Hi semua. Salam ramadhan.
Saya bukan guru agama. Malah bukan juga ustazah. Jauh sekali orang yang kaya dengan ilmu agama. Tapi saya berharap kita dapat manfaat dari apa yang saya mahu sampaikan. :)
Baru-baru ini kawan saya ditimpa musibah. Rumah ranap terbakar..disaat2 kita mahu menyambut hari raya dan seorang ahli keluarganya bakal berkahwin tidak lama lagi. Bagi saya, ini dugaan yang maha hebat. Kita mungkin hilang punca dan arah, trauma dan semuanya.
Jujurnya, bila berlaku pada orang lain kita hanya mampu simpati dan paling sedikit yang boleh dibantu ialah menghulurkan bantuan. Bagaimana rasanya mereka yang diduga? Jika kita yang melihat sudah merasa beratnya apalagi orang yang di duga bukan?
Bila diduga, pernah ka kita terpikir itu adalah dugaan? Atau hikmah buat kita? Saya bila ditimpa dugaan ( contah seperti belum mempunyai zuriat sendiri) saya cenderung kepada negatif mulanya kemudian baru beransur2 menganggap itu adalah hikmah ( positif). Mungkin sifat kita manusia kan, selalu menganggap yang salah dulu.
Musibah yang datang ada maksudnya sendiri. Pendapat saya, mungkin kita diduga kerana sifat kita sendiri di mana mungkin Allah mahu tunjukkan jalan yang betul. Ambil contoh diri sendiri, saya diuji disahkan mempunyai penyakit yang tiada ubatnya. Kata doktor. Berbulan-bulan saya tidak boleh terima kenyataan, menyalahkan diri umpama menyalahkan Tuhan kerana diberi ujian begini. Saya jatuh dalam hidup, mencari mana silapnya dan kenapa saya yang diuji. Sudah 8 tahun penyakit ini bersama saya, dan sedikit-sedikit saya mula mengerti musibah ini malang atau hikmah buat saya. Saya tukar pandangan negatif kepada positif. Eh, Allah masih hidupkan aku. Masih beri peluang.
Perlahan-lahan saya belajar. Dari pengalaman, kesakitan, kepayahan saya sedar mengapa ada musibah. kelalaian saya dahulu buat saya ditimpa musibah. Saya percaya pada 'what you give u get back' Allah uji saya barangkali kerana tidak pernah mahu bersyukur pada apa yang diberi. Sentiasa riak walhal bukan milik saya pun. Bila musibah menimpa, saya temui jalan kebenaran. Saya belajar dan terus belajar dari kesilapan lalu. Dan alhamdulillah saya menerima musibah ini dengan hati tenang. Itulah hikmahnya!
Jadi, bila kita diduga, kita jangan terus rasa jauh. Fikirkan hikmahnya, hati kita tenang dalam kepahitan. Biarlah apa orang kata, kerana kadang-kadang musibah itu dari kekhilafan kita sendiri. Dan usah kita bimbang, kerana perancangan Allah itu lebih baik dari kita. Hikmah Allah beri itu lebih besar maksudnya.
Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment