Saturday, April 14, 2012

nothing special.




menemani suami di hotel pun terpaksa membawa bahan kertas kerja dan jurnal. ohh, bila dua tanggungjawab kena pikul serentak..
 semoga hari anda sentiasa bahagia. kerja itu kerja. belajar itu belajar. bersama keluarga itu harta. bahagikan masa kerana masa tidak tunggu kita.

happy saturday all.

Thursday, April 12, 2012

si EP

assalammualaikum. hai hai.


alhamdulillah, hari jumaat lepas kakak ipar k.dayah selamat melahirkan baby boy yang kini bernama muhammad al-khwarizmi. tapi kenapa singkatan dia ep? eh, sebab COMELL okeh! HAHA.

jadi sini kongsi waktu-waktu menunggu c ep keluar lahir ke dunia.

di luar wad bersalin bersama ain. eh, gemuk temban la! T_T

belakang dari kanan: mak, azlina adik k.dayah. tengah dari kanan: rina, yeye. depan dari kanan: bapa k.dayah dan abang. eh, ramainya kami tunggu c ep! HEHE  



















masa ni tengah malam suda. kantin hospital mau tutup. tapi kami lapar. so makan apa yang ada.


bosan penat menunggu. main gambar-gambar kaki.

hoyey!! baby ep suda keluar. argh. sangat tension sebab nurse suruh bapa dia ja dukung. T__T

diazankan oleh c bapa ep. eh, ep ada respon tau sebab balik balik menguap. ahh, COMEL giler.

ah, COMEL. mau juga..HIHI

semoga baby ep jadi seorang yang beriman dan menjadi anak soleh. semoga kelahiran setiap baby baby di dunia memberikan kegembiran buat anda semua.

 


Wednesday, April 11, 2012

wordless hari tiga.

Sebelum mula kelas kuliah. ahh penuh meja menunjukkan rajin. =P

nota yang diMELAYUKAN sedia. bajet cepat ingat bah!

okeh. sangat teruk la tulis nota. T_____T

siapa boleh nampak monster? HAHA.

sometimes, apa yang kita jalani hari-hari walaupun ada yang memenatkan, memboringkan dan menyampah meyakitkan tapi sebenarnya sangat BERERTI kalau kau anda tahu bagaimana menukarkannya kepada saat yang MENGGEMBIRAKAN dan BERETI.

SELAMAT HARI TIGA. 

SELAMAT BERSUTI SUTI. (^__^)

Tuesday, April 10, 2012

si pengurus masa.





anda pengurus masa yang baik? sila la curahkan ilmu anda kepada saya. aceh! bunyi macam orang give up kan.

sejak berkahwin, saya macam tak pandai urus masa. tak tak, mungkin bukan sebab berkahwin. tapi sebab tak kerja lagi. oh ya. itu alasan teori yang lebih tepat. dulu masa bujang bujangan, saya pandai sikit urus masa. agak bijak kali. dulu masa yang mengejar saya sekarang masa seakan-akan lebih laju ke depan dari saya. saya cepat penat. eh, saya dah cek itu dan belum pregnant lagi. bahh! berangannya. >.<

mungkin sebab dulu saya tak banyak guna otak. saya banyak guna kemahiran yang sedia ada. balik rumah pun boleh tidur lena walau kerja sampai lewat malam. tapi sejak jadi penghuni dewan kuliah, otak saya semakin berat dan berat dan berat. berkarat la ba tu lama nda buka buku. lama nda menelaah dan sebagainya. tambah lagi dengan urusan lain. seyes cakap. bujang + belajar lain. bujang + kerja lain. bujang + kerja + belajar lain. kawen + kerja lain. kawen +belajar lain. kawen + belajar+ kerja lain. situasi tak sama dan pergerakan otak tak sama tau. saya boleh dikategorikan pada kawen+belajar+kerja. wowowowo..! yes, memang berat.

hal rumahtangga saya urus cekap. almaklumlah mungkin sebab belum ada anak. tapi masa belajar saya sangat teruk. macam tak ada masa. sebenarnya sangat banyak masa. katakan lepas kuliah sampai rumah jam 5, itu ini itu ini dalam rumahtangga saya siap dalam pukul 7 lebih. lepas makan malam biasa jam 8, saya ada banyak masa free. tapi kenapa tak buat assignment pun? T__T ohh, teruk betul. bukan rasa penat, tapi sebab bila rasa sentiasa free saya rasa biarlah masa berlalu. bye bye gitu. ohh, rose. ko memang teruk la!

kalau anda jadi saya, apa anda akan buat? carikan saya si pengurus masa yag baik.



pst:
saya ada 12 assginment termasuk jurnal yang perlu disiapkan minggu depan. belum masuk action research yang terpaksa buat di tempat lain. belum masuk kajian pentaksiran pembelajaran di luar daerah. belum masuk kertas kerja aktiviti luar yang melibatkan aktiviti lasak. dari tadi saya duduk depan lappy husband. tapi satu pun saya tak buat lagi. idea saya tak datang lagi bah! T__T