Thursday, March 27, 2014

pentingnya pengalaman mengajar kita.

Assalammualaikum. hi.

Dulu, saya ingat bila cuti sekolah cikgu pun akan bercuti dari semua tugasan sekolah.  tapi sekarang baru saya tahu rupanya istilah cuti itu hanya untuk budak sekolah bukan cikgunya. mahu bilang cikgu banyak cutinya memang la betul tapi kerjanya lebih banyak dari waktu cutinya. ehem =.='

nasib juga la saya punya pengalaman kerja lasak lain-lain duluu. jadi saya tidak juga 'mengeluh banyak'. sikit ja. hihi. orang tau selalu cakap banyak pengalaman ko belajar dalam hidup makin la ko kebal menjalani hidup seterusnya. erm, agaknya betullah. sebab pengalaman cukup mematangkan saya. dan kamu juga. sebab itu juga kita perlu kumpul pengalaman secukup-cukupnya. baru ngam.


macam hari ini, sekolah adakan ldp. saya sudahlah lewat sampai sekolah tup top jadi mc. mak aih, bidan terjunya aku ni. heee. kalau dulu, opkos saya buat sejuta satu alasan yang hebak-hebak (hebat ba). mungkin sebab pengalaman bercakap dengan orang di depan terlalu kerap cukup mematangkan otak saya dan walla siapa percaya saya boleh buat. unbelievable jo! tapi bila jadi mak terjun ni mestilah biasa ada kesilapan sikit-sikit.

dan tanpa saya sedari juga perasaan dup dap dup dap tangan berpeluh bagai  segala darah gemuruh sudah tidak pernah saya rasa! alhamdulillah. cuba bayangkan jika saya tidak berpengalaman? agaknya pengsan di depan tadi. HEHEHE.

jadi, lepas ini kutip la semua pengalaman yang membolehkan kita matang ya!

saya suruh kawan gambar , sekali di gambar semua pun kandid. terus muka semua macam poyo kono. haha
ps:
sekarang kumpul pengalaman dalam rumahtangga juga. dan semua pengalaman dalam hidup.

"i made decisions that i regret, and i took them as learning experiences..i'm human, not perfect, like anybody else" -queen latifah

Tuesday, March 11, 2014

buat itu. buat ini.

assalammualaikum.

hi uols.

well.well.well. sudah march rupanya kan. long hiatus. kerja sekolah macam biasa semakin belambak- dan good job semua pun macam kiv kecuali benda-benda penting kan. good job cikgu ros! ehek. seriously, kerja saya hanyalah kerja sebagai seorang guru. so since saya ulang alik kk-kb-kk, balik rumah saja tidur adalah dunia saya. of course la lepas jalankan tanggungjawab sebagai suri rumah dan isteri. HOHO.


ada kawan saya terkena kejutan budaya kerja. cakap balik sekolah penat la. tidak cukup masa bla..blaa..blaa... kena paksa buat itu. buat ini. luckily, saya pernah kerja susah. jadi tiada perasaan macam itu. Alhamdulillah. so far, i'm enjoying my job. dan really really fall in love. wink* wink*

cerita pasal kawan yang kena buat itu buat ini, pada saya itu benda biasa. tak perlu kata macam-macam. kita dalam proses belajar. jadi anggap saja apa yang kita buat itu buat ini adalah proses pembelajaran. oh senang kan?

positive thinking ya uols.

esok sekolah mula start peperiksaan penggal pertama. lagi dua minggu cuti sekolah. eh yes yes! yahooo *lompat-lompat guling-guling*  eh. baru jadi cikgu 2 bulan lebih sudah excited cuti macamana la begitu. EHEHE

oklah. itu saja. daa.

ps:
1. prayforMH730 - letsputsomehope in shaa Allah. sesungguhnya Allah yang maha mengetahui semuanya. please dont spread rumors.
2. rumah abe beli alhamdulillah sudah siap. suda dapat kunci.tasabarnya mahu pindah rumah baru.