Tuesday, August 19, 2014

cubaan masak lemak pucuk ubi.

Assalammualaikum.

Hi uols.

Mari belajar masak lemak pucuk ubi. Kegemaran abe. Tapi ikut cara saya, sebabnya mama dan mak mertua tidak pernah ajar tapi saya pernah lihat dan rasa.

Jadi mari bereksperimen!


1. Daun ubi kita ambil, buang batang dan potong.cuci bersih-bersih. Ambil daun yang muda-muda gitu.


2. Kemudian rebus bersama air sampai mendidih. Tips mak mertua- jangan kacau, biarkan mendidih sendiri sebabnya nanti daun ubi makin pahit. Jadi sambil- sambil tunggu ubi kita mendidih boleh hiris bawang merah dan bawang putih. Dan tumbuk udang kering. Mahu simpan bilis atau ikan masin pun boleh. ( sukatan bergantung kepada kita ya)


3. Bila ubi mendidih tapis dan tuang airnya. Ketepikn sekejap. Ambi periuk lain, masukkan santan (agak-agak untuk jumlah ubi kita), lada kering yang sudah kisar, bawang merah dan putih serta udang kering. Pasang api gaul seketika.


4. Tunggu agak-agak santan mendidih baru masukkan daun ubi kita. Tapi kalau suka kuah lebih pekat kena tunggu lama sikit ya.hehe..bila hampir da nak masak, letak garam dan perasa (jika suka).


5. Finally siap suda! Mari makan.

Ini pertama kali saya mencuba dan hasilnya abe balik-balik tambah nasi.mak aih, nda bule masak selalu begini.haha. Siapa minat pucuk ubi tapi nda pandai masak bole cuba resepi ini. Orang bilang berbaloi! :)

Ps: pucuk ubi ini mak mertua beli dengan mama di pasar tani kota belud. Asalnya mak mahu masak tapi oleh sebab mahu balik sandakan suda dan malam sebelum baliknya kami berjalan, maka pucuk ubi ini kami lupakan.haha

Selamat mencuba uols.

No comments:

Post a Comment