Dulu, saya ingat bila cuti sekolah cikgu pun akan bercuti dari semua tugasan sekolah. tapi sekarang baru saya tahu rupanya istilah cuti itu hanya untuk budak sekolah bukan cikgunya. mahu bilang cikgu banyak cutinya memang la betul tapi kerjanya lebih banyak dari waktu cutinya. ehem =.='
nasib juga la saya punya pengalaman kerja lasak lain-lain duluu. jadi saya tidak juga 'mengeluh banyak'. sikit ja. hihi. orang tau selalu cakap banyak pengalaman ko belajar dalam hidup makin la ko kebal menjalani hidup seterusnya. erm, agaknya betullah. sebab pengalaman cukup mematangkan saya. dan kamu juga. sebab itu juga kita perlu kumpul pengalaman secukup-cukupnya. baru ngam.
macam hari ini, sekolah adakan ldp. saya sudahlah lewat sampai sekolah tup top jadi mc. mak aih, bidan terjunya aku ni. heee. kalau dulu, opkos saya buat sejuta satu alasan yang hebak-hebak (hebat ba). mungkin sebab pengalaman bercakap dengan orang di depan terlalu kerap cukup mematangkan otak saya dan walla siapa percaya saya boleh buat. unbelievable jo! tapi bila jadi mak terjun ni mestilah biasa ada kesilapan sikit-sikit.
dan tanpa saya sedari juga perasaan dup dap dup dap tangan berpeluh bagai segala darah gemuruh sudah tidak pernah saya rasa! alhamdulillah. cuba bayangkan jika saya tidak berpengalaman? agaknya pengsan di depan tadi. HEHEHE.
jadi, lepas ini kutip la semua pengalaman yang membolehkan kita matang ya!
saya suruh kawan gambar , sekali di gambar semua pun kandid. terus muka semua macam poyo kono. haha |
sekarang kumpul pengalaman dalam rumahtangga juga. dan semua pengalaman dalam hidup.
"i made decisions that i regret, and i took them as learning experiences..i'm human, not perfect, like anybody else" -queen latifah
No comments:
Post a Comment