Wednesday, September 25, 2013

Seperti dia.

Assalammualaikum. Hi.


Ada satu cikgu ni, ajar saya kimia masa form 4 dan form 5. Cikgu biasa saja. Nda vogue vogue. Setelah 11 tahun tinggalkan sekolah, saya kembali di sini sebagai guru ganti matematik. Kemudian terjumpa balik guru-guru saya termasuklah guru kimia saya ni. Lucunya, dia tidak ingat nama tapi dia ingat saya melalui eksperimen yang saya failed buat dulu.


Cikgu ni masih macam dulu. Tetap nda vogue vogue. Masih humble macam dulu. Masih aktif macam dulu. Masih di minati macam dulu. Tidak sombong pun.  11 tahun yang tidak berubah- paling paling pun dulu rambut dia hitam sekarang beruban.

Begitu banyak cikgu yang saya jumpa dan ajar saya, ndatau kenapa saya admire betul cikgu ni. Dari segi perwatakan, intelektualnya, bahasanya, penampilan dan ah semualah yang ada sama cikgu ni membuatkan saya mahu jadi macam dia!

Bagi saya dia hebat.walau dia hanya cikgu kimia. dulu ya sebelum jadi cikgu dia seorang researcher sains di usm, kalau nda salah dia punya phd, bekas atlit pulau pinang tapi pilih untuk jadi cikgu kimia sebab dia minat. Tapi dia nda pernah bangga dengan pencapaian hebatnya. Sangat-sangat rendah diri. Saya tahu dia mampu beli kereta mahal mahal, guna iphone beli ipad segala tapi dia memilih hanya membawa saga aerobik dulu-dulu dan hanpon semurah rm80-100 saja. Tanya saya, mana ada cikgu begitu sekarang, itu cikgu 11 tahun yang dulu. Dan saya perasan, baju dia seperti baju dia pakai 11 tahun yang dulu. Atau mungkin dia beli yang sama.hehe. Tapi the best part of him, ilmu sains dia melebihi gunung. Ilmu dia memang vogue.


This is the real teacher. Bagi saya. Jika 356 hari bekerja dia tidak pernah apply cuti kecuali sakit. Tidak pernah skip kelas. Slogan dia ur the teacher and that ur responsibility.

I wish someday i become like him. Semoga masih ada cikgu cikgu begini diluar sana.

Dedicate to sir martin p. We love u and tq so much for the knowledge and best experienced. (Chemistry 01-02)

Dan cikgu fatimah (physics 01-02). Tq ajarkan saya "jangan kalah sekarang, tapi kalah bila betul-betul sudah tidak ada Allah di hati)




Wednesday, September 18, 2013

Matang.

Assalammualaikum. Hi.


Baru setahun lebih saya dan abe berkahwin. Kalau umur manusia, baru pandai bertatih, baru mengorak mengenal dunia. Jadi, terlalu awal untuk saya mengalah dan putus harapan kan? Terlalu awal.

Masa mula-mula kahwin, saya sangat berharap dapat bunting pelamin. Macam orang lain. Sayang yang ditunggu dan dinanti tiada. Macam main cabutan bertuah, nombor yang saya pegang tidak lucky. Senang, anggap saja tiada rezeki. Jadi kami redha. Boleh enjoy lagi. Hihi. Tapi bila kawan-kawan yang kemudian kahwin dari saya dapat nombor lucky ( read:anak) dalam masa yang sangat awal, saya mula gundah. Mula emosi tiba-tiba. Lebih parah emosi bila berita kelahiran disampaikan kepada saya.

Saya menangis dalam diam. Bukan benci tapi saya suka menyalahkan diri sendiri kenapa mengapa bukan saya yang ditempat mereka.

Itu dulu. Beberapa bulan yang sudah. Saya mula matang, mula menerima apa yang selalu saya sebut di mulut tapi bukan dihati. Rezeki Allah yang tentukan. Itulah hikmah lain yang Allah sampaikan. Harus kuat dam harus tabah. Pelan-pelan saya belajar membetulkan kekhilafan lalu, menambah apa yang saya kurang. Dekat dengan Allah,  hati saya tenang. Saya lalai selama ini, terlalu banyak salah yang saya lakukan. Sebab itu saya emosi bila orang lain gembira. Astagfirullah al-adzhim.

Ada hikmah disebalik ujian yang Allah bagi. Ya, bila fikir balik Allah tidak pernah surut kan rezeki lain kami, hubungan menantu dan mertua juga akrab, malah hubungan saya dan abe semakin utuh. Bersyukur sangat sangat.

Saya tahu, ada orang lebih lama menunggu dari saya. Ada yang lebih 10 tahun baru dikurniakan anak-anak. La tahzan isteri-isteri semua, tidak disini disyurga menanti. InsyaAllah janji Allah itu pasti. Ubat hati kita dengan zikir dan doa. Biar dekat dengan Allah. Biar ada syurga yang menanti kerana itulah tujuan kita hidup.

" pertolongan Allah itu tidak akan datang terlalu cepat, tidak juga datang terlalu lewat tapi ia akan datang tepat pada masanya."

Terima kasih abe menemani setia, mengusap airmata.


Pst: terima kasih sabahatku kak mier, semangatmu menjadi ilhamku. tahniah 5 tahun menanti akhirnya dapat baby comel. Bena dipadah kitak, pertolonganNya datang tepat pada masanya. Happy for both of u.



Wednesday, September 11, 2013

Cerita c kazen



Tadi dalam perjalanan pulang lepas makan malam bersama ( hanya aku, bapa, ma dan kakak ya) ngam-ngam di tengah jalan kb baru ke kudat dekat area kg sembirai yang ada signboard dekat rumah cantik si tukang bot ( oh dan hanya orang kerap lalu di sini saja tahu di mana ya) bapa cerita,

"Naasini la si faijul orang jumpa tu tengah malam.."

"Hahaha"

"Dekat jam dua pagi suda tu kan ling.."

"Bla..bla..bla..."

Mula aku taambil kisah pun sebab mood masih kekenyangan tapi bila dengar ceritanya makin menarik hati gatal betul mahu tahu apa sebenarnya cerita c kazen ni.

Andaian aku sebelum tahu cerita sebenar ah c kazen mesti kereta dia rosak, atau mungkin dihalau cewek atau mungkin jelmaan saja. Satu pun tabetul ah.

Ceritanya begini, masa ni c kazen masih sekolah. Dan sekolah di smka tun said (atas bukit dan terletak di jalan mahu menuju kk, sekolah asrama). Alkisahnya itu mahu cuti sekolah, jadi petang tu dia kol mamakna ( read: macik aku) suruh datang ambil. Jadi mamakna ni pun datang la petang tu ambil. Tunggu punya tunggu tiada pula c kazen ni keluar.

Last-last macik ingat kazen tajadi balik, so macik pun pulanglah. Rupanya c kazen ni tertidur time tunggu emaknya datang. Bila dia bangun, sekolah da sunyi tiada orang. Aku pun tasure bila dia bangun sebab bapa pun tapasti bila dia bangun tapi dari cerita rasanya dia bangun dah malam kot. Jadi si kazen ni pon tekad mahu jalan kaki ja pulang. Ah, kg si kazen pula di kg labuan jalan menghala pi kudat.

