Saturday, April 12, 2014

7 tips memandu selamat jarak jauh.

Assalammualaikum.

Hi.

Selamat bercuti dan bekerja.


hampir 3 tahun lebih sudah saya memandu jarak jauh. kk-kb-kk. kb-tamparuli-kb masa gstt dulu. driving ini penat ya. tapi so far, alhamdulillah tidak pernah lagi mengalami masalah dan terlibat dalam kemalangan. setakat terlanggar batu besar, lobang besar, sampah sarap itu pernah la.dan kalau hampir-hampir mau dilanggar itu banyak kali juga tapi mujur la pengalaman memandu banyak membantu saya menggelak dari sebarang yang kita tidak mau. eeii, palis-palis kan.

ok. berdasarkan pengalaman saya memandu, saya ada tips memandu selamat terutama yang jarak jauh. jarak dekat pon boleh pakai ah. hehe, in shaa Allah dapat membantu kamu semua.

1. the power of 'chewing gum'
naa, dalam kereta kita harus ada ya. sebab sangat berguna bila kita mengantuk atau rasa penat. kita kalau memandu jauh ni perlukan sesuatu yang  fresh gitu. saya suka EXTRA dalam botol-botol kecil tu. semua flavor saya ada. dalam kereta ya. sangat berguna bila kita tidak dapat memotong ya dijalan kecil sebab boleh menggelak dari kita mencarut. kahkahkah. tapi harus ingat, tidak sesuai digunakan ketika bulan puasa tau.

2. berhenti bila perlu.
memandu jauh ni boleh bikin kita tertidur terutama kalau otak kita tengah semak sama kerja-kerja yang nda siap, waktu hujan atau waktu matahari tengah panas gila. Rasa macam mahu tutup mata dan jangan buka. kalau rasa macam tu, berhenti la di bahu jalan sekejap dalam 5-10 minit. sepanjang jalan kk-kb tu tiada siring jalan yang saya tidak pernah berhenti. either kita mahu tidur sekejap, atau rehatkan diri. macam saya perempuan jangan lupa LOCK tu pintu. dan adalah lebih baik berhenti di tempat yang orang lain boleh nampak ya.

3. udara segar.
cuba kedekutkan diri dengan membuka tingkap sekali-dua kalau penat. hirup udara dan opss pastikan di depan tiada lori-lori asap hitam ah. sangat membantu kalau kita penat. lagi-lagi kalau bawa kereta 80km/j angin kuat mak oi. sampai rasa diri mahu terbang. eceh. bila dapat udara macam tu terus kita fresh memandu. tapi jangan cuba ketika hujan ya tuan-tuan.

4. memotong jangan dua hati.
kalau memotong ini saya nda mahu komen, saya bukan bukan pandai sangat. tapi satu saya belajar jangan memotong kalau hati kita cakap "potong ka nda potong ka nda.." walau jalan di depan tu clear, biasa dua hati ini mesti jadi lain. saya pernah 2 3 kali kena. tapi sukurlah tidak sampai xcident ya. dihighlight dan dihon panjanggg pernah. uhu.

5. sing da song.
pasang la lagu. radio atau cd atau pendrive. dan nyanyi la sekuat-kuat hati bila mengantuk atau penat. harus ya. ini saya sudah buat banyak kali. terutama bila mata mengantuk dan kena pula di depan tu lori-lori besar jalan 40km/j dan tidak boleh dipotong. suara hodoh bangat kita saja yang dengar ya. dan biarkan orang pelik tengok kita dalam kereta macam orang wayar putus satu. nda mahu menyanyi kita mengerapak (membebel) sendiri pun boleh. kahkahkah.

6. lidah dan lelangit.
ok. ini agak ganjil. tapi sangat berkesan terutama waktu puasa ya. kalau kita penat, cuba garu lelangit kita guna lidah. kahkahkah. kompen geli dan hilang rasa mengantuk tu. cuba beberapa kali sampai rasa mengantuk kita hilang. t balik memandu try ah. bagitau saya apa kamu rasa. wkwkwk.

7.  doa jangan lupa.
ini paling penting. mana pun kita doa keluar rumah, doa naik kenderaan, berkat suami atau ibubapa itu paling penting. kecuali jika itulah takdir kita kan. ini paling mujarab buat saya kalau memandu. sangat sangat berkesan. naik kenderaan saja saya akan berdoa "Ya Allah, tuhan yang maha pemurah dan penyayang janganlah aku dilanggar dan janganlah aku melanggar. dilindungilah perjalanan pergi balikku" dan bacaan ayat kursi. dan waktu memotong atau naik dan turun bukit saya akan baca selawat nabi. in shaa Allah sangat berkesan. cubalah. Allah adalah sebaik-baik perancang buat kita.


ps:
satu-satunya binatang yang pernah kereta saya langgar ialah tupai. dia pungut buah di bawah tayar dan bila abe ingat dia sudah jalan sekali pesak sudah. uhu. :(

pst:
jadilah pemandu yang berhemah. kalau bukan kita siapa lagi XD

Friday, April 11, 2014

Berkampung empat hari di kompleks sukan Kota Belud.

