Wednesday, August 8, 2012

nastolgia lama.

assalammualaikum.

hai semua.

semalam saya balik kampung kejap. masa mahu balik kk petangnya, mama kasi bekal saya balik kuah mi kari, buah tarap dan ikan basah beserta ramuan untuk buat sup ikan. wahh, terharunya saya.


dan malu. HEHE.


sebabnya, saya sudah jadi isteri orang. perempuan dewasa orang bilang tapi sayangnya perangai saya sumpah nda ubah macam budak hingusan lagi. macam anak dara ba. sepatutnya saya la yang masakkan mama kan. ini terbalik pula. =.=' cerita pasal mengasi makanan ni, saya teringat zaman saya belajar dulu. saya bukan juga anak manja. no no ya. cumanya saya sangat pandai memujuk. sangatts pandai. heh!

dulu-dulu, masa saya belajar di sekolah kalau ada jamuan ka parti kelas ka atau apa-apa la saya mesti ada bawa makanan. biasanya saya akan minta mama yang masakkan. sampai cikgu- cikgu sekolah semua kenal saya --c budak comel pembawa makanan. saya pandai pujuk mama untuk masak apa saja yang saya suka. dan apa saya bawa pigi sekolah tu semua yang saya suka. teruk kan? T__T

kemudian masa masuk pengajian tinggi, tiap kali puasa atau lepas raya atau time-time mau balik asrama balik ada saja makanan yang saya minta mama kasi sedia.wallawei,macam bos-bos kan. hehe. mama saya pula tidak pernah bilang tidak, maka suka ambil kesempatan. =.=! banyak-banyak anak mama, hanya saya seorang yang ada apa-apa mesti minta mama masakkan sesuatu. sampai kakak saya cakap, lain juga fiil c adik bah! eeii pelik betul. baru kan makanan yang saya minta kuantiti mesti banyak sebab share-share dengan kawan-kawan.

kalau saya ingat memang mengugat hati saya (?). tiba-tiba terkenang-kenang nastolgia lama. apakah..

sebenarnya bukan semalam saja ibu bekalkan saya makanan, tapi setiap kali balik kampung.kamu percaya? saya nda minta pun dikasi bekal juga. mungkin mama sudah terbiasa kan. aih, betul-betul berterima kasih sama mama. kamu ada nastolgia begini?



ps:
hargai kasih sayang ibubapa kita ya. tanpa mereka siapa kita di sini. dan jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka. anak soleh harapan mereka tau.=)

psst:
sebenarnya time saya pulang kemarin, mama tanya saya begini " adik mahu makan apa sama c mus buka nanti" saya selamba jawab " nda tau ma. makan mi kari kan sedap". sekali petangnya mama sediakan kuah mi kari untuk saya.  bila saya cakap "ala kenapa ma susah susah.adik boleh beli di ip nanti" terus mama cakap " tadi adik bilang mi kari, sedap juga tu. ma pun mau. nda payah beli naa jimat". hemm, pandai kan saya memujuk? haha. teruknya saya. =.='

Friday, August 3, 2012

obat hati.

daripada ulama Ibrahim Al-kahwas RA,
obat hati ada 5 perkara

Bacalah Quran dan fahamkan maknanya.
Dirikanlah solat malam (sepertiga malam).
Sentiasa berkumpul dengan orang-orang soleh.
Perbanyakkanlah puasa.
Zikir malam yang berpanjangan. (bangun beribadat)

selamat beramal kawan-kawan.
salam ramadhan.


ps:
terharu tengok anak buah saya minta rm2 sebab mahu bersedekah sama seorang pakcik. kita (tidak semua la kan) da dewasa pula malu dan cuba menafikan begini "dorang waktu puasa begini ramai la minta sedekah, sendikit saja tu". tahukah kamu kawan, bila kita NIAT bersedekah dan bersedekah, maka diangkatlah sedekah kita dan naiklah kiraan pahala kita walau dengan SIAPApun kita sedekah. ustaz cakap, kita dapat pahala. kalau orang yang disedekah itu guna untuk lain-lain maka itu urusan dia dengan Allah. maka kawan-kawan, jom sedekah. BERSIH hati kita, bertambah REZEKI kita.





Friday, July 27, 2012

jom istighfar.

assalammualaikum




"aku memohon keampunan daripada Allah, 
Tuhan yang Maha Agung,
dan aku bertaubat kepadaNya."








Wednesday, July 25, 2012

ramadhan 4: fettucine oh fettucine!

assalammualaikum.
hai kawan.

alhamdulillah saya beransur sihat semakin hari. belum 100% tapi so far tambah baik.
jadi, puasa ke-4 baru ada 'feel' mahu masak-masak.
ahh, seronoknya sudah boleh masak-masak. heaven. HEHE.
eh, heaven? sebab puasa pertama mama yang sediakan juadah. puasa kedua dan ketiga kami beli makanan di luar. nda feel bah rasa. hoho.

saya dan husb macam nda suka makan nasi time iftar. tersiratnya dua-dua kami malas masak nasi. (?) bahahaha. jadi, ubah selera kami makan fettucine with chicken yougart. resipi asal nampak masa saya tengok AFC ari tu tapi sudah ingat-ingat lupa jadi saya ubah resipinya. pemanis mulut saya masak puding dan makan banyak buah. komen husb time buka,

"wahh, sayang sudah pandai masak sekarang"
yay. senyum panjang taboleh berhenti.
menu utama kami. fettucine.

pembuka selera. puding oreo stawberry. tapi sedikit cair. :(
pencuci mulut. paling sedap.HEHE
sebenarnya kan saya tatau pun macamana masak tu fettucine. serius. tasama la kalau masak macam masak spagetti. i mean dari segi kuah. lain pasta lain cara masak baru la sedap di tekak.  uhm, nanti saya share resipinya. benda baik tabaik simpan sendiri. HEHE. so far puasa kami setakat ini cukup bagus. kami sebolehnya mahu berjimat
(ah, memang cukup berjimat kami sebab hanya beli seringgit dua air manis di bazar)
cumanya, kami berjemaah terawih di rumah sebab saya masih solat duduk.
tasabarnya mahu sembuh sepenuhnya, rindu saat beramai-ramai di surau terawih.

jadi, apa cerita bulan puasa kamu?

ps:
 hari ini hari ketiga saya berfisioterapi di hospital likas. pengalaman yang bagus. dan hari ini saya sudah boleh memandu sendiri pigi sana. ada peningkatan kan? hoyay!

pst:
banyakkan amal kawan-kawan sempena bulan mulia ni. jika kita puasa tapi tasolat itu tabetul. bulan inilah kita belajar betulkan nawaitu. pelan-pelan kita pasti boleh. mulakan dengan solat wajib ya barulah solat sunat.  sama-sama kita saling mengingati ok. insyaAllah.



