Friday, June 13, 2014

mengharap keajaiban.

Assalammualaikum.

15 syabaan. Alhamdulillah,

Sejak saya ditimpa musibah - dari tidak boleh bangun, kejadian makhluk halus dan sakit badan yang kerap terutamanya urat kaki sudah berapa lama ya saya sendiri kurang sedar. Sejak kejadian itulah solat saya kurang kesempurnaannya. Aha ya, saya masih solat duduk.

Sehingga kini. :(

Bukan tidak berubat, sudah pelbagai inisiatif saya buat namum Allah belum mengizinkan lagi untuk sembuh sepenuhnya. Dan saya anggap ini kafarah bagi saua atas dosa-dosa lama.

Percaya ada hikmah disebalik kesakitan yang saya alami walaupun jujur kadang- kadang saya seperti berputus asa.

Nanti ramadhan akan menjelma. Saya mengharapkan keajaiban untuk sembuh dan boleh menunaikan solat terawih berjemaah. Kerana jauh bezanya berterawih sendiri dan kesihatan tidak mengizinkan.

Saya rindukan rasa ' lapang dan tenang' sewaktu puasa nanti.ya Allah, permudahkan uruskanku ini. Ampuni dosaku dan terima taubatku.

:(

No comments:

Post a Comment