happiness can be found, even in the darkest of times, if one only remembers to turn on the light.
Monday, July 18, 2011
cerita saya dan dia.
teman terbaik saya.
saya dan dia sudah kenal begitu lama. sejak tahun 2003. bermula dari kawan sekelas dan kemudiannya pelan-pelan kami jadi best friend. dialah teman saya ketawa dan menangis. kawan tempat saya bergaduh dan tempat saya melepaskan rasa marah.
sekarang walau status hubugan kami sudah agak ke depan, dia masih lagi saya anggap dia kawan yang terbaik.sentiasa menghulur dan ada apabila saya terdesak, kecewa, marah dan gembira. sentiasa beri masa tuk bersama. sentiasa beri saya kekuatan, beri saya semangat bila saya jatuh, mengajar saya terlalu banyak benda.padahal hakikatnya kami jarang sepandapat. kalu saya kata ya dia mesti bilang tidak. kalu saya mau makan makanan mahal dia mesti bilang makan d pasar malam lagi sedap. kalau dia mau beli itu dan ini saya mesti komen itu dan ini juga. walau kami jauh berbeza, tapi kami masih berkawan baek, malah lebih dari itu.
bila kami gaduh dan gaduh hanya sebab perkara kecil, saya kadang-kadang terlupa kebaikan dia. begitu juga dia.sepanjang kami bersama, dia sentiasa mengalah. paling banyak ok? saya pula yang paling banyak menyusahkan...tapi kami masih bersama. kami spend masa terlalu banyak untuk ketawa dan tuk dia dengar saya menangis dan merajuk.kadangkala kami berlawan cakap semata mata mahu menang. peliknya..
sekarang saya masih tidak boleh memandu disebabkan kecederaan kaki, dialah yang tolong ambil dan antar saya pulang. dahlah balik saya jam 10 mlm. begitu jauh jarak rumah kami dia masih sudi. ahh, kadang saya malu akui saya menyusahkan dia. kebaikan dia hanya Tuhan sajalah yang dapat balas.
bukan berjiwa jiwang dkala saya menulis ini, cuma terpanggil untuk berkongsi satu cerita. terpikir atas kebaikan yang diberi. jika kita berteman, hargailah apa yang kita ada. terimalah apa yang ada kerana itulah yang terbaik pernah dia beri pada kita..saya sentiasa berdoa moga hubugan ini akan berkekalan sampai ke syurga. anda doakan jodoh kami.:)
buat mus: terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amin amin ya rabbal alamin.. sy doakan~ gembira kan klu jumpaorg yg serasi..yg penting, sy doakan keserasian tu kekal dan milik kamu dua org sampai hujug nyawa..amin ;))
ReplyDeleteamin amin ya rabbal alamin. tq nonny. :) moganya berkekalan hingga ke syurga. bukan hanya pada saya, tapi nonny dan yang lain-lain juga. moga hidup kita sentiasa bahagia.
ReplyDeletexoxo.