Monday, July 23, 2012

kisah disebaliknya.

assalammualaikum dan hai.

salam ramadhan.


memang satu keajaiban.

entri ini ada kaitan dengan entri UJIAN. kan saya ada tulis saya mengharapkan keajaiban di saat-saat hati saya hampir berputus asa...

alhamdulillah. saya semakin sembuh. padahal saya belum pun pigi fisiotarapi dan ubat saya belum sampai setengah pun habis. dari hanya terlantar tidak bergerak sekarang saya sudah boleh duduk dan melakukan sedikit kerja. dalam masa yang cukup singkat. ajaib!

begini, jumaat minggu lepas kami balik kampung lagi. keadaan saya sama saja. taboleh bergerak dan perlu dipapah suami. oleh sebab kesakitan saya sangat teruk, entah macamana saya terpikir mahu buat perubatan Islam. kebetulan kakak ada kenalan ustaz yang pandai mengubat. terus-terang la ba kan, bila doktor cakap saya tidak sakit dan tiada ubat penyembuh saya rasa saya dianiaya. serius ni. tambah lagi kuat firasat saya bila sejak sakit saya terlalu kerap bermimpi benda-benda tabaik dan menakutkan yang sentiasa berkesinambungan.

jadi, mama buat la temujanji dengan ustaz ni. petang jam 3.30 dia suruh datang rumah. masa mula-mula lihat saya, ustaz tu cakap begini "boleh bawa lari-lari ba ni, tiada apa-apa" eh, ustaz ni bule bergurau lagi pula. T__T kemudian masa dalam rumah ustaz setelah dia mukadimah, tiba-tiba ustaz cakap macam ni.

"tiada apa-apa ba ni. bukan sakit. tapi dia ada di sebelah"

ehhh. sebelah? saya pusing tengok mama saya sebab itulah sebelah saya. biar betul ni.

"ada dia. rambut panjang..tua suda...." ok saya tasanggup lagi mahu taip. ngeri ok. ustaz tu kemudian tanya-tanya soalan dan entah macamana mama saya sebut melanggang. oh, memang saya ada pigi melanggang pula dua bulan lepas. dan saya baru ingat, sanalah saya start sakit pinggang yang tidak seberapa!

"kamu pigi di sungai kan? ada kamu tergelincir di batu?" banyak lagi soalan ustaz. otak saya memang berputar ligat. ingat semua balik. kami memang ada pigi sungai. saya ada ceritakan fobbiden area tu. ada disini. dan memang saya ada duduk di batu. dan tergelincir...langgar batu..ahh, ingatan saya cukup samar-samar. tapi memang ada berlaku kawan.

"dia la yang tolak kamu tu".

astagfirullah al-adzim. saya tapernah pikir pun semua tu. masyaAllah. hijab disebalik kesakitan ini rupanya ada maksud lain. jadi ustaz pun ubat dengan bacaan quran, ustaz suruh angkat kaki. kemudian duduk. kemudian duduk bersila. baca al-fatihah. tiga qul. alikhlas, falaq dan an-nas.

ehh. saya boleh buat dengan baik. betul-betul boleh duduk. sangat senang. saya masih macam tafaham apa yang berlaku. mama dan bapa pun curious. suami lagi la taboleh simpan muka terkejutnya. tapi..alhamdulillah. ajaib betul! cuma memang ada rasa sakit disebelah kiri tapi tidak teruk. ustaz cakap itu kesan jatuh. memang ada urat saya yang paling dalam tersalah sikit. kemudian kan ada saya pigi berurut dan ustaz cakap dia sudah tersalah urut.

Subahanallah!

macam ajaib kan? saya taboleh cakap lebih.  itulah kekuasaan Allah. subahanallah! satu pengalaman yang taboleh saya lupakan.balik rumah saya macam masih taboleh percaya saya mampu berdiri tegak. boleh duduk dan berjalan. saya kira inilah keajaiban dari Allah. kamu, pasti sukar mahu percaya kan? hehe.

ps:
alhamdulillah, lepas ini boleh sudah bertugas semula. puasa kami suami isteri cukup baik. sebenarnya puasa ini bukanlah puasa pertama kami bersama sebab kami sudah pernah berpuasa sunat masa bulan syaban. =)

pst:
adik saya c ain sungguh terlebih excited dengan pengalaman ini. siap tanya saya kenapa nda tanya ustaz benda itu islam ka? dari mana ka?bla..bla..bla..siap buat andaian mungkin islam sebab sekarang bulan posa..cett.. serius aku jo nda berani mahu tahu lebih lanjut.

pstt:
ain: "baa ha, suda kena 'mark' la ko ni. sebab kalau sudah pernah, dia kasih tinggal tanda."
eh, kemudian tiba-tiba saya ingat benda sama seperti pernah berlaku masa saya dikuching dulu. ehh...sudahlah. rajinlah baca alfatihah, 3 qul dan ayatul kursi. sesungguhnya rahsia alam milik Allah.

saya ada tanya ustaz apa "benda" itu kalau kita tidak kacau pun dia memang akan ada ka?

jawapan ustaz "kalau sudah dia suka kamu"

dan saya masih rasa misteri itu.
 
dan lagi saya tak sabar mahu berfisioterapi petang ini. alhamdulillah.

Friday, July 20, 2012

ujian.

assalammualaikum.

hi.


dulu, masa kecil-kecil ustazah di sekolah ugama selalu cakap "orang yang paling disayang Allah adalah orang yang besar dugaannya".

sekarang, saya mungkin memang perlu katakan apa yang ustazah cakap itu betul. setidak-tidaknya ada hikmah dan maksud di sebaliknya. itu, sekiranya kita melihat dengan mata hati sebetulnya.
berani saya katakan sebab ini berlaku dengan saya sendiri.=)

saya kira ini ujian buat saya. dan mungkin juga ujian buat suami. atau mungkin juga buat ibu bapa saya. ceritanya bermula lepas habis exam, saya asyik sakit belakang terutamanya sebelah kiri. sakitnya bukan la teruk sangat. cuma semakin hari agak susah untuk membongkok apalagi duduk. ok, ramai cakap sakit pinggang sebab stress, penat etc. jadi, andaian saya mungkin juga semua itu. jadi biarkan sajalah sebab nanti-nanti akan ok.

kemudian, saya pergi berurut. konon dengan yakinnya saya ini salah urat. dua hari berurut yang sepatutnya menurut makcik tu akan baik sepenuhnya tapi saya rasa lain. bangun sangat payah, membongkok lagi langsung tidak boleh, bergerak sakit. semua sakit. dua hari di rumah hanya terlantar, saya bagitau suami saya mahu balik kampung. sekurang-kurangnya ada ibu yang menjaga kan?

