tapi saya tak layan sebab saya ingat student call ada masalah di asrama.
then, subuh tadi saya buka HP. ada msg dalam inbox rupanya dari ela, kawan opis lama dulu.
"Ros, Jack suda meninggal."
agak lama saya kaget. seperti bermimpi rasanya. saya tutup box msg dan buka lagi. tak, saya tak mimpi pun. pantas tangan msg ela dan jawapan dia tetap sama. ohh...ada sejuta rasa sedih dalam hati saya. kawan saya sudah tiada.T___T
saya mungkin tidak rapat dengan jack sebagaimana dengan kawan kawan opis lama dulu. cuma barangkali sepanjang saya bekerja di sana saya seperti mengenalinya sejuta tahun yang lepas.sungguh. dia satu satunya kawan lelaki bukan trainer yang paling saya rapat. dari mula saya bekerja di opis lama dialah yang sangat rajin menegur sampai saya duduk bersebelahan dengan dia.
tak mungkin saya lupa. gurauan dia. aktiviti dia bila duduk bersebelahan saya. bagaimana dia mengajar saya keluar opis ketika waktu kerja. cerita dia dengan teman wanitanya. suasana kampung. bagaimana dia sentiasa membantu saya menguruskan hal claim saya yang saya tak jaga bila keluar dari opis lama. bagaimana dia ajar saya untuk membuat buku lebih cepat. semua, yang pernah kami kongsi bersama masih bermain main di fikiran. betapa..
saya masih ingat seminggu selepas kejadian kemalangan kecil saya yang dia gurau guraukan, saya mendapat berita dia kemalangan teruk. gatal hati bila tak dapat lawat hari pertama di QEH2, saya paksa seorang kawan opis baru untuk menjenguk hari kedua. cerita saya dan dia masa di hospital hanya saya dan dia yang tahu. sempat bergurau benda lain. T___T itulah hari terkahir saya bersama dia.
sedihnya jack telah pergi. begitulah ketentuan kita tiada siapa yang duga.mati itu pasti bila sampai. rasa sedih bila mungkin saya tak dapat beri penghormatan terakhir buat dia. hanya kenangan yang mampu saya simpan bersama dia. terima kasih jack.
RIP di sana.
pst:
rasa sungguh terkilan bila tidak sempat tunaikan janji untuk bawa dia makan kali kedua. sungguh, masa di hospital pun dia masih ingat. "saya sihat kita pi makan macam tu hari sama sama dorang noni aa". dan masa saya keluar dari bilik wad dia sempat berbisik " ros, ini kali ketiga suda saya kemalangan. maybe lepas ini terus jalan ni. kongsikau ka lawat saya." senyuman dia meniringi saya sampai pintu wad.
tanpa sedar, ada airmata jatuh di pipi. selamat tinggal jack. kita tak akan berjumpa lagi.

T___T
Feel u, ros. kita semua ada cara kita rapat dengan dia.
ReplyDeleteTakziah, Ros. ;(
ReplyDelete