Tuesday, May 27, 2014

2B-most ohsom class.

Assalammualaikum.

Hi. Last day school.

Tapi aktiviti ini kami buat kemarin. Students mahu buat sambutan birthday party. Katanya ingin meraikan rakan yang lahir bulan 1-5 gitu.

Haha.

Ini kelas dibawah saya dan kak dyg. One thing yang saya suka about them is they are really super duper ohsom a. Memang la karenah durang ni ada juga yang buat kita rasa hot hot tapi mereka ni sangat seporting dong.

My students. Opkos gayanya juga harus seperti guru-guru kelasnya. Pintar dan berhemah macam kak dyg. Dan gila- gila macam saya. Ok, joke.

The ohsom teachers and students.kahkahkah
Our hensem-hensem bodyguard.
Apapun, sambutan besday mereka very simple. Semua durang buat-i mean sediakan kecuali kek cantik tu opkoslah cigunya yang bawa.haha.

Terus hilang stress kita kalu ada aktiviti begini.i like it. :)

Ps:
selamat bercuti semua warga pelajar. Dan guru-gurunya juga. Seminggu ini saya di sandakan.oh hello sandakan.

Pst:
Selamat bekerja buat yang bekerja.hehe

Tunggu catatan seterusnya ya!

Thursday, May 22, 2014

Hari bersama bank rakyat.

Assalammualaikum.

Hi.


Hari ini sekolah didatangi oleh bank rakyat.katanya program jom bersarapan bersama bank rakyat. Dan sekaligus menyambut hari guru bersama bank rakyat.

Bank datang sekolah nda lain nda bukan mestilah suruh guru-guru mengeloan gitu.haha. Tapi pendekatan bank rakyat ini saya suka.- makan percuma ba pula.kahkahkah.

Tapi usah bimbang tiada paksaan mau mengeloan ka tidak. Saya belum sampai ke tahap mau mengeloan. :) jadi memang datang untuk makan sajalah.

Tapi saya puji sekolah. Dapat habuan dari bank rakyat kerana menang dalam program menyimpan apa ya- macam duit tabungan paling banyak ka di seluruh sabah. So dapat la sekolah (yang diwakili PK1) cash 3k. Tahniah tahniah tahniah.

Apapun, terima kasih atas makanannya. Nasi lemak itu sedap dan kek itu enak bangat.

Nah nasi lemak yang sedap.yeahh nasib baik sedap dan uhm sedap.haha
Saya tukang promote saja ya.


Tak sabarnya mahu cuti.mood marking paper pandai hilang-hilang.yay.

Saturday, May 17, 2014

guru pencetus kreativiti penjana motivasi : selamat hari guru.

Assalammualaikum.

Hi.

Selamat hari guru buat semua.

Saya membesar sebagai seorang anak guru. Dari kecil sampai besar dunia guru adalah dunia saya.mana tidaknya, kalau mamak sibuk di sekolah opkosnya kami anak-anak turut sibuk. Menambahkan beban mamak saja.hewhewhew..

Dulu orang cakap kerja guru ni yang paling senang.tidak dapat kerja apply la jadi guru. Sekurang-kurangnya bergaji gitu. Hanya guru tahu beban guru. Nampak macam mudah ya, tapi sangat sangat susah sebenarnya. Tugas guru sama macam tugas parents.bayangkan bagaimana mereka menjaga- eh bukan setakat menjaga kasi makan kasi duit tapi kita kasi SEMUA kelengkapan.  So imagine ya bagaimana guru harus melengkapkan semuanya. Aha.

Pada saya kerjaya guru yang paling payah walau di mata orang luar jadi guru itu sesenangnya seperti dilihat. Harus cuba jadi guru dulu baru lah tahu apa itu guru sebenar.

Jadi dikesempatan ini, saya mahu mengucapkan selamat hari guru buat ibubapa saya, guru-guru saya sedari tabika sehingga la lecturer saya, rakan-rakan guru dan semuanya yang bergelar guru.

Tanpa guru, kita siapalah kita. :)


Terharunya bila saya sampai di meja, banyaknya kad hari guru. Eh, rasa sungguh dihargai bangat. Rasa sungguh nak nangis. Studentsku, jangan simpan di hati ya kalau cikgu marah. Hiks!

Monday, May 12, 2014

bulan mei.bulan exam, bulan cuti.




Assalammualaikum.

Hello mei.

Bulan sibuk sedunia guru-guru sekolah saya. Sekarang tengah berlangsung exam fasa 2. Adoyai. Sudah lah buat 2 soalan-exam dan sejarah. Fuhh fuhh fuhh mujurlah siap last minit.

Buat soalan itu seronok juga. Habis soalan-soalan kBAT saya sapu bikin soalan.hiks. (kbat-soalan pemikiran aras tinggi). Padahal mak oii yang buat soalan ini pun nda sampai setengah jagung mengajar. LOL.kemudian part mengelip-gelip kertas tu mau mau patah tangan juga.mau minta students buat pun taboleh sebab kesahan soalan nanti dipertikai okeh.

Last-last abe juga la menjadi mangsa. Hoho.

Sudah tu dari bulan april bersambung di bulan mei sekolah banyak sangat aktiviti. Dan terima kasih nama saya mesti ada bertugas. Orang bilang, guru baru ambil pengalaman ye. Okeh.

Dan saya hari-hari kapus-kapus sampai rumah.tired gitu.

Tapi...

Saya suka mei. Sebab banyak cuti.
Cutii panjang gitu. Aha. Namanya guru pemalas mak aih. Otak sudah diset.jadi hatiku berbunga-bunga.

Persetan segala kerja. Saya mahu bercuti dengan enaknya eh. ( ya jika boleh)

Ok.cukuplah luahan hati.paper belum habis tanda.sakit hati jiwa raga budak jawab sains tengok rasa nak pengsan disini.

Ok.cukup berkurapak.mari lunch.

Okeh.