dua minggu saya terlantar. tidak bergerak. sakit masyaAllah tiada siapa tahu rasanya macamana. sudah pergi dua klinik swasta. tapi tidak juga baik. malah makin teruk. jadi ibu cuba inisiatif lain, cuba perubatan cina. makan herba bagai. ok, ada perubahan. saya boleh bergerak dengan sangat minimum. ibu tidak puas hati, jadi bawa pula saya ke klinik luyang. tetap tiada perubahan. akhirnya ibu cakap cuba di Queen 1 tempat emergency room. ( disorong dengan kerusi roda rasa macam saya sakit sangat) buat xray, scan, cek itu ini, jarum itu ini tapi lepas beberapa jam tetap sama. akhirnya saya dibawa jumpa doktor pakar tulang Dr. Raymond di Queen 2. lepas buat pemeriksaan, akhirnya saya disahkan TIADA PENYAKIT. cumanya, urat saraf ke tulang telah membengkak atau mungkin paling teruk saya boleh kata pecah. dan paling mengejutkan saya bila doktor sendiri tidak boleh pastikan sama ada saya boleh sembuh sepenuhnya. sebab ini bukanlah penyakit. kemudian doktor bagi ubat urat (yang saya rasa makan berbulan-bulan untuk dihabiskan). dan saya perlu menjalani fisioterapi selama 2 bulan atau mungkin lebih.

terus-terang, saya rasa masa dibagitau tu saya rasa dunia saya gelap. bayangkan kawan, kalau penyakit mesti ada penawar. tapi saya? doktor terang -terang bagitau ini bukan penyakit, jadi tiada ubat. saya masih muda, sudah diduga dengan sehebat ini? orang seusia saya sedang membina bahagia dan saya terlantar menunggu keajaiban.

oh ya, keajaibanlah yang saya nanti-nantikan. sejak saya sakit,  saya semakin menilai kehidupan saya. rasa semakin dekat dengan Allah. semakin mensyukuri nikmat yang Allah bagi. semakin kuat saya mendambakan diri pada yang Esa. Allah tidak suka orang yang putus asa, jadi saya akan sedaya upaya untuk berusaha. saya yakin dan saya percaya, Allah ada aturan yang baik disebalik semua ini. jadi kawan, andai kamu rasa dugaan kamu cukup besar walaupun hakikatnya cuma sekecil semut janganlah terlalu cepat kecewa dan menyalahkan takdir. percayalah, ada yang lebih baik. insyaAllah. senyumlah, sebab Allah sedang menguji kita.

cuma perlu buka mata hati dan lihat lah disebalik semuanya.
semoga saya kuat.


ps:
selamat berpuasa esok. selamat datang Ramadhan, semoga kita memperolehi lebih keberkatan berbanding sebelumnya.=)

ps:
terima kasih suami, ibu dan bapa. harta saya yang tiada bandingnya. terima kasih atas segalanya.

Tuesday, July 10, 2012

oh!

assalammualaikum.

hi.

 sepatutnya petang jumaat minggu lepas saya dan suami balik kb, tapi disebabkan ada hal penting di kk jadi kami decided untuk stay saja di sini.  kamu tahu la kan, kalau tinggal berdua ni ada-ada saja aktiviti yang dibuat. eh,(?) yala, bila stay hujung minggu di kk jarang kami ada di rumah. biasa lepas selesai urusan, mula berlibur di sana sini. ececeh! kalau di kampung, kompom duduk di rumah saja releks-releks. kehkehkeh.

mahu dijadikan cerita, malam sabtu tu kami dua-dua kebosanan tidak tahu apa mau buat. mulanya kami plan mau pigi nonton wayang. tapi lepas "berperang mulut" mahu tengok apa, last-last kancel. nda jadi. tengok tv di rumah ja. ok la. tengok tv sambil borak-borak. ntah macamana kami tiba-tiba terpikir mahu main masak-masak (padahal sudah makan dan masih kekenyangan). padahal malam ba sudah tu (almost 10), jadi menggoogle la kami cari repisi yang sangat mudah dan cepat plus semua bahan ada di rumah. last-last pilih buat puding kastad berbuah sebab pertama bahan untuk buat semua ada di rumah dan kedua nampak sangat senang. ba, apalagi kami kung kang kung kang la di dapur mahu menyiapkan puding ni. konon-konon nanti siap mau minum-minum sambil nonton cerita HP.

bila sampai part kasi sejuk, hubs bilang mahu baring-baring dulu sementara tunggu keras dan sejuk. bila saya tengok husb landing di ruang tamu macam best, saya pun ikut la sekali baring-baring. ingat mahu kejutkan dia nanti bila puding sudah keras. sekali, dua-dua kami tertidur sampai esok pagi. tv terpasang, pintu dapur tidak kunci, minuman sudah sejuk dan puding masih dalam peti sejuk! barangkali kami kepenatan buat tu puding. oh!!

lucu kan? bertungkus lumus buat puding sekali tertidur juga. akhirnya, pagi sabtu tu baru kami makan puding. kehkehkeh. nasib puding, kalau kami masak berat makan paginya mesti sudah tidak sedap.

puding kastad berbuah. tapi saya rasa kami telah menyebabkan puding kastad ini berbuah lebih-lebih.akahs!


pst: seronok pula bila ada aktiviti bersama orang yang kita sayang, kurang-kurangnya walaupun masih hidup berdua tidaklah boring walaupun duduk di rumah saja dan hey, kita mesti pandai menghidupkan suasana.=) ahh, seronoknya memasak.ngehh.



Wednesday, June 13, 2012

bila suami bilang belajar masak.

assalammualaikum.


serius cakap. saya tidak reti memasak masak segala. dari zaman bujangan lagi, bila mama suru masak saya pasti ada 100 lebih alasan yang cukup munasabah. hiks! pandai kan? saya minat tu minat juga memasak. cuma bak kata orang tiadalah bakat. HAHA. kalau masak yang senang macam magi, nasi, goreng telur, goreng ikan, tumis sayur tu pandai la. tapi takkan hari-hari itu kan. komprem bapa saya komplen jo. T___T

dulu sebelum kahwin, awal saya bagitau suami, saya tidak reti masak. dia bilang belajarlah. aceceh, ba lepas tu tiap kali dating bule la tembirang ada suda belajar. HOHO. jadi, bila sudah berkahwin maka kedapatanlah saya. huahuahua..! 1st time masak lauk (ah, saya lupa la lauk apa..)  tapi teste dia sangat la masin macam saya bubuh 10 karung garam. bole darah tinggi laki aku kalau makan hari-hari begitu ba. pathetic!!

so mulai dari saat itu, saya tanam minat suka memasak. kebetulan saya sudah tidak bekerja dan hanya belajar, maka kesempatan yang ada saya guna untuk mendalami ilmu memasak =.=' setiap hari saya mesti dengar komen suami apa rasa masakan saya. HAHA. minta puji kan? tapi berbaloi. suami pun suka komen yang jujur. alhamdulillah. dan tidak sangka dengan usaha yang begitu gigih, mutu makanan saya semakin baik tapi masi perlu belajar. ^_____^ tidak sia-sia hari-hari telepon mama tanya ramuan, terpaksa tebal muka tanya mak dan makcik suami (masakan dia superb!), beli macam macam buku masakan (sampai suami geleng kepala cakap " sayang, buku di rumah belum lagi sayang habis try") indapa. orang bilang usaha tanda tangga kejayaan. *angguk kepala setuju.

alhamdulillah. *ada suda ciri-ciri isteri mithali kan? hoho~

ikan goreng tumis tomato. ok, saya akui macam ikan terlebih masak. =.=''


1st time masak laksa sarawak. wahh, suami siap tepuk-tepuk belakang saya bilang "well done. tapi kenapa pedas?" opss.


chocolate cheese cupcakes. gulp! puji diri sendiri sebab memang lemak dan sedap. hoyay!


sushi yang termodify sebab saya masih tidak reti gulung dengan baik. *malunya!


ini menu wajib kami. buah-buahan.

semuanya saya belajar dengan cara "try and error". setiap hari mesti kena pikir idea untuk memasak. ada kala saya tidak berjaya (dan menangis di bahu suami?) ada kala sangat berjaya. semuanya terpulang dengan kesungguhan. tapi sebenarnya, saya masak sedap bila suami di rumah saja. in fact, bila saya sendiri saya masak kegemaran saya. mi maggi. :P


pst:
tadi saya tengah belajar. tengah-tengah saya belajar (tv memang sedia terpasang) ada pula rancangan kesukaan saya c phineas and ferb. jadi saya pun tengoklah. lepas tu rasa lapar banget. jadi saya makan. tulah ada entry ini. ahaks!

Monday, June 11, 2012

lidah buaya.

assalammualaikum.

bukan lidah c lelaki buaya darat ye. hiks!

jumaat lepas saya dan husband balik kb. memang hujung-hujung minggu rutin begitu kecualilah kalau ada hal penting atau cuti panjang sebab kena balik sandakan. lepas balik sandakan cuti tempoh ari, saya asyik sakit pinggul belakang dan perut sebelah kanan asyik berdenyut-denyut.  hurm, mulanya c suami excited la ingat ada isi, tapi saya dengan yakinnya bilang tiada. macamana saya tahu? HAHA. sebab saya perempuan jadi saya tahu la. bule bilang begitu?

sakit perut tu bukan la selalu. ada masa dia serang. time-time kita sedang tidur lena tiba-tiba saja macam ada benda yang tusuk perut kanan saya dengan pisau. @__@ atau kejadian sama berlaku bila saya tengah memandu, sewaktu saya bayar bil, waktu menikmati makanan dan sebagainya. husband yang tidak kurang senang dengan sakit saya (sebab dia bilang dia risau) bawa la saya gi klinik. hasil dari scan yang dijalankan memang ada sesuatu (some kind like ketumbuhan- no, bunyi menakutkan. better saya bilang seperti isi lain). huhu. tapi saya tidak berapa risau sebab doktor cakap itu bukan bahaya. bila period nanti dia akan pecah.sekarang hormon tidak stabil. T__T

bila balik kampung, mulut c anak ni pon tidak la pandai simpan rahsia sama mama. direct cakap ada sakit (dan meyakinkan beliau benda tu tidak bahaya). sudah terbiasa kali kan, ada masalah mama la duluan yang dicari dan membuatkan orang tua selalu risau. HEHE. jadi esoknya, awal pagi lagi mama saya bawa ambil lidah buaya. eh, salah. betul ba, tapi biasa orang panggil aloe vera ba nama tumbuhan tu kan?


mama: mulai hari ini adik makan lidah buaya.
saya: hahaha, ma. ini lidah buaya boleh masak rendang ka?
mama: isk, jan meloyar lagi. hari ini ma ajar macana adik ambil lendir dia dan minum tiap pagi.
saya: haa?ma, LENDIR dia? boleh makan ka itu?
mama: anak oi, ma masa bujang lagi sudah makan ini. ada ma sakit? mana tau sakit adik hilang. cuba dulu. dari dulu sudah terbukti ini ubat antiseptik paling bagus. awet muda lagi.
saya: isk..ndamau la ma.
mama: adik mau sihat ka mau sakit? nda kesian sama laki kalu adik sakit?(ohh, mama memang pandai provok saya)
saya:......ala...tapi ma kalu isi dia ok lagi kali. ini air dia tu...eeiii..
mama: dengar cakap ma. bla...bla...blaa..blaa..

akhirnya saya minum juga setelah diceramah oleh mama. rasa? RASA? ehehe..sedap ba. T___T
ok tipu. saya muntah dua kali sebab rasa dia sangat la berlendir dan pahit+++. serius cakap. jangan cuba kalau nda berani. sepanjang hari saya makan semua pun pahit walau makan ayam bakar. (mama cakap saya mengada-ada) huhu. actually, kalau orang biasa makan sayur-sayur pahit rasanya lebih kurang cuma ya memang berlendir la. dan saya masih pikir macamana mama saya boleh tahan makan lidah buaya ni sejak bujangan lagi. no wonder tidak sakit. memang banyak saya baca kebaikan aloe vera a.k.a lidah buaya ni, tapi saya tidak pernah try. kalau secara luaran tu banyak kali. dulu masa budak-budak kalau jatuh dan luka, mama memang akan ambil lidah buaya saja dan sapu pada luka. pedih sangat tapi 2 3 hari sudah baik. dan paling bagus tiada parut luka. kucing di rumah pun kalau kena sakit mata, mama akan guna lidah buaya sapu di mata kucing (kucing tu pon relaks saja muka dibaluti lendir lidah buaya) dan esok lusa sudah baik.
ah, klik di bawah kalau mahu tahu kebaikan aloe vera.

KLIK SAYA.

nampaknya, saya kena berusaha la kan. sekurang-kurangnya cuba walaupun sakit saya bukan memudaratkan. bila balik kk, mama hadiahkan sebiji pasu yang penuh dengan lidah buaya berusia puluhan tahun. (lebih lama tahun, lebih banyak khasiat) ok, paham. ba, kalau kamu ada sakit-sakit, cuba try minun aloe vera ya. rasa sendiri yang original aa. berani kamu? hehe..


pst:
husband: ayg sudah ka minum lidah buaya ari ni?
wife: sudah. HAHA
husband: aih, nda muntah ka? banyak ayg minum?
wife: mau muntah tapi nda jadi. sikit saja.
husband: bagus. nanti abg report sama mama. hujung bulan nanti mama datang tu tengok lidah buaya ada kurang ka inda...
wife: haa? T__T

semoga cepat sembuh rose.


Tuesday, June 5, 2012

student life.

pada saya, jadi student adalah saat paling best.
mula-mula ambil keputusan sambung belajar lagi, saya menjadi seorang yang bertekad cemerlang untuk belajar lebih baik berbanding belajar waktu degree dulu. HAHA. tapi sebenarnya kehidupan orang bergelar PELAJAR lebih kurang sama macam ini. hoho!

serius. dari dulu sampai sekarang kehidupan pelajar saya memang macam ini.

walaumacamana sekalipun cara belajar, ada banyak benda menarik yang berlaku. kita jadi banyak kawan. kita jadi kaki library sebab mau surf internet free. kita pandai stay up sampai subuh walaupun buat assignment cuma 30 minit dan berjam-jam kemudian dihabiskan dengan borak atau main game. kita belajar muafakat bersama dalam kuliah. bila jadi student rasa macam free semacam.yala, sukaati masuk keluar kuliah, sukati tiru kerja orang dan tidak macam orang kerja, kena functual selalu. hehe.


semoga anda ingat saat-saat anda bergelar student.

hitam putih kaki kawad platun 3 yang pandai berlakon.

friends and me without any makeup. ba, habis muka saya berpanas-panas sebab aktiviti luar.
kerja lapangan yang memerlukan kita sedikit stress.ahaks!
lecture.lecture.lecture. 
ada masa kita perlu work together dan kongsi-kogsi cerita.
dan biasalah kalu student. kena suruh buat out reach, mesti sempat singgah tempat tempat menarik.

pst:
seronok belajar kembali. rasa bujangan saja. HAHA. sorry hubby. hehe~

Friday, May 4, 2012

lambaian kem melanggang, kiulu. part 2

assalammualaikum.

okeh. mari sambung cerita hari tiga saya di kem melanggang kiulu.=)

HARI 3.

okeh. hari ni baru la mula aktiviti yang mencabar-cabar. awal pagi macam biasa kena ada senaman. part ini saya suka laa..sebab gerak dia ala-ala menari. lagu pula pasang lagu waka-waka dengan nobody-nobody tu. aiseh. gerakan dia besh la! (tidak tergambar dengan kata-kata..keh keh keh..) kemudian tepat jam 8 kami kumpul di dewan besar untuk tunggu bas pigi ke kiulu water rafting untuk memulakan aktiviti rafting. ohh, saya ingat dekat. rupanya jauhhh..T__T. lebih kurang 11km dari kem. mujur la naik bas kan? uhuuu..

then sampai saja sana kiulu water rafting, kami dibahagikan kepada 8 orang untuk satu boat. kat kiulu ni rafting cuma level 1 &2 tapi boleh mencecah sampai level 4 ikut ada guide. okeh, sebab ramai di antara kami yang tidak tahu berenang jadi banyak kumpulan yang request untuk minta basic saja. oh oh, saya antara orang yang tidak tahu langsung berenang. tapi malangnya saya kena pula sama kumpulan yang mau extreme. alaa..kalu extreme maksudnya akan ada jatuh2 air, diterbalikkan boat dan macam-macam. ^^!

guide kami nama En. Majat. awal-awal ba saya kasitau saya tidak tahu berenang. jadi encik ni pun cakap "ok baitu, leks saja. tidak juga jatuh" saya pun pilih la tempat duduk belakang dekat dia. eh, budget-budget encik tu tolong nanti kalu ada apa-apa ba kan..SEKALI..deh..rupanya dia AIM SAYA SUPAYA JATUH! kureng betul. dan dia berjaya jatuhkan saya 5 kali tahu. 5 KALI? T__T air bukan cetek. deras dan dalam. dan encik ni gelak habis la. teruk betul. menyesal aku bagitau ko encik! tapi yala..memang extreme la rasa... aku minum tu air kiulu sampai kenyang.

sebelum dijatuhkan oleh encik majat. eh dia sengaja bagi langgar batu besar supaya boat boleh terbalik. HAHA. ohh, tepi itu saya sebelum jatuh=)
yeahh. sempat ber"peace" di tempat yang tenang.
kitaorang rafting bukan dekat. sampai kem balik wei.ba 11 km juga baitu. hebat! menurut en. majat diorang pun nda pernah bawa tourist sampai sana. biasa mesti sampai checkpoint saja. tapi sebab ini aktiviti ums dan dah direquest so kena la juga bawa. apa yang saya ingat ialah kami lalu dua kawasan "forbidden area" . eh, kamu tahu (intonasi baca macam orang mengumpat ok?)..memang ada di gantung dekat jembatan tu tau tulis besar "FORBIDDEN AREA"..uhuuu..menurut encik majat, dulu ada orang memancing area tu tapi pastu jumpa orang batu (dibaca sebagai membawa batu nisan)..nah, nda kau takut ka tu? scary u know. ada banyak versi cerita dia tapi memang tempat tu sunyi, air tenang dan dalam. dan kawasan agak redup. mujur la kami selamat juga smpai. bayang dari pagi petang baru sampai destinasi. lebih kurang jam 3 petang penat juga pegang pedal tu walau pedal tu lebih kepada sekadar dipegang.

malam aktiviti kami jungle tracking atau night tracking. buat dalam hutan atas bukit.sebelum bergerak dengar taklimat. jurulatih cakap hanya makan masa 1 jam lebih. memandangkan laluan tu baru 1 kali digunakan jadi masih agak dara la. masih banyak pantang larang. area dia kena lalu kawasan perkuburan lama, kena lalu siring bukit (lereng) yang penuh dengan gaung/cerunan, lalu lumpur dan anak sungai berbatu-batu, daki bukit guna tali dan turun guna tali (ohh, sebenarnya sangat tinggi) dan sebagainya.setiap kumpulan hanya boleh bawa 3 lampu picit sahaja. 3 ok? duh! 1 kumpulan ada 27 orang. sila bayangkan kegelapan itu. ok, mulanya memang kau rasa best. sekali suda masuk dalam baru rasa betul-betul mencabar bukan sahaja fizikal tapi emosi. kena cari tanda perjalanan sendiri tanpa bantuan fesi, sanalah juga kena sentiasa jaga ahli kumpulan takut tertinggal, jatuh cerun bukit, kaki tergelincir, kena gigit serangga kecil macam lipan dan semut api. paling tidak boleh tahan bila setiap kali kami terbuat bising semasa mengira ahli atau sebab terjatuh etc pasti ada satu suara bunyi kuat seakan-akan burung mengekori kami. cukup seram bunyinya. (arwah datuk pernah cakap itu bunyi makhluk malam yang cuba menyesatkan orang) kami apalagi pegang tangan sampai kebas ba..

terus-terang saya hampir-hampir nangis. bukan takut. tapi sebab kerana pergerakan yang cukup terhad diganggu lagi oleh benda-benda tutttt emosi jadi tidak stabil ba. kami boleh nampak lampu sport light kem yang terang di atas masa dekat-dekat nak sampai tapi  tetap tidak sampai-sampai. saya hampir-hampir saja mahu berhenti dan mahu diselamatkan oleh bomba tapi saya tidak juga sanggup tinggal sendiri sana.memang mencabar emosi betul! T__T paling tidak tahan bila sedar sampai kem 3 pagi. eh, dari 8.30 malam gerak dan sampai 3 pagi?? 1 jam setengah ka tu? betul-betul kena psiko kami. T__T!
sampai kem, saya terus mandi dan tidur. lepas ini, bagi saya million dollar pun saya tidak akan mahu lagi.


ohh, memang menggangu terganggu emosi saya.

