Assalammualaikum.
Hi.
Selamat bercuti dan bekerja.
hampir 3 tahun lebih sudah saya memandu jarak jauh. kk-kb-kk. kb-tamparuli-kb masa gstt dulu. driving ini penat ya. tapi so far, alhamdulillah tidak pernah lagi mengalami masalah dan terlibat dalam kemalangan. setakat terlanggar batu besar, lobang besar, sampah sarap itu pernah la.dan kalau hampir-hampir mau dilanggar itu banyak kali juga tapi mujur la pengalaman memandu banyak membantu saya menggelak dari sebarang yang kita tidak mau. eeii, palis-palis kan.
ok. berdasarkan pengalaman saya memandu, saya ada tips memandu selamat terutama yang jarak jauh. jarak dekat pon boleh pakai ah. hehe, in shaa Allah dapat membantu kamu semua.
1. the power of 'chewing gum'
naa, dalam kereta kita harus ada ya. sebab sangat berguna bila kita mengantuk atau rasa penat. kita kalau memandu jauh ni perlukan sesuatu yang fresh gitu. saya suka EXTRA dalam botol-botol kecil tu. semua flavor saya ada. dalam kereta ya. sangat berguna bila kita tidak dapat memotong ya dijalan kecil sebab boleh menggelak dari kita mencarut. kahkahkah. tapi harus ingat, tidak sesuai digunakan ketika bulan puasa tau.
2. berhenti bila perlu.
memandu jauh ni boleh bikin kita tertidur terutama kalau otak kita tengah semak sama kerja-kerja yang nda siap, waktu hujan atau waktu matahari tengah panas gila. Rasa macam mahu tutup mata dan jangan buka. kalau rasa macam tu, berhenti la di bahu jalan sekejap dalam 5-10 minit. sepanjang jalan kk-kb tu tiada siring jalan yang saya tidak pernah berhenti. either kita mahu tidur sekejap, atau rehatkan diri. macam saya perempuan jangan lupa LOCK tu pintu. dan adalah lebih baik berhenti di tempat yang orang lain boleh nampak ya.
3. udara segar.
cuba kedekutkan diri dengan membuka tingkap sekali-dua kalau penat. hirup udara dan opss pastikan di depan tiada lori-lori asap hitam ah. sangat membantu kalau kita penat. lagi-lagi kalau bawa kereta 80km/j angin kuat mak oi. sampai rasa diri mahu terbang. eceh. bila dapat udara macam tu terus kita fresh memandu. tapi jangan cuba ketika hujan ya tuan-tuan.
4. memotong jangan dua hati.
kalau memotong ini saya nda mahu komen, saya bukan bukan pandai sangat. tapi satu saya belajar jangan memotong kalau hati kita cakap "potong ka nda potong ka nda.." walau jalan di depan tu clear, biasa dua hati ini mesti jadi lain. saya pernah 2 3 kali kena. tapi sukurlah tidak sampai xcident ya. dihighlight dan dihon panjanggg pernah. uhu.
5. sing da song.
pasang la lagu. radio atau cd atau pendrive. dan nyanyi la sekuat-kuat hati bila mengantuk atau penat. harus ya. ini saya sudah buat banyak kali. terutama bila mata mengantuk dan kena pula di depan tu lori-lori besar jalan 40km/j dan tidak boleh dipotong. suara hodoh bangat kita saja yang dengar ya. dan biarkan orang pelik tengok kita dalam kereta macam orang wayar putus satu. nda mahu menyanyi kita mengerapak (membebel) sendiri pun boleh. kahkahkah.
6. lidah dan lelangit.
ok. ini agak ganjil. tapi sangat berkesan terutama waktu puasa ya. kalau kita penat, cuba garu lelangit kita guna lidah. kahkahkah. kompen geli dan hilang rasa mengantuk tu. cuba beberapa kali sampai rasa mengantuk kita hilang. t balik memandu try ah. bagitau saya apa kamu rasa. wkwkwk.
7. doa jangan lupa.
ini paling penting. mana pun kita doa keluar rumah, doa naik kenderaan, berkat suami atau ibubapa itu paling penting. kecuali jika itulah takdir kita kan. ini paling mujarab buat saya kalau memandu. sangat sangat berkesan. naik kenderaan saja saya akan berdoa "Ya Allah, tuhan yang maha pemurah dan penyayang janganlah aku dilanggar dan janganlah aku melanggar. dilindungilah perjalanan pergi balikku" dan bacaan ayat kursi. dan waktu memotong atau naik dan turun bukit saya akan baca selawat nabi. in shaa Allah sangat berkesan. cubalah. Allah adalah sebaik-baik perancang buat kita.
ps:
satu-satunya binatang yang pernah kereta saya langgar ialah tupai. dia pungut buah di bawah tayar dan bila abe ingat dia sudah jalan sekali pesak sudah. uhu. :(
pst:
jadilah pemandu yang berhemah. kalau bukan kita siapa lagi XD
pretty nice blog, following :)
ReplyDeleteTips yang berguna :)
ReplyDelete