks kimia dulu. Eh eh, sir hakikat sebenarnya saya neves ba time tu itulah penutup sukatan tidak bertutup dan tumpah di kasut putih saya. Keluar lab, kasut putih jadi ungu. Dan saya ingat sir bilang nasib itu bukan asid, nanti kau keluar lab dengan kaki berlubang. No wonder sir ingat muka saya tapi bukan nama saya.

Tapi sekolah jauh berbeza sudah. Lebih menarik lebih cantik. Terus rindu zaman sekolah saya dulu.:)


Lusa-lusa raya sudah kan. Selamat berhari raya dari saya.jika ada tersilap terkasar bahasa mohon dimaafkan. Semoga kita diberkati Allah selalu.


Love u all.

Ps: 1st time masuk kelas ajar math form4, saya kira-kira terus dapat jawapan. Tapi budak tengok saya dengan tergangga.

Saya: kenapa kamuorang ini? Salah jawapan cikgu?
Pelajar: cikgu, kasitau kami macamana cikgu dapat begitu.


Eh eh eh. Susah ajar math rupanya. Sebab saya faham sendiri dan payahnya mau explain sama budak budak.

2 comments:

  1. Hahahaa Selamat Hari Raya, Ros. Maaf zahir batin. Moga sama-sama kita dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga dayah.:)
      Amiin.inshaAllah pasti :)

      Delete