Wednesday, September 25, 2013

Seperti dia.

Assalammualaikum. Hi.


Ada satu cikgu ni, ajar saya kimia masa form 4 dan form 5. Cikgu biasa saja. Nda vogue vogue. Setelah 11 tahun tinggalkan sekolah, saya kembali di sini sebagai guru ganti matematik. Kemudian terjumpa balik guru-guru saya termasuklah guru kimia saya ni. Lucunya, dia tidak ingat nama tapi dia ingat saya melalui eksperimen yang saya failed buat dulu.


Cikgu ni masih macam dulu. Tetap nda vogue vogue. Masih humble macam dulu. Masih aktif macam dulu. Masih di minati macam dulu. Tidak sombong pun.  11 tahun yang tidak berubah- paling paling pun dulu rambut dia hitam sekarang beruban.

Begitu banyak cikgu yang saya jumpa dan ajar saya, ndatau kenapa saya admire betul cikgu ni. Dari segi perwatakan, intelektualnya, bahasanya, penampilan dan ah semualah yang ada sama cikgu ni membuatkan saya mahu jadi macam dia!

Bagi saya dia hebat.walau dia hanya cikgu kimia. dulu ya sebelum jadi cikgu dia seorang researcher sains di usm, kalau nda salah dia punya phd, bekas atlit pulau pinang tapi pilih untuk jadi cikgu kimia sebab dia minat. Tapi dia nda pernah bangga dengan pencapaian hebatnya. Sangat-sangat rendah diri. Saya tahu dia mampu beli kereta mahal mahal, guna iphone beli ipad segala tapi dia memilih hanya membawa saga aerobik dulu-dulu dan hanpon semurah rm80-100 saja. Tanya saya, mana ada cikgu begitu sekarang, itu cikgu 11 tahun yang dulu. Dan saya perasan, baju dia seperti baju dia pakai 11 tahun yang dulu. Atau mungkin dia beli yang sama.hehe. Tapi the best part of him, ilmu sains dia melebihi gunung. Ilmu dia memang vogue.


This is the real teacher. Bagi saya. Jika 356 hari bekerja dia tidak pernah apply cuti kecuali sakit. Tidak pernah skip kelas. Slogan dia ur the teacher and that ur responsibility.

I wish someday i become like him. Semoga masih ada cikgu cikgu begini diluar sana.

Dedicate to sir martin p. We love u and tq so much for the knowledge and best experienced. (Chemistry 01-02)

Dan cikgu fatimah (physics 01-02). Tq ajarkan saya "jangan kalah sekarang, tapi kalah bila betul-betul sudah tidak ada Allah di hati)




Wednesday, September 18, 2013

Matang.

Assalammualaikum. Hi.


Baru setahun lebih saya dan abe berkahwin. Kalau umur manusia, baru pandai bertatih, baru mengorak mengenal dunia. Jadi, terlalu awal untuk saya mengalah dan putus harapan kan? Terlalu awal.

Masa mula-mula kahwin, saya sangat berharap dapat bunting pelamin. Macam orang lain. Sayang yang ditunggu dan dinanti tiada. Macam main cabutan bertuah, nombor yang saya pegang tidak lucky. Senang, anggap saja tiada rezeki. Jadi kami redha. Boleh enjoy lagi. Hihi. Tapi bila kawan-kawan yang kemudian kahwin dari saya dapat nombor lucky ( read:anak) dalam masa yang sangat awal, saya mula gundah. Mula emosi tiba-tiba. Lebih parah emosi bila berita kelahiran disampaikan kepada saya.

Saya menangis dalam diam. Bukan benci tapi saya suka menyalahkan diri sendiri kenapa mengapa bukan saya yang ditempat mereka.

Itu dulu. Beberapa bulan yang sudah. Saya mula matang, mula menerima apa yang selalu saya sebut di mulut tapi bukan dihati. Rezeki Allah yang tentukan. Itulah hikmah lain yang Allah sampaikan. Harus kuat dam harus tabah. Pelan-pelan saya belajar membetulkan kekhilafan lalu, menambah apa yang saya kurang. Dekat dengan Allah,  hati saya tenang. Saya lalai selama ini, terlalu banyak salah yang saya lakukan. Sebab itu saya emosi bila orang lain gembira. Astagfirullah al-adzhim.