Antara sekolah dengan rumah si kazen kalau naik kereta ada dalam 15-20 minit sampailah.tapi jalan kaki? Nda taulah berapa jam. Sebab kena lalu petronas lentigi, kg kuala abai, taman desa, taman nikmat, taman jadi, rumah orang cina-cina- roy, simpang pekan, sungai gurung kg sembirai, simpang timbang dayang, kg kota peladok baru sampai kg labuan. Tulah orang jumpa dia bawa beg tengah malam di kg sembirai dekat jam 2 pagi. Mujur la yang jumpa dia tu pun orang kg. dia jadi dapatlah ditumpangkan.Alahai.


Aku taterkaget sangat dengan cerita c kazen ni. Tapi aku tersentap betul bila bapa cakap,

" tapi hebat betul si faijul, tidak marah pun...sikit pun, bagusnya sabar"

Kena kasi tinggal, jalan kaki tengah malam..DAN tidak marah. Ohh sweet. Terus aku terdiam.

Kalau aku yang kena, kompom satu dunia aku mengamuk kali.

Ah kazen, ko memang hebat. Bagaimana kalau itu kamu?:)


Pst:
Teringat masa kecil bertekad mahu ke kuburan time waktu raya beramai-ramai bersama kazen sama adik beradik. Bila hari agak gelap dan suasana kubur mulai lenggang, maka bertekad la kami beramai-ramai mahu ikut jalan shortcut. Ah masa kecil dengar bunyi pelik sikit mula la cakap itu ini nampak itu ini, kononnya kain putih ( maka orang-orang di sawah saja) terus lari lintang pukang. Sudahlah berbaju kurung. Habis koyak kain sebab menyangkut di dawai pagar rumah orang. Sampai rumah nenek kapus kapus ketawa tebahak-bahak. Bapa bapa kami pun ingatkan kami kena apa. Hahaha, rindu waktu itu.

Rindu kazen semua.:)

Posted via DraftCraft app

Thursday, September 5, 2013

Jangan begitu!

Assalammualaikum. Hi semua!


Aku ni boleh tahan juga sensitif orangnya. Sangat kali sebab kadang-kadang hal yang tiada kaitan secara langsung (?) pun aku boleh sensitif.

Ehem.

Sekolah aku ni ada kelas untuk mereka-mereka yang istimewa.erti kata lain budak-budak pendidikan khas. Pembelajaran diorang bukan macam pelajar biasa tapi lebih banyak kepada pengurusan hidup harian dan apa-apa la yang membolehkan diorang survive dalam hidup. InshaaAllah.
Biasanya diorang buat mesti dengan bimbingan guru dan pembantu murid, jadi rata-rata Kerja diorang bersih dan cantik.

Lepas tu, setiap aktiviti yang diorang buat biasanya dijual untuk guru-guru. Di sini lah, sekolah lain nda tau pula ya. Kira macam mereka diajar bagaimana untuk belajar berdikari la ni. Seronok kan?

Tapi aku nda suka la ada segelintir orang di sini ( ohh, maaf mungkin bukan kamu) atau mungkin juga orang lain di luar sana ada perasaan "geli" sama hasil tangan budak-budak istimewa ni specially makanan. Ok, it's ok kita nda mau beli.

TAPI PLEASE, jangan begitu!

Mengata budak-budak ini di hadapan mereka bukan perbuatan yang wajar kita buat. Eh, diorang kan orang juga. Aku nda suka orang cakap-cakap macam;

A: ko beli ka? Eeeii ntah bersih ka nda tu. ko tinguk la ba rupa-rupa diorang ni.
B: nda selera aku makan ini..( buat muka mau muntah)
C: takut kita terjangkit ah..eeii palis-palis!

Eh, hello! Kamu makan-makan diluar tu Kamu rasa bersih? Ah, kecewa aku. Maaf dikatakan, kita warga pendidik perlu ka mengungkapkan kata begitu? kita ajar anak-anak hormat orang tapi sikap kita sendiri? Hanya sebab diorang istimewa kita sukahati pandang serong.

Tiada siapa mahu jadi begitu.
Tiada siapa pun minta.
Please la faham.


Jujurnya aku simpati dengan anak-anak syurga ni. Jika kamu ada nilai manusia (walau sikit pun kali) jangan hina apa pun yang mereka cuba lakukan sebab mereka juga manusia. Macam kita. Aku mungkin sensitif sebab aku berpengalaman setahun dengan mendidik anak-anak pendidikan khas dan  aku sangat sangat memahami keadaan mereka.

Tidak dapat membantu cukuplah kita doakan mereka ya.


Ps:
 manusia ni kalau dia nda kena, sukahati mulut dia cakap kan? Sekali kena baru mau menginsafi. Alahai.


Tuesday, August 27, 2013

Rezeki.

Assalammualaikum. Hi


Semua rahsia Allah.
Terpulang kamu mahu percaya atau tidak.


Ada 50 dalam dompet yang memang saya setkan untuk belanja minggu ini.
Dan ada sekeping rm20, rm5 dan beberapa keping rm1.
Semalam lepas sekolah turun pekan buat itu ini.
Maka habislah duit duit kecil kecuali rm1.

Petangnya ikut kakak jumpa anak-anaknya di asrama.
Belikan air dan makanan ringan.
Dan bagi lagi anak buah duit belanja walau mamak na (read: kakak) sudah bagi duit.
Eh, pahala ba tu. sedekah.

Jadi, hari ini.
Duit saya di dompet sepatutnya hanya ada rm10,rm5 dan beberapa rm1.
Baru sebenar tadi kakak suzi jual tudung dengan saya ( ah, pantang nampak tudung cantik cantik)
Rm35 saja.

Dan saya lupa duit saya cuma sekangkang kera. Eh.
Tapi, bila saya buka dompet ada rm50.

Eh. Duit siapa ni? *dalam hati

Hulur duit dengan kak suzi dan tudung pun bertukar tangan.

Tapi saya masih curious. rm10 tiada tapi rm50 ada.
Puas putar belit otak, puas cari mana datangnya duit.

Cek duit simpanan.( dompet saya memang ada duit emergency)
Keping 50 masih dua. Keping 100 masih 1. Ada dan tidak diguna.

Eh,misterinya.

Bila Allah bilang ada rezekimu maka adalah rezekimu walau di mana pun kau berada.
Allah, terima kasih. Betul-betul rezeki. Saya percaya sebab saya ni jenis mengingat jumlah duit dalam dompet.

Kamu pernah rasa? Susah mahu percaya bukan.Bukan mahu riak, tapi rasanya ini kedua kali sudah kejadian dompet saya menghasilkan duit. HAHA.

Benarnya cerita suami yang letak ular tedung dalam almari dan bila isterinya buka dengan bacaan bismillah, ular menjadi emas. Subahanallah!

Percayalah pada Allah. InshaAllah.

Monday, August 26, 2013

Raya tawau dan sandakan

Assalammualaikum. Hi.


SEBELUM:

Raya sebelah suami. Berbeda ya tapi seronok amat. Sebab saya beraya tiga tempat : sandakan- tawau- kota belud.

Plan membawa kereta sendiri merentasi segala banjaran (konon) berjaya. Maka sampai sandakan saja ya. Yuhuu! 1st time jalan jauh (ya jauh amat) sangat mengujakan hati. Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi perjalanan kami. Sebelum bertolak pi sandakan, kami sempat lagi pulang kb sekejap, berbuka di sana.

So kami gerak hari isnin awal sebelum subuh. Bersahur di kereta makan colonel burger. Dari kk sampai telupid saya drive kemudian abe sambung sampai sandakan. Drive slow-slow menikmati pemandangan kan. Puas hati jo. Part paling best time singgah solat subuh di kundasang yang surau atas bukit tu. ya ampun! Air sejuk gila. Angin pula subahanallah taterkata! Hebatnya penciptaan Allah kan.


lepas tu, masa sampai area sandakan, kami sempat singgah sepilok tapi malang waktu berkenalan dengan segala orang utan baru ja habis dan kena tunggu pukul 3 lagi baru ada. Uhu! Sedih. Tapi hati terubat dapat seveniuor. :3

Sehari setengah kami di sandakan baru gerak pi tawau. Kereta tinggal, kami ikut adik abe. So berpeluang la naik kereta besar ( apakah). Sempat berbuka di kunak dan sampai tawau terus tidur. Haha.

SEMASA:

Raya tahun ini tema pink dan cream.

1st time raya dalam sejarah hidup pergi solat sunat hari raya.
1st time makan buras kuah kari hari raya pertama.
1st time raya tiada kuih siput.

Terima kasih Allah berikan peluang ini. Jujurnya, saya super duper excited.
Berbeda tempat dan suasana, tapi rasa raya tetap sama. Kami sempat ziarah kubur dan sempat juga berhari raya di rumah kawan baik mak sebelum petang tu balik sandakan.
Dapat lagi durian free. Seronok!

Sampai sandakan sudah lewat malam ya. Esoknya raya dua lepas subuh kami teruskan perjalanan balik kb sebab kazen mau bertunang raya tiga.
Yay, boleh disimpulkan beraya di jalanan ba kami kan? Haha.

Pengalaman yang menarik.
semoga tahun akan datang, bila giliran raya abe kami boleh lama-lama di tawau sandakan. Sebab geng-geng keras semua di sana. Maaflah tahun ini tiada rezeki berjumpa ya.


Pst:
Masa di rumah kawan mak, makcik juriah sempat bersembang dengan saya.Begini:
Makcik ju: apa kabarmu nak?ada sudahkah isimu? ( usapusap perut saya)
Saya: nda da lagi rezeki makcik...
Makcik ju: jangan putus asa ya nak. Doa banyak- banyak dalam solatmu. Bangun malam ya nak..( peluk saya erat-erat)

Aduyai.

Saya:peluk makcik ju erat-erat tacakap apa-apa.

Boleh tumpah airmata aku. Terima kasih makcik ju. Saya tidak akan putus harapan.
Terima kasih Allah temukan aku dengan orang orang yang begitu.

Pstt:
Hajat hati tercapat juga sebab dapat bergambar di sini. Eh, tiap kali pergi sandakan hati teringin betul mau bergambar di sini. HAHA.


Posted via DraftCraft app

Wednesday, August 21, 2013

cinta hati saya.

 
Dia guru yang paling hebat pernah ajar kami.
Dia idola saya.
Dia sahabat paling baik saya dunia akhirat.
Dia kawan membawa kebenaran.
Juga teman dikala suka dan duka.
Dia harta tidak ternilai buat saya.
 
 
Terima kasih Allah kirimkan 'malaikat' buat kami.
Terima kasih mak atas tunjuk ajar dan teguran.
Selamat hari lahir.

 
Semoga kami berjaya menjadi anak-anak yang solehah.
Semoga kami berjaya di dunia dan di akhirat.


Pst:
pic 1- gambar time beli kfc sebab mahu sambut harijadi mak. tapi kenapa muka adik kesayangan lebih besar daripada mak pula? LOL

pic 2- gambar terkini kami. ya ampun semua macam belon suda. haha. sejak kakak mula bertudung, saya taberani post gambar kami sekeluarga time dia nda bertudung. jadi tejumpa gambar ini. malangnya muka abang pula tiada. hanya perut boroinya sebagai wakil. :3

Saturday, August 17, 2013

Rindu

Assalammualaikum. Hai.

Nda semua orang suka kucing. Tapi ada juga yang terlampau suka.

Macam saya. Heh!

Dulu abe pun bukan suka betul sama kucing. Banyak sebab - bulu-bulu berterbangan, nanti kasi cakar sofa, kotor - ah, banyak la alasan munasabah.

Tapi, sejak kami tinggal berdua ni dan belum dikurniakan anak, maka kami ambil keputusan pelihara satu ekor anak kucing. Eh eh, macam la nda pandai membesarkan kan.haha.

Ada juga hikmahnya tau kami pelihara kucing walaupun habis sudah sofa digaru bikin asah kukunya, lapis meja habis koyak rabak dikerjakan, masuk beg sana sini tapi tapi tapi kucing inilah yang mengeratkan kami dan membuatkan kami ketawa dan marah pada masa yang sama.(?)

Dan tanggungjawab pun bertambah. Kena jaga kebersihan dia, makan minum dia, tempat tidur dia, ubat-ubatan dia dan segala-galanyalah kami urus. Seronok tapi memang penat. Paling payah bila dikasi mandi ah, dia mau air suam bukan air sejuk. Adeh, tuan dia pun nda begitu ah. =.='

Sekarang dia tiada. Bila abe pergi kerja dan saya sendiri di rumah, rasa sunyi. Rindu.


Cepat balik anak kucing, cukuplah berhari raya di kampung tu. minggu depan kami angkat kau ok.


Hi. Nama saya fluffy. Selamat berkenalan!

Ps: selamat hari raya. Cerita raya nanti diupdate ok!

Friday, August 2, 2013

Puasa, raya, guru ganti

Assalammualaikum. Hai.

Salam ramadhan semua. Tinggal sedikit hari lagi kita mau hari raya. Alhamdulillah, puasa saya tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Tahun kedua saya berpuasa bersama suami. Menariknya tahun ini saya langsung nda pi bazar ramadhan. Makan diluar pun bole bilang 123 saja. Bukan apa, nda tahan lama-lama di panas dan bersesak-sesak. Lagipun, sepanjang puasa ni selera saya sangat berbeza dan pelik- pelik sampaikan mama dan mak mentua ingat saya mengandung. Heh!

Belum rezeki lagi mak.

Tahun ini raya di sebelah abe. Haih, bergaduh juga kami tau. Tapi bukan bergaduh raya di mana tapi mau naik apa pigi sandakan/tawau. haha, orang bergaduh mau raya mana duluan kami bergaduh mau naik apa.=.=!

Pilihan boleh naik bas, flight, ikut kawan, bawa kereta sendiri. Mak aih, susah betul kalau banyak pilihan begini. Semua kami senarai dalam kertas baik dan buruk. Banyak-banyak pilihan memang kami plan mau test bawa kereta sendiri. Tujuan utama, nda mau menyusahkan orang konon. Tapi..tapi..isi tersirat saya tu, lain ah. Boleh singgah-singgah .Haipp!!

Doakan perjalanan kami pergi dan balik.inshaAllah.

Persiapan raya pun cukup sederhana. Belum lagi buat kek segala, baju baru masih dalam beg (beli d kl masa minggu pertama puasa, sampai sekarang nda buka ah), tiada tas tangan baru, tiada shawl baru, tiada kasut baru, duit raya belum bertukar.

Semua pun belum sedia. Orang macam saya, last minute baru mau kelam kabut.

Rezeki bulan puasa, seminggu sebelum puasa hari tu, saya dipanggil untuk jadi guru ganti. Di sekolah lama saya pula tu. subjek matematik untuk form 4 and 5. Alhamdulillah, sementara tunggu result sem last ni ada juga aktiviti lain selain tonton korea dan tidur. Hehe. Oleh sebab saya tinggal di ip, sekolah pula di kotabelud, maka saya decided untuk ulang alik. Ala, terus rasa macam zaman bujang- bujang, suka drive jauh jauh. Maka penat ah.

Mula-mula datang arshad, saya mahu menutup identiti diri dengan pengetua bagitau ini kali pertama saya sampai di sekolah ni. Segan eh mau kasitau dulu saya pelajar di sini. Takut kedapatan begini- ohh ko la dulu tu yang selalu di denda angkat meja kan :p

haha.

Baru saja saya mau menipu, masa tunggu PK1 untuk pembahagian jadual tugas, masuk la satu cikgu ni dalam opis. Punya lama dia tengok- eh, c rosfarina ba ni kan? Eh besar da ya. Buat apa ni? Kuangkuangkuang kedapatan kan. Terus niat mau menipu dibatalkan. Adeh,
Aih, malunya.=.=!

Tasangka sudah lebih 11 tahun saya tinggalkan arshad, cikgu-cikgu lama yang pernah ajar saya masih setia di sini rupanya. Dari mau menipu terus mau teruja ah. Cikgu fatimah- cikgu fizik yang mula kenal saya- dialah tu yang tegur di opis tu. haha. Pastu satu-satu cikgu lama-lama tegur saya. Sir martin yang paling manang ingat saya - dia lupa nama saya tapi dia ingat sayalah pelajar yang kasih tumpah cecair masa ujian individu eks kimia dulu. Eh eh, sir hakikat sebenarnya saya neves ba time tu itulah penutup sukatan tidak bertutup dan tumpah di kasut putih saya. Keluar lab, kasut putih jadi ungu. Dan saya ingat sir bilang nasib itu bukan asid, nanti kau keluar lab dengan kaki berlubang. No wonder sir ingat muka saya tapi bukan nama saya.

Tapi sekolah jauh berbeza sudah. Lebih menarik lebih cantik. Terus rindu zaman sekolah saya dulu.:)


Lusa-lusa raya sudah kan. Selamat berhari raya dari saya.jika ada tersilap terkasar bahasa mohon dimaafkan. Semoga kita diberkati Allah selalu.


Love u all.

Ps: 1st time masuk kelas ajar math form4, saya kira-kira terus dapat jawapan. Tapi budak tengok saya dengan tergangga.

Saya: kenapa kamuorang ini? Salah jawapan cikgu?
Pelajar: cikgu, kasitau kami macamana cikgu dapat begitu.


Eh eh eh. Susah ajar math rupanya. Sebab saya faham sendiri dan payahnya mau explain sama budak budak.

Wednesday, June 26, 2013

Pasaria

Assalammualaikum. Hi!

Alhamdulillah, area tempat saya tiba-tiba hujan walau ndaseberapa. Sekarang kan musim jerebu, ada hujan ni macam rahmat. Eh, hujan memang rahmat Allah tau. Syukurlah.

Ceritanya bukan pasal jerebu walaupun ada kaitan tapi saya mau cerita pasal pasaria smkp sabtu lepas. Pasaria ni bukan ja untuk berpasar dan bersuka ria tapi sambil juga buat amal kebajikan tuk sekolah. Sebab tu pasaria ni guna kupon, nda boleh guna duit. Orang luar datang pun memang kena guna kupon. Kalu guna duit kena panalti ah.penat memang la, dari pagi sampai petang tu.tapi....pengalaman pertama, best ok!

Saya, mel dan chia ditugaskan di kaunter penjualan kupon. Berjerebu berpanas la kamiorang sebab jaga kaunter, orang nak tukar duit g kupon tempat kitaorang, isi cabutan bertuah tempat kitaorang, tambah kupon tempat kitaorang, cop kupon kami lagi..teda kami nda hidup tu pasaria tau.eceh!

Ala, ingat nak share gambar, baru sedar gambar semua dalam hp.=.=!

Sebenarnya yang ingin di kongsi ni sebenarnya..err..err..ndapa, saya cerita ja ah. Hari tu masa petang-petang suda, adalah seorang lelaki ni mau tukar duit ke kupon, c chia pun layan la.orang luar kan mesti kau kena bagus-bagus layan tuk mengharumkan nama sekolah tau. Nda tau macam mana time-time dia hulur duit sama c chia, tiba-tiba c chia tengok saya nda tengok-tengok pun lelaki tu. saya pun ingat c chia memang mau berbual dengan saya. Oh ohh ohhh, bila lelaki tu dapat kuponnya dan blah, barulah chia bagitau hal sebenarnya.

Rupanya masa dia hulurkan duit dengan chia, lelaki tu londehkan seluar dia sampai nampak tuttttttt! Eh, eewww!! Gila. Terus panggil PK1, PK kokum dan ustaz yang kebetulan ada di sana. Beritahu hal sebenar dan cikgu-cikgu ni pun mengekorilah lelaki tadi sebab takut dia buat dengan budak pula. Memang c lelaki aim yang ada budak-budak perempuan ja ah. Kami di kaunter kan semua perempuan.eeewwwwwww!!

Syukurlah,saya nda nampak ah. Daripada cerita yang kami dengar dari cikgu dan beberapa pelajar memang di area sekolah ni sampai sekolah cina di depan tu ada satu lelaki suka duduk di kereta dan tunggu budak-budak pulang sekolah.mana-mana yang jalan kaki dia akan ikut dan tunjukkan kemaluan dia. Ehh, gila kan. Terus saya takut ah.rupanya lagi memang ada suda beberapa budak smkp pernah kena. Sudah lapor polis tapi lelaki ni nda dapat di tangkap sebab selalu kunun tukar keretanya.


Carefull ladies. Takut orang ini merbahaya kan. Minta-minta la orang ini cepat ditangkap kan. Ewwww, seram doh. Mujur dia datang pasaria, saya ingat mukanya sampai sekarang.

Jadi kamuorang, sentiasalah berhati-hati k. Minta dilindungi Allah. Jan lupa bawa spray lada ah untuk keslamatan kita.

Ps: cikgu-cikgu di sekolah rata-rata pegang rm100 kupon. Saya sampai ke petang terpaksa ke gerai-gerai dan beli banyakkk makanan sebab mau habiskan kupon.=.=!

