Alhamdulillah, masuk tahun baru ni (sebetulnya mahu hujung bulan 1 suda kan) baru ada update entri. Biasalah ada cerita menarik, ada updatenya.:)
Awal bulan hari tu, saya dan abe pigi kuching. Setelah 6 tahun bandar kuching ditinggalkan akhirnya kami datang kembali. ehem,almaklum mengimbau kenangan belajar dulu-dulu. Oleh sebab kami masih berdua, maka boleh diconsiderkan sebagai honeymoon lagi ya. Kami di kuching hanya 4 hari, jadi rasa macam menang pertandingan dan hadiahnya ialah percutian 4 hari 3 malam. HAHA. talucu kan.
So 6 tahun da tinggal dan ta pernah jenguk, kuching jauh berbeza dengan yang dulu. Sudah banyak shopping mall dan tempat makan best-best. Kalau anda macam kami yang suka jalan-jalan dan cari makan, kuching tempat yang wajib anda pigi tau. Walaupun masa kami pigi sana adalah musim ramalam tsunamu dan sepanjang-panjang hari hujan kami tetap enjoy. (haipp, siap beli payung ah kami)
Kami
Tabanyak saya ambil gambar. Kami jalan tiada dslr pula. Bawa hp dan ipad saja. Dan semua gambar pun ta trasfer lagi dalam pc. Next time jalan, mesti ada kamera kan baru bilang melancong.hoho.
Btw, jom tengok gmbar kami.:)
Wojia lodge: ruang sambut tamu. cantik! |
Wojia lodge: ruang santai dan surf internet etc |
Wojia lodge: ruang tamu lodge. |
dinner kami di waterfront.:) |
soto ayam versi kuching. tapi ada daging. rasa nang nyaman! saya mahu gambar abe punya mee kolok tapi habis da dia makan.=.=! |
dulu malar mahu bergambar di sini. hihi |
lepas hujan, paling best jalan-jalan sepanjang waterfornt sambil pegang tangan.tett! plan mau naik cruise konon, gara-gara kaki sakit langsung ta berpeluang naik.uhu. |
dun. cantik tapi sayang taboleh pigi.;( |
muka sedih bila taboleh jalan sebab hujan. haha! |
Saya share setakat ini saja. Rasa rugi ta sempat makan laksa sarawak di saujana. dan abe pula ta sempat singgah di satok.hehe..nda pa, next time inshaa Allah pasti akan ke sana lagi. Jadi, sampai jumpa lagi pada entri seterusnya.
lovee u all.