Saturday, October 25, 2014

ikan ala bakar.

Assalammualaikum.

Hi uols.

Hari ini saya kongsikan resepi ikan bakar atas non stick pan. Haha. Selalu ba juga dibuat ini, almaklum kami duduk plat bukan senang kalu mahu bakar ikan guna arang.

Kali ini saya bakar ikan berlada.
Ok ini bahannya:

Ikan- terpulang citarasa ya, buka isi perut dan cuci bersih-bersih.

Bahan perapan:
Cili kering- blend sampai lumat
Asam jawa
Bawang putih- bagi lumat dan jika suka
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan perapan. Ikut sukatan masing-masing bergantung dengan banyak ikan kita ya..

2. Lumurkan diluar dan dalam perut ikan. Paling baik ikan tu kita belah tepinya, jadi bahan perapan boleh diserap masuk.

Kita perap macam ini ya.

Inilah bahan perapannya

3. Biarkan selama 30 minit. Bole letak dalam peti sejuk seketika ya. Bahan perapan tu jangan kasi habis, nanti kita guna lagi waktu memasak.

4. Panaskan non stick pan, letak sikit (2-3 titik) olive oil. Kemudian susun ikan kita atas pan.
masa masak ini, kita lumur-lumurkan lebihan perapan tu ya
5. Masak dalam beberapa minit ikut saiz ikan kita. Terbalikkan dan lumur lagi dengan bahan perapan.

6. Ok siap suda, bole makan. Sedap dimakan bersama nasi putih dan sayur bening gitu.

Siap!



Selamat mencuba kawan!

1 comment:

  1. Best Asian Handicap Soccer Bets & Tips - LegalBet
    Asian Handicap Soccer Bets. If you're 1xbet partenaire apk download looking for a top Asian Handicap Soccer bets, then you have come to the right place. Asian Handicap Bets is one of the

    ReplyDelete