Thursday, June 30, 2011

anda

pernahkah anda?....

orang tua tua cakap hidup ini umpama roda. kejap kita d bawah kejap lagi kita di atas. ikut logik akal memang betul. ada time kita susah ada time kita senang. jadi pernahkan anda semua terpikir, yang hidup kita sentiasa berbalasan..pernahkah? banyak pula pernah saya kan..


urghh! perlu ka bila anda bawa keta yang mewah dan besar anda boleh suka suka hati potong jalan orang, perlu ka anda tunjukkan yang keta anda itu sangat la mahal. boleh ka bawa mati tu?kubur sekali ngan anda nanti? anda bole kata, alaa tulah ko nda mampu. hai, jangan tembirang dan riak. belum tentu anda nampak belakang hari anda..

dan bila anda kaya, perlu ka anda tunjukkan kekayaan anda itu dengan memandang rendah orang lain. mentang- mentang anda bawa iphone4 anda da tunjuk anda yang terhebat. mengarah-arah orang sukahati. anda ingat anda bole beli saya dengan kekayaan anda itu?
hey hey makcik, saya pun ada iphone4 juga. eh, bukan setakat itu..saya lagi kaya la...(ayat bukan main riak la pula)..

dan begitu juga kawan. anda berkawan tapi anda tikam di belakang. apa motif? ada anda nampak kebaikan?anda puas?tolonglah. anda rasa lagi bergelisah ada. bila anda berkawan, anda berjanji. anda tidak tunaikan. apa itu?anda teda belajar nilai murni?teda masuk kelas moral dulu?ohh, anda lupa. anda biarkan hati saya terluka.

anda tolonglah berubah! anda mengingatkan saya pada zaman gelap yang pernah saya lalui. buka la minda anda. jangan berdiskriminasi dengan orang. jangan tunggu satu hari nanti baru anda mau menyesal.

nukilan.
hati terluka.

T___T

Tuesday, June 28, 2011

i am multitasksing.


helu helu..

ohh, suda sampai ke penghujung june rupanya. wahh, sungguh tak sedar masa da berlalu. tau tau suda hujung bulan rupanya. bila dekat gaji baru sedar..eh, da hujung bulan. erm..asal time gaji cepat ja otak alert. :D

hari ni cerita pasal multitasking...anda tau itu apa? kalu ikut definisi multitasking is..
for Computer - the apparent simultaneous performance of two or more tasks by a computer's central processing unit
for Media - could involve using a computer, mp3, or any other form of media in conjunction with one another.
for Human - The ability of a person to perform more than one task at the same time.

okeh. ambil tu definisi ketiga. HUMAN MULTITASKING. buat lebih dari satu keja dalam 1 masa. wahh, kalu ikut logik akal gila eh. tapi gitulah sa bule di ibaratkan. pergh!, ko pikir cincai ka..apa rasa jan tanya la karang sa jawap oren pula. hihi..~
nak hidup kena la banyk belajar. banyak berkorban. banyak benda kena tau. sejak sa keja sini, mula mula sa ajar subjek y sa tau ja. alaa...kalu macam flash tu, illustrator tu, photoshop ka bule la..then bila lepas sebulan sa start la belajar subjek ms office (paling sa benci!), orang dengar macam senang, tpi sebenarnya susah. mana la ada orang yang gila gila expert ms office melainkan orang yang buat tu..ahaha..betul kan?
pastu, sa mula la mengajar dreamweaver. walaupun suda bertahun guna tu tapi sangat payah nak ajar orang.huhu (sebenarnya sa sendiri nda berapa expert ba..) then masuk lagi bulan seterusnya, sa mula ambil subjek yang tough juga..corel draw, sktetchup, dan lain-lain.

then tadi bos panggil.."ros aa, nanti kamu belajar accounting aa..then later on you teach that subject.."..........."what??"...
erkk..sa nda tau pasal accounting owh. apa tu payrol, ubs, stock control..urghh, sumpah haram teda dalam kepala. wuwuwuwu..somebody help me! kecian kan..pasni kompon kena suruh belajar autocad. pecaya la..pergh, c ros bule ajar suma subjek. bukan saja jadi trainer malah jadi assistant trainer..belum masuk tu RND buat buku..owhh, betul macam mutitasking kan..i do many things in the same time. maybe orang akan kata..wow! mantap siot...tapi kalu kamu dengar apa sa kata.."damn"...isk, belajar lagi!..huhu..jadi kuli gini la kan...tapi kita pikir secara positif. tuk pengalaman dan tuk tambah pengetahuan. so, kamuorang mesti sapot sa k. mesti.mesti! gambate rose!

