Hi semua.
Selamat hari raya aidilfitri buat semua. Moga aidilfitri yang kita raikan penuh barakah dan disambut seadanya, in shaa Allah.
Anak buah rizmi memang sepoting bergambar. |
Oh dan tak ada gambar sebelah abe sebab normalnya kami tidak bergambar di sini.
Raya kali ini amat sederhana. Nda macam selalu kelamkabut buat itu buat ini, huha sana huha sini. kami memilih 'apa yang ada' sebab hati terkenangkan saudara kita di palastine. Meletakkan diri di tempat mereka cukup membuatkan kuih ketupat rendang yang kita makan pahit rasanya.
Moga Allah sentiasa bersama pejuang kita dan moga kemenangan itu milik kita.pasti.
Pada saya, raya itu maksudnya kita rasa damai. Tenang di setiap apa kebaikan yang kita lakukan. Raya pada saya bukan lagi bermaksud suasana yang glamo melatop atau raya sampai pingsan, raya itu sederhana baru rasa nikmatnya. Alhamdulillah.
Esok balik kk suda.isnin kembali bekerja, kembali memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga Allah sentiasa memberikan kami hati yang ikhlas dalam mencari rezeki.
Doakan perjalanan kami ya. In shaa Allah.
Itu cerita raya saya. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment