hi.
dulu, masa kecil-kecil ustazah di sekolah ugama selalu cakap "orang yang paling disayang Allah adalah orang yang besar dugaannya".
sekarang, saya
berani saya katakan sebab ini berlaku dengan saya sendiri.=)
saya kira ini ujian buat saya. dan mungkin juga ujian buat suami. atau mungkin juga buat ibu bapa saya. ceritanya bermula lepas habis exam, saya asyik sakit belakang terutamanya sebelah kiri. sakitnya bukan la teruk sangat. cuma semakin hari agak susah untuk membongkok apalagi duduk. ok, ramai cakap sakit pinggang sebab stress, penat etc. jadi, andaian saya mungkin juga semua itu. jadi biarkan sajalah sebab nanti-nanti akan ok.
kemudian, saya pergi berurut. konon dengan yakinnya saya ini salah urat. dua hari berurut yang sepatutnya menurut makcik tu akan baik sepenuhnya tapi saya rasa lain. bangun sangat payah, membongkok lagi langsung tidak boleh, bergerak sakit. semua sakit. dua hari di rumah hanya terlantar, saya bagitau suami saya mahu balik kampung. sekurang-kurangnya ada ibu yang menjaga kan?
dua minggu saya terlantar. tidak bergerak. sakit masyaAllah tiada siapa tahu rasanya macamana. sudah pergi dua klinik swasta. tapi tidak juga baik. malah makin teruk. jadi ibu cuba inisiatif lain, cuba perubatan cina. makan herba bagai. ok, ada perubahan. saya boleh bergerak dengan sangat minimum. ibu tidak puas hati, jadi bawa pula saya ke klinik luyang. tetap tiada perubahan. akhirnya ibu cakap cuba di Queen 1 tempat emergency room. ( disorong dengan kerusi roda rasa macam saya sakit sangat) buat xray, scan, cek itu ini, jarum itu ini tapi lepas beberapa jam tetap sama. akhirnya saya dibawa jumpa doktor pakar tulang Dr. Raymond di Queen 2. lepas buat pemeriksaan, akhirnya saya disahkan TIADA PENYAKIT. cumanya, urat saraf ke tulang telah membengkak atau mungkin paling teruk saya boleh kata pecah. dan paling mengejutkan saya bila doktor sendiri tidak boleh pastikan sama ada saya boleh sembuh sepenuhnya. sebab ini bukanlah penyakit. kemudian doktor bagi ubat urat (yang saya rasa makan berbulan-bulan untuk dihabiskan). dan saya perlu menjalani fisioterapi selama 2 bulan atau mungkin lebih.
terus-terang, saya rasa masa dibagitau tu saya rasa dunia saya gelap. bayangkan kawan, kalau penyakit mesti ada penawar. tapi saya? doktor terang -terang bagitau ini bukan penyakit, jadi tiada ubat. saya masih muda, sudah diduga dengan sehebat ini? orang seusia saya sedang membina bahagia dan saya terlantar menunggu keajaiban.
oh ya, keajaibanlah yang saya nanti-nantikan. sejak saya sakit, saya semakin menilai kehidupan saya. rasa semakin dekat dengan Allah. semakin mensyukuri nikmat yang Allah bagi. semakin kuat saya mendambakan diri pada yang Esa. Allah tidak suka orang yang putus asa, jadi saya akan sedaya upaya untuk berusaha. saya yakin dan saya percaya, Allah ada aturan yang baik disebalik semua ini. jadi kawan, andai kamu rasa dugaan kamu cukup besar walaupun hakikatnya cuma sekecil semut janganlah terlalu cepat kecewa dan menyalahkan takdir. percayalah, ada yang lebih baik. insyaAllah. senyumlah, sebab Allah sedang menguji kita.
cuma perlu buka mata hati dan lihat lah disebalik semuanya.
semoga saya kuat.
ps:
selamat berpuasa esok. selamat datang Ramadhan, semoga kita memperolehi lebih keberkatan berbanding sebelumnya.=)
ps:
terima kasih suami, ibu dan bapa. harta saya yang tiada bandingnya. terima kasih atas segalanya.
No comments:
Post a Comment