Wednesday, June 22, 2011

sketchup!




hye hye!


ohh, hari yang sangat panas di kk. tapi sebab duduk dalam kelas yang ada aircond apa yang di rasa adalah kesejukan. aish, orang dalam ni suma kulit buaya kali..punya sejuk! ...atau sa saja yang berkulit nipis..hoho..so, hari ni teda kelas. diulangi teda kelas.wahh, bestnya. jadi sa pun pigi la masuk kelas google sketchup. sekadar mau mengulangkaji memandangkan hari ahad ni sa akan mengajar sketchup.
T__T

dari jam 8.3o pagi sampai 4.oo petang sa buat satu benda saja. buat ruang tuk kitchen. bayangkan! ginilah kalu orang nda pro. dushh! malar salah-salah..hahaha..ba gitulah kan. kanak- kanak baru belajar. nda pandai berjalan terpaksa meniarap dulu. heh! tapi bila hasil da siap siok pula...na, inilah keja saya buat satu hari ni. just want to share with you all! enjoy



Keadaan kichten sa ginilah. actually, saiz dia nda brapa ngam sebab sa terguna cm padahal buat rumah guna ukuran feet.haha~

pandangan paling atas.senget pula sebab kepala sa senget time putar darjah dia.

pandangan depan pelan.

pasni, sa mau try buat sambungan dia kalu ada masa. kamuorang try la dulu. free saja ni. bule buat macam-macam. cari di google ya!

Monday, June 20, 2011

fondant icing!

urghh!!

mana nak cari fondant icing di keykey ni...tulun saya. sob! sob! sob!
teringin nak deco-deco. aiseh, masak pun baru level 1 da nak try len2 kan..
tapi seriously, sa mau fondant icing...:(


Friday, June 17, 2011

i'm coming home ^^,

haih!
jangankan bersarang, blog sa bole dikatakan suda habis di godam raksasa. haha..sekali buka da bukan mcm blog. punya la...kesian ba ni blog. sama macam tuannya. >.< ari ni baru buka ba. mau2 pingsan sa rasa tinguk ni blog hangus suda.huhu~

ari ni mau start buat cerita baru la..erm, eh, bukan ari ni..start for this month laa..(cakap saja tu, masa xtau bila. nah, tembirang la kan! haha..) banyak benda mau kongsi sebenarnya..bagus kalu ada yang baca kan..kekeke!

ok, nanti sa update lagi!


Thursday, April 28, 2011

today class ^^,


got class.google app...fuh! tiak tau oo mau buat apa coz int very slow...huhu. eh, saya lama suda kan tiak tulis d sini..almaklumlah bz kan.;P ba kamurang nda rindu sama cerita saya ka? next time saya story story lagi ya..opss, cerita scandal ari tu belum habis lagi..jeng!jeng!jeng! tunggu la saya free ok? janji! :D


p/s: actually, saya dalam kelas dan sedang belajar buat blog..hahaha..kantoi!

Monday, April 11, 2011

the worst day

*****!

jangan salah paham. tu bintang saja. thousand meaning tu. haha...punya sot! ni kali la betul-betul bikin panas ni. mesti korang suma tertanya-tanya kan apa yang saya merepek ni. panjang ba ceritanya setelah di tambah-tambah. jadi saya rasa saya mahu pendekkan. Ringkas dan tepat -- macam pena la saya baca tu ayat tapi di mana ya..

sebenarnya begini. berlaku satu kejadian yang mengkalutkan semua keadaan. dalam jadual semua ada kelas. tau-tau datang teda pula ni class. cancel. ceh!! punya soi. pastu...haih, teda mood terus la mau tulis. nanti saya sambung lagi. :D (bos marah nanti, malar mengomplen saja keja ku..hihi)

Wednesday, April 6, 2011

cerita march

Hye hye anda!

habis suda bulan mac. nda sempat pun mau tulis apa dalam blog ni. malanglah c blog sebab tuannya sentiasa sibuk..haha. adaka begitu..?mulau kan! :D
hari ini genaplah suda sebulan saya keja sini ini kompani. so far..ok la juga. besalah keja kuli kan. penat tapi puas la juga. pada saya, bulan inilah paling mencabar. Pertama kali keja suda kena dugaan. Teda tempat duduk! oh dear. pity me T__T
tapi itu ok la juga sebab 1st day suda ada kelas jadi teda meja pun nda kisah la. satu hari dalam lab ok juga ba. then dugaan seterusnya bila start mengajar. hari pertama kedua ketiga keempat kelima kena subject sanang. bule la juga sanyum kambing. bila masuk hari ntah yang keberapa.."rose, ko bule ajar dreamweaver?" hahaha...seriously, kena juga la ajar subject yang saya nda suka. mau buat revision balik pasal tu subject mana la ada masa. datang keja jam 7. balik lebih kurang jam 8pm. sampai rumah da pukul 10 (itu termasuk dengan jalan-jalan dulu cari makan )..sampai penat tidur. bila mau buka buku kan? bila tiba harinya saya mengajar tu punya le neves..saya bercakap macam teda suara. pastu ada laa pula student tanya soalan yang nda penah pula saya jumpa dalam dreamweaver...apalagi, kantoi la saya..>.< malunya! bule pula mengarang dengan yakinnya itu jawapan. assistant saya pun tau ketawakan saya saja sebab nda tau jawap. wuwuwuwu..koyak bah!
itu pengalaman mengajar subject yang nda diyakini. lain lagi cerita bila masuk kelas yang pelajarnya terlebih muda dan terlbih tua. nasib la kan saya cute! nda tau jawap buat la muka kiut. (wekk!)
dugaan datang lagi bila kena antar mengajar di sekolah cina..punya bida! bukan sekolah tu yang bida, saya la bida. nda tau nda paham cina amatlah susah mau berkomunikasi sebab mereka bukan semua pandai bm atau bi. adus!
walaupun dalam banyak-banyak dugaan yang datang, ada juga seronoknya. jumpa member-member yang kepala gila ni terus stress pun hilang. ketawa pengubat hati ba kan. erm, banyak ma lagi saya mau cerita ni...ada pula student panggil. ces!, na kedapatan la saya curi tulang time keja. en. bos, jan potong claim saya aa...;)

oh ya...next year saya mau ambil mandarin. abislah kamuorang!



Sunday, March 20, 2011

me and the chinese school.

ellow pren!

me writing again. rasa macam lama betul tidak update. aiseh. nasib la ada hujung minggu. masa terbaek untuk duduk dan mengumpat. haha..kidding! erm..jadi apa cerita anda satu minggu yang da berlalu? besh ka inda? saya besstttt saja. (padahal..)

last week saya teda di opis. tapi saya berada di sebuah sekolah cina area area kk. bukan jauh pun. kalu di ikutkan masa tu musim cuti sekolah, tapi budak-budak sekolah ni terpilih ikut program ict. siok juga ajar mereka ni. tapi lebih baik andai saya tau cakap cina..oohh, please saya mau belajar juga ni. students dia sangat besh dan sporting. cikgu yang handle tu program pun best gila gila. siap ajar cakap cina..terus jatuh cinta! bukan pada cikgunya aa..

1st time sampai sana, saya pakai high heel. 3 inch punya. yala ingatkan lab komputer cuma di tingkat 1. tau-tau tingkat 4. matilah..sampai tingkat 4 bergagar suda lutut ni. tapi cover-cover lagi. haha..tulah kan nda biasa pakai high heel. 2nd day dan seterusnya terus pakai sandal ja ni. pergh! penat ba tu naik sampai tingkat 4. bukan ada lif. then time program tu ada disediakan makan. breakfast dan lunch. tiap kali time breakfast saya mesti makan sikit sangat. kalu bule takmau makan tapi demi menjaga hati makan la juga..sebabnya breakfast makan mee. oh, saya tak suka mee.(sorry!) tapi bila lunch ja makan berabis pula ni. sebab KFC.haha..free kan. makan ja la. tapi sana memang besh! suka suka dan suka! lagi satu yang buat saya sangat suka habis program jam 3. ^__________________________^ bayangkan muka saya senyum ini besar.kekeke..kan kalu di opis kena la balik jam 5. tunggu tunggu limpas jam mau pukul 6 baru bule pulang. di sekolah jam 3 bule balik. rasa macam nak lompat-lompat pun ada. nanti kalu di suruh lagi ke sekolah saya kompom mau! hahaha..

okeh, kalu sudi tinguk la pics time di sana..


drawing time using illustrator


breakfast time!



ini kali la. if i'm not wearing hijab i don't thing that u can find me :)

Sunday, March 13, 2011

keja itu wajib

fuh!

satu minggu suda berlalu. mujur la kali ni hjg minggu bercuti. kalu inda mana ada msa mau update blog. jgnkan update.tinguk pun inda da masa suda.last week penuh dgn kelas. dari trainer menjadi assistant. balik ja rumah trus tidur. penat gila ni. pastu bangun pagi esoknya kena pula sediakan bahan tuk ajar. kalu tdk haru jdinya dlm kelas. malar hari hari gtu la. tapi seronok jga. sibuk memanjang..bunyi mcm tembirang jak..hahaha

last week keta masuk wad. sakit tenat. almaklumlah keta lama. mcm kamurg keta baru tu best la. jadi menurut cerita, hari hari terpaksa la ikut abg g kerja. c abg pula g keja punya la awl gila gila..banyangkan saya suda berada di opis seawal jam 6. gila mantap semangat bekerja bilang pacik guard sebab mana buka lagi tu opis.hoho. jadi terpaksa la ikut pacik guard melepak sama. jam 6.40 mcm tu si pemegang kunci opis baru sampai. nasib juga pacik guard tu peramah. nda la segan. kalu dia garang nda mau senyum mati la...bule bule terpaksa tgu di luar pagar la nampknya. nasib cuma imaginasi. eh, merepek lebih lebih pula. :D

moral cerita, jadilah orang yang happy happy. jan buat muka marah marah. buruk tau!

Monday, March 7, 2011

mari belajar buat blog.

yeahh..yesss..teda keja jadi saya sibukkan diri pergi ikut kelas belajar buat blog. ;P

kamurang, mau belajar itu komputer ka? atau software yang menarik marilah join sini. FREE saja ni. siokk lagi. mari la. saya mempromote anda untuk join..ececeh..tapi betul ni. inda rugi punya.

sila klik di url di bawah ini. dijamin selamat. pasti tak rugi. :D

http://www.amc.edu.my

ten things i HATE about you.

1. u MAKE me wait.

2. kerja saya kau curi. saya penat cari idea tuk dipuji bos tapi
last-last kau cakap kau punya kerja..wekk.

3. Pelanggar lari binatang. kejam!

4. Kereta yang tukar lampu kaler lain. Silau kau tau?!

5. Lagi pasal orang yang memandu malam tetapi langsung tidak pandai
turunkan lampu. Suda la tukar kaler warna putih terang lepas tu
tinggi lagi. terlampau minta puji. bagus kalu bawa lori.

6. Don't talk about me. ok, saya tau saya cantek dan kiut. saya
tau ko jeles.

7. Rude! sila la belajar budi bahasa budaya kita.

8. Tidak hormat saya.

9. Kau hilangkan barang saya.:(

10. Marah-marah.Gam mulut baru tau.

oohh, saya ada banyak yang tidak suka pada anda!

Friday, March 4, 2011

esok!

esok cuti!
yes bagi kamuorang yang bercuti tapi yes juga bagi saya sebab saya kena keja beb. duit punya pasal..tamak gila kan?neh, baru ko tau. tapi punya la malas mau buat preparation tuk esok. tembirang jak lebih.nda tau mana suda suma buku-buku, kertas-kertas, pen-pen dan lain-lain. kan bagus kalu ada secretery..ececeh. cepat la ada orang mau volunteer jadi secretery saya. nanti saya belanja minum air kosong. serius ni geng! keja saya banyakk gila. sampai one of my friend said hidup saya tiada life. what?! so this is not life la..nasib saya cuma berkata-kata dalam hati. karang kecik ati dia pula..sapa susah nanti? luu pikir la sendiri..
isk, sebenarnya saya mau cakap walaupun esok saya keja..esok juga saya mau dating..gitulah guna ayat poyo nak mampus..tettt..jan la jele
s. hidup mesti hapi jo. baru ada life dan pamerkan kegembiraan anda macam gambar di bawah.


kan saya da cakap saya sangat cute! haha..

Thursday, March 3, 2011

baru.

saya budak baru belajar ok?
kebaru-baruan ba ni kunun tulis2..(padahal)..sejak blog yang lama dulu macam suda tersengaja ter-delete, maka kunu buat la lagi baru sebab semangat mau menulis tu kembali ada. macam siok pula tengok-tengok blog orang. jeles ni! jadi mau juga la membuat blog sendiri..heh.
tapi saya tidak la macam kamurang mantap-mantap berblog. sekadar mengisi masa lapang saya yang sangaaatt la banyak. erm, apa lagi kunu mau tulis ni..tadi sebelum menulis banyak pula idea itu ini itu ini mau taip sekali suda menaip lari suda idea tu terbang...cis, kena tiup angin la kali tuu.
tiakpa, nanti saya cari balik idea yang baru lagi ya ok?...ececeh, macam ja banyak yang mau baca.perasan betul! :D

oklah. mari sambung kerja. jumpa nanti! daa...