Tuesday, June 18, 2013

Kerana nila setitik...

Assalammualaikum,

Hi uolls.


Sejak jadi guru pelatih ni, hari-hari rasa penat. Seyes jo, lebih penat dari kerja- kerja dulu. (Baca: sangat mengada-ngada). Siapa yang pernah jadi guru pelatih mesti tahukan kesibukan itu. Kena pergi sekolah awal, buat rph berjela-jela, buat bbm cantek-cantek dan banyak ikut bab (sampaikan nak bawa masuk kelas tacukup tangan- budak selalu tak nampak saya sebab barang saya angkat mengalahkan orang mau pindah rumah), tulis refleksi panjang sampai 4 mukasurat (eh, tak lah!) pastu mana boleh pakai komputer ya..kena tulis tangan tau. Mana lagi ikut program sekolah, aktiviti guru-meeting meeting dan meeting, semak kerja budak, jadi terr rela ajk-ajk program sekolah,relief class, kena ikut unit persatuan dan oh tatertaip di sini.

Tak payah explain panjang-panjang dan berjela-jela, jom tengok gambar yang saya sempat rakamkan. Sebenarnya penat, tapi oh seronok.heh!

Ini program seminar lulus sejarah (something like that la..saya sangat suka dengan penceramah sebab bahasa dia gunakan sangat sangat uhm,best- saya ndapandai explain ba)

Tempat yang sama waktu dan perkara berbeza. Ini semasa perkampungan sejarah form 5. Ahh, rindu zaman sekolah.*tibatiba

Budak 4berlian yang saya jadikan ujikaji untuk kajian tindakan.sweet kan mereka, berpura-pura menjawab.
Rasa macam saya ajar kimia pula.=.=!

Part menyakitkan kepala bila semak esei sejarah budak. Sukahatidia jawab ba.tengok satu ayat saya sudah pengsan. Eh!

Meja saya.

Time hari guru lepas main running man ah. Running man.

Ok. Kerja saya di sekolah makan dan makan dan makan. Cikgu sehari pergi kantin, saya mau 5 kali kali. Tension, p kantin. Lapar p kantin. Mau mengumpat kantin. Semua kantin la.Dalam seminggu naik mau naik 10kg. Balik rumah pengsan.ops! Kamu jan tegur saya bila jumpa pasal kenaikan ini, seriously ini menunjukkan kehappy-an keterlampauan saya.=.=!


Ada banyak gambar. Ada masa lain nanti saya share ah. Entry saya tiada kaitan dengan tajuk kan.ntahlah kenapa saya buat tajuk itu. Ehehe.

Ps: saya betul-betul jatuh cinta dengan subjek sejarah yang saya amat benci masa study dulu. Saya ingat lagi saya pernah disuruh angkat meja gara-gara xbuat nota. Hahaha..ada masa nanti saya cerita, tajanji ok. Bye.

Thursday, May 16, 2013

Menulis lagi

Assalammualaikum.hei.


Tiba-tiba rasa ingin menulis kembali.lama betul tidak jenguk.lama tidak blogwalking. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, dibawa bersama segala bebanan tugas sebagai guru pelatih, perasaan yang bercampur-campur tiba-tiba ja rasa rindu betul mau menulis.(apakah..?) haha..barangkali sebab terlalu banyak tekanan jadi rasa hati ingin meluah segalanya di sini. Tarik nafas panjang-panjang. Tabaik la macam tu.(:

InshaaAllah ada tulisan akan datang.bila tidaklah dijanjikan, tapi pasti ada.
Ah, terlepas rindu macam sudah berjumpa kekasih hati.terus lega.


Aceh. Selamat hari guru untuk semua. Terima kasih kerana akhirnya menjadikan saya orang sebenar.(:


Rasa janggal menulis. Semoga ada inspirasi lagi.

Friday, January 25, 2013

kuching dalam memori.

Assalammualaikum. hi.


Alhamdulillah, masuk tahun baru ni (sebetulnya mahu hujung bulan 1 suda kan) baru ada update entri. Biasalah ada cerita menarik, ada updatenya.:)

Awal bulan hari tu, saya dan abe pigi kuching. Setelah 6 tahun bandar kuching ditinggalkan akhirnya kami datang kembali. ehem,almaklum mengimbau kenangan belajar dulu-dulu. Oleh sebab kami masih berdua, maka boleh diconsiderkan sebagai honeymoon lagi ya. Kami di kuching hanya 4 hari, jadi rasa macam menang pertandingan dan hadiahnya ialah percutian 4 hari 3 malam. HAHA. talucu kan.

So 6 tahun da tinggal dan ta pernah jenguk, kuching jauh berbeza dengan yang dulu. Sudah banyak shopping mall dan tempat makan best-best. Kalau anda macam kami yang suka jalan-jalan dan cari makan, kuching tempat yang wajib anda pigi tau. Walaupun masa kami pigi sana adalah musim ramalam tsunamu dan sepanjang-panjang hari hujan kami tetap enjoy. (haipp, siap beli payung ah kami)

Kami tinggal sementara menginap di Wo Jia Lodge (tempat betul-betul strategik sebab turun bawah ja sudah tempat beli-beli barang kraftangan dan memang di tengah bandar dan dan suasana yang sangat sangat macam rumah sendiri. Best!).Kami disana just jalan-jalan, jumpa kawan-kawan lama- oh tq so much pada min yang sanggup luang masa walau esok paginya akan ke bintulu tapi masih sanggup bawa jalan-jalan malam hingga ke rumah tijah (sebab ingin lihat baby comell beliau), jumpa + makan dengan irwin yang flight dia ke kl jam 11 malam, kudin yang belanja makan, jumpa dany dan isteri yang esoknya ke sri aman dan tq so much to nuar sebab bawa kami jalan-jalan dari poli matang sampai ke the spring (dan kesian keretanya kena saman sbab paking tepi jalan).Hari-hari berikutnya kami jalan-jalan sendiri sebab da familiar dengan tempat, naik perahu tambang ke seberang semata-mata mahu makan ayam pansuh dan beli kek lapis, pergi ke tempat pasar baru satok (kini di kubah ria), jalan-jalan tengok kraftangan, pigi india street, lawat shopping mall yang banyakk (ceh, padahal pigi MP ja dengan the spring sbb baru) Malam aktiviti kami jalan lagi sekitar waterfront, dating dan makan lagi. tett!. bunyi macam orang ndatau mau buat apa ba tu. Serius, macam menang contest kan kami. Enjoy semata selama 4 hari!

Tabanyak saya ambil gambar. Kami jalan tiada dslr pula. Bawa hp dan ipad saja. Dan semua gambar pun ta trasfer lagi dalam pc. Next time jalan, mesti ada kamera kan baru bilang melancong.hoho.

