Hi.
Kisah budak tahfiz yang hilang di nanamun, kb.
Saya ada dengar banyak versi dalam cerita kehilangan si kecil ini. Sejujurnya, saya juga tahu melalui perkhabaran orang, berita sabah dan surat khabar. Kampung saya dan tempat kejadian bukan jauh sangat, 30 minit saja. Ingatan saya masih jelas akan suasana pantainya walau sudah puluhan tahun saya tidak ke sana.
Dalam banyak-banyak versi ceritanya hanya satu yang berkesan di hati saya.
*disampaikan sendiri oleh orang yang turut serta dalam operasi mencari.*
Diceritakan kepada saya, si kecil ini hilang selepas mereka mandi dan tukar pakaian. Kehilangannya disedari masa mereka mau pulang walhal sebelumnya lepas naik di darat cikgu mereka sudah kira dan cukup korum. Kemudian pasukan penyelamat dipanggil. Polis juga ada bawa anjing pengesan.
Peliknya, sewaktu mencari anjing pengesan berhenti di satu pokok besar. Dan hanya berdiri di situ. beberapa kali. usaha mencari si kecil ini diteruskan selama seminggu dan semalam adalah hari terakhir mencari- saya diberitahu si kecil gagal di jumpai walaupun sudah pelbagai usaha dilakukan termasuk penggunaan bomoh, ustaz dan macam-macam.
*semoga keluarga si kecil masih teruskan usaha mencari. Semoga tabah dengan ujian Allah*
Ini cerita saya.
Masa kecil, saya sering dengar cerita kejadian budak hilang tiba-tiba. Biasanya (seingat sayalah) memang dijumpai paling lewat seminggu. Dulu-dulu asal dengar orang palu gong ada dua sebab saja- orang meninggal atau budak hilang. Tapi kita (orang kampung saya) boleh beza sama ada itu berita orang meninggal atau hilang. Saya dan budak kampung lainnya dimindsetkan budak hilang sebab disembunyikan kokok (orang bunian) yang menyamar jadi bapa atau mamak kita. Begitulah. Dan mistiknya, budak yang berjaya dijumpai kata dia hilang beberapa jam saja tapi hakikatnya 2 3 hari suda. Orang kampung cari bagai nak rak, tapi yang hilang kata dia hanya berdiri di tempat yang sama saja.
Begitu juga di kawasan tempat kejadian. Banyak berlaku kehilangan. Katanya sebahagian tempat disana masih keras sebab berhampiran pantai dan hutan. Ada yang dijumpai selamat, ada yang dijumpai tetapi sudah tidak bernyawa malah ada yang tidak pernah langsung dijumpai.
Rahsia itu milik Allah.
Sukar kita percaya kan. Tambah lagi bukan kita yang lalui. Lebih-lebih lagi bila logiknya tiada. Tapi ada satu kita lupa, bukanlah Allah ciptakan makhluk lain selain manusia dibumi ini? Terpulang kita sendiri sebenarnya menilai. Tepuk dada tanya iman.
"(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah al-Baqarah, ayat 3).
Wallahu'alam.
Assalammualaikum,
ReplyDeleteHi..
Jga nak kongsi pengalaman...
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang...
Kisah 1.
Pengalaman disesatkan bersama abang ipar sewaktu kami berjalan kaki ke pantai pintasan senja hari. Kami terseolah berpusing-pusing ditempat yang sama setelah hampir berpuluh kali. Mujurlah abg ipar agak berpengalaman melibatkan perkara mistik lalu dia seperti berdailog dengan seseorang yang saya langsung tidak nampak. Lepas itu abg ipar arahkan saya jalan dulu dan yang peliknya kami rupanya sudah hampir sampai tempat yang kami tuju, walhal sebelum rasanya sempadan hutan dengan pantai berkilometer utk sampai.
Kisah 2.
Saya bersama kekawan memukat ikan dikawasan orang hilang sekarang ini. Biasanya kami akan bertolak selepas waktu solat Isyak, Sebelum memasang pukat ada kawan yg bawah ubi rebus, ketam rebus dan ikan kering...saja alas perut terasa sedap pula makan sambil api menerangi kawasan dari kayu ghu kering, time tu bulan lambat keluar mkin agak jam 2 or 2.30 lewat malam. Biasalah kalau makan beramai-ramai dengan kekawan kami tidak sedar sebenarnya tulang-tulang ikan dan ketam terbang ke api depan kami, rasanya tidak sengaja.
Selepas memasang pukat kami kembali ke tempat kami berehat tadi, konon menunggu beberapa jam untuk ikan melanggar pukat yang kami pasang. Tiba ditempat kami berehat kawan kami yang menjaga barang-barang, tetiba mengadu diganggu..saya dan kekawan bertanya ganggu yang macam mana, belum sempat dia jawab, api berwarna merah lebih besar dari buah kelapa terbang sambil berpusing-pusing mengelilingi pokok ghu yang besar itu sampai kepucuk lalu hilang...tetimbul timbul balik dari bawa berpusing-pusing serupa tadi...berkali-kali dan berulang-ulang, saya dan kekawan naik hairan...terang kawasan tanjung sungai nanamun itu dengan api yang datang entah dari mana. Kami ambil keputusan gulung pukat yang baru dipasang dan pulang, tiada seekor pun kami bawa balik. Masing-masing diam seribu bahasa...rasanya saya dan kekawan malas mahu melayan tuntutan makluk halus itu berangkali...pasal kami tidak pandai melayan permintaannya dan tidak tau berdailog dengan makluk Allah yang nisbahnya lebih ramai dari kita ini.
Sesunggunya selain manusia, Allah juga ciptakan makluk2 lain yg bermcm bentuk termasuklah jin mendiami sama bumi Allah ini.
Wallahualam......
Tok beriu, Wallahu'alam. Semuanya rahsia Allah.
ReplyDelete