Friday, May 4, 2012

lambaian kem melanggang, kiulu. part 2

assalammualaikum.

okeh. mari sambung cerita hari tiga saya di kem melanggang kiulu.=)

HARI 3.

okeh. hari ni baru la mula aktiviti yang mencabar-cabar. awal pagi macam biasa kena ada senaman. part ini saya suka laa..sebab gerak dia ala-ala menari. lagu pula pasang lagu waka-waka dengan nobody-nobody tu. aiseh. gerakan dia besh la! (tidak tergambar dengan kata-kata..keh keh keh..) kemudian tepat jam 8 kami kumpul di dewan besar untuk tunggu bas pigi ke kiulu water rafting untuk memulakan aktiviti rafting. ohh, saya ingat dekat. rupanya jauhhh..T__T. lebih kurang 11km dari kem. mujur la naik bas kan? uhuuu..

then sampai saja sana kiulu water rafting, kami dibahagikan kepada 8 orang untuk satu boat. kat kiulu ni rafting cuma level 1 &2 tapi boleh mencecah sampai level 4 ikut ada guide. okeh, sebab ramai di antara kami yang tidak tahu berenang jadi banyak kumpulan yang request untuk minta basic saja. oh oh, saya antara orang yang tidak tahu langsung berenang. tapi malangnya saya kena pula sama kumpulan yang mau extreme. alaa..kalu extreme maksudnya akan ada jatuh2 air, diterbalikkan boat dan macam-macam. ^^!

guide kami nama En. Majat. awal-awal ba saya kasitau saya tidak tahu berenang. jadi encik ni pun cakap "ok baitu, leks saja. tidak juga jatuh" saya pun pilih la tempat duduk belakang dekat dia. eh, budget-budget encik tu tolong nanti kalu ada apa-apa ba kan..SEKALI..deh..rupanya dia AIM SAYA SUPAYA JATUH! kureng betul. dan dia berjaya jatuhkan saya 5 kali tahu. 5 KALI? T__T air bukan cetek. deras dan dalam. dan encik ni gelak habis la. teruk betul. menyesal aku bagitau ko encik! tapi yala..memang extreme la rasa... aku minum tu air kiulu sampai kenyang.

sebelum dijatuhkan oleh encik majat. eh dia sengaja bagi langgar batu besar supaya boat boleh terbalik. HAHA. ohh, tepi itu saya sebelum jatuh=)
yeahh. sempat ber"peace" di tempat yang tenang.
kitaorang rafting bukan dekat. sampai kem balik wei.ba 11 km juga baitu. hebat! menurut en. majat diorang pun nda pernah bawa tourist sampai sana. biasa mesti sampai checkpoint saja. tapi sebab ini aktiviti ums dan dah direquest so kena la juga bawa. apa yang saya ingat ialah kami lalu dua kawasan "forbidden area" . eh, kamu tahu (intonasi baca macam orang mengumpat ok?)..memang ada di gantung dekat jembatan tu tau tulis besar "FORBIDDEN AREA"..uhuuu..menurut encik majat, dulu ada orang memancing area tu tapi pastu jumpa orang batu (dibaca sebagai membawa batu nisan)..nah, nda kau takut ka tu? scary u know. ada banyak versi cerita dia tapi memang tempat tu sunyi, air tenang dan dalam. dan kawasan agak redup. mujur la kami selamat juga smpai. bayang dari pagi petang baru sampai destinasi. lebih kurang jam 3 petang penat juga pegang pedal tu walau pedal tu lebih kepada sekadar dipegang.

malam aktiviti kami jungle tracking atau night tracking. buat dalam hutan atas bukit.sebelum bergerak dengar taklimat. jurulatih cakap hanya makan masa 1 jam lebih. memandangkan laluan tu baru 1 kali digunakan jadi masih agak dara la. masih banyak pantang larang. area dia kena lalu kawasan perkuburan lama, kena lalu siring bukit (lereng) yang penuh dengan gaung/cerunan, lalu lumpur dan anak sungai berbatu-batu, daki bukit guna tali dan turun guna tali (ohh, sebenarnya sangat tinggi) dan sebagainya.setiap kumpulan hanya boleh bawa 3 lampu picit sahaja. 3 ok? duh! 1 kumpulan ada 27 orang. sila bayangkan kegelapan itu. ok, mulanya memang kau rasa best. sekali suda masuk dalam baru rasa betul-betul mencabar bukan sahaja fizikal tapi emosi. kena cari tanda perjalanan sendiri tanpa bantuan fesi, sanalah juga kena sentiasa jaga ahli kumpulan takut tertinggal, jatuh cerun bukit, kaki tergelincir, kena gigit serangga kecil macam lipan dan semut api. paling tidak boleh tahan bila setiap kali kami terbuat bising semasa mengira ahli atau sebab terjatuh etc pasti ada satu suara bunyi kuat seakan-akan burung mengekori kami. cukup seram bunyinya. (arwah datuk pernah cakap itu bunyi makhluk malam yang cuba menyesatkan orang) kami apalagi pegang tangan sampai kebas ba..

terus-terang saya hampir-hampir nangis. bukan takut. tapi sebab kerana pergerakan yang cukup terhad diganggu lagi oleh benda-benda tutttt emosi jadi tidak stabil ba. kami boleh nampak lampu sport light kem yang terang di atas masa dekat-dekat nak sampai tapi  tetap tidak sampai-sampai. saya hampir-hampir saja mahu berhenti dan mahu diselamatkan oleh bomba tapi saya tidak juga sanggup tinggal sendiri sana.memang mencabar emosi betul! T__T paling tidak tahan bila sedar sampai kem 3 pagi. eh, dari 8.30 malam gerak dan sampai 3 pagi?? 1 jam setengah ka tu? betul-betul kena psiko kami. T__T!
sampai kem, saya terus mandi dan tidur. lepas ini, bagi saya million dollar pun saya tidak akan mahu lagi.


ohh, memang menggangu terganggu emosi saya.

Wednesday, May 2, 2012

lambaian kem melanggang, kiulu. part 1.

assalammualaikum semua.

pusat kokurikulum negeri sabah.

akhirnya berjaya juga mengupdate satu entry baru. eh, lama kan nda menulis menaip? macam sebulan pula itu. duh! T__T well, bukan selalu saya berada di rumah. kalau ada pun selalu tak dapat surf int lama-lama sebab banyak assignment. banyak buat aktiviti luar saja. last last last week buat outreach pasal kajian analisis item di luar bandar. dan paling latest aktiviti saya ialah ikut perkhemahan kokum di kem melanggang kiulu selama 5 hari. baru saja balik jo. kebas lagi kaki ini. @__@


apapun, semua benda perasaan suka duka di kem melanggang sana tatap best! eh, kamu tau mana tu kem melanggang ka? kem melanggang ni dekat area tamparuli. hanya makan sejam lebih dari kk tapi kena masuk lagi ke dalam untuk sampai. kem ini memang pusat kokurikulum sabah, under kpm so tak semua orang boleh masuk. bah, bertuah lah kami kunu kan? ceh. sebenarnya pigi sini sebab ikut bina insan guru (orang sebut B.I.G saja selalu) dan memenuhi kokurikulum teras dalam subjek saya. namanya saja berkhemah sini tapi semua pun aktiviti pun luar kem. terus-terang cakap la kan semua aktiviti mencabar emosi dan fizikal. nda percaya? bah, baca renteten saya sepanjang di sana.

