okeh. mari sambung cerita hari tiga saya di kem melanggang kiulu.=)
HARI 3.
okeh. hari ni baru la mula aktiviti yang mencabar-
then sampai saja sana kiulu water rafting, kami dibahagikan kepada 8 orang untuk satu boat. kat kiulu ni rafting cuma level 1 &2 tapi boleh mencecah sampai level 4 ikut ada guide. okeh, sebab ramai di antara kami yang tidak tahu berenang jadi banyak kumpulan yang request untuk minta basic saja. oh oh, saya antara orang yang tidak tahu langsung berenang. tapi malangnya saya kena pula sama kumpulan yang mau extreme. alaa..kalu extreme maksudnya akan ada jatuh2 air, diterbalikkan boat dan macam-macam. ^^!
guide kami nama En. Majat. awal-awal ba saya kasitau saya tidak tahu berenang. jadi encik ni pun cakap "ok baitu, leks saja. tidak juga jatuh" saya pun pilih la tempat duduk belakang dekat dia. eh, budget-budget encik tu tolong nanti kalu ada apa-apa ba kan..SEKALI..deh..rupanya dia AIM SAYA SUPAYA JATUH! kureng betul. dan dia berjaya jatuhkan saya 5 kali tahu. 5 KALI? T__T air bukan cetek. deras dan dalam. dan encik ni gelak habis la. teruk betul. menyesal aku bagitau ko encik! tapi yala..memang extreme la rasa...
sebelum dijatuhkan oleh encik majat. eh dia sengaja bagi langgar batu besar supaya boat boleh terbalik. HAHA. ohh, tepi itu saya sebelum jatuh=) |
yeahh. sempat ber"peace" di tempat yang tenang. |
malam aktiviti kami jungle tracking atau night tracking. buat dalam hutan atas bukit.sebelum bergerak dengar taklimat. jurulatih cakap hanya makan masa 1 jam lebih. memandangkan laluan tu baru 1 kali digunakan jadi masih agak dara la. masih banyak pantang larang. area dia kena lalu kawasan perkuburan lama, kena lalu siring bukit (lereng) yang penuh dengan gaung/cerunan, lalu lumpur dan anak sungai berbatu-batu, daki bukit guna tali dan turun guna tali (ohh, sebenarnya sangat tinggi) dan sebagainya.setiap kumpulan hanya boleh bawa 3 lampu picit sahaja. 3 ok? duh! 1 kumpulan ada 27 orang. sila bayangkan kegelapan itu. ok, mulanya memang kau rasa best. sekali suda masuk dalam baru rasa betul-betul mencabar bukan sahaja fizikal tapi emosi. kena cari tanda perjalanan sendiri tanpa bantuan fesi, sanalah juga kena sentiasa jaga ahli kumpulan takut tertinggal, jatuh cerun bukit, kaki tergelincir, kena gigit serangga kecil macam lipan dan semut api. paling tidak boleh tahan bila setiap kali kami terbuat bising semasa mengira ahli atau sebab terjatuh etc pasti ada satu
terus-terang saya hampir-hampir nangis. bukan takut. tapi sebab kerana pergerakan yang cukup terhad diganggu lagi oleh benda-benda tutttt emosi jadi tidak stabil ba. kami boleh nampak lampu sport light kem yang terang di atas masa dekat-dekat nak sampai tapi tetap tidak sampai-sampai. saya hampir-hampir saja mahu berhenti dan mahu diselamatkan oleh bomba tapi saya tidak juga sanggup tinggal sendiri sana.memang mencabar emosi betul! T__T paling tidak tahan bila sedar sampai kem 3 pagi. eh, dari 8.30 malam gerak dan sampai 3 pagi?? 1 jam setengah ka tu? betul-betul kena psiko kami. T__T!
sampai kem, saya terus mandi dan tidur. lepas ini, bagi saya million dollar pun saya tidak akan mahu lagi.
ohh, memang
No comments:
Post a Comment