Friday, July 27, 2012

jom istighfar.

assalammualaikum




"aku memohon keampunan daripada Allah, 
Tuhan yang Maha Agung,
dan aku bertaubat kepadaNya."








Wednesday, July 25, 2012

ramadhan 4: fettucine oh fettucine!

assalammualaikum.
hai kawan.

alhamdulillah saya beransur sihat semakin hari. belum 100% tapi so far tambah baik.
jadi, puasa ke-4 baru ada 'feel' mahu masak-masak.
ahh, seronoknya sudah boleh masak-masak. heaven. HEHE.
eh, heaven? sebab puasa pertama mama yang sediakan juadah. puasa kedua dan ketiga kami beli makanan di luar. nda feel bah rasa. hoho.

saya dan husb macam nda suka makan nasi time iftar. tersiratnya dua-dua kami malas masak nasi. (?) bahahaha. jadi, ubah selera kami makan fettucine with chicken yougart. resipi asal nampak masa saya tengok AFC ari tu tapi sudah ingat-ingat lupa jadi saya ubah resipinya. pemanis mulut saya masak puding dan makan banyak buah. komen husb time buka,

"wahh, sayang sudah pandai masak sekarang"
yay. senyum panjang taboleh berhenti.
menu utama kami. fettucine.

pembuka selera. puding oreo stawberry. tapi sedikit cair. :(
pencuci mulut. paling sedap.HEHE
sebenarnya kan saya tatau pun macamana masak tu fettucine. serius. tasama la kalau masak macam masak spagetti. i mean dari segi kuah. lain pasta lain cara masak baru la sedap di tekak.  uhm, nanti saya share resipinya. benda baik tabaik simpan sendiri. HEHE. so far puasa kami setakat ini cukup bagus. kami sebolehnya mahu berjimat
(ah, memang cukup berjimat kami sebab hanya beli seringgit dua air manis di bazar)
cumanya, kami berjemaah terawih di rumah sebab saya masih solat duduk.
tasabarnya mahu sembuh sepenuhnya, rindu saat beramai-ramai di surau terawih.

jadi, apa cerita bulan puasa kamu?

ps:
 hari ini hari ketiga saya berfisioterapi di hospital likas. pengalaman yang bagus. dan hari ini saya sudah boleh memandu sendiri pigi sana. ada peningkatan kan? hoyay!

pst:
banyakkan amal kawan-kawan sempena bulan mulia ni. jika kita puasa tapi tasolat itu tabetul. bulan inilah kita belajar betulkan nawaitu. pelan-pelan kita pasti boleh. mulakan dengan solat wajib ya barulah solat sunat.  sama-sama kita saling mengingati ok. insyaAllah.



Monday, July 23, 2012

kisah disebaliknya.

assalammualaikum dan hai.

salam ramadhan.


memang satu keajaiban.

entri ini ada kaitan dengan entri UJIAN. kan saya ada tulis saya mengharapkan keajaiban di saat-saat hati saya hampir berputus asa...

alhamdulillah. saya semakin sembuh. padahal saya belum pun pigi fisiotarapi dan ubat saya belum sampai setengah pun habis. dari hanya terlantar tidak bergerak sekarang saya sudah boleh duduk dan melakukan sedikit kerja. dalam masa yang cukup singkat. ajaib!

begini, jumaat minggu lepas kami balik kampung lagi. keadaan saya sama saja. taboleh bergerak dan perlu dipapah suami. oleh sebab kesakitan saya sangat teruk, entah macamana saya terpikir mahu buat perubatan Islam. kebetulan kakak ada kenalan ustaz yang pandai mengubat. terus-terang la ba kan, bila doktor cakap saya tidak sakit dan tiada ubat penyembuh saya rasa saya dianiaya. serius ni. tambah lagi kuat firasat saya bila sejak sakit saya terlalu kerap bermimpi benda-benda tabaik dan menakutkan yang sentiasa berkesinambungan.

jadi, mama buat la temujanji dengan ustaz ni. petang jam 3.30 dia suruh datang rumah. masa mula-mula lihat saya, ustaz tu cakap begini "boleh bawa lari-lari ba ni, tiada apa-apa" eh, ustaz ni bule bergurau lagi pula. T__T kemudian masa dalam rumah ustaz setelah dia mukadimah, tiba-tiba ustaz cakap macam ni.

"tiada apa-apa ba ni. bukan sakit. tapi dia ada di sebelah"

ehhh. sebelah? saya pusing tengok mama saya sebab itulah sebelah saya. biar betul ni.

"ada dia. rambut panjang..tua suda...." ok saya tasanggup lagi mahu taip. ngeri ok. ustaz tu kemudian tanya-tanya soalan dan entah macamana mama saya sebut melanggang. oh, memang saya ada pigi melanggang pula dua bulan lepas. dan saya baru ingat, sanalah saya start sakit pinggang yang tidak seberapa!

"kamu pigi di sungai kan? ada kamu tergelincir di batu?" banyak lagi soalan ustaz. otak saya memang berputar ligat. ingat semua balik. kami memang ada pigi sungai. saya ada ceritakan fobbiden area tu. ada disini. dan memang saya ada duduk di batu. dan tergelincir...langgar batu..ahh, ingatan saya cukup samar-samar. tapi memang ada berlaku kawan.

"dia la yang tolak kamu tu".

astagfirullah al-adzim. saya tapernah pikir pun semua tu. masyaAllah. hijab disebalik kesakitan ini rupanya ada maksud lain. jadi ustaz pun ubat dengan bacaan quran, ustaz suruh angkat kaki. kemudian duduk. kemudian duduk bersila. baca al-fatihah. tiga qul. alikhlas, falaq dan an-nas.

ehh. saya boleh buat dengan baik. betul-betul boleh duduk. sangat senang. saya masih macam tafaham apa yang berlaku. mama dan bapa pun curious. suami lagi la taboleh simpan muka terkejutnya. tapi..alhamdulillah. ajaib betul! cuma memang ada rasa sakit disebelah kiri tapi tidak teruk. ustaz cakap itu kesan jatuh. memang ada urat saya yang paling dalam tersalah sikit. kemudian kan ada saya pigi berurut dan ustaz cakap dia sudah tersalah urut.

Subahanallah!

macam ajaib kan? saya taboleh cakap lebih.  itulah kekuasaan Allah. subahanallah! satu pengalaman yang taboleh saya lupakan.balik rumah saya macam masih taboleh percaya saya mampu berdiri tegak. boleh duduk dan berjalan. saya kira inilah keajaiban dari Allah. kamu, pasti sukar mahu percaya kan? hehe.

ps:
alhamdulillah, lepas ini boleh sudah bertugas semula. puasa kami suami isteri cukup baik. sebenarnya puasa ini bukanlah puasa pertama kami bersama sebab kami sudah pernah berpuasa sunat masa bulan syaban. =)

pst:
adik saya c ain sungguh terlebih excited dengan pengalaman ini. siap tanya saya kenapa nda tanya ustaz benda itu islam ka? dari mana ka?bla..bla..bla..siap buat andaian mungkin islam sebab sekarang bulan posa..cett.. serius aku jo nda berani mahu tahu lebih lanjut.

pstt:
ain: "baa ha, suda kena 'mark' la ko ni. sebab kalau sudah pernah, dia kasih tinggal tanda."
eh, kemudian tiba-tiba saya ingat benda sama seperti pernah berlaku masa saya dikuching dulu. ehh...sudahlah. rajinlah baca alfatihah, 3 qul dan ayatul kursi. sesungguhnya rahsia alam milik Allah.

saya ada tanya ustaz apa "benda" itu kalau kita tidak kacau pun dia memang akan ada ka?

jawapan ustaz "kalau sudah dia suka kamu"

dan saya masih rasa misteri itu.
 
dan lagi saya tak sabar mahu berfisioterapi petang ini. alhamdulillah.

Friday, July 20, 2012

ujian.

assalammualaikum.

hi.


dulu, masa kecil-kecil ustazah di sekolah ugama selalu cakap "orang yang paling disayang Allah adalah orang yang besar dugaannya".

sekarang, saya mungkin memang perlu katakan apa yang ustazah cakap itu betul. setidak-tidaknya ada hikmah dan maksud di sebaliknya. itu, sekiranya kita melihat dengan mata hati sebetulnya.
berani saya katakan sebab ini berlaku dengan saya sendiri.=)

saya kira ini ujian buat saya. dan mungkin juga ujian buat suami. atau mungkin juga buat ibu bapa saya. ceritanya bermula lepas habis exam, saya asyik sakit belakang terutamanya sebelah kiri. sakitnya bukan la teruk sangat. cuma semakin hari agak susah untuk membongkok apalagi duduk. ok, ramai cakap sakit pinggang sebab stress, penat etc. jadi, andaian saya mungkin juga semua itu. jadi biarkan sajalah sebab nanti-nanti akan ok.

kemudian, saya pergi berurut. konon dengan yakinnya saya ini salah urat. dua hari berurut yang sepatutnya menurut makcik tu akan baik sepenuhnya tapi saya rasa lain. bangun sangat payah, membongkok lagi langsung tidak boleh, bergerak sakit. semua sakit. dua hari di rumah hanya terlantar, saya bagitau suami saya mahu balik kampung. sekurang-kurangnya ada ibu yang menjaga kan?