HARI 1.
barangan ke kem termasuk beg plastik servey.


memandangkan saya tinggal area ip, so kena tunggu bas di kolej kediaman ums ip. bas pula yang ambil peserta di ip adalah trip yang paling akhir. husband antar sana kolej seawal jam 6 pagi seperti yang di infomkan. trip terakhir datang pula lebih kurang pukul 11.00 pagi. nah, sudah mencabar emosi kan? tapi perjalanan ke kiulu siok. paling nda buleh lupa bila bas terpaksa imbang naik bukit yang sangat tinggi dan sebelah menyebelah pula adalah cerunan bukit dan gaung. awal-awal sudah saya mengucap bila bas tiba-tiba berhenti tengah-tengah bukit sebab nda dapat naik. T__T mujur juga sampai kem.

 alhamdulillah. sampai saja terus dengar takimat. paling best punya taklimat bila cakap pasal peraturan. tempat tu sebenarnya keras. sebelah pagar tu tanah perkuburan lama. eh, semua tempat perkhemahan memang gitu ka?  tapi paling saya ingat ialah "anda semua dilarang keras pergi berhampiran pokok besar (tepi pagar paling hujung padang memang ada pokok besar) dan dilarang menegur sekiranya nampak kanak-kanak berkawad tengah malam di tepi padang". masa tu saya boleh senyum-senyum sebab memikirkan siapalah yang kena tapak khemah dekat pokok tu mesti tidak boleh tidur malam. tapi kan senyum kambing saya mati bila tahu tapak khemah saya memang hanya 20 langkah pigi pokok besar. ni kali laa.....!

lepas taklimat, pasang khemah. aktiviti petang tu ice breaking dan ldk. alaa...macam biasa kita buat tiap kali ikut perkhemahan. kalau kamu pernah ikut la kan. berkenal-kenalan, buat yell kumpulan dan gerakan kumpulan. bah, kumpulan saya buat gerakan macam tu tarian waka-waka pula. hahaha! kemudian lawan-lawan nyanyi. super duper macam perkhemahan masa remaja dulu. rasa muda. time ldk aktiviti dia buat logo      kumpulan dan picked saja mana-mana ahli kumpulan bentang. malam aktiviti lebih santai sebab hanya perlu dengar ceramah. ceh, memang la santai sebab saya tidur di belakang. keh keh keh..

okeh, part paling best ialah mandi. tiada bilik mandi ok? hanya disediakan sebuah kolah dan mandi ramai-ramai. eh eh, perempuan sama perempuan la. lelaki sama lelaki..iskk *geleng kepala * air pula cepat habis, jadi kena la mandi berebut. cuma yang nda best bila sudah namanya berkhemah, mandi mestilah ala kadar tapi masih ramai perempuan-perempuan mau mandi lama-lama macam di rumah. duh, tu yang nda biasa berkhemah kali ba kan. ini yang dipanggil pentingkan diri. ehh, sekali lagi. bukan saya ba yang buat gitu. T___T part makan tidak mau sentuh la. sudah ok bila ada orang sediakan makan kita. nda payah komplen banyak. kesian orang yang  masak. alaa..namanya berkhemahkan? janganlah aspect dapat makan sedap-sedap. ohh, malam saya tidur dengan nyenyak sebab mengira kambing biri-biri lompat pagar supaya tidak pikir si pokok besar.

HARI 2.

jam 3 pagi lagi suda saya dan kawan suda pigi mandi sebab mau elak jam di kolah air. mana boleh mandi sorang sebab awal-awal kami di ingatkan lepas jam 12 jangan bergerak seorang. memang ada kejadian pula. kemudian pagi pagi sudah perlu berkawad selama sejam. nasib la ba sana sejuk, macam dalam ais saja rasa bila berkawad. hari dua aktiviti macam hari pertama. siang hanya ldk, ceramah, ldk ceramah. eh, lupa ba bagitau kan. ldk tu latihan dalam kumpulan. maksudnya dibagi satu aktiviti dan buat dalam masa yang ditetapkan kemudian bentang. malam pun sama. aktiviti sama. so rasa masih santai la. paling best hari dua ialah ceramah pasal jati diri insan. ensem pula penceramah tu. ldk pula paling best ialah bina menara kumpulan pakai barang terbuang. memang terpaksa menjana pikiran betul. =)

ok, sampai sini dulu. ehem, mau tengok korea ba pula. hehe. nanti sambung next entry ok.

have a nice day.muaxxx!







Saturday, April 14, 2012

nothing special.




menemani suami di hotel pun terpaksa membawa bahan kertas kerja dan jurnal. ohh, bila dua tanggungjawab kena pikul serentak..
 semoga hari anda sentiasa bahagia. kerja itu kerja. belajar itu belajar. bersama keluarga itu harta. bahagikan masa kerana masa tidak tunggu kita.

happy saturday all.

Thursday, April 12, 2012

si EP

assalammualaikum. hai hai.


alhamdulillah, hari jumaat lepas kakak ipar k.dayah selamat melahirkan baby boy yang kini bernama muhammad al-khwarizmi. tapi kenapa singkatan dia ep? eh, sebab COMELL okeh! HAHA.

jadi sini kongsi waktu-waktu menunggu c ep keluar lahir ke dunia.

di luar wad bersalin bersama ain. eh, gemuk temban la! T_T

belakang dari kanan: mak, azlina adik k.dayah. tengah dari kanan: rina, yeye. depan dari kanan: bapa k.dayah dan abang. eh, ramainya kami tunggu c ep! HEHE  



















masa ni tengah malam suda. kantin hospital mau tutup. tapi kami lapar. so makan apa yang ada.


bosan penat menunggu. main gambar-gambar kaki.

hoyey!! baby ep suda keluar. argh. sangat tension sebab nurse suruh bapa dia ja dukung. T__T

diazankan oleh c bapa ep. eh, ep ada respon tau sebab balik balik menguap. ahh, COMEL giler.

ah, COMEL. mau juga..HIHI

semoga baby ep jadi seorang yang beriman dan menjadi anak soleh. semoga kelahiran setiap baby baby di dunia memberikan kegembiran buat anda semua.

 


Wednesday, April 11, 2012

wordless hari tiga.