Ada hikmah disebalik ujian yang Allah bagi. Ya, bila fikir balik Allah tidak pernah surut kan rezeki lain kami, hubungan menantu dan mertua juga akrab, malah hubungan saya dan abe semakin utuh. Bersyukur sangat sangat.

Saya tahu, ada orang lebih lama menunggu dari saya. Ada yang lebih 10 tahun baru dikurniakan anak-anak. La tahzan isteri-isteri semua, tidak disini disyurga menanti. InsyaAllah janji Allah itu pasti. Ubat hati kita dengan zikir dan doa. Biar dekat dengan Allah. Biar ada syurga yang menanti kerana itulah tujuan kita hidup.

" pertolongan Allah itu tidak akan datang terlalu cepat, tidak juga datang terlalu lewat tapi ia akan datang tepat pada masanya."

Terima kasih abe menemani setia, mengusap airmata.


Pst: terima kasih sabahatku kak mier, semangatmu menjadi ilhamku. tahniah 5 tahun menanti akhirnya dapat baby comel. Bena dipadah kitak, pertolonganNya datang tepat pada masanya. Happy for both of u.



Wednesday, September 11, 2013

Cerita c kazen



Tadi dalam perjalanan pulang lepas makan malam bersama ( hanya aku, bapa, ma dan kakak ya) ngam-ngam di tengah jalan kb baru ke kudat dekat area kg sembirai yang ada signboard dekat rumah cantik si tukang bot ( oh dan hanya orang kerap lalu di sini saja tahu di mana ya) bapa cerita,

"Naasini la si faijul orang jumpa tu tengah malam.."

"Hahaha"

"Dekat jam dua pagi suda tu kan ling.."

"Bla..bla..bla..."

Mula aku taambil kisah pun sebab mood masih kekenyangan tapi bila dengar ceritanya makin menarik hati gatal betul mahu tahu apa sebenarnya cerita c kazen ni.

Andaian aku sebelum tahu cerita sebenar ah c kazen mesti kereta dia rosak, atau mungkin dihalau cewek atau mungkin jelmaan saja. Satu pun tabetul ah.

Ceritanya begini, masa ni c kazen masih sekolah. Dan sekolah di smka tun said (atas bukit dan terletak di jalan mahu menuju kk, sekolah asrama). Alkisahnya itu mahu cuti sekolah, jadi petang tu dia kol mamakna ( read: macik aku) suruh datang ambil. Jadi mamakna ni pun datang la petang tu ambil. Tunggu punya tunggu tiada pula c kazen ni keluar.

Last-last macik ingat kazen tajadi balik, so macik pun pulanglah. Rupanya c kazen ni tertidur time tunggu emaknya datang. Bila dia bangun, sekolah da sunyi tiada orang. Aku pun tasure bila dia bangun sebab bapa pun tapasti bila dia bangun tapi dari cerita rasanya dia bangun dah malam kot. Jadi si kazen ni pon tekad mahu jalan kaki ja pulang. Ah, kg si kazen pula di kg labuan jalan menghala pi kudat.

Antara sekolah dengan rumah si kazen kalau naik kereta ada dalam 15-20 minit sampailah.tapi jalan kaki? Nda taulah berapa jam. Sebab kena lalu petronas lentigi, kg kuala abai, taman desa, taman nikmat, taman jadi, rumah orang cina-cina- roy, simpang pekan, sungai gurung kg sembirai, simpang timbang dayang, kg kota peladok baru sampai kg labuan. Tulah orang jumpa dia bawa beg tengah malam di kg sembirai dekat jam 2 pagi. Mujur la yang jumpa dia tu pun orang kg. dia jadi dapatlah ditumpangkan.Alahai.