Btw, jom tengok gmbar kami.:)


Wojia lodge: ruang sambut tamu. cantik!
Wojia lodge: ruang santai dan surf internet etc
Wojia lodge: ruang tamu lodge.
ke seberang naik perahu tambang gara-gara mahu makan ayam pansuh. balik lodge, kami kekenyangan betul. Bayangkan makan ayam pansuh (isi mangkuk besar yang telah dikeluarkan dari bambu), umai dan sayur campur begitu banyak dan hanya kami 2 makan. pergi kuching wajib datang Barok Village Restoran. superb!
dinner kami di waterfront.:)
soto ayam versi kuching. tapi ada daging. rasa nang nyaman! saya mahu gambar abe punya mee kolok tapi habis da dia makan.=.=!
dulu malar mahu bergambar di sini. hihi
lepas hujan, paling best jalan-jalan sepanjang waterfornt sambil pegang tangan.tett! plan mau naik cruise konon, gara-gara kaki sakit langsung ta berpeluang naik.uhu.
dun. cantik tapi sayang taboleh pigi.;(
muka sedih bila taboleh jalan sebab hujan. haha!
Saya share setakat ini saja. Rasa rugi ta sempat makan laksa sarawak di saujana. dan abe pula ta sempat singgah di satok.hehe..nda pa, next time inshaa Allah pasti akan ke sana lagi. Jadi, sampai jumpa lagi pada entri seterusnya.
 
lovee u all.


Monday, October 8, 2012

mulut orang.

Assalammualaikum.
hai.


alhamdulillah, sudah 8 bulan saya bergelar isteri orang. sedar nda sedar, saya sudah mula "berjaya" menjalani kehidupan berumahtangga sikit-sikit. baru belajar merangkak orang cakap. dan oh, baru tahu dugaannya bule tahan ya.=)

macam yang kamu tahu, saya belum dikurniakan rezeki mengandung. eh? betul la. dan saya ambil positif semua yang berlaku kerana saya percaya Allah ada perancangan di sebalik semua ini. kalau ada orang 10 tahun berkahwin dan masih bersabar maka saya mesti macam itu. saya setahun pun tidak sampai kan. sudah kalut neh.. hehe.biasalah naluri wanita yang da kahwin, semua mau rasa benda-benda macam tu kan.

tapi kan, kadang-kadang kita saya nda tahan sama mulut orang. rasa mahu tampar pastu keroyok-keroyok muka diorang.menyampah. HAHA. eh, bukan semua la. segelintir saja. yang bila bercakap-cakap macam tiada perasaan neh. lagi-lagi bila bercakap soal anak. adeh, luluh hati.

kalau orang sekadar bertanya "sudah ada isi ka ros" atau "bila aku bule dapat anak buah ni ros" atau apa-apa ayat yang sedap di dengar saya jawab dengan baik ataupun bergurau. itu saya takisah. orang tanya kita jawab la kan. ndakan buat-buat ndatau pula.tapi kalau orang cakap macam ni "ros, ko dulu lagi kawen dari si tutt, duluan lagi dia pregnant ba. ko bila lagi ni" atau "subur ka inda ko ni ah. orang menunggu baby keluar suda, ko tiada ka tanda-tanda lagi" atau "saya dulu subur la. bunting pelamin. kawan saya lepas 4 bulan bunting suda. ko ni ada ka tiada ni" adeh. saya serius ndasuka orang tanya macam tu. walau mungkin mengusik tapi ayat diguna bagi saya tersangat kasar. lagi-lagi orang yang suka membanding-banding. rasa down la macam ni.

kita tidak akan tahu rezeki kita. tiada siapa yang akan tahu. bohonglah ba kalau saya bilang saya nda cemburu bila dengar kawan disahkan mengandung begitu cepat. tapi kan ini soal rezeki dari Allah. kalau kita percaya, maka mesti ada. cuma sabar kita sedang diuji. bagi saya, bukan soal subur ka tidak, bukan soal pandai ka tidak. semua itu urusan Allah, kita hanya berusaha. saya ada kenal seorang kawan mama yang dari bujangnya tidak punya haid yang tetap. tetapi lepas dua tahun kahwin anak dia berderet 11 orang. itu kita mahu bilang apa? sebab tu tabaik tuduh orang tasubur. rezeki kawan, rahsia Allah semata.

jadi apa yang saya belajar dari pengalaman ini, sebagai kawan atau sesiapa sajapun, kita tidak wajar membuat orang lain tersinggung. patutnya kita sapot kan, bukan bikin down. rezeki kita masing-masing. nda kamu tahu rahsia disebalik semua ini ada rahsia kasih sayang yang sangat erat =)  erm, ba siapa tahu lepas ini rezeki saya kan? amiin.

jangan merendah-rendahkan orang lain.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286



ps: bila jumpa pakar puan hari tu, tasangka betul doc tu gelakkan kami. selamba dia bilang "dulu saya kahwin, lepas 2 tahun baru dapat anak. kamu baru berapa bulan kahwin ni. sabar ba. rezeki belum sampai" haha. adeh. *malu tutup muka tamau jumpa doc tu lagi.kehkehkeh.

ps: ah, lega dapat luah tanpa maki-maki orang yang buat kita sakit. hati pun da tenang.suka.suka.suka.=)

Monday, October 1, 2012

rutin hari isnin.

ISNIN

0430-0700
bangun dan siapkan keperluan harian (sarapan, mandi, solat, susun buku, baca nota etc).
0700-7.30
singgah kawan, rina di ua1. kemudian stuck di jalanraya. jem. tapi bukan lama.
0730-0800
sampai dewan kuliah. 30 minutes before lecture is gold. so masa untuk main internet dan download game etc. eh?
0800-1000
lecture bermula. 2 jam mesti rasa macam 4 jam. eh, padahal pagi lagi tu. 30 minit dari 2 jam tu saya betul-betul ambil perhatian. masa panjang selebihnya saya start gatal-gatal tangan buka hp, lukis-lukis, komen-komen fb dan kacau kawan. eh, post graduate tapi perangai macam budak-budak ah. well, memang itu saya. bila lecturer start tanya soalan, automatiknya saya ambil perhatian. magik ah. T__T
1000-1300
masa percuma. pergi library, lepak-lepak plus komplen itu ini pastu pi makan. ya ampun. junior-junior jan buat begini ah. eh eh, bukan saya saja ah begitu. kawan kepada kawan kepada kawan saya pun perangai sama. haha! bertrip kan banyak masa free.eceh.
1300-1400
tutorial. ok, time ini memang saya betul-betul jadi skema. sebab saya duduk paling depan. dan, ini subjek wajib dan menjadi ketakutan saya. nda kau takut kalu dikasi fail?eh, nauzubillah kan. dan satu kebaikan bila saya takut, automatik saya suka menjawab soalan lecturer. serius. sebab saya lagi takut bila lecturer sebut nama untuk menjawab soalan. haha.apakah? =.=
1400-1600
hoyay! pulang time. tapi biasanya mesti singgah di mana-mana tempat menarik. macam 1B. oh, patutlah duit tapernah cukup. eh, salahkan c kawan sebab mau singgah sana. hihi!
1600-2200
balik rumah. buat aktiviti suri rumah (masak, cuci kain, kemas rumah etc). siap semua, tunggu husb pulang.part ini saya.hoho! then, makan malam. biasa lepas makan malam (lepas solat maghrib), baru saya serius buat kerja. ah, buat assignment ba. dan buat review apa saya belajar. tapi kan, selalunya saya tertidur bersama buku atau sebelum sempat buka bukupun. adeh.


 see kawan, begitulah saya spend hari isnin saya. macam enjoy kan? memang enjoy kalau kita rasa kehidupan kita enjoy. jangan banyak stress. anggap saja rutin kita ini seronok ah. ba bagaimana rutin hari isnin kamu? whatever is it, enjoy ur day ya.