Sebelum mula kelas kuliah. ahh penuh meja menunjukkan rajin. =P

nota yang diMELAYUKAN sedia. bajet cepat ingat bah!

okeh. sangat teruk la tulis nota. T_____T

siapa boleh nampak monster? HAHA.

sometimes, apa yang kita jalani hari-hari walaupun ada yang memenatkan, memboringkan dan menyampah meyakitkan tapi sebenarnya sangat BERERTI kalau kau anda tahu bagaimana menukarkannya kepada saat yang MENGGEMBIRAKAN dan BERETI.

SELAMAT HARI TIGA. 

SELAMAT BERSUTI SUTI. (^__^)

Tuesday, April 10, 2012

si pengurus masa.





anda pengurus masa yang baik? sila la curahkan ilmu anda kepada saya. aceh! bunyi macam orang give up kan.

sejak berkahwin, saya macam tak pandai urus masa. tak tak, mungkin bukan sebab berkahwin. tapi sebab tak kerja lagi. oh ya. itu alasan teori yang lebih tepat. dulu masa bujang bujangan, saya pandai sikit urus masa. agak bijak kali. dulu masa yang mengejar saya sekarang masa seakan-akan lebih laju ke depan dari saya. saya cepat penat. eh, saya dah cek itu dan belum pregnant lagi. bahh! berangannya. >.<

mungkin sebab dulu saya tak banyak guna otak. saya banyak guna kemahiran yang sedia ada. balik rumah pun boleh tidur lena walau kerja sampai lewat malam. tapi sejak jadi penghuni dewan kuliah, otak saya semakin berat dan berat dan berat. berkarat la ba tu lama nda buka buku. lama nda menelaah dan sebagainya. tambah lagi dengan urusan lain. seyes cakap. bujang + belajar lain. bujang + kerja lain. bujang + kerja + belajar lain. kawen + kerja lain. kawen +belajar lain. kawen + belajar+ kerja lain. situasi tak sama dan pergerakan otak tak sama tau. saya boleh dikategorikan pada kawen+belajar+kerja. wowowowo..! yes, memang berat.

hal rumahtangga saya urus cekap. almaklumlah mungkin sebab belum ada anak. tapi masa belajar saya sangat teruk. macam tak ada masa. sebenarnya sangat banyak masa. katakan lepas kuliah sampai rumah jam 5, itu ini itu ini dalam rumahtangga saya siap dalam pukul 7 lebih. lepas makan malam biasa jam 8, saya ada banyak masa free. tapi kenapa tak buat assignment pun? T__T ohh, teruk betul. bukan rasa penat, tapi sebab bila rasa sentiasa free saya rasa biarlah masa berlalu. bye bye gitu. ohh, rose. ko memang teruk la!

kalau anda jadi saya, apa anda akan buat? carikan saya si pengurus masa yag baik.



pst:
saya ada 12 assginment termasuk jurnal yang perlu disiapkan minggu depan. belum masuk action research yang terpaksa buat di tempat lain. belum masuk kajian pentaksiran pembelajaran di luar daerah. belum masuk kertas kerja aktiviti luar yang melibatkan aktiviti lasak. dari tadi saya duduk depan lappy husband. tapi satu pun saya tak buat lagi. idea saya tak datang lagi bah! T__T


Tuesday, March 27, 2012

kisah buku.

assalammualaikum.

satu pengalaman yang wajar saya kongsi bersama anda. ^^,


sebagai seorang pelajar universiti, kita pasti ada buku catitan kan? tak buku pun mesti ada sehelai kertas. hehe. itu la life budak U. well, saya pun ada satu.. err..tapi buku saya mau bilang catitan tak mungkin sebab dalam buku tu bukan sahaja nota, tapi juga penuh dengan tajuk tugasan, tajuk pembentangan, rujukan library, cuti SEM, no tel kawan, email, HP lec malah ada gambar gambar pemandangan dan corak abstrak (ohh, yang saya buat tiap kali mengantuk dan tidak ambil tumpuan dalam kelas). mau dijadikan cerita, esok ada pembentangan. dan tajuk saya tulis dalam buku itu. masalahnya sampai saja d rumah buku tu tiada. TIADA OK? saya da jadi macam lipas kudung pusing pusing satu rumah ni cari buku. tengok dalam kereta tiada. tanya kawan kawan pun tak nampak. OMG!!

tadi sebelum balik saya ada singgah pasaraya. tapi..tak mungkin la sana. eh, mana tau kan. saya mula pikir 1 juta kemungkinan. bayangkanlah! pembentangan esok tu bukan main main. 30 markah umpama nyawa untuk budak pasca macam saya. T__T then, tak tahu macamana dalam 1 juta kemungkinan tu saya tak terpikir pula mayb tinggal di dewan kuliah. nasib la husband keja d ums, terus kol dia minta tolong tengokkan. alhamdulillah, memang buku tu di sana. ahh, rasa macam satu batu berat da lepas di dada. yes!!

moral dia lain kali ingat barang masing masing jangan asyik nak cepat balik!


ps:
suami: " nasib la dewan kuliah tu tiada orang guna sebelah petang kalau tidak kena buang suda buku ayg ni.."

isteri: "kenapa pula..?"

suami: " abg nda taulah ni buku nota ka bukan. macam buku hantu. penuh lagi sama lukisan bida. ayg ni belajar ka apa dalam kuliah. cuba la kasi cantik tulisan, susun bagus bagus..haish!"

isteri: "HAHAHAHA!..siapa suruh buka. hanya ayg yang tau baca tu!"

suami: " ni kali laa.."

Thursday, March 15, 2012

terkini.

assalammualaikum.

eh, punya lama nda update ni blog. banyak benda yang nak dikongsi bersama pun akhirnya tidak terkongsi. dulu rajin jalan jalan blog orang sekarang jangankan blog orang blog sendiri mcm tersadai sudah. tapi nasib nda karam lagi. huh! tapi insyaAllah lepas ni rajin la balik update. eceh!

well, ada banyak benda perkara dah berlalu dan perlu di ketahui. ohh, ayat boleh blah. macam la orang mau tau kan? HEHE!

1. saya tak kerja lagi dengan KYS. akhirnya saya berhenti secara sah kerana jodoh dengan KYS tak lama. lebih kurang 4 bulan saja. masa dekat AMC lagi lama. sampai sekarang masih merindui kedua dua tempat kerja yang banyak mengajar saya jadi orang. THANKS!!

2. saya da stat belajar balik. uhh! kuliah, assignment, aktiviti universiti, masuk library tayang muka..alaa.. macam dulu dulu juga. saya pilih bidang pendidikan sebab memang cita cita saya pun. =) semoga berjaya untuk 1 tahun setengah ni!

3. alhamdulillah. saya dah di ijabkabulkan dengan suami tercinta yang juga merupakan kawan baik saya, boifren tempat nangis, tunang tempat meluah. syukur kepada Allah dan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke syurga. amiin. mulakan saya jadi isteri dan pelajar sepenuh masa. HAHA. tak lucu!

