hi.
sepatutnya petang jumaat minggu lepas saya dan suami balik kb, tapi disebabkan ada hal penting di kk jadi kami decided untuk stay saja di sini. kamu tahu la kan, kalau tinggal berdua ni ada-ada saja aktiviti yang dibuat. eh,(?) yala, bila stay hujung minggu di kk jarang kami ada di rumah. biasa lepas selesai urusan, mula berlibur di sana sini. ececeh! kalau di kampung, kompom duduk di rumah saja releks-releks. kehkehkeh.
mahu dijadikan cerita, malam sabtu tu kami dua-dua kebosanan tidak tahu apa mau buat. mulanya kami plan mau pigi nonton wayang. tapi lepas "berperang mulut" mahu tengok apa, last-last kancel. nda jadi. tengok tv di rumah ja. ok la. tengok tv sambil borak-borak. ntah macamana kami tiba-tiba terpikir mahu main masak-masak (padahal sudah makan dan masih kekenyangan). padahal malam ba sudah tu (almost 10), jadi menggoogle la kami cari repisi yang sangat mudah dan cepat plus semua bahan ada di rumah. last-last pilih buat puding kastad berbuah sebab pertama bahan untuk buat semua ada di rumah dan kedua nampak sangat senang. ba, apalagi kami kung kang kung kang la di dapur mahu menyiapkan puding ni. konon-konon nanti siap mau minum-minum sambil nonton cerita HP.
bila sampai part kasi sejuk, hubs bilang mahu baring-baring dulu sementara tunggu keras dan sejuk. bila saya tengok husb landing di ruang tamu macam best, saya pun ikut la sekali baring-baring. ingat mahu kejutkan dia nanti bila puding sudah keras. sekali, dua-dua kami tertidur sampai esok pagi. tv terpasang, pintu dapur tidak kunci, minuman sudah sejuk dan puding masih dalam peti sejuk! barangkali kami kepenatan buat tu puding. oh!!
lucu kan? bertungkus lumus buat puding sekali tertidur juga. akhirnya, pagi sabtu tu baru kami makan puding. kehkehkeh. nasib puding, kalau kami masak berat makan paginya mesti sudah tidak sedap.
puding kastad berbuah. tapi saya rasa kami telah menyebabkan puding kastad ini berbuah lebih-lebih.akahs! |
pst: seronok pula bila ada aktiviti bersama orang yang kita sayang, kurang-kurangnya walaupun masih hidup berdua tidaklah boring walaupun duduk di rumah saja dan hey, kita mesti pandai menghidupkan suasana.=) ahh, seronoknya memasak.ngehh.
No comments:
Post a Comment