Assalammualaikum.
Hi.
Semalam pertandingan inovasi kelab dan persatuan sekolah-sekolah menengah peringkat daerah.
3 bulan sebelum pertandingan, saya diberi tanggjungjawab oleh pengetua buat satu inovasi untuk sekolah. Saya bilang "iya tuan". Akun.
Tapi 2 bulan saya abaikan. Sebab kerja lain yang lebih penting saya utamakan.
Awal bulan ketiga. Datang memo tunjuk sebab oleh pengetua sampai di meja saya-mana inovasi yang telah cikgu usahakan?
Hitam sekejap satu dunia.hehe.. Matiklah begini. Inda da ku buat.langsung.
kerana saya rasa 'tercabar' atau kali malu dengan kesalahan sendiri saya wajib jumpa pengetua bagi penjelasan. Dan saya MENJANJIKAN projek itu akan siap. Memang pilih jalan untuk menjunamkan diri di gaung betul saya.
Seminggu berlalu dari kejadian, saya tiada tindakan. Di saat otak saya terlampau tepu pikir idea, datang satu lagi surat dari ppd. Eh tapi bukan surat tunjuk sebab suda ah. Surat mesyuarat pertandingan inovasi kelab persatuan peringkat daerah.
Matik. Gelap dunia kali kedua. Maunya pengsan saya sebab masa datang mesyuarat tinggal 3 minggu sahaja lagi dari tarikh pertandingan.
Tambah rasa hitam macam di blackout bila tengok sekolah lain macam sudah bersedia.
Saya bawa nama sekolah pula. Memang rasa mau pitam di sana masa tu. *mau pura-pura pitam suda ini.
Balik rumah habis otak saya perah, mula susun strategik, mula buat kertas kerja, cari pelajar buat itu buat ini. Saya kemukakan idea, bantu budak buat. 3 minggu saya seperti 'halimunan' di bilik guru. Mak aihh, rasa betul kesibukan itu. Belum tekanan dengan karenah pelajar. Adoii.
Saya tau ada suara- suara nda berwajah mempertikaikan saya. Guru baru, nda dia boleh buat tu. Mana ada pengalamannya tu bawa budak bertanding, tengok la nanti bawa budak kalah saja tu.-blah,blah,blah..suara nda berwajah biasalah. Saya? Abaikan saja ging. Wakaka
Tiba hari pertandingan.
Saya datang bertanding dengan budak-budak bersama iringan suara nda berwajah itu lagi. Budak nampak patah hati bila dengar kata-kata mereka tapi saya cakap " buktikan kita boleh". Big smile on my face- eh, nda kamurang tau hatiku mau patah suda juga.Choii.
Masa pengumuman pemenang.
Saya tidak rasa kami ada nombor pun. Tidak rasa kami antara yang terbaik. Bila diumumkan tempat ketiga dalam peringkat daerah tiada diantara kami berdiri- haha bukan malu tapi terkejut. Eh, yang buat penyapu bermop guna straw dapat nombor.
Tempat ketiga: sekolah saya.
Satu dunia saya terang menderang balik. Macam pakai spotlight oii. Mak oii riaknya, nasib Tuhan nda bagi nombor satu.kompom nda ingat dunia. Lol.
Balik sekolah, suara nda berwajah senyap sepi. Well, saya puas hati gila wei. Kali pertama ikut pertandingan inovasi boleh dapat nombor.
Kau ada? Muehahaha. Tahun depan kompom nombor satu.
Terima kasih suami yang betul-betul percayakan idea gila isterimu, parents dan adikberadik yang membantu dan mengkritik, rakan-mel,iqa,mar dan team inovasi saya- sufi, redzaini,zulhelmi,alsairul,nazimi,farahainey,ryca,amoi,cahayati,shellah,haslinah dan azrinah. Terima kasih atas usaha kamurang!!
Ps: suda 2 minggu pertandingan berlalu.baru mau update dari draft.:)
No comments:
Post a Comment