4. ops!!..hp saya da berbunyi. kuliah time. ces!

ok da.. bye..


pst:
ada masa nanti saya nak tukar blog ni. biar yang bersesuaian dan bermanfaat saja. heh!

Monday, February 20, 2012

kawan yang pergi.

semalam HP saya berbunyi.

tapi saya tak layan sebab saya ingat student call ada masalah di asrama.

then, subuh tadi saya buka HP. ada msg dalam inbox rupanya dari ela, kawan opis lama dulu.

"Ros, Jack suda meninggal."

agak lama saya kaget. seperti bermimpi rasanya. saya tutup box msg dan buka lagi. tak, saya tak mimpi pun. pantas tangan msg ela dan jawapan dia tetap sama. ohh...ada sejuta rasa sedih dalam hati saya. kawan saya sudah tiada.T___T

saya mungkin tidak rapat dengan jack sebagaimana dengan kawan kawan opis lama dulu. cuma barangkali sepanjang saya bekerja di sana saya seperti mengenalinya sejuta tahun yang lepas.sungguh. dia satu satunya kawan lelaki bukan trainer yang paling saya rapat. dari mula saya bekerja di opis lama dialah yang sangat rajin menegur sampai saya duduk bersebelahan dengan dia.

tak mungkin saya lupa. gurauan dia. aktiviti dia bila duduk bersebelahan saya. bagaimana dia mengajar saya keluar opis ketika waktu kerja. cerita dia dengan teman wanitanya. suasana kampung. bagaimana dia sentiasa membantu saya menguruskan hal claim saya yang saya tak jaga bila keluar dari opis lama. bagaimana dia ajar saya untuk membuat buku lebih cepat. semua, yang pernah kami kongsi bersama masih bermain main di fikiran. betapa..

saya masih ingat seminggu selepas kejadian kemalangan kecil saya yang dia gurau guraukan, saya mendapat berita dia kemalangan teruk. gatal hati bila tak dapat lawat hari pertama di QEH2, saya paksa seorang kawan opis baru untuk menjenguk hari kedua. cerita saya dan dia masa di hospital hanya saya dan dia yang tahu. sempat bergurau benda lain. T___T itulah hari terkahir saya bersama dia.

sedihnya jack telah pergi. begitulah ketentuan kita tiada siapa yang duga.mati itu pasti bila sampai. rasa sedih bila mungkin saya tak dapat beri penghormatan terakhir buat dia. hanya kenangan yang mampu saya simpan bersama dia. terima kasih jack.


RIP di sana.

pst:
rasa sungguh terkilan bila tidak sempat tunaikan janji untuk bawa dia makan kali kedua. sungguh, masa di hospital pun dia masih ingat. "saya sihat kita pi makan macam tu hari sama sama dorang noni aa". dan masa saya keluar dari bilik wad dia sempat berbisik " ros, ini kali ketiga suda saya kemalangan. maybe lepas ini terus jalan ni. kongsikau ka lawat saya." senyuman dia meniringi saya sampai pintu wad.

tanpa sedar, ada airmata jatuh di pipi. selamat tinggal jack. kita tak akan berjumpa lagi.

T___T

Saturday, February 4, 2012

nilai kasih sayang.

buat renungan untukmu.

lepas balik kerja beberapa hari lepas, saya singgah di pekan IP sebab terasa mau makan soto ayam. mulanya niat cuma mau beli soto, tapi tiba tiba teringat tunang sudah tinggal di area perumahan yang sama dan teringat dia tiada sarapan untuk hari esok, maka saya singgah la di sebuah kedai kek untuk membeli bun.

sedang saya pilih pilih, masuk seorang lelaki separuh usia. keadaan dia sangat lusuh, selekeh dan kotor. bila saya lihat dia pegang helmt, saya terus lihat di luar (sebab kedai kek tu semuanya bercermin kaca..) saya boleh lihat sebuah motor kapcai (yang pada saya sudah tidak layak dipanggil motor lagi..). kemudian..saya terdengar perbualan dia dengan pekerja kedai..

pakcik: saya mahu beli kek yang kecil boleh ka? untuk harijadi.

pekerja: boleh. ada dalam peti sejuk tu..

pakcik: boleh minta yang murah saja. yang kecil pun jadi.

pekerja: boleh ba. ini yang kecil. ini RM10 saja, pakcik mau yang fresh cream ka? RM25 saja ni.

pakcik: err...bagi yang RM10 saja la nak..

sampai di kaunter,

pakcik: bule ba ni kan tulis nama? ini namanya..(sambil tangan dia keluarkan cebisan kertas dari poket seluarnya)..bule minta lilin ba tu kan..sebatang pun jadi.

pekerja: boleh pakcik. kejap aa..

mungkin sebab saya leka melihat pakcik itu sampai mata kami bertembung. dengan senyuman, dia berkata "untuk anak saya, nda mampu beli yang besar. asal dia gembira sambut sama ibu dan adik adiknya"

dan dengan senyuman juga pakcik itu berlalu pergi.


saya masih terkaku di tempat saya berdiri. otak saya seolah olah berpikir kencang. semacam sejuta saya rasa di hati. bukan soal banyak penduduk di perumahan saya golongan berpendapatan rensdah, tapi saya pikir nilai kasih sayang yang dia tunjukkan.


ahh, sehingga kini saya masih berpikir. entah apa saya pikir. berapa nilai kasih sayang anda?



pst:
untukmu mus, atau mana mana suami atau bapa di dunia ini. limpahkan kasih sayang kamu. kerana kasih sayanglah yang menghidupkan diri kita. kasih sayang tiada tandingnya.

saya tulis kerana kasih sayang saya kepada kamu semua.

Tuesday, January 17, 2012

the "soi" day of me.

kesan dilanggar oleh si gila tak bertanggjungjawab ketika dia memotong. ntah ambik lesen mana dia potong terus masuk.


dibawa terus ke bengkel kereta.

tunggu giliran di bengkel kereta
ps: ohh, kesian itu vios pula..kemek lagi teruk

BOO BOO sedang dirawat oleh doktor

kesian BOO BOO

well,

bapa bilang kalu kita nda melanggar orang akan melanggar kita. ya, bapak betul. memang soi bila orang itu langgar kereta kita. lebih soi bila dia langgar lari. dan tambah soi betul bila aku nda ingat langsung no plat dia. cilaka!

kesian my BOO BOO. T__T

ps:
okeh, tunggu kau iswara hitam pangkal T belakang. aku jumpa kau kompom aku langgar balik.

ohh,dan tambah tambah soi bila doc marah aku sebab nda cukup peserta. duh!

Tuesday, January 10, 2012

jalan mana?

haish..tak bole buat kerja bila asyik pikir jalan mana nak ambil. Semua kerja berlambak depan kiri kanan meja. Berhamburan semua orang Sabah bilang. Nak jalan mana ni?! aduh...

kalau bab jalan raya salah jalan time drive itu kira masih ok. hujung-hujung bole U-turn balik. Tapi kalau bab jalan hidup ni payah sikit. sekali da ke depan makanya kena la ke depan. eh, saya tak mention ka saya mau cerita pasal pilih jalan hidup? T___T ok,otak saya agak kurang berfungsi ketika ini. abaikan.

akhir akhir ni banyak betul kejutan berlaku. saya terkejut sampai tak sempat pun pikir tau! masa dibagitau pun otak masih lagi blur blur dan blurrr...

PERKARA 1.
.saya kena pindah opis lagi. oh, memang sekarang ini saya bukan berada di opis yang sepatutnya. saya duduk di opis 1AZAM. Walaupun hanya saya seorang yang handle PROGRAM BATIK KYS di opis ni, tapi mereka tak pernah pun pinggirkan saya. (ala, of course masa masuk dulu ada slack, c rose ba kenapa bule handle batik padahal orang baru) .sampaikan saya perasaan saya adalah staff 1AZAM. kahkahkah! tak lucu. tapi pindah opis di kampus B kys bermaksud saya tak lagi rasa gila-gila sebab orang orang batik semua rata rata tak gila. tak ada lagi PRL, tak ada lagi gossip hangat dan paling tak boleh lupa ialah tak akan nampak lagi loyar buruk big BOS dan tak akan ada bos sederhana besar membebel ayat sama tiap kali masuk opis, "uina, c rose.orang sibuk buat dokumentasi ko sibuk main fesbuk aa" T__T ohh, rasa sedih! since i got an options, saya berabis pikir mau pindah opis atau stay duduk sini saja. wuwuwu..

PERKARA 2.
.saya kena tukar bahagian. ehem. bukan sebab prestasi buruk okeh? sekarang ni tugas saya sebagai PEGAWAI TADBIR. hye hye. yee...memang la duluan tak suka sebab tak pandai kerja opis. seyes yo. saya tak pandai. tapi dekat 2 bulan lebih di opis ini, saya banyak timba ilmu dengan semua orang. DAN saya hampir menguasai semua tugas tugas dalam opis.


TAPI....

doc (ceo kys) mahu pindahkan saya jadi lecturer multimedia. memang dulu itu cita cita saya masa apply kys. 2 years ago babe. sekarang baru dioffer. happy? i don't know. rather than perkara 1, sebenarnya ini yang lebih memberatkan fikiran saya. bukan tak mahu jadi lecturer tapi saya macam jatuh cinta dengan kerja saya sekarang. mahu teruskan jadi pegawai tadbir atau jadi lecuter? ohh, sungguh berat. apa perlu saya buat?



jalan mana harus dipilih?


*habis la kerja semua tertangguh. T__T


pst:
paling susah buat pilihan bila dua dua kita suka. paling susah bila kita suka kita tinggalkan.

Wednesday, January 4, 2012

tips!

assalammualaikum semua.


bagaimana hari anda hari ini? harap semua punya hari yang luar biasa hebat. walaupun sebentar tadi dimarah bos. HAHA. ok out of topic. NOT FUNNY okeh? eh, since sekarang ini kena jaga makan, ada ada tips nak share. thanks to amai (akmal the genius orang opis bilang) yang suka explore banyak benda dan baca banyak perkara. Jom kita amal tips ini. Specially yang jenis spesis saya. heh!
Link
10 Diet Hacks to Keep You Slim & Trim --sumber dari lifehack

1. Just say no to fruit juice. Juice is fruit with the fiber removed. Not to mention, most of them are packed with sugar. Opt for the real thing instead. --set. sekarang da stat amal makan.

2. Stick to water. All of those sugary soft drinks are simply adding excess calories to your diet and to your waistline. Start drinking only water and a bit of tea and you could start seeing changes in your body very quickly. This is especially true if your a soft drink junkie. --i wonder if i can drink a coffee without sugar...erk, without sugar?! ohh, kawan saya deborah (she the prettiest girl tau) suggest minum air 2 liter sehari. gulp! saya tahan minum sehari 1 liter. T__T


3. Create a new good habit each day. Eating often becomes a habit rather than a way to nourish ourselves. To get out of bad eating habits, it’s easier to change one habit per day. I have recently started doing this and have found it to be extremely effective. On the first day I gave up honey on my oatmeal and on the second day I converted all of my snacks to fruits and vegetables. -- Hey, saya da pandai makan oat sudah sekarang!


4. Change your lifestyle. A diet is simply a way of eating. It’s a long-term commitment not a one-time event. Create permanent lifestyle changes. Good habits are the key to success when it comes to maintaining a healthy weight. -- Okeh, dulu dulu tunang selalu bawa makan malam. Sekarang dia da bawa pigi jogging pula. T__T

perlu seperti dalam gambar. HAHA.

5. Get plenty of sleep. Your sleep time is an essential component to losing weight. Researchers have found evidence to show that better sleep habits are instrumental to the success of any weight loss plan. -- Orang dewasa tidur lebih kurang 6 jam. tapi saya purata tidur saya macam 1 jam sehari. T__T

6. Eat 5-6 small meals per day instead of 3 big meals.Yes, it may seem strange to eat 5-6 meals a day when you’re trying to lose weight, but this is the secret to getting to the next level in your fitness goals.Eating 5-6 small meals per day is the key to a fast metabolism. Every time you eat a meal, your body’s metabolism starts up a new spin cycle caused by the thermic effect of food.In fact, a portion of the calories you consume are burned through the simple act of digestion. This thermic effect can range from 3% to 30%. Lean protein causes a thermic effect of up to 30%. This means you burn 30% of the calories you eat from chicken breast, fish, and egg whites. Vegetables have a thermic effect of around 20%. However, fats and refined carbohydrates have a very low thermic effect of only 3%. This is one of the reasons it’s so easy to gain weight when you are eating lots of carbohydrates and sugars.When you’re eating 5-6 smaller meals that are centered around high protein, fibrous vegetables, your body will burn through the calories.A higher metabolism creates a fat-burning machine. The longer you practice this meal plan, the more muscle you’ll develop. The more muscle you develop, the faster your metabolism will become. It’s a win-win situation.Unfortunately, it’s something that way too few people are taking advantage of. Most people try to starve themselves and in the process they kill their metabolism. In doing that, they also kill their fat-burning potential.Five or six small meals a day accelerates your body’s natural rate of calorie burning.Best of all, frequent meals also prevents binges and controls cravings. When you’re eating every three hours, your body stays satisfied and your energy levels stay high.-- curious hah? maksud dia tu makan la ba jenis yang sihat. kalau kita makan 5-6 sehari tapi makan pula burger, pizza, ayam goreng, nasi 1 periuk ahh kompom la nda turun badan kan?

7. Don’t avoid all fat. Yes, I know it might sound like a strange suggestion when trying to lose weight, but it’s true. Our bodies need certain types of fats just to survive.They’re called essential fatty acids. You may have heard of them. They go by the name of Omegas 3, 6, and 9 and they are essential to a healthy diet. --Ba, cari la makanan lemak tak tepu. hihi

8. Add some variety to your meals. The key to success is having options. Keep your mouth happy with a variety of different meal choices.--okeh, tapi abaikan burger, pizza, ayam goreng..bla..bla..bla..kena la pikir sendiri ek?

9. Get your Fiber. The inclusion of fiber into a well-balanced meal slows the digestion of the carbohydrates. This results in long-lasting energy instead of the short bursts
of energy offered by simple carbohydrates. -- oat paling bagus!

10. Slow Down… If you are looking to lose a few pounds, then simply slow down. There are so many Americans who rush through their meals. When you rush through your meal, your body doesn’t have time to send your brain the signal that you’re full, which results in overeating. Take time to enjoy your food. -- ini paling saya setuju. SLOW DOWN k?..tapi saya macam menangguh nangguh pula. T__T


sebenarnya, macamana kita amalkan diet pun semuanya kena bermula dari DISIPLIN kan? kalau kamu macam saya benda paling susah ialah disiplin. saya memang kurang berdisiplin HAHA. kena la berubah demi kebaikan sendiri.


ba ok.selamat mengamalkan diet anda. eh, banyak kerja pun masih boleh update blog. HAHA. seyes, memang saya tak berdisiplin kan? kantoi.


pst:

amai bilang jangan sampai nanti kahwin suami nda boleh peluk sudah sebab nda sampai tangan. dem. bule saya imagenasikan itu. seyes saya takut la pula. :(

Sunday, January 1, 2012

2012

gambar ehsan google.


welcome 2012.



alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi saya masih diberikan nafas untuk meneruskan hidup di tahun baru ni. semoga kita semua menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya.


sebut saja pasal tahun baru otak secara automatiknya akan set mesti ada azam baru. dari kita kecil montel comel-comel sampai la kita jadi besar dewasa, azam baru wajib ada. ohh, UNTUK yang da biasa berazam ba. kalau tiada azam nda la feel tahun baru kan?hihi.

okeh! ini list azam baru saya. supaya kamu boleh tolong doakan azam saya tercapai dengan jayanya duh! >.<

1. menulis dengan lebih baik : guna ayat yang baik, jalan cerita yang lebih bererti dan bermanfaat. sesuai untuk bacaan umum.

2. gaya hidup pasif aktif dan sihat. bye bye hidup tak sihat. =)

3. kurangkan pengambilan nasi tapi lebihkan LAUK. haha. kidding. kurangkan nasi tapi lebihkan makan buah dan sayuran. T__T

4. kerja dengan baik. belajar dengan betul. pandai bagi masa dengan adil. kali ini mau lebih teratur. pasti!

5. jadi isteri yang solehah dan teman terbaik suami. ayat tak boleh blah okeh? #malunya! since i'll getting married early of march (insyaAllah) so kena juga setkan ini dalam azam baru. ohh time to say bye bye zaman bujang. no more wild life. ahaks!

6. lebih pandai menguruskan kewangan dan berjimat. eh,sebelum ni memang sangat berjimat kan? oh ya. tapi since ada perubahan dalam hidup makanya saya perlu jadi bank yang tebaik.

7. berjinak-jinak dengan bisnis yang halal. eh, serious ba? wink**



semoga azam baru saya dan juga anda anda semua berjaya dilakukan tercapai. kerana saya sentiasa positif dalam hidup maka tidak ada masalah saya untuk teruskan tahun baru dengan cabaran yang baru. semoga Allah sentiasa memberi saya kekuatan. InsyaAllah.

psst:
mama cakap azam baru saya tiap-tiap tahun mesti ada "kurangkan nasi" tapi belum penah lagi berjaya. malah sentiasa "tambahkan nasi".HAHA. mama sangat prihatin. makanya usah berazam hanya di mulut kan?

Thursday, December 29, 2011

layak ka anda dipanggil pemandu.

hai hai semua.


seyes. ari ni saya lambat datang opis. yay! tak jadi pekerja cemerlang la ni kali

bukan sengaja okeh? ni KERETA punya pasal la. nama ja baru. alkisahnya kereta saya macam mengalami kerosakan masalah. kemarin time sampai opis masa nak reverse masuk parking tetiba ja mati. aih. mati okeh? ala macam bawa manual tu kalu terlepas clutch bila masuk gear 1. peliknya ini AUTO. orang cakap xakan mati. mau bilang nda masuk gear dia reverse pula tu. ohh, apa y saya ingat dia mati time saya tekan brek. peliknya aircond dia masi hidup. engine meh problem? masa tu saya okeh lagi. #yerokehlagiwalaupunsayarasacourious.

lepas tu kejadian hampir sama berulang. time balik waktu jem d tengah tengah kiki. tapi time ni bukan masa mau reverse masa time brek bila lampu merah. kereta bergegar seketika dan hampir mau mati. naseb la saya lepas brek tapi temperature dia bukan main tinggi macam saya mau berlumba pula. bunyi punya kuat gila! orang sebelah pun tengok sebab bunyi kereta saya mengalahkan ferarri. #iskbikinmalu.macammulamulabawakeretatimeimbangclutchpula. T__T

pendek cerita saya bawa pergi EON SERVICE di inanam la pagi tadi. tunggu kawan bapa yang keja sana urus sebab saya mau balik opis. banyak kerja okeh? lepas saja kawan bapa datang, saya tunggu abang ambil. jadi saya tunggu la di luar pejabat. masa tu lorong masuk ke dalam eon service suda sempit giler. ada pula satu keta sebelah kanan tu dia park nda lurus. (alahai menyesal nda gambar!) bontot belakangnya keluar. dan sebelah kiri pun ada kereta park.kalu tengok macam kereta lain tak akan muat punya tuk lalu jalan tu!

tak lama kemudian, masuk la c hilux ni (tau la kelebaran hilux kan?) mula mula tengok dia pun nda sure bule muat ka tidak. takut tergaris kereta sebelah kanan tu. mungkin dia pemandu lama jadi dengan berhati-hati dia bule pass juga la lorong sempit tu. bravo uncle! sempat senyum sama saya.eleh, bukan saya yang park macam tu pakcik. kemudian datang lagi saga flx, myvi, gen 2, exora dan sebagainya. semua pun pass walau ada yang terpaksa buka tingkap tengok luar kena ka tidak. semua pass! saya yang berdiri di sana macam tukang bagi markah pula. T__T

tak lama lepas tu datang la satu INSPIRA merah ni. kereta baru yoh! H ba hujung pangkalnya. masuk ja dia terus berhenti di lorong sempit tu. lama dia sana. kebetulan ada banyak pacik pacik d luar tengah bercerita. tiba tiba dia hon hon. punya kuat! uina, mati lah. bila pacik pacik termasuk saya buat derk ja...yala keta lagi besar dari dia bule lalu apa mau kisah. terus dia reverse dan masuk tepi kiri yang kebetulan ada ruang yang sangat kecil.dia paking pun condong dan kompom kereta lain tak bule lalu da. keluar la pacik guard suruh dia paking betul betul.masa tu pemandu dia baru keluar. BERSPEK MATA HITAM PENUH GAYA. muda lagi. baya saya rasanya. bila pacik guard tu tegur terus dia naik marah. yay! jiwa muda gila.

dia masuk la balik keretanya cuba betulkan paking. ntah kenapa saya masa tu tergelak gelak suda. HAHA. tulah bertripp bangat. pada saya dia terlalu OVER ba tu. tengok gaya pun bule tau. alahai. bikin malu.lepas tu ada 20- 25 minit dia cuba masukkan paking. orang tolong nda mau. bodoh sombong ba! HAHA. sampai jem dari jalan raya yo. =.= seyes nda tahan saya gelak. nda payah begitu sombong ba. kereta ko tu walau baru suda ba tu di test oleh orang yang kerja d eon. then suddenly baru saya nampak P. ooh, baru ambil lesen ba kali ni orang. HAHA. boleh pula gelak kat orang .tak boleh blah punya ayat.=) saya sendiri ada 3 bulan lagi P.saya lucu sebab dia BERTRIPP ba. yay!

apa yang saya mau cakap is..tak payahla sombong bangat gitu. baru inspira belum camry bos. jangan buat orang meluat dengan awak. jangan OVER okeh? hidup kita tak lama.rugi la buat macam tu. cuba kalu bagi ja sama uncle tadi tu kompom keta ko lepas sebab pacik tu bawa PRADO. jadilah anda pemandu berhemah. walau mula mula masa HILUX tu lalu lorong sempit saya rasa marah dengan kereta sebelah kanan tu .
c merah inspira yang sedang berusaha masuk paking. baru perasan P.

pemanduan anda bagaimana?jadi la yang terbaik.

pst:
seyes. kalau anda ada di tempat saya anda akan gelak. peduli apa kalau dia nampak. nda juga dia dapat aim saya sebab masa tu kereta saya da masuk dalam.HAHA.baru ja mau gambar dia punya flat sebagai kenangan, abg telefon sudah sampai. cess!

Wednesday, December 28, 2011

getting married.



ohh.


sometimes it sound scary.



but sometimes it sound wonderful. ya meh? well it's depend actually.


ok. i'm getting married soon. still early to say bye bye bujang life? haha. not kidding. married is not simple right? married is just a new beginning.start a new life with someone you love. start to take care each others. ah married sound terrible for me. seriously. =.=

yes of course i'm scared. nope. nervous is better. less than 70 days for my big day. ohh, banyaknya mau plan itu ini. urus itu ini. kepala saya penuh dengan banyak benda. kerja, belajar, kahwin. 3 in 1 aa. sekarang pun parents suda bising tanya itu ini. ah, sebulan dua ini perlu banyak tangguhkan kerja dan belajar la agaknya. if not, everything will turn up side down ler.


kena pikir tema apa, baju warna apa, mau cincin apa,bilik warna apa, langsir apa, tempah mana, hantaran apa, bule kurus ka lagi tidak T__T, pastu pikir mana tinggal (lucky i found an apartment suitable for us, yay!), barang dapur apa ops..sampai ke sana saya pikir. HAHA. serious. macam stress pula.

apapun, doakan semuanya berjalan lancar. doakan kami. semoga jadi yang terbaik.


pst:
tema english garden cantek la.HAHA


pstt:
male: mari kahwin.
female: ada duit ka?
male: ada untuk kahwin. HIHI.
female: lepas kahwin..?
male: makan batu la kita. HAHA.
female: keep your promise.
male: i swear. ^^, (makan batu lepas kahwin?matila...)

Wednesday, December 21, 2011

jiwa muda.

Oh jiwa muda
Mudah bercinta
Mudah putus juga

Hidup di dunia sementara
Pencarian di hati janganlah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta

itu lirik lagu nidji: jiwa muda.



ahh, cakap pasal jiwa muda ni payah sangat. terutamanya KAU KAU KITA KITA yang masi berjiwa muda.heh! well, muda tu indah ba. sweet gitew kan? sapa teda darah muda maksud dia terlampau tua suda la tu . mind my words. #gelengkepala.
jiwa muda ni banyk kita bole ketegorikan. banyak okeh. tapi apa yang saya cakap sini based on my experience. hey, saya pun ada berjiwa muda tau.

1) jiwa muda di jalan raya.
part paling saya suka. ah, tipu. dulu saya pernah jadi pembuli jalan raya. eceh, tak bangga okeh? tak rasa keta laju kalu tak bawa sampai 120km/j. kalau potong keta apa mau potong 1 keta. mesti juga mau sampai 2 3 keta sekali.ala,bukan cincai pemanduan saya. salahkan apek tempat saya belajar sebab dia ajar banyak skill.hoho. pastu jumpa je keta yang lebih kurang ajar biadap dari saya, mula la p kejar dia, highlight dia double sampai last dia yang hampir kemalangan dekat selekoh. pastu puas hati. lagi puas hati bila dia tengok perempuan ba yang bawa suka drift time di trafik light. MasyaAllah, jiwa muda sangat. TAPI ITU TIME SAYA BAWA MANUAL.senang nak adjust dan senang nak kawal bila kecemasan. nasib la bapak suh beli AUTO, jiwa muda saya semakin lama semakin kurang. eh, kenapa.sebab saya insaf.tak baik bahayakan nya.hehe..hakikatnya ITU KERETA BARU, SAYANG ENJIN KALAU ROSAK. aha!

2) jiwa muda bila bercakap.
asal saja kena marah tak kiralah siapa yang marah, mula la cakap teriak teriak, fuck you! bitch! bla..bla.. kalautak berani depan sebab takut kena buang mula la taip post dalam facebook, tweet sana sini.tak puas hati jaja cerita murah sana sini. itu kalau marah. kalau happy dapat itu ini, nak juga share. sampaikan part TUTTTT untuk orang berkahwin pun dia share sama.mak aihh, jiwa muda. nak semua orang tau kita ini wujud. nak cakap orang muda sekarang tau guna demokrasi konon.