Monday, September 24, 2012

*signal*

assalammualaikum.
selamat hari isnin kawan.


hari ni baru berkesempatan update blog setelah berapa lama asyik tertangguh saja. *sigh. alhamdulillah, kuliah pun sudah masuk minggu ke-3. result sem lepas pun sangat ok. alhamdulillah. tasangka sungguh buleh score A dalam banyak subject. padahal kan muka saya antara orang yang bila masuk library khorr khorr, isi nota yang tapernah sistematik, masuk kuliah mengumpat. ahaks! tapi rezki la ba tu kan. syukur.

eh, tapi kan bukan soal itu ba saya mahu cakap cerita ni. saya mahu cerita pasal kenderaan di jalanraya. khas untuk si kawan yang punya kereta atau motor. kalau inda ada pun, paling-paling untuk si kawan yang ada memegang lesen kenderaan. sekarang ni kan, saya perhati kenderaan di jalanraya jarang mahu guna signal bila diperlukan. main hentam saja ikut citarasa masing-masing. specially kereta berspefisikasi kereta "besar-besar". serius.

mahu bilang si kawan pemegang lesen ini tidak berpelajaran tidak la juga kan. mampu juga lulus ujian memandu. pandai la juga tu. mungkin mereka ni ketegori pandai tapi "tutt". bak kata lecturer saya, makin kaya makin bodoh dan buruk perangai. maysaAllah, jauh jauh kita dari golongan macam tu ah bila kita kaya. terus-terang, saya pun pernah tidak guna signal. betul. tapi HANYA bila tiada kereta, orang, binatang di jalanraya. kalau di depan ada kereta, di belakang ada kiri kanan ada tapi bila kita mahu masuk simpang tak pasang signal kan ka sudah menyusahkan kereta-kereta sekeliling. menyusahkan nda apalah. tapi pada masa yang sama kita kena sumpah oleh orang-orang dalam kereta sekeliling kita tu. betul kan? saya pun pemandu dan saya rasa apa bila orang berkurang ajar di jalanraya. seorang menyumpah mungkin kita tak kisah, tapi kalau 44 orang sumpah?naa nda aman la hidup kita tu kan. nau'zubillah. jangan sumpah orang, kita doa si kawan tu insaf cukup la ah.

singal tu penting ba kan. kalau inda, kenapa mesti ada pada setiap kenderaan bermotor? kita ni manusia diberi akal bukan untuk disimpan nda dipakai. sebab tulah kita kena selalu berfikir. ada kawan saya cakap orang yang pasang signal ni skema. eh eh kawan, itu bukan skema ba. itu nyawa sebenarnya. lebih baik kan mencegah dari mengubati. nasib si kawan sudah insaf. syukur la.jadi geng-geng semua, sayangilah diri kita ya dan lunturkan keegoan.anda mampu mengubahnya! insyaAllah.

jom sama-sama ingat-mengingati!

ps: baru saja berlaku tadi time mahu balik kuliah. ceritanya begini, masa saya keluar dari trafik light ums tu menuju ke 1B,  ada sebuah persona hitam mahu keluar dari simpang 1B ke jalan besar. time tu kereta nda la banyak juga tapi semua laju-laju termasuk saya. tiba-tiba tanpa signal tanpa apa kan si persona masuk. wah wahh wahh. sudah la masuk terus ke kanan. mujur la brek kereta saya makan dan saya  ni seorang yang begitu teliti sempat juga brek mengejut dan membuat kawan di belakang terkejut. dari mana si pesona tu mengambil lesen ya? saya begitu sangsi kamu tahu. sebelum si tanduk merah dua sempat mendorong saya untuk menyumpah, serta merta saya nampak P di kereta dia. jadi saya cakap macam ni pula "aa, orang baru dapat lesen kali kan. masih nda pandai memandu tu". tapi saya sempat juga highlight dia dan bunyikan hon panjang tanda amaran. heee.

Thursday, September 6, 2012

raya 2012.

assalammualaikum.


hai.

oleh sebab kita masih dibulan syawal, jadi sempat lagi saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. orang lain sudah habis post pasal raya saya pula baru mau update. kehkehkeh.

raya tahun ini alhamdulillah meriah.*tersangat meriah ah*. sebab berbanding tahun lepas (yang kami semua beraya di hospital) jadi tahun ni rasa lebih baik. macam yang saya bagitau, raya pertama dan kedua tempat saya dan seterusnya tempat hubby. 1st time rasa raya berdua bersama siok juga. 1st time ba pula..hehe..saya mana pernah raya rumah dia dan dia mana pernah raya rumah saya. kan kami dari dua kawasan yang berbeza. aceceh!

biasa hari raya, kami banyak di rumah. adat biasa mesti pergi kubur bila orang lelaki balik dari solat sunat hari raya, kemudian pergi rumah makcik (kakak sulung bapa) dan pakcik (adik no tiga bapa) dan maksu (adik bongsu bapa) 3 tempat ni kena berkunjung sebabnya dorang ada rumah di kg. pakcik2 lain semua dari tinggal bandar dan biasanya tinggal di rumah maksu tiap kali raya. biasanya rumah bapa yang akan jadi tumpuan bila hari raya. actually saudara bapa agak ramai ok. *tersangat ramai sebenarnya*.

saudara bapa yang datang raya pertama semuanya dari sebelah nenek perempuan. kemudian hari raya kedua pula, kami akan berkumpul di rumah makcik munah untuk keluarga sebelah nenek lelaki. bayangkan kawan, saya punya sangat ramai pakcik makcik, sepupu, pupu, anak buah etc. kehkehkeh. saya sendiri taboleh ingat mereka.belum masuk sebelah mama. keluarga sebelah mama biasanya datang hari raya tiga (dan tahun ni saya langsung tasempat jumpa mereka) sebelah mama mejoriti berbangsa lain dan bukan beragama islam tapi yang paling saya bangga bila ikatan mereka tidakpernah putus tapi semakin akrab. seronok kan? sudah boleh bilang famili saya 1 Malaysia bah! kehkehkeh.

masa raya di sandakan tempat hubby pun kami banyak luang masa di rumah. ada sekali dua pergi rumah makcik hubby dan rumah kawan saya. (yang membuatkan kami hampir-hampir sesat). kawan hubby ada ramai yang jemput datang rumah, tapi maafah ya. kami nda tahu jalan dan kami tiada transpot ba. sapa suruh naik flight kan. pergi tawau pun kami tasempat ikut. =(  tapi apapun, saya boleh kata raya tahun ini lebih owesome. semoga tahun seterusnya juga begitu. amiin

familia saya. nampaknya sudah bertambah. tahun depan tambah lagi. hehe

sebahagian dari kami. eh, kenapakah setiap tahun mesti kurang korum ah.

ps:
1. masa di kb, hubby excited gila mahu beraya rumah kawan dia walaupun hubby taberapa sihat ketika itu.  kami "excited" sampai kami sesat masuk hutan salah jalan. haha.