Wednesday, May 2, 2012

lambaian kem melanggang, kiulu. part 1.

assalammualaikum semua.

pusat kokurikulum negeri sabah.

akhirnya berjaya juga mengupdate satu entry baru. eh, lama kan nda menulis menaip? macam sebulan pula itu. duh! T__T well, bukan selalu saya berada di rumah. kalau ada pun selalu tak dapat surf int lama-lama sebab banyak assignment. banyak buat aktiviti luar saja. last last last week buat outreach pasal kajian analisis item di luar bandar. dan paling latest aktiviti saya ialah ikut perkhemahan kokum di kem melanggang kiulu selama 5 hari. baru saja balik jo. kebas lagi kaki ini. @__@


apapun, semua benda perasaan suka duka di kem melanggang sana tatap best! eh, kamu tau mana tu kem melanggang ka? kem melanggang ni dekat area tamparuli. hanya makan sejam lebih dari kk tapi kena masuk lagi ke dalam untuk sampai. kem ini memang pusat kokurikulum sabah, under kpm so tak semua orang boleh masuk. bah, bertuah lah kami kunu kan? ceh. sebenarnya pigi sini sebab ikut bina insan guru (orang sebut B.I.G saja selalu) dan memenuhi kokurikulum teras dalam subjek saya. namanya saja berkhemah sini tapi semua pun aktiviti pun luar kem. terus-terang cakap la kan semua aktiviti mencabar emosi dan fizikal. nda percaya? bah, baca renteten saya sepanjang di sana.

HARI 1.
barangan ke kem termasuk beg plastik servey.


memandangkan saya tinggal area ip, so kena tunggu bas di kolej kediaman ums ip. bas pula yang ambil peserta di ip adalah trip yang paling akhir. husband antar sana kolej seawal jam 6 pagi seperti yang di infomkan. trip terakhir datang pula lebih kurang pukul 11.00 pagi. nah, sudah mencabar emosi kan? tapi perjalanan ke kiulu siok. paling nda buleh lupa bila bas terpaksa imbang naik bukit yang sangat tinggi dan sebelah menyebelah pula adalah cerunan bukit dan gaung. awal-awal sudah saya mengucap bila bas tiba-tiba berhenti tengah-tengah bukit sebab nda dapat naik. T__T mujur juga sampai kem.

 alhamdulillah. sampai saja terus dengar takimat. paling best punya taklimat bila cakap pasal peraturan. tempat tu sebenarnya keras. sebelah pagar tu tanah perkuburan lama. eh, semua tempat perkhemahan memang gitu ka?  tapi paling saya ingat ialah "anda semua dilarang keras pergi berhampiran pokok besar (tepi pagar paling hujung padang memang ada pokok besar) dan dilarang menegur sekiranya nampak kanak-kanak berkawad tengah malam di tepi padang". masa tu saya boleh senyum-senyum sebab memikirkan siapalah yang kena tapak khemah dekat pokok tu mesti tidak boleh tidur malam. tapi kan senyum kambing saya mati bila tahu tapak khemah saya memang hanya 20 langkah pigi pokok besar. ni kali laa.....!

lepas taklimat, pasang khemah. aktiviti petang tu ice breaking dan ldk. alaa...macam biasa kita buat tiap kali ikut perkhemahan. kalau kamu pernah ikut la kan. berkenal-kenalan, buat yell kumpulan dan gerakan kumpulan. bah, kumpulan saya buat gerakan macam tu tarian waka-waka pula. hahaha! kemudian lawan-lawan nyanyi. super duper macam perkhemahan masa remaja dulu. rasa muda. time ldk aktiviti dia buat logo      kumpulan dan picked saja mana-mana ahli kumpulan bentang. malam aktiviti lebih santai sebab hanya perlu dengar ceramah. ceh, memang la santai sebab saya tidur di belakang. keh keh keh..

okeh, part paling best ialah mandi. tiada bilik mandi ok? hanya disediakan sebuah kolah dan mandi ramai-ramai. eh eh, perempuan sama perempuan la. lelaki sama lelaki..iskk *geleng kepala * air pula cepat habis, jadi kena la mandi berebut. cuma yang nda best bila sudah namanya berkhemah, mandi mestilah ala kadar tapi masih ramai perempuan-perempuan mau mandi lama-lama macam di rumah. duh, tu yang nda biasa berkhemah kali ba kan. ini yang dipanggil pentingkan diri. ehh, sekali lagi. bukan saya ba yang buat gitu. T___T part makan tidak mau sentuh la. sudah ok bila ada orang sediakan makan kita. nda payah komplen banyak. kesian orang yang  masak. alaa..namanya berkhemahkan? janganlah aspect dapat makan sedap-sedap. ohh, malam saya tidur dengan nyenyak sebab mengira kambing biri-biri lompat pagar supaya tidak pikir si pokok besar.

HARI 2.

jam 3 pagi lagi suda saya dan kawan suda pigi mandi sebab mau elak jam di kolah air. mana boleh mandi sorang sebab awal-awal kami di ingatkan lepas jam 12 jangan bergerak seorang. memang ada kejadian pula. kemudian pagi pagi sudah perlu berkawad selama sejam. nasib la ba sana sejuk, macam dalam ais saja rasa bila berkawad. hari dua aktiviti macam hari pertama. siang hanya ldk, ceramah, ldk ceramah. eh, lupa ba bagitau kan. ldk tu latihan dalam kumpulan. maksudnya dibagi satu aktiviti dan buat dalam masa yang ditetapkan kemudian bentang. malam pun sama. aktiviti sama. so rasa masih santai la. paling best hari dua ialah ceramah pasal jati diri insan. ensem pula penceramah tu. ldk pula paling best ialah bina menara kumpulan pakai barang terbuang. memang terpaksa menjana pikiran betul. =)

ok, sampai sini dulu. ehem, mau tengok korea ba pula. hehe. nanti sambung next entry ok.

have a nice day.muaxxx!







Saturday, April 14, 2012

nothing special.




menemani suami di hotel pun terpaksa membawa bahan kertas kerja dan jurnal. ohh, bila dua tanggungjawab kena pikul serentak..
 semoga hari anda sentiasa bahagia. kerja itu kerja. belajar itu belajar. bersama keluarga itu harta. bahagikan masa kerana masa tidak tunggu kita.

happy saturday all.