dua minggu saya terlantar. tidak bergerak. sakit masyaAllah tiada siapa tahu rasanya macamana. sudah pergi dua klinik swasta. tapi tidak juga baik. malah makin teruk. jadi ibu cuba inisiatif lain, cuba perubatan cina. makan herba bagai. ok, ada perubahan. saya boleh bergerak dengan sangat minimum. ibu tidak puas hati, jadi bawa pula saya ke klinik luyang. tetap tiada perubahan. akhirnya ibu cakap cuba di Queen 1 tempat emergency room. ( disorong dengan kerusi roda rasa macam saya sakit sangat) buat xray, scan, cek itu ini, jarum itu ini tapi lepas beberapa jam tetap sama. akhirnya saya dibawa jumpa doktor pakar tulang Dr. Raymond di Queen 2. lepas buat pemeriksaan, akhirnya saya disahkan TIADA PENYAKIT. cumanya, urat saraf ke tulang telah membengkak atau mungkin paling teruk saya boleh kata pecah. dan paling mengejutkan saya bila doktor sendiri tidak boleh pastikan sama ada saya boleh sembuh sepenuhnya. sebab ini bukanlah penyakit. kemudian doktor bagi ubat urat (yang saya rasa makan berbulan-bulan untuk dihabiskan). dan saya perlu menjalani fisioterapi selama 2 bulan atau mungkin lebih.

terus-terang, saya rasa masa dibagitau tu saya rasa dunia saya gelap. bayangkan kawan, kalau penyakit mesti ada penawar. tapi saya? doktor terang -terang bagitau ini bukan penyakit, jadi tiada ubat. saya masih muda, sudah diduga dengan sehebat ini? orang seusia saya sedang membina bahagia dan saya terlantar menunggu keajaiban.

oh ya, keajaibanlah yang saya nanti-nantikan. sejak saya sakit,  saya semakin menilai kehidupan saya. rasa semakin dekat dengan Allah. semakin mensyukuri nikmat yang Allah bagi. semakin kuat saya mendambakan diri pada yang Esa. Allah tidak suka orang yang putus asa, jadi saya akan sedaya upaya untuk berusaha. saya yakin dan saya percaya, Allah ada aturan yang baik disebalik semua ini. jadi kawan, andai kamu rasa dugaan kamu cukup besar walaupun hakikatnya cuma sekecil semut janganlah terlalu cepat kecewa dan menyalahkan takdir. percayalah, ada yang lebih baik. insyaAllah. senyumlah, sebab Allah sedang menguji kita.

cuma perlu buka mata hati dan lihat lah disebalik semuanya.
semoga saya kuat.


ps:
selamat berpuasa esok. selamat datang Ramadhan, semoga kita memperolehi lebih keberkatan berbanding sebelumnya.=)

ps:
terima kasih suami, ibu dan bapa. harta saya yang tiada bandingnya. terima kasih atas segalanya.

Tuesday, July 10, 2012

oh!

assalammualaikum.

hi.

 sepatutnya petang jumaat minggu lepas saya dan suami balik kb, tapi disebabkan ada hal penting di kk jadi kami decided untuk stay saja di sini.  kamu tahu la kan, kalau tinggal berdua ni ada-ada saja aktiviti yang dibuat. eh,(?) yala, bila stay hujung minggu di kk jarang kami ada di rumah. biasa lepas selesai urusan, mula berlibur di sana sini. ececeh! kalau di kampung, kompom duduk di rumah saja releks-releks. kehkehkeh.

mahu dijadikan cerita, malam sabtu tu kami dua-dua kebosanan tidak tahu apa mau buat. mulanya kami plan mau pigi nonton wayang. tapi lepas "berperang mulut" mahu tengok apa, last-last kancel. nda jadi. tengok tv di rumah ja. ok la. tengok tv sambil borak-borak. ntah macamana kami tiba-tiba terpikir mahu main masak-masak (padahal sudah makan dan masih kekenyangan). padahal malam ba sudah tu (almost 10), jadi menggoogle la kami cari repisi yang sangat mudah dan cepat plus semua bahan ada di rumah. last-last pilih buat puding kastad berbuah sebab pertama bahan untuk buat semua ada di rumah dan kedua nampak sangat senang. ba, apalagi kami kung kang kung kang la di dapur mahu menyiapkan puding ni. konon-konon nanti siap mau minum-minum sambil nonton cerita HP.

bila sampai part kasi sejuk, hubs bilang mahu baring-baring dulu sementara tunggu keras dan sejuk. bila saya tengok husb landing di ruang tamu macam best, saya pun ikut la sekali baring-baring. ingat mahu kejutkan dia nanti bila puding sudah keras. sekali, dua-dua kami tertidur sampai esok pagi. tv terpasang, pintu dapur tidak kunci, minuman sudah sejuk dan puding masih dalam peti sejuk! barangkali kami kepenatan buat tu puding. oh!!

lucu kan? bertungkus lumus buat puding sekali tertidur juga. akhirnya, pagi sabtu tu baru kami makan puding. kehkehkeh. nasib puding, kalau kami masak berat makan paginya mesti sudah tidak sedap.

puding kastad berbuah. tapi saya rasa kami telah menyebabkan puding kastad ini berbuah lebih-lebih.akahs!


pst: seronok pula bila ada aktiviti bersama orang yang kita sayang, kurang-kurangnya walaupun masih hidup berdua tidaklah boring walaupun duduk di rumah saja dan hey, kita mesti pandai menghidupkan suasana.=) ahh, seronoknya memasak.ngehh.