Assalammualaikum. Hi.


Empat hari bertugas di luar sekolah.

Sempena sukan balapan dan padang MSSSAbAH kali ke-46.  Ok, hari ini sudah masuk hari ke-3. Saya dibagi tugas JK Induk - bahagian blog kejohanan. Saya dapat tugas ini pun macam 'mengejutkan'. itulah tidak pernah peka kan. kahkahkah. satu hari saya datang sekolah tiba-tiba cikgu syukri bilang "rosfarina, kamu tolong buat blog ah untuk sukan balapan dan padang peringkat negeri". erk.

maka pada saat itulah saya mula dilantik secara officiallynya.

masa sekolah dulu, memang muka saya suka betul jadi sukarelaterleralawan sukan. pok sijil katakan. maka cuma di sipi-sipi padang ah makan ekskrim lagi. kemudian macam melekat sama saya atau mungkin sebagai balasan sebab dulu tidak pernah bertugas dengan betul. asal sukan mesti tiba-tiba ada muka saya. wee,  atau juga barangkali petanda supaya saya harus fit macam pelari gitu. LOL.

tapi ini kali pertama saya bertugas di bilik urusetia yang semua orang dia adalah gentelman. hanya ada 2 orang cikgu perempuan urus bahagian statistik dan saya. ba bila lelaki yang memonopoli sungguh sempoi oi. dengan ayat sembarangan durang ni nda kering la gusi.

sukur juga kerja saya ni bukan la susah. tidak harus berada di tengah panas bapalan. hanya relek-relek ah di bilik urusetia. sebab saya hanya update blog. dan tolong cikgu syukri - oleh sebab dia tahu saya pandai guna corel draw automatik saya tolong dia apa yang patut. dan lain-lain tugas urusetia. eh multifunctional bangat ya.

mahu tengok result terkini sukan ni cek saja DISINI.

pigi sukan pakai make-up natural sahaja okie. esok habis acara kompem kehitamanku bertambah doh.

bos-bos dan the teachers. discussion early morning.

banyak-banyak gambar sukan yang saya pegang ni, saya sangat tertarik dengan satu gambar ini. sangat cantik jo. kredit sama en mirza syawal ah. mentop tuan gambarmu!

cantik cantik cantik @_@
ps:
saya suka semangat sukan oleh satu kontinjen ni. pom betul bila kawan durang lari.
'juaraku juaraku, kaulah juaraku oh oh. juaraku' instead of yang lain-lain cuma teriak teriak saja. sudah tu siap hentak kaki dan tangan atas astaka. HEBAT.

pst:
tahniah kepada yang pecah rekod kebangsaan itu.

pstt:
empat hari ini saya balik lewat. sampai kk dekat jam 7 lebih. memang makan luar kami. kahkahkah.

Tuesday, April 1, 2014

selamat tinggal indah permai!

assalammualaikum. hi.


alhamdulillah, selamat pindah rumah baru. rumah sendiri.

seminggu juga la kemas rumah. angkut barang itu ini. buang mana-mana yang nda mahu bawa. jual mana-mana yang masih ok. seminggu juga la *sakit pinggang patah kaki* sebab kerah tenaga. haha. cuti sekolah rasa macam tidak cuti.

3 tahun lebih saya duduk ip. dari bujangan sampai berkahwin. sudah biasa dengan hidupannya. jadi rutin bila pulang lewat tapau nasi di sri keningau. kurang barang rumah turun sulaman central pigi cks. bosan-bosan turun kedai ip. bulan puasa malas masak pigi bazaar saja. turun 1B jalan sehala saja. kalu balik kg suka ikut jalan sulaman. boleh drift sukaati. eceh. habis stok makanan boleh singgah kedai 1 malaysia tuaran. boleh singgah air kelapa lagi.

betapa saya akan merindui kawasan ip dan sepanggar.
orang-orang dia. kedai-kedai dia. 
rindu dengan uncle dan auntie tuan rumah yang super duper baik.


tapi orang bilang tiada yang lebih baik dari rumah sendiri.cuma mahu ambil masa untuk terima pembaharuan. semoga rumah kami ini penuh dengan rezeki yang bakal melimpah-rua. amiin.

tarik nafas dalam-dalam.
selamat tinggal indah permai.
saya memang merindui kamu.


tawa tangis kami di rumah ini. terima kasih uncle!
ps:
ooh uncle pesan, siapa mahu sewa rumah dia bagitau saya. tapi maaf hanya untuk orang bekerja ya.
hanya saya student yang pernah tinggal rumah uncle sebab dia percayakan 'seorang bakal guru'. heh!