Tuesday, March 27, 2012

kisah buku.

assalammualaikum.

satu pengalaman yang wajar saya kongsi bersama anda. ^^,


sebagai seorang pelajar universiti, kita pasti ada buku catitan kan? tak buku pun mesti ada sehelai kertas. hehe. itu la life budak U. well, saya pun ada satu.. err..tapi buku saya mau bilang catitan tak mungkin sebab dalam buku tu bukan sahaja nota, tapi juga penuh dengan tajuk tugasan, tajuk pembentangan, rujukan library, cuti SEM, no tel kawan, email, HP lec malah ada gambar gambar pemandangan dan corak abstrak (ohh, yang saya buat tiap kali mengantuk dan tidak ambil tumpuan dalam kelas). mau dijadikan cerita, esok ada pembentangan. dan tajuk saya tulis dalam buku itu. masalahnya sampai saja d rumah buku tu tiada. TIADA OK? saya da jadi macam lipas kudung pusing pusing satu rumah ni cari buku. tengok dalam kereta tiada. tanya kawan kawan pun tak nampak. OMG!!

tadi sebelum balik saya ada singgah pasaraya. tapi..tak mungkin la sana. eh, mana tau kan. saya mula pikir 1 juta kemungkinan. bayangkanlah! pembentangan esok tu bukan main main. 30 markah umpama nyawa untuk budak pasca macam saya. T__T then, tak tahu macamana dalam 1 juta kemungkinan tu saya tak terpikir pula mayb tinggal di dewan kuliah. nasib la husband keja d ums, terus kol dia minta tolong tengokkan. alhamdulillah, memang buku tu di sana. ahh, rasa macam satu batu berat da lepas di dada. yes!!

moral dia lain kali ingat barang masing masing jangan asyik nak cepat balik!


ps:
suami: " nasib la dewan kuliah tu tiada orang guna sebelah petang kalau tidak kena buang suda buku ayg ni.."

isteri: "kenapa pula..?"

suami: " abg nda taulah ni buku nota ka bukan. macam buku hantu. penuh lagi sama lukisan bida. ayg ni belajar ka apa dalam kuliah. cuba la kasi cantik tulisan, susun bagus bagus..haish!"

isteri: "HAHAHAHA!..siapa suruh buka. hanya ayg yang tau baca tu!"

suami: " ni kali laa.."

Thursday, March 15, 2012

terkini.

assalammualaikum.

eh, punya lama nda update ni blog. banyak benda yang nak dikongsi bersama pun akhirnya tidak terkongsi. dulu rajin jalan jalan blog orang sekarang jangankan blog orang blog sendiri mcm tersadai sudah. tapi nasib nda karam lagi. huh! tapi insyaAllah lepas ni rajin la balik update. eceh!

well, ada banyak benda perkara dah berlalu dan perlu di ketahui. ohh, ayat boleh blah. macam la orang mau tau kan? HEHE!

1. saya tak kerja lagi dengan KYS. akhirnya saya berhenti secara sah kerana jodoh dengan KYS tak lama. lebih kurang 4 bulan saja. masa dekat AMC lagi lama. sampai sekarang masih merindui kedua dua tempat kerja yang banyak mengajar saya jadi orang. THANKS!!

2. saya da stat belajar balik. uhh! kuliah, assignment, aktiviti universiti, masuk library tayang muka..alaa.. macam dulu dulu juga. saya pilih bidang pendidikan sebab memang cita cita saya pun. =) semoga berjaya untuk 1 tahun setengah ni!

3. alhamdulillah. saya dah di ijabkabulkan dengan suami tercinta yang juga merupakan kawan baik saya, boifren tempat nangis, tunang tempat meluah. syukur kepada Allah dan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke syurga. amiin. mulakan saya jadi isteri dan pelajar sepenuh masa. HAHA. tak lucu!

4. ops!!..hp saya da berbunyi. kuliah time. ces!

ok da.. bye..


pst:
ada masa nanti saya nak tukar blog ni. biar yang bersesuaian dan bermanfaat saja. heh!