Monday, October 8, 2012

mulut orang.

Assalammualaikum.
hai.


alhamdulillah, sudah 8 bulan saya bergelar isteri orang. sedar nda sedar, saya sudah mula "berjaya" menjalani kehidupan berumahtangga sikit-sikit. baru belajar merangkak orang cakap. dan oh, baru tahu dugaannya bule tahan ya.=)

macam yang kamu tahu, saya belum dikurniakan rezeki mengandung. eh? betul la. dan saya ambil positif semua yang berlaku kerana saya percaya Allah ada perancangan di sebalik semua ini. kalau ada orang 10 tahun berkahwin dan masih bersabar maka saya mesti macam itu. saya setahun pun tidak sampai kan. sudah kalut neh.. hehe.biasalah naluri wanita yang da kahwin, semua mau rasa benda-benda macam tu kan.

tapi kan, kadang-kadang kita saya nda tahan sama mulut orang. rasa mahu tampar pastu keroyok-keroyok muka diorang.menyampah. HAHA. eh, bukan semua la. segelintir saja. yang bila bercakap-cakap macam tiada perasaan neh. lagi-lagi bila bercakap soal anak. adeh, luluh hati.

kalau orang sekadar bertanya "sudah ada isi ka ros" atau "bila aku bule dapat anak buah ni ros" atau apa-apa ayat yang sedap di dengar saya jawab dengan baik ataupun bergurau. itu saya takisah. orang tanya kita jawab la kan. ndakan buat-buat ndatau pula.tapi kalau orang cakap macam ni "ros, ko dulu lagi kawen dari si tutt, duluan lagi dia pregnant ba. ko bila lagi ni" atau "subur ka inda ko ni ah. orang menunggu baby keluar suda, ko tiada ka tanda-tanda lagi" atau "saya dulu subur la. bunting pelamin. kawan saya lepas 4 bulan bunting suda. ko ni ada ka tiada ni" adeh. saya serius ndasuka orang tanya macam tu. walau mungkin mengusik tapi ayat diguna bagi saya tersangat kasar. lagi-lagi orang yang suka membanding-banding. rasa down la macam ni.

kita tidak akan tahu rezeki kita. tiada siapa yang akan tahu. bohonglah ba kalau saya bilang saya nda cemburu bila dengar kawan disahkan mengandung begitu cepat. tapi kan ini soal rezeki dari Allah. kalau kita percaya, maka mesti ada. cuma sabar kita sedang diuji. bagi saya, bukan soal subur ka tidak, bukan soal pandai ka tidak. semua itu urusan Allah, kita hanya berusaha. saya ada kenal seorang kawan mama yang dari bujangnya tidak punya haid yang tetap. tetapi lepas dua tahun kahwin anak dia berderet 11 orang. itu kita mahu bilang apa? sebab tu tabaik tuduh orang tasubur. rezeki kawan, rahsia Allah semata.

jadi apa yang saya belajar dari pengalaman ini, sebagai kawan atau sesiapa sajapun, kita tidak wajar membuat orang lain tersinggung. patutnya kita sapot kan, bukan bikin down. rezeki kita masing-masing. nda kamu tahu rahsia disebalik semua ini ada rahsia kasih sayang yang sangat erat =)  erm, ba siapa tahu lepas ini rezeki saya kan? amiin.

jangan merendah-rendahkan orang lain.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286



ps: bila jumpa pakar puan hari tu, tasangka betul doc tu gelakkan kami. selamba dia bilang "dulu saya kahwin, lepas 2 tahun baru dapat anak. kamu baru berapa bulan kahwin ni. sabar ba. rezeki belum sampai" haha. adeh. *malu tutup muka tamau jumpa doc tu lagi.kehkehkeh.

ps: ah, lega dapat luah tanpa maki-maki orang yang buat kita sakit. hati pun da tenang.suka.suka.suka.=)

Monday, October 1, 2012

rutin hari isnin.

ISNIN

0430-0700
bangun dan siapkan keperluan harian (sarapan, mandi, solat, susun buku, baca nota etc).
0700-7.30
singgah kawan, rina di ua1. kemudian stuck di jalanraya. jem. tapi bukan lama.
0730-0800
sampai dewan kuliah. 30 minutes before lecture is gold. so masa untuk main internet dan download game etc. eh?
0800-1000
lecture bermula. 2 jam mesti rasa macam 4 jam. eh, padahal pagi lagi tu. 30 minit dari 2 jam tu saya betul-betul ambil perhatian. masa panjang selebihnya saya start gatal-gatal tangan buka hp, lukis-lukis, komen-komen fb dan kacau kawan. eh, post graduate tapi perangai macam budak-budak ah. well, memang itu saya. bila lecturer start tanya soalan, automatiknya saya ambil perhatian. magik ah. T__T
1000-1300
masa percuma. pergi library, lepak-lepak plus komplen itu ini pastu pi makan. ya ampun. junior-junior jan buat begini ah. eh eh, bukan saya saja ah begitu. kawan kepada kawan kepada kawan saya pun perangai sama. haha! bertrip kan banyak masa free.eceh.
1300-1400
tutorial. ok, time ini memang saya betul-betul jadi skema. sebab saya duduk paling depan. dan, ini subjek wajib dan menjadi ketakutan saya. nda kau takut kalu dikasi fail?eh, nauzubillah kan. dan satu kebaikan bila saya takut, automatik saya suka menjawab soalan lecturer. serius. sebab saya lagi takut bila lecturer sebut nama untuk menjawab soalan. haha.apakah? =.=
1400-1600
hoyay! pulang time. tapi biasanya mesti singgah di mana-mana tempat menarik. macam 1B. oh, patutlah duit tapernah cukup. eh, salahkan c kawan sebab mau singgah sana. hihi!
1600-2200
balik rumah. buat aktiviti suri rumah (masak, cuci kain, kemas rumah etc). siap semua, tunggu husb pulang.part ini saya.hoho! then, makan malam. biasa lepas makan malam (lepas solat maghrib), baru saya serius buat kerja. ah, buat assignment ba. dan buat review apa saya belajar. tapi kan, selalunya saya tertidur bersama buku atau sebelum sempat buka bukupun. adeh.


 see kawan, begitulah saya spend hari isnin saya. macam enjoy kan? memang enjoy kalau kita rasa kehidupan kita enjoy. jangan banyak stress. anggap saja rutin kita ini seronok ah. ba bagaimana rutin hari isnin kamu? whatever is it, enjoy ur day ya.