Wednesday, May 2, 2012

lambaian kem melanggang, kiulu. part 1.

assalammualaikum semua.

pusat kokurikulum negeri sabah.

akhirnya berjaya juga mengupdate satu entry baru. eh, lama kan nda menulis menaip? macam sebulan pula itu. duh! T__T well, bukan selalu saya berada di rumah. kalau ada pun selalu tak dapat surf int lama-lama sebab banyak assignment. banyak buat aktiviti luar saja. last last last week buat outreach pasal kajian analisis item di luar bandar. dan paling latest aktiviti saya ialah ikut perkhemahan kokum di kem melanggang kiulu selama 5 hari. baru saja balik jo. kebas lagi kaki ini. @__@


apapun, semua benda perasaan suka duka di kem melanggang sana tatap best! eh, kamu tau mana tu kem melanggang ka? kem melanggang ni dekat area tamparuli. hanya makan sejam lebih dari kk tapi kena masuk lagi ke dalam untuk sampai. kem ini memang pusat kokurikulum sabah, under kpm so tak semua orang boleh masuk. bah, bertuah lah kami kunu kan? ceh. sebenarnya pigi sini sebab ikut bina insan guru (orang sebut B.I.G saja selalu) dan memenuhi kokurikulum teras dalam subjek saya. namanya saja berkhemah sini tapi semua pun aktiviti pun luar kem. terus-terang cakap la kan semua aktiviti mencabar emosi dan fizikal. nda percaya? bah, baca renteten saya sepanjang di sana.

HARI 1.
barangan ke kem termasuk beg plastik servey.


memandangkan saya tinggal area ip, so kena tunggu bas di kolej kediaman ums ip. bas pula yang ambil peserta di ip adalah trip yang paling akhir. husband antar sana kolej seawal jam 6 pagi seperti yang di infomkan. trip terakhir datang pula lebih kurang pukul 11.00 pagi. nah, sudah mencabar emosi kan? tapi perjalanan ke kiulu siok. paling nda buleh lupa bila bas terpaksa imbang naik bukit yang sangat tinggi dan sebelah menyebelah pula adalah cerunan bukit dan gaung. awal-awal sudah saya mengucap bila bas tiba-tiba berhenti tengah-tengah bukit sebab nda dapat naik. T__T mujur juga sampai kem.

 alhamdulillah. sampai saja terus dengar takimat. paling best punya taklimat bila cakap pasal peraturan. tempat tu sebenarnya keras. sebelah pagar tu tanah perkuburan lama. eh, semua tempat perkhemahan memang gitu ka?  tapi paling saya ingat ialah "anda semua dilarang keras pergi berhampiran pokok besar (tepi pagar paling hujung padang memang ada pokok besar) dan dilarang menegur sekiranya nampak kanak-kanak berkawad tengah malam di tepi padang". masa tu saya boleh senyum-senyum sebab memikirkan siapalah yang kena tapak khemah dekat pokok tu mesti tidak boleh tidur malam. tapi kan senyum kambing saya mati bila tahu tapak khemah saya memang hanya 20 langkah pigi pokok besar. ni kali laa.....!

lepas taklimat, pasang khemah. aktiviti petang tu ice breaking dan ldk. alaa...macam biasa kita buat tiap kali ikut perkhemahan. kalau kamu pernah ikut la kan. berkenal-kenalan, buat yell kumpulan dan gerakan kumpulan. bah, kumpulan saya buat gerakan macam tu tarian waka-waka pula. hahaha! kemudian lawan-lawan nyanyi. super duper macam perkhemahan masa remaja dulu. rasa muda. time ldk aktiviti dia buat logo      kumpulan dan picked saja mana-mana ahli kumpulan bentang. malam aktiviti lebih santai sebab hanya perlu dengar ceramah. ceh, memang la santai sebab saya tidur di belakang. keh keh keh..

okeh, part paling best ialah mandi. tiada bilik mandi ok? hanya disediakan sebuah kolah dan mandi ramai-ramai. eh eh, perempuan sama perempuan la. lelaki sama lelaki..iskk *geleng kepala * air pula cepat habis, jadi kena la mandi berebut. cuma yang nda best bila sudah namanya berkhemah, mandi mestilah ala kadar tapi masih ramai perempuan-perempuan mau mandi lama-lama macam di rumah. duh, tu yang nda biasa berkhemah kali ba kan. ini yang dipanggil pentingkan diri. ehh, sekali lagi. bukan saya ba yang buat gitu. T___T part makan tidak mau sentuh la. sudah ok bila ada orang sediakan makan kita. nda payah komplen banyak. kesian orang yang  masak. alaa..namanya berkhemahkan? janganlah aspect dapat makan sedap-sedap. ohh, malam saya tidur dengan nyenyak sebab mengira kambing biri-biri lompat pagar supaya tidak pikir si pokok besar.

HARI 2.

jam 3 pagi lagi suda saya dan kawan suda pigi mandi sebab mau elak jam di kolah air. mana boleh mandi sorang sebab awal-awal kami di ingatkan lepas jam 12 jangan bergerak seorang. memang ada kejadian pula. kemudian pagi pagi sudah perlu berkawad selama sejam. nasib la ba sana sejuk, macam dalam ais saja rasa bila berkawad. hari dua aktiviti macam hari pertama. siang hanya ldk, ceramah, ldk ceramah. eh, lupa ba bagitau kan. ldk tu latihan dalam kumpulan. maksudnya dibagi satu aktiviti dan buat dalam masa yang ditetapkan kemudian bentang. malam pun sama. aktiviti sama. so rasa masih santai la. paling best hari dua ialah ceramah pasal jati diri insan. ensem pula penceramah tu. ldk pula paling best ialah bina menara kumpulan pakai barang terbuang. memang terpaksa menjana pikiran betul. =)

ok, sampai sini dulu. ehem, mau tengok korea ba pula. hehe. nanti sambung next entry ok.

have a nice day.muaxxx!







1 comment:

  1. fuuuhhhh lama nda camping..glad u survived babe hehehehe

    ReplyDelete