Thursday, September 29, 2011

customer always right.

saya adalah customer.

anda juga adalah customer.

nda gitu?

well, normally kita selalu terbiasa dengar orang cakap customer always right kan? hurmm,
kalau pikir betul juga tu kan. tanpa customer tidak la kita wujud. tiada customer tiada lah business. tiada duit..lebih kurang mcm tulah kan..

tapi

nda semua customer betul. nda semua juga company betul. depends dengan situations macamana. dan ahh, paling malas la kalu customer or company mau manang saja. kalau boleh, plissssssss la. accept la ba kesalahan sendiri. selalu ba kan itu berlaku. cuba kamu baca contoh di bawah.

Situasi A.

Ahmad buka kedai kek. Pendek cerita, dia ada senarai jenis jenis kek yang mampu dia buat. Siap pampang lagi di depan kedai dia tu saja kek dia mampu buat beserta harga. Setiap kali ada update, dia update juga la senarai tu. Satu hari, ada nenek tua datang kedai dia. Masa tu dia ramai pelanggan mau buat tempahan.

nenek tua: sini ada buat kek ba kan..

Ahmad: ada puan. mau tempah satu? (bersopan santun...)

nenek tua: aku nda mau kek. aku mau yang dalam cawan kecil kecil.

Ahmad: cawan..?oohh, cupcakes ka puan? ada di sana..(sambil menunjukkan tempat cupcakes yang sedia ada)

nenek tua: aku nda mau itu. besa saja tu. aku mau yang di kasi corak corak. untuk besday aku.(sambil menjeling sama c Ahmad)

Ahmad: (dengan kesabaran..) ohh, boleh ba puan. mau berapa biji puan? saiz mana? kami ada saiz kecil, sederhana, dan besar..( c Ahmad kasi tunjuk lagi tu sample..)

nenek tua: aku mau yang saiz kecil. SATU biji ja. pastu aku mau ada deco deco gini..(sambil tunjuk deco kek)..tulis nama aku sana.

Ahmad: puan, kalu cupcakes inda pula bule gitu. dan kami nda terima cupcakes 1 biji saiz kecil. ada tulis sini (..ambil tu template, dan tunjuk)..kalu kecil kami ambil sekurang kurangnya 4 biji. tidak dapat tulis tu puan. Yang deco deco cuma untuk kek. sudah kami nyatakan di sini kan.

nenek tua: Argh, apa kedai kau ini. Bilang bule buat deco deco. Apa pula nda bule beli 1 biji kecil. Aku sambut 1 orang saja ba. Bukan ramai. Bukan aku mau jemput orang kampung..bla..bla..blaa.

nenek tua terus membebel

last last Ahmad cakap:

"Maaflah puan. kami nda jual gitu. Kalu mau yang kecil bule ambil sana yang siap sedia. Kalu inda juga mau, puan merantau la 1 dunia ni cari kedai kek yang bule buat cupcakes kecil untuk puan."


Ulasan:
hmm, pena kan jumpa orang macam ni?eii, kalu saya lah c Ahmad suda saya tampar c nenek tua tu.opss! customer always right pula. deiii, mati la juga. Kalau gini, terang terang situation dia customer itu stupid. betul kan? pada saya ini customer yang salah.

mari tengok cerita kedua.

Situasi B.

Di kaunter pertanyaan.

Ahmad: Hello, saya mau tanya ba. Baju saya beli semalam d sini macam ada rosak. Tidak sedar pula saya. Boleh ganti ka tu?

nenek tua: Macamana kau tidak bule tau?kau kasi rosak la tu kan. Mau ganti-ganti..(menjeling..)

Ahmad: Eh, tidak la. Memang saya tidak perasaan, kain ni kemarin saya nampak ok. sampai rumah nda pula ok..ada koyak d tepi..(c Ahmad lemah lembut ba..)

nenek tua: itu kau punya masalah. sini sudah beli mana bule ganti. rugi la kompani oleh kau saja.

ringg.ringg...rigggg!

nenek tua: ha hello, syarikat mau mati cakap. apa mau? (tidak peduli suda sama c Ahmad)

Ahmad: Ba, gitu saya mengadu la sama hak pengguna. Bukan salah saya kain ni koyak. Syarikat makcik ni jual barang nda elok...

nenek tua: Mengadu la. apa kami takut. syarikat kami besar. bos YB punya...customer bodoh. beli barang nda tengok tengok. lepas tu repot sana sini..suda tau salah beli lagi...bla..bla...bla..

Keluar c bos, ada tag nama "MANAGER". c Ahmad pigi la tempat dia.

Ahmad: Incik, saya mau tukar ganti. semalam saya beli barang sini tapi barang nda elok...

Manager: Boleh. berurusan sana kaunter ok.

Ahmad: tu kaunter bilang nda boleh..c Ahmad pun komplen la sama c manager..

Manager: EH!...NENEK TUA!! (berteriak..) hey siapa bilang sini tidak boleh tukar. kalu rosak kita yang responsible maa. haiya, tua tua pun mau macam ini. you must know aah, customer always right ahh.

ulasan:
naa, kalu gini ini customer yang betul. bukan company. pengurusan tidak betul. tidak sefahaman. jadi la gini. kenapa mau salahkan customer? sindili mau ingat lor..


habis suda.


eh, kenapa saya anti betul sama nenek tua aa?..haha *winkk*

ps:
Ahmad dan nenek tua beserta manager hanya simbolik. sebenarnya kita antara mereka bertiga kan.



gambar ehsan google.

2 comments: