Thursday, September 29, 2011

customer always right.

saya adalah customer.

anda juga adalah customer.

nda gitu?

well, normally kita selalu terbiasa dengar orang cakap customer always right kan? hurmm,
kalau pikir betul juga tu kan. tanpa customer tidak la kita wujud. tiada customer tiada lah business. tiada duit..lebih kurang mcm tulah kan..

tapi

nda semua customer betul. nda semua juga company betul. depends dengan situations macamana. dan ahh, paling malas la kalu customer or company mau manang saja. kalau boleh, plissssssss la. accept la ba kesalahan sendiri. selalu ba kan itu berlaku. cuba kamu baca contoh di bawah.

Situasi A.

Ahmad buka kedai kek. Pendek cerita, dia ada senarai jenis jenis kek yang mampu dia buat. Siap pampang lagi di depan kedai dia tu saja kek dia mampu buat beserta harga. Setiap kali ada update, dia update juga la senarai tu. Satu hari, ada nenek tua datang kedai dia. Masa tu dia ramai pelanggan mau buat tempahan.

nenek tua: sini ada buat kek ba kan..

Ahmad: ada puan. mau tempah satu? (bersopan santun...)

nenek tua: aku nda mau kek. aku mau yang dalam cawan kecil kecil.

Ahmad: cawan..?oohh, cupcakes ka puan? ada di sana..(sambil menunjukkan tempat cupcakes yang sedia ada)

nenek tua: aku nda mau itu. besa saja tu. aku mau yang di kasi corak corak. untuk besday aku.(sambil menjeling sama c Ahmad)

Ahmad: (dengan kesabaran..) ohh, boleh ba puan. mau berapa biji puan? saiz mana? kami ada saiz kecil, sederhana, dan besar..( c Ahmad kasi tunjuk lagi tu sample..)

nenek tua: aku mau yang saiz kecil. SATU biji ja. pastu aku mau ada deco deco gini..(sambil tunjuk deco kek)..tulis nama aku sana.

Ahmad: puan, kalu cupcakes inda pula bule gitu. dan kami nda terima cupcakes 1 biji saiz kecil. ada tulis sini (..ambil tu template, dan tunjuk)..kalu kecil kami ambil sekurang kurangnya 4 biji. tidak dapat tulis tu puan. Yang deco deco cuma untuk kek. sudah kami nyatakan di sini kan.

nenek tua: Argh, apa kedai kau ini. Bilang bule buat deco deco. Apa pula nda bule beli 1 biji kecil. Aku sambut 1 orang saja ba. Bukan ramai. Bukan aku mau jemput orang kampung..bla..bla..blaa.

nenek tua terus membebel

last last Ahmad cakap:

"Maaflah puan. kami nda jual gitu. Kalu mau yang kecil bule ambil sana yang siap sedia. Kalu inda juga mau, puan merantau la 1 dunia ni cari kedai kek yang bule buat cupcakes kecil untuk puan."


Ulasan:
hmm, pena kan jumpa orang macam ni?eii, kalu saya lah c Ahmad suda saya tampar c nenek tua tu.opss! customer always right pula. deiii, mati la juga. Kalau gini, terang terang situation dia customer itu stupid. betul kan? pada saya ini customer yang salah.

mari tengok cerita kedua.

Situasi B.

Di kaunter pertanyaan.

Ahmad: Hello, saya mau tanya ba. Baju saya beli semalam d sini macam ada rosak. Tidak sedar pula saya. Boleh ganti ka tu?

nenek tua: Macamana kau tidak bule tau?kau kasi rosak la tu kan. Mau ganti-ganti..(menjeling..)

Ahmad: Eh, tidak la. Memang saya tidak perasaan, kain ni kemarin saya nampak ok. sampai rumah nda pula ok..ada koyak d tepi..(c Ahmad lemah lembut ba..)

nenek tua: itu kau punya masalah. sini sudah beli mana bule ganti. rugi la kompani oleh kau saja.

ringg.ringg...rigggg!

nenek tua: ha hello, syarikat mau mati cakap. apa mau? (tidak peduli suda sama c Ahmad)

Ahmad: Ba, gitu saya mengadu la sama hak pengguna. Bukan salah saya kain ni koyak. Syarikat makcik ni jual barang nda elok...

nenek tua: Mengadu la. apa kami takut. syarikat kami besar. bos YB punya...customer bodoh. beli barang nda tengok tengok. lepas tu repot sana sini..suda tau salah beli lagi...bla..bla...bla..

Keluar c bos, ada tag nama "MANAGER". c Ahmad pigi la tempat dia.

Ahmad: Incik, saya mau tukar ganti. semalam saya beli barang sini tapi barang nda elok...

Manager: Boleh. berurusan sana kaunter ok.

Ahmad: tu kaunter bilang nda boleh..c Ahmad pun komplen la sama c manager..

Manager: EH!...NENEK TUA!! (berteriak..) hey siapa bilang sini tidak boleh tukar. kalu rosak kita yang responsible maa. haiya, tua tua pun mau macam ini. you must know aah, customer always right ahh.

ulasan:
naa, kalu gini ini customer yang betul. bukan company. pengurusan tidak betul. tidak sefahaman. jadi la gini. kenapa mau salahkan customer? sindili mau ingat lor..


habis suda.


eh, kenapa saya anti betul sama nenek tua aa?..haha *winkk*

ps:
Ahmad dan nenek tua beserta manager hanya simbolik. sebenarnya kita antara mereka bertiga kan.



gambar ehsan google.

Friday, September 23, 2011

rindu pada hobi lama.

Assalammualaikum.

2 minggu mengajar di penjara juvana menjadikan saya agak kekok mengajar di tempat asal. serious. rasa agak janggal betul. macam kena kejutan budaya pun ada. yala 2 minggu saya belajar "berformal" dan "beradab", ikut masa segala. sini rasa agak free gitew!

eh, apa kaitan dengan tajuk entry di atas aa..saya pun tidak tau. otak saya masi dibawah tahap sedar. haish..

ba.

lupakan hal hal di atas. akan ada entry khas untuk itu..InsyaAllah.

sebenarnya saya rindu sama hobi lama. rindu ingin membuat kek. hahaha...ok. gelak la. saya sangat suka main masak masak kek. masak lain lain takmau. kek dan semua yang manis manis saja saya suka. padahal tak makan pon. yalah, da namanya hobi kan. heh! dari tadi saya jelajah semua blog yang bercerita mengenai masak masak. uii, teruja dan terharu saya tau!

bukan saya tak mau sambung hobi itu. kesibukan saya bekerja (walaupun ada selalu masa free di opis), kelas malam saya dan aktiviti saya hujung minggu membataskan hobi saya. tambah lagi barang keperluan semua di kampung. di sini, sangat terhad. yalah, saya dok rumah abang n kak dayah. segan la weii nak buat. haha..tapi..

mau juga!

tiba- tiba timbul niat di hati ingin berkongsi rasa sama orang lain-lain. bagus kan? InsyaAllah, lepas ni saya ada satu lagi blog khas tuk masakan saja. doakan ya. suka pula saya. honestly, saya bukan pakar. saya tak la pandai deco deco. tak pandai buat yang hebat hebat tapi tak salah kan share apa yang kita ada. sekurang kurangnya kita berkongsi apa yang kita tahu. yay! saya ada semangat baru pula. ohh...

dahlah tu ros, berhenti berangan. sambung keja.

k la. babai.

ketika saya menunjukkan cara menyediakan puding.hoho~ percayalah..

pst:
yati pasti suka kalu saya buat ini. oven kak dayah secara tak rasmi akan menjadi hak saya kalu hal ini terjadi. hoho...ohh, dan pastikan saya kena berusaha.:P



Wednesday, September 21, 2011

masa untuk tutti frutti

glupp.
.
.
.
sslurppp!

mula mula


tengah-tengah


finally....!


akhirnya cup yang besar dan penuh habis di makan oleh saya sendiri padahal kami sebenarnya berkongsi dua. bila da lupa dunia katakan..


hahahahaha......







Tuesday, September 20, 2011

hari Isnin.

hari isnin yang malang.

*SATU
kereta tiada minyak. OK. pagi ahad tu balik kk memang da sedar pun kereta minyak tinggal bar 1. ingatkan mau isi petangnya. tapi sebab tengok wayang JONNY ENGLISH lewat petang ngan mus, jadi nda la di isi. hurm, bagus. pagi isnin pegi kerja dengan minyak di bawah AMARAN. nasib la tidak jam..

*DUA
Memang tidak jam. tapi SAYA LAMBAT BANGUN. huaggggghhh! memang saya bangun 430 pagi, tapi saya tidur balik sebab saya tau saya kerja luar dan masuk jam 9. bule pula 8.45 baru gerak. mujur juga menggatal tu tidak la jauh sangat dari tempat tinggal saya. belok sana sini dengan kelajuan yang agak maksimum. minyak tiada, lambat bangun. kombisani cantek!

*TIGA
ROADBLOCK.

apa???

Time minyak teda, lambat p kerja, tiba tiba ada roadblock. damn. dorang ni kan. suda tu saya salah jalan pula. T__T patutnya jalan kanan sebab kanan mereka check lesen saja. saya di jalan kiri. rupanya jalan kiri tuk bas bas , lori lori. jadi bayangkan depan saya ada lori treler yang besar. belakang saya lori angkat batu.. mau reverse mana bule da. saya kecik ja di tengah- tengah. sampai ja tempat pemeriksaan

"cik, ini jalan tuk lori dan bas saja. cik ni bawa proton saja.."..punya la..

T__T
minyak tiada. lambat bangun. roadblock.

*EMPAT
nasib tidak terhenti di situ, lepas ja habis mengajar terus bergegas ke opis. Ingatkan mau singgah stesen minyan dulu. ok, saya terlepas stesen minyak gara gara potong pakcik toyota. mau patah balik ohhh, perut memulas mulas. macam da nda sanggup. last last nda jadi pusing balik stesen terus balik opis. huhu

pasti pakcik tu gelak gelak kan kalu dia tau.

tiada minyak. lambat bangun. roadblock. tambah sakit perut.

*LIMA
tiada nasi tuk makan tengahari. sekian

tapi. saya dapat 2 3 suap nasi dari ela, teman opis. haha..muka taktau malu katakan. gila lapar nasi.

minyak tiada.lambat bangun.roadblock. sakit perut. tiada nasi. TIADA T__T

*ENAM
waktu kelas malam, saya ajar satu group student dari Giatmara. semuanya nampak sungguh perfect. bule tarik nafas lega. time mau key in data, oh nama student kena masuk dalam database, dan data kena la telly. sampai data yang ke 8...

dua kali saya kelip mata.

siapa wendy?

saya miss.

ic kamu..

930167...

iya.

apa??IC kamu 930167...

baca la ic tu...mau mau pengsan saya oleh student ini. T__T

akhirnya saya biarkan data macam tu. moga moga fendi tolong betulkan.

*TUJUH
dengan segala kepenatan yang ada saya balik. sangkakan habis la sudah nasib malang itu.
sampai ja rumah dekat jam 11 malam, kak dayah sama abang suda tidur. sebab mengantuk saya pun landing atas katil. on on kipas nda pun bergerak. aishhh...

rosak kali.

last last saya bawa bantal selimut dan tedi tidur luar sampai siang.

--------------------------------------------------

Mujur la hari ini semua dalam keadaan yang kembali normal. KECUALI si en.kipas. huh, dia suh saya tukar baru la tu..

the END.

pst:
jarang ada hari saya malang. selalu lucky. memang pun lucky selalu. sekali kena bad luck, rasa macam penattt sangat.

Friday, September 16, 2011

60 hari tanpa nasi.




ohh..

sound scary. serious. for me specially.

ok jangan la buat muka perli gitu. anda mampu ka?huh,..

sila la beri saya semangat untuk berdiet.hahaha..korang bole la gelak ramai-ramai. saya tak kesah pon. sebab saya nak cabar diri saya.

sebab utama? saya nak jaga kesihatan. nak kurangkan kadar paras gula walaupun saya stabil..bla..bla.bla..segala macam alasan la yang amat meyakinkan semua...

tapi..

alaaa...sebenarnya orang da kata saya gemuk. jadi mau tak mau kena juga kan? kena jaga penampilan diri.aisehh..

jadi mulai esok saya akan cuba makan tanpa nasi. mau belajar makan sayur dan buah banyak banyak. fuhh,saya cuba bersikap positif. jadi, anda yang baca blog ini sentiasalah la sapot saya ek..

jadi, selamat berdiet untuk saya dan anda juga. amalkan hidup sihat ok?

ba, babai semua.

pst:
nasi kegemaran saya. =)

Sunday, September 11, 2011

hometown.

assalammualaikum

amat jarang hujung minggu ni tidak kerja. jadi bila saja kelas kansel sebab tidak cukup orang..(oh, bukan saya minta..) biasanya saya akan terus cari HP dan kol si mus, teman setia bawa ronda ronda. but this time rasa nak balik hometown pula.


ok tipuu.

tiada kawan mau dating sama saya. jadi balik kampung lagi best. feels like heaven bila d rumah sendiri. suasananya?..macam di bawah.


the backyard.

paddy field.




Friday, September 9, 2011

dia juga bernyawa.

jatuh airmata saya.

apa perasaan kau bila dilanggar? sakitkah? terseksa ka?

dan apa pula rasa kau bila melanggar? rasa bersalahkah?

barangkali kalau manusia yang kamu langgar ada juga la rasa bersalah. sebab kau tanggung dia kan? kecuali kalau kau memang pemandu stupid yang selalu hit and run. itu definitely setan.

tapi apa kau rasa bila langgar seekor binatang? ada kau kesah? barangkali kau ketawa lagi. mungkin kau bule kata itu binatang bodoh. lintas jalan sukati. siapa suruh lepak lepak tepi jalan. ya, mungkin ko bule kata binatang itu macam macam. kau bule kata tidak sengaja. sebab tu binatang nda payah ko bayar dia. nda payah kau tolong urus itu ini dia. OK. FINE.

tapi kau lupa satu. DIA JUGA BERNYAWA. macam kita manusia. kau lupa itu. cuba kalau kau ada anak kecil dan diletakkan tepi jalan. suruh orang langgar. apa kau rasa? best? sungguh tidak berhati perut kau.

saya sangat kecewa dengan pemandu begini. oh, please la. kau bawa kereta macam mau gila. macam saja tempat kerja kau itu pandai lari lari. kau bawa kereta macam kau saja yang ada kereta. macam kau satu orang ada urusan. oh, saya sangat benci dengan orang begini.

pagi tadi, bukan jam pun. kau tidak nampak ka kucing tu tepi jalan? saya tau la kereta kau besar. HILUX kan? baru bawa HILUX. apa barang bawa HILUX. dan kau berspek2 mata hitam time time hujan renyai renyai. bertrip sungguh manusia itu. oh, please la. mau muntah saya tengok kau perempuan.

semua kereta lalu sana semua nampak itu kucing. semua elak. bukan dia di tengah tengah jalan. di tepi garis putih saja. duduk kau tau. sebab spek ko hitam kau tidak nampak tu kucing?ops, itu kucing bukan hitam pun. kau memang buta. buta hati.

for the first time in my life, nampak binatang dilanggar. selama ni saya hanya jumpa bangkai binatang di langgar. tapi ni kali, sangat terasa. kau tak akan langgar dia kalau kau slow. kau tidak akan langgar dia kalau kau bawa 80-90. kau tidak akan langgar dia kalu kau tidak terlalu site pigi kiri. tapi kau? ah, barangkali semua binatang mati di jalanan tu kau yang langgar kan?

saya sangat emosi pagi ni. kalu kau la, nampak binatang dilanggar. nampak macamana dia berguling guling dan nampak mata bundarnya membesar, nampak macamana dia..nyawanya tercabut. kau akan terasa. itu baru binatang. kalau manusia? saya rasa kalau kau tiada perasaan kau lebih rendah dari binatang.

saya juga pemandu. tipu kalu saya kata saya tidak menandu laju. tipu kalu saya kata saya tidak pernah hampir hampir melanggar. Allah bersama saya. minta dijauhkan dari melanggar, dilanggar. biarpun binatang. DIA BERNYAWA. BERNYAWA. saya tidak sanggup. saya bukan tidak berhati perut macam kau. maaflah..kita tidak sama.

kau boleh elak itu sebenarnya. takdir kita bole diubah. kecuali mati. cuba kalu tadi kau tidak memandu gitu. cuba kalau kau hati-hati. tidak akan berlaku. kalaupun kau langgar tidak sengaja, please la...tolong la berhenti kasi tepi tu binatang. sedangkan bangkai pun orang tidak langgar.