2. tahun ni kazen kazen yang belajar di korea, india, mesir, uk dan sebagainya balik beraya tapi yang study di seberang laut nda pula pulang beraya. ahaha. eh, tapi seingat saya la kamu semua ni asal raya asal cuti balik Malaysia ba pula. eh eh. seronok jumpa mereka dan cerita menarik mereka. heh!

3. ok, tahun ini rumah saya ada serunding. hoyay! teringat teori adik lelaki saya, saudara berkumpul di rumah kami kerana hanya rumah kami yang ada juadah nasi minyak. rumah orang semua ketupat dan lemang ja ada. apakah..






Tuesday, August 14, 2012

persiapan raya kami.

Assalammualaikum.

hi uols.


bestya baca entri c dayah, kawan masa di amc dulu mengenai pengurusan budget berhari raya. sangat good info untuk kita yang kebaru-baruan di alam orang kahwin ni ah. ada tips menarik  lagi ah. =)  ba jadi, macamana persiapan hari raya kamuorang? hopefully kita jan lebih-lebih la kan. berjimat lebih baik ah.

tahun ini tahun pertama saya beraya sama husb. kekok juga ba sikit-sikit. kamu tahu sebelum puasa (saya ingat sebelum kami kahwin lagi laa) sudah dikasi tentu mahu raya mana duluan. HAHA. lucu kan? tapi serius. penting untuk tahu di mana mahu beraya duluan. berkat toleransi dan kerjasama kami (atau sebab kehebatan saya yang pandai memujuk?) tahun ini raya rumah saya dulu. tips kami begini, jika raya pertama dan kedua di tempat saya maka raya selebihnya (sepanjang tempoh cuti) akan disambung di sandakan. dan raya haji akan disambut di sandakan juga. tapi kalau raya pertama dan kedua tempat husb, maka raya selebihnya dan raya haji nanti akan di tempat saya. kami sudah muafakat buat begitu. bagus kan? HEHE.

cerita pasal persiapan raya tahun ini, saya rasa saya dan husb macam besederhana betul. memandangkan familia saya sangat suka bertema-tema warna baju hari raya, maka husb terpaksa akur.aceceh. husb hanya beli baju selangor ikut warna tema. lain-lain macam songkok samping husband tabeli sebab masih elok. saya pula, since saya ada banyak baju kurung yang belum pakai maka saya hanya perlu pilih skirt plain ikut tema dan juga tudung. budget kami lebih tertumpu pada tiket kapalterbang sebenarnya. mulanya kami plan bawa kereta saja pigi sandakan nantinya, tapi sebab saya masih tidak boleh terlalu lama duduk kami tukar plan naik kapalterbang saja. naseb kami baik, dapat tiket murah. selain itu, kami juga da budget duit-duit raya untuk budak-budak. hehe.

dari segi hiasan rumah dan juadah pula, oleh sebab kami beraya di kampung biasa fimilia saya dari dulu sampai sekarang kami adik beradik biasanya saup-saup (kongsi-kongsi). rata-rata pun sudah kerja dan ada rezeki masing-masing so time perayaan begini kami akan bagi-bagi tugasan. aceh, macam buat assignment di dewan kuliah. contoh, kakak sulung ambil bahagian sponsor biskut, abang nombor dua akan sponsor minuman. begitu. so tahun ini, saya dan husb dapat bahagian sponsor kek (saya rasa jimat sebab hanya beli bahan dan buat sendiri), beras dan juga 2 jenis biskut.
jadi, jadi saya dan husb sudah menganggarkan berapa budget yang perlu digunakan. dan ah, alhamdulillah saya dan husb memang pandai membudget duit. ceh.

bersyukur saya rasa sebab husb jenis orang yang suka besederhana. sedikit-sedikit saya terpengaruh dengan cara beliau. saya rasa beza persiapan raya kali ini ialah saya shopping dengan lelaki bukan perempuan. tasangka bila shopping sama lelaki semua yang saya tunjuk "ok, cantik tu sayang" wkwkwkwkw. sebenarnya, persiapan raya kami sangat simple. apa ada kami guna, tidak la mahu tukar semua. dan kami ingin mengekalkannya begitu. insyaAllah.

selamat membuat persiapan raya. berhemah ya.

pst:

husb: yang, apa istimewanya juadah di kampung ayg kalau hari raya? tempat abg ada buras.
wife: ada ketupat, rendang, ayam merah..bla..bla..
husb: itu semua makanan melayu. tiada ka yang unik?hehe
wife: tiada. tapi mak masak sedap ba. abg kan kuat makan kalau di rumah kampung.hehe
husb:..(lama dia diam)...alaaa tiada buras. wuwuwu..(siap terguling-guling dilantai)
wife: andu ba...tahun depan kita makan buras ah banyak-banyak. tahun depan kan tempat abg. time tu,kompon ayg yang guling-guling macam abg sekarang.

hahahaha.tasangka betul.=)


Friday, August 10, 2012

iklan meruntun jiwa.

assalammualaikum.


banyak-banyak iklan raya yang dari zaman kanak-kanak sampailah besar begini saya paling salute sama iklan  RAYA BERNAS 2012. banyak maksud kalau kita buka mata dan hati. dan kalau hati kawan kawan lembut macam hati saya pasti kamu banyak nangis. sob..sob!



ps:
 walaupun ini cuma iklan, saya percaya ada kehidupan begini di luar sana. kita boleh ambil iktibar kan? bersyukurlah apa yang ada. jangan kita suka komplen banyak dan..dan..dan..belajarlah berkasih sayang antara kita. =)


sedih kan? semoga kita setabah budak-budak macam dalam iklan ni.
salam ramadhan

Thursday, August 9, 2012

seronoknya bersama google.

assalammualaikum.

hai semua.


eh, banyak banyak search engine ba yang mana satu kamu suka? kalau saya la, paling saya suka google. saya panggil google dengan "poket doremon". ekekeke. kalau pembentangan kertas kerja di dewan kuliah ada kawan yang akan berani cakap macam ni "...dan berterima kasih sama google kerana kami jumpa ini kertas kerja..." (dan saya rasa menyebabkan mereka kekurangan markah). beraninya kau kawan. haha.

 kalau kamu pun pengguna google, perasan ka sepanjang musim olimpik ni muka google tukar-tukar sama aktiviti sukan olimpik. best kan? hari ini muka google guna permaianan slalom canoe.ba cepat-cepat buka google ah.

muka hari ini
hari ini kita boleh main slalom canoe tau. jadi tekan ja button biru tanda play.

gunakan anak-anak panah di keyboard untuk gerak

mesti lalu tiang hijau baru kira markah ah
hoyay, menang sudah! ehehe
paling seronok dapat langgar katak. hoho. kejamnya =.='

eeii, comell ba.


seronoknya bersama google kan? ^____________^

pst:
lepas main dapat markah terus suruh husb yang sana di opis main ini pula. mau compare saat ba. haha. sekali ditegur, "isk, ayg di rumah tiada benda lain mau buat ka". alahai abe, punya boring di sini. kan bagus ada google. sungguh berterima kasih. hehe!