Friday, June 13, 2014

mengharap keajaiban.

Assalammualaikum.

15 syabaan. Alhamdulillah,

Sejak saya ditimpa musibah - dari tidak boleh bangun, kejadian makhluk halus dan sakit badan yang kerap terutamanya urat kaki sudah berapa lama ya saya sendiri kurang sedar. Sejak kejadian itulah solat saya kurang kesempurnaannya. Aha ya, saya masih solat duduk.

Sehingga kini. :(

Bukan tidak berubat, sudah pelbagai inisiatif saya buat namum Allah belum mengizinkan lagi untuk sembuh sepenuhnya. Dan saya anggap ini kafarah bagi saua atas dosa-dosa lama.

Percaya ada hikmah disebalik kesakitan yang saya alami walaupun jujur kadang- kadang saya seperti berputus asa.

Nanti ramadhan akan menjelma. Saya mengharapkan keajaiban untuk sembuh dan boleh menunaikan solat terawih berjemaah. Kerana jauh bezanya berterawih sendiri dan kesihatan tidak mengizinkan.

Saya rindukan rasa ' lapang dan tenang' sewaktu puasa nanti.ya Allah, permudahkan uruskanku ini. Ampuni dosaku dan terima taubatku.

:(

Monday, June 9, 2014

7 benda penting wajib ada di dapur saya.

Assalammualaikum.

Selamat petang semua. :)

Saya jenis cerewet juga jika melibatkan hal-hal barangan dapur. Walaupun kekerapan saya memasak berkurangan disebabkan kekangan jarak waktu dan kerja tapi saya mesti pastikan dapur saya sentiasa lengkap gitu.mak oii. Mak saya pun nda begitu.kehkehkeh.

Saya suka benda yang orang panggil fresh. Saya sanggup balik kg pigi hujung laut dekat pantai rang bulan dan buah pandai semata-mata mahu makanan laut yang super duper fresh. Cari buah yang tangkainya masih hijau. Sanggup kutip sayur kampung setiap kali singgah rumah mak. See, rasanya hanya saya sanggup bersusah begitu demi makan malam kami.

Haha. Tapi bukan selalu saya buat ya.

Ok. Saya bukan mahu cerita pasal benda-benda fresh. Saya mahu kongsikan 7 perkara menarik wajib ada dalam dapur saya. Sangat-sangat bermanfaat ya dan berkhasiat dan amat baik untuk kita.

1. Madu
Saya selalu ada stok madu asli. Yang saya guna untuk bikin granola, kek atau apa saja dalam masakan selain saya minum sesudu setiap hari. Kita tahu khasiat madu, jadi saya mula amalkan sejak 2 tahun lepas.

2. Bawang putih
Biar tiada bawang besar, jangan tiada bawang putih. Saya selalu gunakan bawang putih *sangat banyak terutama dalam sup ikan (since saya tidak begitu menyukai sup), dan lain-lain makanan termasuk sayur. Bawang putih anti kanser kan jadi makan kita banyak-banyak bawang putih ah. In shaa Allah.

3. Cuka
Saya ada 2 jenis cuka di dapur. Cuka biasa untuk saya peram ayam, ikan dan daging dan cuka epal ( apple cider vineger) untuk dressing salad dan minum setiap pagi. Boleh google kebaikan acv ini. Sejak abe belikan saya- yang selalu sakit sendi segala alhamdulillah sejak saya amalkannya sakit berkurangan. Saya cuma campurkan 1 sudu teh acv dengan segelas air, baca selawat moga-moga sakit sembuh dan minum. Masam ye. Dan oh ya, kalu mahu goreng, bakar, grill ikan ayam dan daging cuba try letak sikit cuka biasa dan rasanya pasti berlainan dari yang biasa. :)

4. Kurma
Pergi sekolah jika tidak sempat sarapan - ya saya jalan seawal lepas solat subuh, jadi kurma adalah makanan terbaik saya. Biasanya saya makan 1-3 biji ikut jumlah kurma saya ada. Kurma tahan di perut dan mengurangkan rasa lapar dan saya sangat sukakan kurma nabi dan kurma madu. Sanggup hujung minggu ke muis ya jika bukan bulan puasa. Bukankah kurang makna rumah seseorang itu andai tiada kurma di rumahnya? Jom makan kurma.

5. Barli
Jujur, saya bukan peminat barli. Tapi barli wajib ada di dapur saya sejak saya baca khasiatnya dan abe bersungguh mau saya mencuba (dalam erti kata lain saya selalu sakit) . Sekurang-kurangnya saya masakkan bubur barli seminggu sekali. Dan hasilnya memberangsangkan.

6. Olive oil
Sudah hampir 3 tahun saya gunakan olive oil. Walaupun jaraaang la. Tapi akhir-akhir ini saya kerap sudah guna olive oil tuk memasak.Bukan apa, saya berniat mahu sembuh dari kesakitan yang saya rasakan.eceh, ndapalah mahal sikit harganya kan. Botol sederhana tu saya boleh guna tuk 2 bulan ke atas sebab sekarang saya kerap masak sup pula.haha.

7. Halia
Saya suka halia sejak ana kawan study dulu mengajar makan halia hiris campur bilis cincang dan sedikit air limau nipis.petua untuk mengetatkan vigina. Eh betul ini. Makan sebaiknya lepas habis period ya. Dan disebabkan hidung saya sinsitip dengan bau laut atau ayam dan daging, saya gunakan banyak halia dalam masakan. Kecuali kalau di gorengla nda. Dan saya prefer halia kampung- padas gia dari yang halia basar tu.nda umph. Dan sangat berguna kalau sakit sendi datang. Tumbuk halia lumat- lumat, campur minyak yang dipanaskan sikit dan tampal di tempat sakit.esok baik tu, atau berkurang in shaa Allah. Tapi saya selalu menderhaka, saya campur minyak batu.hahaha

Boleh google khasiat 7 barangan ini di internet ya. Selain dimakan, bole dibikin obat juga. Mudah-mudahan ya.

Ps:
Masa untuk berubah sudah berusiakan.sejak saya amalkan pemakanan begini, rasa ringan-ringan badan. Semoga Allah mudahkan urusan kesihatan saya. :)

Thursday, June 5, 2014

pancake for the first time.


Assalammualaikum.

Mak saya bilang ini kuih bingka baini.haha.

Ok. This is the first time in my life i cooked pancake for breakfast. Complete with butter and honey. Dan nda sangka-sangka abe sangat suka. Alhamdulillah. Resepinya amat senang gitu, google saja di internet dan buat try and error dan walla terhasil gitu.

Saya suda lama mahu cuba tapi tidak pernah berkesempatan.Bila cuti sekolah begini barulah ada masa pikir masak-masak.kahkahkah.

Best cuti sekolah. Rasa seperti suri rumah sepenuhnya. Dan alhamdulillah, saya boleh buat kerja rumah dengan lebih baik.

Jumpa di catatan seterusnya ya!