3) jiwa muda bila beli barang.
mau itu mau ini. kira duit tak cukup. sanggup lak berhutang duit. asal dapat. dah dapat, berkurun tersimpan tak guna pun. kalau makanan da jadi basi da. jiwa muda ni kuat membazir. oh, bukan saya. tapi kawan kepada kawan saya punya kawan. :P

4) jiwa muda bila berkapel.
semua manis. semua halal. itu ini boleh. ini itu boleh. tak ada haram. ada yang sampai terlanjur. nauzubillah! jiwa muda sangat kan! belakang hari menangis menyesal.
#sayapunberkapel.berjiwamudamemang.tapisayatakjualdiriuntukcinta.ingat itu wahai jiwa jiwa muda!

5)jiwa muda bila kerja.
bos: ros, buat ini. lepas itu tulis ini 5 memo.hantar hari ini juga. jangan lambat ok.
me: ala, bos. bisuk nda bule ka. mau kasi siap ini dulu. ini pun urgent.
bos: aik, itu bukan kemarin punya ka?
me: iya bos.nilah ni mau kasi siap dulu
bos: bukan kemarin meh antar?apa ko buat kemarin sampai ini ko belum antar lagi?
me:main fB bos. kemarin gaduh sama BF. mau hilang stress ba duluan bos.
bos: haiya...ini macam..mati berdiri la saya..gila ni olang..bla..bla..bla..ur quit!

dua dua jiwa muda.haha


ah, banyak mau taip kalau pasal jiwa muda ni. tapi cukup sampai sini da. banyak keja sebenarnya. nanti kedapatan pula. hah! contoh pekerja jiwa muda. #gelengkepala.

pst:
tak salah jiwa muda. janji anda tau kawal. jangan hari hari jiwa muda. esok lusa kita nak mati. kena juga sedia. teringat cakap sir tadi "itu macam bule mati lor.." haha. ceritanya?rahsia! hehe

Monday, December 19, 2011

not alone.


hi monday!


what a wonderful day. sigh!

ps:
baru saya sedar hanya saya seorang saja cewek perempuan yang tinggal di opis pagi ini.ah, mula berperangai seperti lelaki. lepak lepak minum kupi.

anda? jangan stress dengan kerja. heh!

Thursday, December 15, 2011

brown rice?

ok. tak semua orang bule makan ni. ada orang tak tau pun beras perang tu apa. macam tunang saya. seyes. since saya sakit baru baru ni dan saya hanya di galakkan makan nasi perang, bubur, ayam, buah dan sayur. naseb baek la saya ni bukan pemilih makanan. jadi saya start la dengan DIET baru.cehh!!


walaupun banyak orang cakap kebaikan beras perang termasuklah doktor pakar tempohari yang bagi ubat yang sangatlah memualkan , tapi saya still google. juga. da memang saya suka membaca. jadi saya suka search banyak benda.and maybe, ini saya boleh kongsikan bersama.

Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.


nak tau lebih lanjut baca artikel ni dari world healthiest food.
http://www.whfoods.com

pst:
walaupun rasanya macam oat, tapi masi sedap kalu tambah daun pandan. tambah wangi saya rasa! dan saya gembira saya dapat makan juga nasi perang walaupun mulanya tak bule masuk mulut.

pstt:
ohh, baru tau beras perang sesuai untuk orang diet. ba ngam la tu. setelah nda berjaya elak makan nasi mungkin ini inisiatif baru saya.

Tuesday, December 6, 2011

bukan semua salah saya.

hi peeps!



semoga hari hari anda sentiasa ceria selalu dan tidak menjurus kepada pikiran yang terlalu negative. recently saya asyik jumpa sama benda benda yang berunsurkan negative.ohh, jauh jauhkan la saya dari pikiran dan perangai yang negative ini~~ syuhhh jauh jauh!

dalam hati ni ada rasa bersalah. honestly. bukan apa, biasalah kita ni tidak perfect. dan saya tidak la terus tuding jari salah pihak lain pula. semua pun ada betul dan silap. banyak benda akhir akhir ni yang saya tidak dapat tunaikan. sorry! jadual saya tersangat pack. T__T

rasa kesian sama c dayah (blog dia besh), cordinator d opis lama yang bertungkus lumus buatkan jadual TTT word level 2. huh! hanya saya yang bermasalah dengan jadual. asyik minta tukar itu ini. so sorry dear. jadual saya penuh dengan kelas lain dan aktiviti lain yang sudah dibooked awal before november lagi. T__T bukan tak mau lagi, ohh saya suka mengajar walaupun saya ni macam cincai.jadual saya "full".

rasa bersalah sama famili dan kawan kawan yang asyik bawa keluar makan or whatever or mana mana yang saya berjanji for that for this tapi saya tidak laksanakan lagi. babe, sorry. saya sangat sibuk walaupun mungkin kau rasa alasan saya ini sangat lapuk dan sangat la tak berguna . ohh, ini bukan alasan sayang. don't blame me. plis, :'( bukan saya sangat sombong dan bangga dengan kerja yang saya ada tapi saya perlu survive. saya cuma kuli yang makan gaji.


rasa malu pada kakak ipar dan rina yang rajin masak makanan malam tuk kami. tapi saya paling jarang makan sebab lewat balik. balik pun terus tidur sebab suda makan d luar dan PENAT. ohh, sorry bukan la tidak mau makan dirumah tapi kerana kepenatan di luar membuatkan selera saya tiada lagi. T__T kepenatan yang di alami membuatkan saya hilang selera makan walaupun hakikatnya saya tidak pun turun berat badan. huk!huk!huk! demi menjaga hati pagi pagi tu saya makan juga..kesian sama mereka yang penat memasak. mereka juga bekerja.


rasa ingin teriak dan kata SORRY seems to be the hardest word..eceh, over!




bukan la saya ini workaholic.



bukan juga saya ini mata duitan.



bukan.bukan.


tapi......ah, tiada jawapan yang lebih bagus untuk saya bagitau kenapa perlu begitu sibuk. saya punya masa depan, punya kehidupan dan punya jalan cerita sama seperti anda semua walaupun jalan kita tidak sama. cuma saya ingin minta maaf kerana saya bukan c naruto yang bule kasi double2 diri dia. saya bukan supersonic yang laju saja tanpa rasa penat. saya bukan c harry potter yang bule buat magic sesuka hati. cuma seorang budak kampung yang ingin membina masa depan yang lebih cemerlang. yay!

sebenarnya, saya ingin katakan beri la saya masa untuk berehat. walau SEDETIK cuma. sebab itu saya menolak mana mana kerja yang dibagi last minit dan mana mana kerja yang di arrange lambat untuk saya. tulang 4 kerat saya perlukan rehat yang cukup.

ps:
tapi bukan semua salah saya. kita tidak mampu puaskan hati siapa saja. kita manusia biasa. percayalah, saya sudah buat yang terbaik untuk semua pihak. maaflah, kurang itu dari khilaf saya sendiri. saya terima andai anda salahkan saya untuk beberapa perkara. saya sedar. harap anda boleh seperti saya yang boleh terima semuanya. ayuh jadi positif.