menangis saya melihat kucing tadi. astagfirullah al-adzim, dia bernyawa. dan kau hit dia dua kali perempuan. kau sungguh tidak brek pun. kau laju saja. seolah olah kau hentam dia sebab kau suka. kereta d belakang pun berhenti kau tau. BERNYAWA ba itu. :(

kepada kita yang memandu. elakkan la ini. kita mampu kalu mau. binatang bernyawa. dia juga kepunyaan Allah. macam kita. biar dia tidak berakal. kau lupa itu. kau lupa kau pun kepunyaan DIA. setiap apa kau buat ada balasan. jadi, tunggu la. mungkin anak kau lepas ni..siapa tahu. binatang doanya di dengar.

untuk SAA 4290P, HILUX putih. kau cuma manusia. tak bahagia la hidupmu. moganya nanti kau sedar.

pst:
saya bukan la pencinta binatang sangat, tapi saya tidak boleh melihat binatang terseksa. dia BERNYAWA. walau kita alah atau apa, tapi jangan membenci binatang ini. ada sebab kenapa Allah mewujudkan mereka pada kita.

Wednesday, September 7, 2011

cerita cerita raya


||satu||
masi belum terlambat untuk ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. kalau saya ada salah sila la maafkan. saya masi muda. kurang pengalaman hidup. jadi usah marah, ajarlah saya mana yang baek.

||dua||
raya pertama kami di hospital. eh, kenapakan?..makcik accident. orang ^#$#@% langgar keta makcik dan menyebabkan makcik terlantar di hospital. makcik nuh, satu satunya adik bongsu bapa yang belum kahwin dan tinggal sebelah rumah kami. kerna dia tiada di waktu raya..rasa agak kurang sedikit meriah. yala tiap2 tahun mesti kumpul d rumah dia. kazen2 pun tak balik kg..jadi kami beraya di SMC. bukan kami sahaja, bahkan kazen2, pakcik2, makcik2 suma disana..biar d hospital. baru rasa Raya.
parts of us. the kazenxz!

saya hampir hampir ingin beraya di rumah orang yang melanggar makcik. bukan apa, cuma nak cakap kat orang tu "terima kasih melanggar makcik saya dan membuatkan dia menderita di hospital. terima kasih sebab menyusahkan kami semua. tiada maaf bagimu". pas cakap lempang muka dia dan blah..huh, nasib la len2 menghalang saya dari teruskan niat jahat itu. (oi, orang itu lagi jahat da..)

||tiga||
tiada serunding. tiada kuih siput. tiada cheese cake. kek lapis hangus sebab saya tertidur. biskut raya kakak tak sedap. dan dan.. TIADA KETUPAT. okeh, fuhh. actually benda ni mesti ada tiap2 tahun kami beraya. MESTI dan sangat wajib. tapi tahun ni la suma tiada. sebab sibuk jaga makcik dan urus itu ini, mak tiada masa buat serunding..T__T, (bole saya salahkan orang yang melanggar makcik tu?sebab dia...)

||empat||
DURIAN. serius, adik-adik mencari durian time raya raya. okeh, sangat di akui. adik beradik saya including mama sangat suka..eh, bole kata obses sama durian. jadi turun la kk p sana dekat Mcd-Shell jalan ums. pergh..tau brapa kami habiskan duit tuk durian yang sekerat saja?mostly RM300++...gila eh. sebab bukan musim durian. satu tapau berharga RM60 something..can't remember. sudalah kami gila gila durian. orang singgah beli setapau suda la..kami? melahap lagi.. T__T

hantu durian. kecuali baju hitam yang comel. heh!

||lima||
seminggu beraya dan mula bekerja. ohh ya..kerja. yayy! kerja, belajar, enjoy kembali. azam baru suda. ehem..saya mau bekerja dengan baik. so jangan spoilkan ia atau saya akan spoilkan hidup anda. bah, jahat juga. *geleng kepala. sebab lepas ni bebanan akan bertambah lagi. mari cari income lebih pula..


pst: raya sangat bermakna buat semua. untuk saya dan kazen kazen yang muda muda belaka, raya di hospital la juga kenangan. mama bawa kan makanan tuk orang sakit kita juga yang makan. buat kazen yang kini berada nun jauh d Pahang, Korea, KL dan mana- mana pun anda, Raya kita tatap best! :)


Tuesday, September 6, 2011

tunggu cerita versi raya.

hee~

lama tak update. almaklum la sibuk sepanjang raya.. jadi tunguu update dari saya..

love u all. muahxxx!