Hi.
Kisah budak tahfiz yang hilang di nanamun, kb.
Saya ada dengar banyak versi dalam cerita kehilangan si kecil ini. Sejujurnya, saya juga tahu melalui perkhabaran orang, berita sabah dan surat khabar. Kampung saya dan tempat kejadian bukan jauh sangat, 30 minit saja. Ingatan saya masih jelas akan suasana pantainya walau sudah puluhan tahun saya tidak ke sana.
Dalam banyak-banyak versi ceritanya hanya satu yang berkesan di hati saya.
*disampaikan sendiri oleh orang yang turut serta dalam operasi mencari.*
Diceritakan kepada saya, si kecil ini hilang selepas mereka mandi dan tukar pakaian. Kehilangannya disedari masa mereka mau pulang walhal sebelumnya lepas naik di darat cikgu mereka sudah kira dan cukup korum. Kemudian pasukan penyelamat dipanggil. Polis juga ada bawa anjing pengesan.
Peliknya, sewaktu mencari anjing pengesan berhenti di satu pokok besar. Dan hanya berdiri di situ. beberapa kali. usaha mencari si kecil ini diteruskan selama seminggu dan semalam adalah hari terakhir mencari- saya diberitahu si kecil gagal di jumpai walaupun sudah pelbagai usaha dilakukan termasuk penggunaan bomoh, ustaz dan macam-macam.
*semoga keluarga si kecil masih teruskan usaha mencari. Semoga tabah dengan ujian Allah*
Ini cerita saya.
Masa kecil, saya sering dengar cerita kejadian budak hilang tiba-tiba. Biasanya (seingat sayalah) memang dijumpai paling lewat seminggu. Dulu-dulu asal dengar orang palu gong ada dua sebab saja- orang meninggal atau budak hilang. Tapi kita (orang kampung saya) boleh beza sama ada itu berita orang meninggal atau hilang. Saya dan budak kampung lainnya dimindsetkan budak hilang sebab disembunyikan kokok (orang bunian) yang menyamar jadi bapa atau mamak kita. Begitulah. Dan mistiknya, budak yang berjaya dijumpai kata dia hilang beberapa jam saja tapi hakikatnya 2 3 hari suda. Orang kampung cari bagai nak rak, tapi yang hilang kata dia hanya berdiri di tempat yang sama saja.
Begitu juga di kawasan tempat kejadian. Banyak berlaku kehilangan. Katanya sebahagian tempat disana masih keras sebab berhampiran pantai dan hutan. Ada yang dijumpai selamat, ada yang dijumpai tetapi sudah tidak bernyawa malah ada yang tidak pernah langsung dijumpai.
Rahsia itu milik Allah.
Sukar kita percaya kan. Tambah lagi bukan kita yang lalui. Lebih-lebih lagi bila logiknya tiada. Tapi ada satu kita lupa, bukanlah Allah ciptakan makhluk lain selain manusia dibumi ini? Terpulang kita sendiri sebenarnya menilai. Tepuk dada tanya iman.
"(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah al-Baqarah, ayat 3).
Wallahu'alam.