Sunday, January 1, 2012

2012

gambar ehsan google.


welcome 2012.



alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi saya masih diberikan nafas untuk meneruskan hidup di tahun baru ni. semoga kita semua menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya.


sebut saja pasal tahun baru otak secara automatiknya akan set mesti ada azam baru. dari kita kecil montel comel-comel sampai la kita jadi besar dewasa, azam baru wajib ada. ohh, UNTUK yang da biasa berazam ba. kalau tiada azam nda la feel tahun baru kan?hihi.

okeh! ini list azam baru saya. supaya kamu boleh tolong doakan azam saya tercapai dengan jayanya duh! >.<

1. menulis dengan lebih baik : guna ayat yang baik, jalan cerita yang lebih bererti dan bermanfaat. sesuai untuk bacaan umum.

2. gaya hidup pasif aktif dan sihat. bye bye hidup tak sihat. =)

3. kurangkan pengambilan nasi tapi lebihkan LAUK. haha. kidding. kurangkan nasi tapi lebihkan makan buah dan sayuran. T__T

4. kerja dengan baik. belajar dengan betul. pandai bagi masa dengan adil. kali ini mau lebih teratur. pasti!

5. jadi isteri yang solehah dan teman terbaik suami. ayat tak boleh blah okeh? #malunya! since i'll getting married early of march (insyaAllah) so kena juga setkan ini dalam azam baru. ohh time to say bye bye zaman bujang. no more wild life. ahaks!

6. lebih pandai menguruskan kewangan dan berjimat. eh,sebelum ni memang sangat berjimat kan? oh ya. tapi since ada perubahan dalam hidup makanya saya perlu jadi bank yang tebaik.

7. berjinak-jinak dengan bisnis yang halal. eh, serious ba? wink**



semoga azam baru saya dan juga anda anda semua berjaya dilakukan tercapai. kerana saya sentiasa positif dalam hidup maka tidak ada masalah saya untuk teruskan tahun baru dengan cabaran yang baru. semoga Allah sentiasa memberi saya kekuatan. InsyaAllah.

psst:
mama cakap azam baru saya tiap-tiap tahun mesti ada "kurangkan nasi" tapi belum penah lagi berjaya. malah sentiasa "tambahkan nasi".HAHA. mama sangat prihatin. makanya usah berazam hanya di mulut kan?

4 comments:

  1. amin ya rabb. paling penting tu kurangkan nasi tu tawww ;p

    ReplyDelete
  2. HAHA nonny, that the difficult part owhh~

    ReplyDelete
  3. Bah, tahniah Rose. Nanti kahwin jemput ahh.

    ReplyDelete
  4. dayz, tq dear. InsyaAllah. datang aahh=)

    ReplyDelete