Thursday, April 12, 2012

si EP

assalammualaikum. hai hai.


alhamdulillah, hari jumaat lepas kakak ipar k.dayah selamat melahirkan baby boy yang kini bernama muhammad al-khwarizmi. tapi kenapa singkatan dia ep? eh, sebab COMELL okeh! HAHA.

jadi sini kongsi waktu-waktu menunggu c ep keluar lahir ke dunia.

di luar wad bersalin bersama ain. eh, gemuk temban la! T_T

belakang dari kanan: mak, azlina adik k.dayah. tengah dari kanan: rina, yeye. depan dari kanan: bapa k.dayah dan abang. eh, ramainya kami tunggu c ep! HEHE  



















masa ni tengah malam suda. kantin hospital mau tutup. tapi kami lapar. so makan apa yang ada.


bosan penat menunggu. main gambar-gambar kaki.

hoyey!! baby ep suda keluar. argh. sangat tension sebab nurse suruh bapa dia ja dukung. T__T

diazankan oleh c bapa ep. eh, ep ada respon tau sebab balik balik menguap. ahh, COMEL giler.

ah, COMEL. mau juga..HIHI

semoga baby ep jadi seorang yang beriman dan menjadi anak soleh. semoga kelahiran setiap baby baby di dunia memberikan kegembiran buat anda semua.

 


Wednesday, April 11, 2012

wordless hari tiga.

Sebelum mula kelas kuliah. ahh penuh meja menunjukkan rajin. =P

nota yang diMELAYUKAN sedia. bajet cepat ingat bah!

okeh. sangat teruk la tulis nota. T_____T

siapa boleh nampak monster? HAHA.

sometimes, apa yang kita jalani hari-hari walaupun ada yang memenatkan, memboringkan dan menyampah meyakitkan tapi sebenarnya sangat BERERTI kalau kau anda tahu bagaimana menukarkannya kepada saat yang MENGGEMBIRAKAN dan BERETI.

SELAMAT HARI TIGA. 

SELAMAT BERSUTI SUTI. (^__^)

Tuesday, April 10, 2012

si pengurus masa.





anda pengurus masa yang baik? sila la curahkan ilmu anda kepada saya. aceh! bunyi macam orang give up kan.

sejak berkahwin, saya macam tak pandai urus masa. tak tak, mungkin bukan sebab berkahwin. tapi sebab tak kerja lagi. oh ya. itu alasan teori yang lebih tepat. dulu masa bujang bujangan, saya pandai sikit urus masa. agak bijak kali. dulu masa yang mengejar saya sekarang masa seakan-akan lebih laju ke depan dari saya. saya cepat penat. eh, saya dah cek itu dan belum pregnant lagi. bahh! berangannya. >.<

mungkin sebab dulu saya tak banyak guna otak. saya banyak guna kemahiran yang sedia ada. balik rumah pun boleh tidur lena walau kerja sampai lewat malam. tapi sejak jadi penghuni dewan kuliah, otak saya semakin berat dan berat dan berat. berkarat la ba tu lama nda buka buku. lama nda menelaah dan sebagainya. tambah lagi dengan urusan lain. seyes cakap. bujang + belajar lain. bujang + kerja lain. bujang + kerja + belajar lain. kawen + kerja lain. kawen +belajar lain. kawen + belajar+ kerja lain. situasi tak sama dan pergerakan otak tak sama tau. saya boleh dikategorikan pada kawen+belajar+kerja. wowowowo..! yes, memang berat.

hal rumahtangga saya urus cekap. almaklumlah mungkin sebab belum ada anak. tapi masa belajar saya sangat teruk. macam tak ada masa. sebenarnya sangat banyak masa. katakan lepas kuliah sampai rumah jam 5, itu ini itu ini dalam rumahtangga saya siap dalam pukul 7 lebih. lepas makan malam biasa jam 8, saya ada banyak masa free. tapi kenapa tak buat assignment pun? T__T ohh, teruk betul. bukan rasa penat, tapi sebab bila rasa sentiasa free saya rasa biarlah masa berlalu. bye bye gitu. ohh, rose. ko memang teruk la!

kalau anda jadi saya, apa anda akan buat? carikan saya si pengurus masa yag baik.



pst:
saya ada 12 assginment termasuk jurnal yang perlu disiapkan minggu depan. belum masuk action research yang terpaksa buat di tempat lain. belum masuk kajian pentaksiran pembelajaran di luar daerah. belum masuk kertas kerja aktiviti luar yang melibatkan aktiviti lasak. dari tadi saya duduk depan lappy husband. tapi satu pun saya tak buat lagi. idea saya tak datang lagi bah! T__T


Tuesday, March 27, 2012

kisah buku.

assalammualaikum.

satu pengalaman yang wajar saya kongsi bersama anda. ^^,


sebagai seorang pelajar universiti, kita pasti ada buku catitan kan? tak buku pun mesti ada sehelai kertas. hehe. itu la life budak U. well, saya pun ada satu.. err..tapi buku saya mau bilang catitan tak mungkin sebab dalam buku tu bukan sahaja nota, tapi juga penuh dengan tajuk tugasan, tajuk pembentangan, rujukan library, cuti SEM, no tel kawan, email, HP lec malah ada gambar gambar pemandangan dan corak abstrak (ohh, yang saya buat tiap kali mengantuk dan tidak ambil tumpuan dalam kelas). mau dijadikan cerita, esok ada pembentangan. dan tajuk saya tulis dalam buku itu. masalahnya sampai saja d rumah buku tu tiada. TIADA OK? saya da jadi macam lipas kudung pusing pusing satu rumah ni cari buku. tengok dalam kereta tiada. tanya kawan kawan pun tak nampak. OMG!!

tadi sebelum balik saya ada singgah pasaraya. tapi..tak mungkin la sana. eh, mana tau kan. saya mula pikir 1 juta kemungkinan. bayangkanlah! pembentangan esok tu bukan main main. 30 markah umpama nyawa untuk budak pasca macam saya. T__T then, tak tahu macamana dalam 1 juta kemungkinan tu saya tak terpikir pula mayb tinggal di dewan kuliah. nasib la husband keja d ums, terus kol dia minta tolong tengokkan. alhamdulillah, memang buku tu di sana. ahh, rasa macam satu batu berat da lepas di dada. yes!!

moral dia lain kali ingat barang masing masing jangan asyik nak cepat balik!


ps:
suami: " nasib la dewan kuliah tu tiada orang guna sebelah petang kalau tidak kena buang suda buku ayg ni.."

isteri: "kenapa pula..?"

suami: " abg nda taulah ni buku nota ka bukan. macam buku hantu. penuh lagi sama lukisan bida. ayg ni belajar ka apa dalam kuliah. cuba la kasi cantik tulisan, susun bagus bagus..haish!"

isteri: "HAHAHAHA!..siapa suruh buka. hanya ayg yang tau baca tu!"

suami: " ni kali laa.."