Aku taterkaget sangat dengan cerita c kazen ni. Tapi aku tersentap betul bila bapa cakap,

" tapi hebat betul si faijul, tidak marah pun...sikit pun, bagusnya sabar"

Kena kasi tinggal, jalan kaki tengah malam..DAN tidak marah. Ohh sweet. Terus aku terdiam.

Kalau aku yang kena, kompom satu dunia aku mengamuk kali.

Ah kazen, ko memang hebat. Bagaimana kalau itu kamu?:)


Pst:
Teringat masa kecil bertekad mahu ke kuburan time waktu raya beramai-ramai bersama kazen sama adik beradik. Bila hari agak gelap dan suasana kubur mulai lenggang, maka bertekad la kami beramai-ramai mahu ikut jalan shortcut. Ah masa kecil dengar bunyi pelik sikit mula la cakap itu ini nampak itu ini, kononnya kain putih ( maka orang-orang di sawah saja) terus lari lintang pukang. Sudahlah berbaju kurung. Habis koyak kain sebab menyangkut di dawai pagar rumah orang. Sampai rumah nenek kapus kapus ketawa tebahak-bahak. Bapa bapa kami pun ingatkan kami kena apa. Hahaha, rindu waktu itu.

Rindu kazen semua.:)

Posted via DraftCraft app

Thursday, September 5, 2013

Jangan begitu!

Assalammualaikum. Hi semua!


Aku ni boleh tahan juga sensitif orangnya. Sangat kali sebab kadang-kadang hal yang tiada kaitan secara langsung (?) pun aku boleh sensitif.

Ehem.

Sekolah aku ni ada kelas untuk mereka-mereka yang istimewa.erti kata lain budak-budak pendidikan khas. Pembelajaran diorang bukan macam pelajar biasa tapi lebih banyak kepada pengurusan hidup harian dan apa-apa la yang membolehkan diorang survive dalam hidup. InshaaAllah.
Biasanya diorang buat mesti dengan bimbingan guru dan pembantu murid, jadi rata-rata Kerja diorang bersih dan cantik.

Lepas tu, setiap aktiviti yang diorang buat biasanya dijual untuk guru-guru. Di sini lah, sekolah lain nda tau pula ya. Kira macam mereka diajar bagaimana untuk belajar berdikari la ni. Seronok kan?

Tapi aku nda suka la ada segelintir orang di sini ( ohh, maaf mungkin bukan kamu) atau mungkin juga orang lain di luar sana ada perasaan "geli" sama hasil tangan budak-budak istimewa ni specially makanan. Ok, it's ok kita nda mau beli.

TAPI PLEASE, jangan begitu!

Mengata budak-budak ini di hadapan mereka bukan perbuatan yang wajar kita buat. Eh, diorang kan orang juga. Aku nda suka orang cakap-cakap macam;

A: ko beli ka? Eeeii ntah bersih ka nda tu. ko tinguk la ba rupa-rupa diorang ni.
B: nda selera aku makan ini..( buat muka mau muntah)
C: takut kita terjangkit ah..eeii palis-palis!

Eh, hello! Kamu makan-makan diluar tu Kamu rasa bersih? Ah, kecewa aku. Maaf dikatakan, kita warga pendidik perlu ka mengungkapkan kata begitu? kita ajar anak-anak hormat orang tapi sikap kita sendiri? Hanya sebab diorang istimewa kita sukahati pandang serong.

Tiada siapa mahu jadi begitu.
Tiada siapa pun minta.
Please la faham.


Jujurnya aku simpati dengan anak-anak syurga ni. Jika kamu ada nilai manusia (walau sikit pun kali) jangan hina apa pun yang mereka cuba lakukan sebab mereka juga manusia. Macam kita. Aku mungkin sensitif sebab aku berpengalaman setahun dengan mendidik anak-anak pendidikan khas dan  aku sangat sangat memahami keadaan mereka.

Tidak dapat membantu cukuplah kita doakan mereka ya.


Ps:
 manusia ni kalau dia nda kena, sukahati mulut dia cakap kan? Sekali kena baru mau menginsafi. Alahai.