Thursday, March 15, 2012

terkini.

assalammualaikum.

eh, punya lama nda update ni blog. banyak benda yang nak dikongsi bersama pun akhirnya tidak terkongsi. dulu rajin jalan jalan blog orang sekarang jangankan blog orang blog sendiri mcm tersadai sudah. tapi nasib nda karam lagi. huh! tapi insyaAllah lepas ni rajin la balik update. eceh!

well, ada banyak benda perkara dah berlalu dan perlu di ketahui. ohh, ayat boleh blah. macam la orang mau tau kan? HEHE!

1. saya tak kerja lagi dengan KYS. akhirnya saya berhenti secara sah kerana jodoh dengan KYS tak lama. lebih kurang 4 bulan saja. masa dekat AMC lagi lama. sampai sekarang masih merindui kedua dua tempat kerja yang banyak mengajar saya jadi orang. THANKS!!

2. saya da stat belajar balik. uhh! kuliah, assignment, aktiviti universiti, masuk library tayang muka..alaa.. macam dulu dulu juga. saya pilih bidang pendidikan sebab memang cita cita saya pun. =) semoga berjaya untuk 1 tahun setengah ni!

3. alhamdulillah. saya dah di ijabkabulkan dengan suami tercinta yang juga merupakan kawan baik saya, boifren tempat nangis, tunang tempat meluah. syukur kepada Allah dan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke syurga. amiin. mulakan saya jadi isteri dan pelajar sepenuh masa. HAHA. tak lucu!

4. ops!!..hp saya da berbunyi. kuliah time. ces!

ok da.. bye..


pst:
ada masa nanti saya nak tukar blog ni. biar yang bersesuaian dan bermanfaat saja. heh!

Monday, February 20, 2012

kawan yang pergi.

semalam HP saya berbunyi.

tapi saya tak layan sebab saya ingat student call ada masalah di asrama.

then, subuh tadi saya buka HP. ada msg dalam inbox rupanya dari ela, kawan opis lama dulu.

"Ros, Jack suda meninggal."

agak lama saya kaget. seperti bermimpi rasanya. saya tutup box msg dan buka lagi. tak, saya tak mimpi pun. pantas tangan msg ela dan jawapan dia tetap sama. ohh...ada sejuta rasa sedih dalam hati saya. kawan saya sudah tiada.T___T

saya mungkin tidak rapat dengan jack sebagaimana dengan kawan kawan opis lama dulu. cuma barangkali sepanjang saya bekerja di sana saya seperti mengenalinya sejuta tahun yang lepas.sungguh. dia satu satunya kawan lelaki bukan trainer yang paling saya rapat. dari mula saya bekerja di opis lama dialah yang sangat rajin menegur sampai saya duduk bersebelahan dengan dia.

tak mungkin saya lupa. gurauan dia. aktiviti dia bila duduk bersebelahan saya. bagaimana dia mengajar saya keluar opis ketika waktu kerja. cerita dia dengan teman wanitanya. suasana kampung. bagaimana dia sentiasa membantu saya menguruskan hal claim saya yang saya tak jaga bila keluar dari opis lama. bagaimana dia ajar saya untuk membuat buku lebih cepat. semua, yang pernah kami kongsi bersama masih bermain main di fikiran. betapa..

saya masih ingat seminggu selepas kejadian kemalangan kecil saya yang dia gurau guraukan, saya mendapat berita dia kemalangan teruk. gatal hati bila tak dapat lawat hari pertama di QEH2, saya paksa seorang kawan opis baru untuk menjenguk hari kedua. cerita saya dan dia masa di hospital hanya saya dan dia yang tahu. sempat bergurau benda lain. T___T itulah hari terkahir saya bersama dia.

sedihnya jack telah pergi. begitulah ketentuan kita tiada siapa yang duga.mati itu pasti bila sampai. rasa sedih bila mungkin saya tak dapat beri penghormatan terakhir buat dia. hanya kenangan yang mampu saya simpan bersama dia. terima kasih jack.


RIP di sana.

pst:
rasa sungguh terkilan bila tidak sempat tunaikan janji untuk bawa dia makan kali kedua. sungguh, masa di hospital pun dia masih ingat. "saya sihat kita pi makan macam tu hari sama sama dorang noni aa". dan masa saya keluar dari bilik wad dia sempat berbisik " ros, ini kali ketiga suda saya kemalangan. maybe lepas ini terus jalan ni. kongsikau ka lawat saya." senyuman dia meniringi saya sampai pintu wad.

tanpa sedar, ada airmata jatuh di pipi. selamat tinggal jack. kita tak akan berjumpa lagi.

T___T

Saturday, February 4, 2012

nilai kasih sayang.

buat renungan untukmu.

lepas balik kerja beberapa hari lepas, saya singgah di pekan IP sebab terasa mau makan soto ayam. mulanya niat cuma mau beli soto, tapi tiba tiba teringat tunang sudah tinggal di area perumahan yang sama dan teringat dia tiada sarapan untuk hari esok, maka saya singgah la di sebuah kedai kek untuk membeli bun.

sedang saya pilih pilih, masuk seorang lelaki separuh usia. keadaan dia sangat lusuh, selekeh dan kotor. bila saya lihat dia pegang helmt, saya terus lihat di luar (sebab kedai kek tu semuanya bercermin kaca..) saya boleh lihat sebuah motor kapcai (yang pada saya sudah tidak layak dipanggil motor lagi..). kemudian..saya terdengar perbualan dia dengan pekerja kedai..

pakcik: saya mahu beli kek yang kecil boleh ka? untuk harijadi.

pekerja: boleh. ada dalam peti sejuk tu..

pakcik: boleh minta yang murah saja. yang kecil pun jadi.

pekerja: boleh ba. ini yang kecil. ini RM10 saja, pakcik mau yang fresh cream ka? RM25 saja ni.

pakcik: err...bagi yang RM10 saja la nak..

sampai di kaunter,

pakcik: bule ba ni kan tulis nama? ini namanya..(sambil tangan dia keluarkan cebisan kertas dari poket seluarnya)..bule minta lilin ba tu kan..sebatang pun jadi.

pekerja: boleh pakcik. kejap aa..

mungkin sebab saya leka melihat pakcik itu sampai mata kami bertembung. dengan senyuman, dia berkata "untuk anak saya, nda mampu beli yang besar. asal dia gembira sambut sama ibu dan adik adiknya"

dan dengan senyuman juga pakcik itu berlalu pergi.


saya masih terkaku di tempat saya berdiri. otak saya seolah olah berpikir kencang. semacam sejuta saya rasa di hati. bukan soal banyak penduduk di perumahan saya golongan berpendapatan rensdah, tapi saya pikir nilai kasih sayang yang dia tunjukkan.


ahh, sehingga kini saya masih berpikir. entah apa saya pikir. berapa nilai kasih sayang anda?



pst:
untukmu mus, atau mana mana suami atau bapa di dunia ini. limpahkan kasih sayang kamu. kerana kasih sayanglah yang menghidupkan diri kita. kasih sayang tiada tandingnya.

saya tulis kerana kasih sayang saya kepada kamu semua.